BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! #DAP BERPERANG SESAMA SENDIRI DI 6 NEGERI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Nov 2013 07:30 AM PST


cantas mencantas untuk terus mendominasi parti dan keretakan dalaman,antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi DAP negeri tampil membuat kenyataan terbuka 'menghentam'.Ini dipercayai ada hubung-kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.Pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya,Lim Guan Eng dikatakan akan memastikan 'orang' nya dipilih pada pemilihan parti kali ini.Seterusnya,didakwa akan membantu mereka menguasai dan 'mencantas' ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.Apa yang terjadi di negeri-negeri berikut : 

1. JOHOR - PENGERUSI DAP negeri ini,Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim.Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.Oleh demikian,terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. 

Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah.Tidak cukup dengan itu,Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya.Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim.Malah,dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut 'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya.Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.Antara dijangkakan,Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka. 

 2. KEDAH - DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat.Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya,Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.Apa yang peliknya,pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini.Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti. Guan Aik mendakwa,berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13.

Berikutan itu,beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.Katanya,tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.Guan Aik menambah,dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim. 

 3. MELAKA - Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka,Datuk Idris Seri Haron.Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri. Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang,Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem,masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak. 

Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu.Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim.Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.Natijahnya,akibat memuji Ketua Menteri,alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan.Pada pemilihan parti depan,Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut. 

4. PERAK - Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu,Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.Adalah sedikit sukar untuk sebarang tangan ghaib menyentuh hal negeri ini.Namun dengan menggunakan sekumpulan pemimpin dari DAP Pusat, maka sedikit kekecohan sedang dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kepimpinan pasangan sepupu itu semakin lemah. Pada konvensyen negeri kali ini mungkin kuasa kedua-dua mereka akan beralih arah kepada M.Kulasegaran dan Thomas Su yang merupakan pengikut tegar dinasti Lim.

5. PAHANG - Perkara yang sama juga terjadi di Pahang di mana sekumpulan pemimpin negeri digantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat.Punca mereka digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding secara bebas.Antara yang digantung ialah ADUN Tras,Choong Siew Onn.Mereka ini bukanlah penyokong tegar dinasti Lim yang akan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

6. SELANGOR - Datuk Teng Chang Kim yang merupakan musuh 'ketat' dinasti Lim juga dijangka dicantas selamanya. Namun proses itu mungkin memakan masa. Walaupun Chang Kim merupakan jaguh dalam memperjuangkan prinsip parti dan berjaya mengekalkan nama baik dalam kalangan ahli dan penyokongnya, namun kehadiran beliau dari awal lagi tidak disenangi oleh mana-mana penyokong tegar dinasti Lim. Beliau terlampau vokal sehingga kadang- kadang amat sukar untuk mengawalnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KALIMAH ALLAH !!! KENYATAAN KHAS SULTAN SELANGOR DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Nov 2013 04:24 AM PST




kenyataan khas Sultan Selangor dikeluarkan petang tadi khas untuk pembaca Badut Rakyat.kepada puak pembangkang tolong baca,sekiranya kalau anda langgar maknanya anda derhaka pada Sultan Selangor

LIHAT DOKUMEN DI BAWAH






APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! N SURENDRAN DIGANTUNG 6 BULAN KERANA HINA SPEAKER !!! AMIK UBAT !!!

Posted: 14 Nov 2013 12:30 AM PST


Ahli Parlimen Padang Serai,N. Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker,Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.Ekoran kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias,semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. - Utusan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PARTI AGAMA !!! NIK AMAR KECAM KARPAL TAPI MAHFUZ PUJI PULAK !!! FUYOOOO !!!

Posted: 13 Nov 2013 09:00 PM PST


Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP,Karpal Singh.Lidah rasmi parti itu,Harakah Daily melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran parti itu dilucutkan."Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya.Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.Sedangkan sekiranya diteliti,kenyataan Karpal itu telah dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider,Meloyakini dan Harakah Daily.Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap 'SPIN' kerana mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal ??? Atau sememangnya ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu bagi menipu pembaca ???

Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan.Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal Singh.Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib,Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Yang peliknya,Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. 

Mula-mula dia kecam,kemudian selang beberapa hari,dia memuji dan berterima kasih kepada Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain.Hebat bukan ?? Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama Karpal Singh ini,dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan sentiasa menyakitkan hari dan perasaan orang Melayu dan Islam.Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata 'Langkah Mayat Saya,Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam".Malah disebabkan sering mengeluarkan kenyataan yang biadab,peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan pernah ditampar oleh seorang guru silat.Bagi meredakan kemarahan Pas,Karpal akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas bagi menyejukkan hati parti itu. 

