UMNO Online - “Ops Cantas Khas Not Targeting Certain Race – Zahid” plus 9 more |
- Ops Cantas Khas Not Targeting Certain Race – Zahid
- Pemilihan UMNO : Generasi Muda Tentukan Kemajuan Parti – Abdullah
- Harga Diesel Dan RON95 Malaysia Masih Terendah Berbanding Negara Jiran
- Penjimatan Daripada Pengurangan Subsidi Minyak Dikembalikan – Wahid
- Johor Land Plans To Build 8,000 Affordable, Low-Cost Homes
- Cadangan Makmal Pra-Bajet 2014 Diharap Dapat Bantu Kerajaan
- Antara Pas, DAP dan PKR, UMNO Terbukti Teguh Laksana Pemilihan Berteraskan Perlembagaan
- Pengurangan Subsidi : Langkah Positif ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi
- Give Priority To Harmony, Unity – Sapawi
- Cadangan Adakan Dialog : Anwar Seperti Syok Sendiri…
Ops Cantas Khas Not Targeting Certain Race – Zahid Posted: 03 Sep 2013 06:29 AM PDT ALOR SETAR, Sept 3 – The Ops Cantas Khas mounted by the Royal Malaysian Police (PDRM) since two weeks ago is not targeting any particular race but is a serious effort of hunting down criminals to curb crime, says Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. He said the claim that PDRM was targeting a certain race was baseless as out of the 4,626 people arrested in the operation so far, 2,581 were Malays, 715 Chinese and 1,146, Indians. “It (operation) is not targeting any particular race, as we are colour blind in this matter. Please don’t think that the police are focusing on those from a certain race who commit crime,” he said durung his working visit to the Kedah police contingent headquarters, here, today. He said the crime problem must be dealt with seriously to restore public condifence in PDRM. “All this while, some people have been condemning the police due to the many cases of murder, shootings, other violent crimes, break-ins, robbery and so on happening in the country. “So, I need the full cooperation of PDRM to restore public confidence in the force. But it is clear with the success achieved so far, public confidence in PDRM has increased. “In Kedah this year, the crime index has dropped by 11.5 per cent, and violent crime and crime involving property by 14 per cent from last year’s figures. I think more successs in combating crime will be achieved by the year-end,” he said. In this regard, Ahmad Zahid said PDRM’s efforts in fighting crime should be duly recognised although still not enough, and the efforts must be continuous. He said the public must support police efforts, for instance, by joining the “Rakan Cop” programme which he would be relaunching, while the number of auxiliary police personnel and youth squads would be increased. “Outside the police force, we will be beefing up Rela (People’s Volunteer Corps) and the same with the Civil Defence Department to assist the police in crime prevention.” Ahmad Zahid said since Sept 1, the Immigration Department had, meanwhile, launched a massive operation to weed out illegal immigrants. “This will continue, while there have been discussions with representatives of the source countries in addressing the problem,” he said. On anti-crime operations at the border areas, Ahmad Zahid said discussions had been held involving the top officials from PDRM, Anti-Smuggling Unit and Customs Department on enforcement cooperation. “We have to think outside the box. The facilities or assets of a department or an agency can be shared with other departments or agencies, so that these are fully utilised, while exchange of information can also be done for mutual benefit,” he added. |
Pemilihan UMNO : Generasi Muda Tentukan Kemajuan Parti – Abdullah Posted: 03 Sep 2013 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Sept – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi percaya penglibatan meluas anggota muda pada pemilihan UMNO kali ini mampu membawa perubahan kepada parti itu pada masa depan. “Pemilihan UMNO memberi peluang dan ruang yang luas serta baik kepada generasi muda untuk sama-sama terlibat dalam perubahan parti. “(Contohnya) mereka boleh bersama-sama lihat dan selesaikan masalah. Ini sekali gus membuka minda dan membantu memberi idea tentang sesuatu perkara atau isu,” katanya selepas merasmikan Seminar ‘Memposisi Islam Dalam Kerangka