Ini kerana,Karpal dan Kit Siang tahu orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran mulut celuparnya.Dan yang paling penting,tidak kira apa yang dikatakan,Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.Kepada pengikut,penyokong dan ahli Pas,sedarlah.Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan 'KEIKHLASAN' Karpal Singh dan DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! DAP PUJI MAHFUZ KERANA PERTAHAN TUNTUTAN GEREJA !!!

Posted: 13 Nov 2013 06:00 PM PST


Pasti yang terkejut apabila membaca tweet Ahli Parlimen Serdang,Teo Nie Ching petang kelmarin yang bertepuk tangan dengan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena,Datuk Mahfuz Omar kerana mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.Nie Ching mengatakan "Ahli Parlimen Pokok Sena mempertahankan HAK penganut KRISTIAN untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Dewan Rakyat.Tepuk,Tepuk,Tepuk".Menarik bukan ??? Seorang tukang lambung dan seorang lagi tukang sokong.Yang menjadi persoalannya ialah,mengapakah di saat majoriti masyarakat beragama Islam menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian ini,masih ada yang mengaku sebagai Islam sanggup menyokong tuntutan tersebut.Sedangkan umum mengetahui,ia hanya akan menimbulkan kekeliruan dan di masa yang sama membuka ruang untuk disalahgunakan. 

Paling menakutkan,sekiranya ruang dan peluang itu digunakan dengan sebaiknya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,akan menyebabkan gejala murtad semakin berkembang dan berleluasa.Malah tindakan 'berani mati' Mahfuz itu turut mendapat kecaman dari kalangan ahli Pas sendiri yang jelas tidak bersetuju untuk membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalahnya.Tidak cukup dengan itu,ada yang mendakwa Mahfuz mungkin telah DIBAYAR untuk melakukan tindakan tersebut.Tambahan pula dia adalah merupakan salah seorang dari Naib Presiden Pas,satu kedudukan yang cukup tinggi itu dalam carta kepimpinan parti yang mendakwa Islam itu.Sekiranya dakwaan tersebut benar,pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti dan segera melakukan siasatan terhadap akaun ahli parlimen Pokok Sena itu.

Manalah tahu,ada di kalangan pimpinan DAP yang telah memberikan 'bantuan' bagi mendorongnya mengeluarkan kenyataan tersebut.Ini kerana,dari segi politik tindakan Mahfuz itu ibarat cubaan membunuh diri sendiri,tambahan pula parti itu bakal mengadakan pemilihan parti pada hujung bulan ini.Ini kerana,ia bakal menyebabkan Mahfuz kecundang di tangan 2 calon yang diketengahkan oleh kumpulan ulama.Atau mungkin juga,Mahfuz sedar peluangnya untuk menang dan mempertahankan jawatan tersebut adalah amat tipis.Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi menambat hati rakan sekutu mereka. Atau dalam bahasa mudah, Mahfuz ingin memberitahu kepada DAP,bahawa dirinya TETAP SETIA bersama parti ultra kiasu itu dan sedia diperkudakan pada bila-bila masa.Dengan cara,dia akan disenangi dan berkemungkinan akan dipertimbangkan habuan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah seperti yang diterima oleh Timbalan Presiden,Mat Sabu.Sekiranya Mat Sabu boleh diperkudakan dan diberikan jawatan sebagai timbal balik,masakan dia yang jauh lebih hebat dari Abang Mat tidak boleh melakukan perkara yang sama.

Walaupun Pas sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.Namun ramai di kalangan mereka sedar keputusan tersebut hanya untuk mengambil hati rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.Ini kerana rata-rata ahli dan penyokong parti itu masih tidak dapat menerima pendekatan 'Tahaluf Siyasi' parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan asal. Pilihanraya kecil Sungai Limau sebagai contoh,boleh dikatakan hampir tidak kedengaran Pas membangkitkan isu kalimah sepanjang tempoh berkempen. Ia secara tidak langsung membuktikan Pas sedar,sekiranya tidak berhati-hati isu Kalimah Allah ini mampu memakan diri sekali gus menyebabkan parti itu kecundang di kubu kuat mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DALANG 13 MEI BUAT HAL LAGI !!! NAK KONGSI IMPIAN ??? IMPIAN APA ???

Posted: 13 Nov 2013 04:00 PM PST


Dalam satu Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana pilihanraya di Hotel Empire Subang Jaya kelmarin,Lim Kit Siang telah mengajak rakyat Malaysia agar berkongsi impiannya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia di mana demokrasi diamalkan.Katanya, "apa yang penting ialah PR harus berada di landasan politik dan pilihanraya ini sehingga kita berjaya membawa perubahan politik kepada Malaysia,tanpa mengira bangsa,agama,kawasan atau darjat bagi mencapai Impian Malaysia – iaitu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, di mana adanya demokrasi". 