Demokrasi Moden’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. Justeru, beliau meminta lebih ramai calon daripada generasi muda terlibat pada pemilihan UMNO agar parti itu terus berkembang dan diberi nafas baharu. Beliau juga percaya anggota UMNO di peringkat akar umbi akan menyokong sepenuhnya calon generasi muda yang mampu membawa perubahan dan memajukan parti. Abdullah berkata UMNO tidak boleh selamanya selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini. Beliau menarik perhatian bahawa penglibatan dan pemilihan generasi muda penting untuk persiapan membentuk jentera mantap dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak. Pada pemilihan yang dijadual Oktober depan, seramai 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan terlibat memilih Majlis Tertinggi merangkumi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, 25 anggota MT dan anggota jawatankuasa bahagian. Sementara itu, Abdullah yang juga Pengerusi IKIM berkata negara Islam perlu menggunakan pendekatan demokrasi berpaksikan nilai kemanusiaan yang jitu dan mengikut ajaran Islam sebenar. Beliau berkata ada negara Arab mengaplikasi sistem pemerintahan demokrasi dengan ideologi sekular, dan tidak berpandukan ajaran agama seperti Al-Quran. “Sebagai pengajaran untuk negara kita, janganlah demokrasi (yang sedia ada) menghanyutkan kita dan tidak dapat dikawal lagi sehingga tidak dilihat sebagai satu (medium) yang membawa pembangunan dan kebaikan kepada kita,” katanya. Justeru, Abdullah berkata umat Islam perlu bangkit melakukan perubahan termasuk mengamalkan kesamarataan, kebebasan dan keadilan yang berlandaskan agama. |
Harga Diesel Dan RON95 Malaysia Masih Terendah Berbanding Negara Jiran Posted: 03 Sep 2013 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Sept - Harga runcit bahan petroleum Malaysia masih paling murah berbanding negara-negara jiran meskipun selepas kenaikan harga yang diumumkan pada Isnin, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74; diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93)). Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter, kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa. Beliau turut memetik kajian yang dijalankan oleh Bloomberg bertajuk ‘Highest and Cheapest Gas Prices by Countries’ (Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara) yang menyatakan Malaysia berada pada kedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga terendah. Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan danThailand. Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, rasionalisasi harga minyak petrol RON95 dan diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat. “Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M,” katanya. “Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat.” Ahmad berkata, walaupun harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia belum mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk petrol RON95 dan 80 sen untuk disel. Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petroleum bagi2013 adalah sebanyak RM24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion. Bagi tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperoleh daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. Dalam pada itu, katanya kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak. |
Penjimatan Daripada Pengurangan Subsidi Minyak Dikembalikan – Wahid Posted: 03 Sep 2013 04:16 AM PDT PETALING JAYA, 3 Sept - Penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api, akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek-projek infrastruktur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar. “Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan serta warga asing, kami memberikannya terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Abdul Wahid berkata langkah itu merupakan proses untuk memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 3 Sept. Kerajaan membelanjakan RM24 bilion untuk subsidi bahan api setahun, kata Abdul Wahid. Sementara itu, semasa ditanya mengenai unjuran inflasi ekoran kenaikan harga petrol, Wahid berkata ia mungkin meningkat 0.3 peratus bagi 2013. “Berdasarkan analisis, kami yakin sekarang ini merupakan masa yang baik untuk mula menangani isu ini berikutan inflasi mencatatkan paras sekitar 2.0 peratus, yang secara relatifnya rendah berbanding negara lain di rantau ini,” katanya. Mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Wahid berkata jika dilaksanakan, kerajaan akan memastikan impaknya ke atas penduduk dapat ditangani. “Apabila GST dilaksanakan, ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada, dan bukan tambahan kepadanya. Lazimnya, apabila negara-negara melaksanakan GST, barangan perlu selalunya dikecualikan atau sifar cukai,” katanya. Abdul Wahid juga berkata sasaran kerajaan ialah mengurangkan defisit fiskal, mengurus hutang secara menyeluruh dan menangani lebihan akaun semasa yang semakin kecil. |
Johor Land Plans To Build 8,000 Affordable, Low-Cost Homes Posted: 03 Sep 2013 03:23 AM PDT JOHOR BAHARU, Sept 3 – Johor Corporation through its subsidiary Johor Land Bhd will build 3,600 units of affordable and low-cost houses over a five-year period on land the two entities own. President and Chief Executive Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim said the corporation’s development plan, which begins this year, involves seven locations in Iskandar Malaysia and several other high-value locations in the city. “Over 3,600 units of homes are expected to be completed by 2017, while a total of 8,000 units are expected to be ready by 2020, with a gross development value of RM1.2 billion. “With such a high development cost, it is our hope that the state and Federal governments give their cooperation and support especially in the form of financing grants, infrastructure and fast approvals,” he said. He was speaking at the signing of a memorandum of agreement (MoA) on the development of affordable and low-cost houses between Johor Corporation and the state government as well as another MoA between Johor Land and Institute Sultan Iskandar of Urban Habitat And Highrise (ISI) here today. Kamaruzzaman signed on behalf of Johor Corporation while the state government was represented by State Secretary Datuk Obet Tawil. Johor Land was represented by its Managing Director Lukman Abu Bakar and ISI by its Executive Director Professor Dr Mohd Hamdan Ahmad. The signings were witnessed by Mentri Besar Datuk Seri Moahmed Khaled Nordin, who is also Johor Corporation Chairman. Kamaruzzaman said the houses planned for the five-year period are in Taman Seroja, Tampoi (304 units); Bandar Dato’ Onn (1,150); Bandar Tiram Phase 1 (634); Bandar Tiram Phase 3 (450); Bandar Baru Majidee (400); Kempas (360) and Larkin (340). However, he said, construction will depend on development approvals from local authorities, the agencies involved, and ongoing surveys on market demand and supply. “We also plan to build various facilities including shop lots, kinderagrtens, surau and mosques as well as playgrounds, and these housing projects will need to have their infrastructure upgraded in tandem with the increased number of residents,” he said. Johor Corporation will also continue to play an important role in helping the state government correct the imbalance in ownership of properties by Bumiputeras in urban areas, he added. The MoA with SIS will include a survey on Bumiputera property ownership that will look into ownership patterns in Iskandar Malaysia from 2005 to 2012, the effectiveness of government policies in raising Bumiputera property ownership, and market sentiment affecting property values. |
Cadangan Makmal Pra-Bajet 2014 Diharap Dapat Bantu Kerajaan Posted: 03 Sep 2013 03:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Sept – Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menganjurkan program Makmal Pra-Bajet 2014, program yang memberi peluang untuk memberi idea serta pandangan kepada kerajaan berhubung Bajet 2014 agar dapat membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyediakan bajet yang benar-benar berkesan. Pengerusinya Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, peluang itu tidak boleh dilepaskan begitu sahaja supaya tidak ada 'cakap-cakap belakang' selepas Bajet 2014 dibentangkan kelak. “Kita fokus kepada sepuluh perkara yang kita susun, untuk kita mendapatkan