Nampaknya,Kit Siang ingin mengajak kita semua berkongsi impiannya dan impian itu hanya boleh menjadi nyata jika kita meletakkan dirinya atau partinya di puncak kuasa.Malangnya,kita telah melihat Kit Siang ketika mempunyai hanya sedikit kuasa dahulu dan apa yang kita lihat langsung tidak menepati gambaran di dalam ucapannya.Kit Siang mengajak kita agar mengenepikan soal bangsa tetapi Kit Sianglah yang menjadi dalang pencetus 13 Mei di mana kaum Cina dari parti DAP terjerit-jerit melaungkan kebencian terhadap Melayu,menghalau Melayu dan menyuruh Melayu pergi mati. Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal perbezaan agama,tetapi Kit Siang dan partinya DAP tidak jemu-jemu mencabar agama Islam dengan membangkitkan isu yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini seperti Kalimah Allah dan azan.Tentera siber Kit Siang juga melancarkan serangan berterusan terhadap Islam dan umat Islam dengan menghina nama Allah SWT,Nabi Muhammad serta amalan-amalan dalam Islam.Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal kawasan tetapi DAP juga yang membangkitkan sentimen prejudis terhadap kerajaan pusat di kalangan penduduk Sabah Sarawak.

Kit Siang juga mengajak kita mengenepikan soal darjat tetapi di masa yang sama DAP sering membawa hujah bahawa bangsa Cina merupakan pembayar cukai tertinggi dan kononnya lebih bijak manakala bangsa Melayu hanya menumpang kekayaan mereka.Malah,13 Mei juga dicetuskan dari taktik yang sama iaitu meletakkan bangsa Cina di atas dan Melayu di bawah.Justeru,apabila Kit Siang mengajak kita berkongsi impiannya,kita wajar berfikir berkali-kali.Ini kerana impian Kit Siang hanyalah untuk melihat Cina menguasai negara ini sepertimana yang berlaku di Singapura.Kit Siang tidak akan senang selagi kita hidup harmoni dan meletakkan semua kaum sebagai setaraf kerana Kit Siang mahukan kaumnya berada di atas dalam segala segi.Kit Siang sanggup membiarkan anaknya memanipulasi pemilihan parti demi memastikan kaum lain tidak menjawat jawatan penting atau apa-apa jawatan langsung dalam CEC. 

Inilah demokrasi impian Kit Siang di mana hierarki pemerintahan haruslah bermula dari bawah iaitu kaum Cina, parti DAP dan Dinasti Lim.Dalam kata lain,demokrasi boleh diamalkan selagi ketiga-tiga perkara ini berada dalam hierarki teratas mengikut aturan tersebut.Kit Siang mencongak yang impian ini boleh dicapai dengan terus menggunapakai PAS dan PKR.Untuk itu,beliau menggariskan matlamat untuk memenangi pilihanraya dengan 135 kerusi daripada 222 kerusi.Caranya ialah dengan memastikan setiap parti sekutu PR mendapat 45 kerusi.Bagi mencapai matlamat ini,PAS perlu menambah 24 kerusi,PKR 15 dan DAP 7.Memandangkan PAS semakin hari semakin 'mengecut' kerana asyik kalah atau menang dengan majoriti yang merosot teruk,maka kita jangka impian Kit Siang kemungkinan besar akan tinggal impian semata-mata, selama-lamanya.Jika Kit Siang ingin tahu kenapa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan,maka sebabnya ialah tiada siapa yang percaya dengan impian yang dijaja Kit Siang. 

Semua orang tahu siapa Kit Siang iaitu seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raganya.Kit Siang ada menceritakan di dalam ucapan yang sama kononnya terdapat seorang wanita Melayu yang mendekatinya di lapangan terbang untuk meminta maaf kerana membenci Kit Siang selama ini dan kini sedar bahawa Kit Siang bukanlah sejahat yang disangkanya.Jelas,bahawa Kit Siang masih ingin memperbodohkan orang Melayu dengan cerita begitu.Jika Melayu benar begitu bodoh,maka tidak mungkin PAS akan semakin kehilangan sokongan.Apa yang pasti,orang Melayu yang dahulunya tidak mengambil peduli siapa Kit Siang,kini sudah mengenali beliau dengan lebih baik.Justeru,diulangi di sini bahawa Kit Siang adalah seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raga sejak sebelum tragedi 13 Mei,selepas tragedy itu dan selama-lamanya dan akan berterusan menerusi keturunannya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...