pandangan, idea-idea dan maklumat serta cadangan, antaranya keselamatan awam, kesihatan, pendidikan, kos sara hidup dan perumahan, pembangunan luar bandar, pelaburan asing, pekerjaan, kebajikan rakyat, pengangkutan awam dan infrastruktur. "Sebenarnya yang lebih penting adalah pra-bajet, sebelum bajet itu dibentangkan, kita perlu proaktif mencadangkan perkara yang difikirkan sesuai. Sebelum ini kita hanya bincang selepas bajet diumumkan. Ia sebenarnya tidak memberi kesan besar kerana perkara itu sudah diputuskan," katanya di sini hari ini Inisiatif ini jelas beliau lagi bagi membolehkan orang ramai terlibat secara aktif, di mana Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO bersama-sama Social Media Chambers Malaysia, menganjurkan Makmal Pra-Bajet 2014 ini supaya pelbagai pihak dapat menyumbangkan idea bernas kepada kerajaan menerusi saluran yang lebih teratur. "Kita mahu idea-idea baru ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai maklum balas dari peringkat akar umbi. Kita harap cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan sebelum bajet2014 dibentangkan, kita harus mengambil pendekatan pro aktif kerana kebiasaannya kita membincangkan perkara ini selepas Bajet dibentangkan, jadi ia sudah terlambat untuk kita mengemukakan cadangan," “Kita berharap, cadangan-cadangan kita ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pihak kerajaan dan cadangan-cadangan ini mengira kepentingan semua kaum, mengambil kira dari semua sudut dan sektor,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. -MediaUMNO |
Antara Pas, DAP dan PKR, UMNO Terbukti Teguh Laksana Pemilihan Berteraskan Perlembagaan Posted: 03 Sep 2013 03:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Sept – UMNO terbukti sebagai sebuah parti politik yang relevan sepanjang zaman berdasarkan kesungguhannya melaksanakan perubahan untuk disesuaikan dengan setiap generasi yang ada, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Luit, Nurhidayah Mohd Shahaimi. Katanya, generasi muda mudah untuk memahami perjuangan UMNO kerana ia terbentuk dengan Perlembagaan parti yang mantap dan sentiasa berpegang teguh kepada asas dan tujuannya. "Inilah yang membezakan kita dengan part-parti politik lain termasuklah pakatan pembangkang kerana UMNO jelas memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara," katanya kepada UMNO-Online. Jelas beliau, pendekatan yang dibuat UMNO adalah berbeza dengan pakatan pembangkang iaitu DAP, Pas dan PKR kerana idealogi dan sistem yang digunapakai dalam parti-parti terbabit juga tidak jelas. "Untuk melaksanakan transformasi, UMNO buat perubahan dengan lakukan pindaan Perlembagaan dan laksanakan pemilihan untuk semua jawatan dalam parti sedangkan dalam pembangkang tidak sedemikian kerana ada jawatan-jawatan tertentu yang hanya dilantik tanpa melalui pengundian pun. "Dalam UMNO demokrasi amat subur bermula dari ahli-ahli di akar umbi yang mengundi untuk menentukan kepimpinannya hinggalah kepada pucuk pimpinan tertinggi." Dilaporkan, untuk jawatan Ketua Umum dalam PKR yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipilih dalam pemilihan dan tidak dibuka untuk pertandingan namun kuasanya melangkaui jawatan Presiden parti yang dipegang oleh isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Begitu juga dengan jawatan Mursyidul Am Pas dalam Pas dan Setiausaha Agung DAP. "Untuk sebuah parti politik maka UMNO adalah satu-satunya parti yang teguh berteraskan demokrasi sejak dari penubuhannya hinggalah ke hari ini namun dalam masa yang sama ia tetap melaksanakan pelbagai perubahan sebagai penyesuaian kepada generasi baru dan kepimpinan akan datang," katanya lagi. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Maran turut menegaskan bahawa struktur UMNO yang didukung oleh akar umbi dan Perlembagaan yang mantap dengan hala tuju yang jelas untuk difahami oleh anggota partinya berbanding dengan pakatan pembangkang. Pemilihan UMNO akan berlangsung serentak untuk peringkat bahagian dan pusat dengan pendaftaran calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan pada 21 September 2013 dan pemilihannya pada 12 Oktober sementara untuk peringkat Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian pada 28 September dan pemilihan berlangsung pada 19 Oktober. Seramai 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baru UMNO yang dilakukan tiga tahun lalu. - MediaUMNO |
Pengurangan Subsidi : Langkah Positif ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Posted: 03 Sep 2013 03:09 AM PDT Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan semalam mengundang reaksi 'panas' di kalangan rakyat dari semua golongan. Sebahagian dari mereka kelihatannya cuba bersikap rasional dan menerima kenaikan ini sebagai sesuatu yang perlu, dan harus diterima walaupun sedikit kecewa. Namun, secara umumnya rata-rata rakyat Malaysia masih bersyukur kerana minyak di negara ini masih berada di kadar termurah berbanding jiran-jiran terdekatnya. Setakat ini, harga minyak di Thailand adalah RM4.71, Filipina RM5.85, Singapura RM5.48, Indonesia RM3.08 dan Malaysia RM2.10. Pengurangan subsidi minyak sebenarnya perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan jauh. Perlu diingatkan bahawa Malaysia kini dalam 'perlumbaan' untuk menjadi negara berpendapatan tinggi sedangkan ekonomi dunia hari ini berada di dalam keadaan tidak menentu. Untuk itu, Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesan langsung dan tidak langsung dari perkembangan politik global. Defisit Malaysia yang mencecah RM14 billion dan juga hutang negara yang mencatatkan kadar 53% berbanding GDP telah memaksa kerajaan lebih aktif dalam usaha merancakkan ekonomi. Salah satunya adalah dengan meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan asing. Untuk itu, persepsi asing terhadap Malaysia amatlah penting. Malangnya, berdasarkan laporan penyelidikan yang dilakukan oleh Fitch Ratings, Malaysia telah mencatatkan pandangan negatif dalam beberapa bulan selepas PRU-13. Laporan yang negatif mampu mempengaruhi persepsi pelabur untuk mengeluarkan pelaburan sedia ada dari negara ini sekali gus menjejaskan peluang negara untuk mendapat pelaburan baru. Sekiranya ini berlaku, ia pastinya merupakan bencana kepada negara. Justeru, bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing, kita perlu memulihkan persepsi pelabur dengan meningkatkan kedudukan dalam Fitch Ratings. Ini boleh dicapai dalam kadar segera dengan mengurangkan subsidi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan mengurangkan defisit. Tindakan ini bukan sahaja mampu memulihkan persepsi asing pada kadar segera, tetapi juga dijangka membantu memberangsangkan ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah BR1M kepada rakyat berpendapatan rendah. Selain peningkatan kadar BR1M, RM1.1 billion yang dapat dijimatkan melalui pengurangan subsidi, akan digunakan untuk projek-projek pembangunan di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak. Dari situ, kita turut menjangkakan peningkatan pendapatan di kalangan penduduk luar bandar. Beberapa program lain turut dicadangkan, antaranya, skim insurans untuk golongan berpendapatan rendah. Secara dasarnya, langkah mengurangkan subsidi ini dilihat sebagai persediaan awal ke arah sebarang kemungkinan dalam menghadapi cabaran global yang semakin genting dan tidak terjangka. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu dipersiapkan dengan sikap dan mentaliti yang sewajarnya bagi meningkatkan daya saing di peringkat individu. 'Mentaliti subsidi' perlu dikikis secara perlahan-lahan, namun tidak terlalu perlahan. Oleh yang demikian, masyarakat perlu turut memainkan peranan untuk sama-sama menyertai 'perlumbaan' ke arah negara berpendapatan tinggi yang kita idam-idamkan. Lat Ibrahim Mat Noh |
Give Priority To Harmony, Unity – Sapawi Posted: 03 Sep 2013 02:25 AM PDT KOTA KINABALU, Sept 3 – Sabah Information executive councillor Datuk Sapawi Ahmad wants Sabahans to emphasise harmony and unity to ensure continuous peace and prosperity. Sapawi, who is also Sipitang MP, said although there have not been any serious racial tension in Sabah the people and government viewed attempts by various quarters to create such situations as serious. “We are proud that most of our people are rational in their actions when facing these issues by emphasising unity. “Even so, we don’t deny that there is a minority who are not rational, but they don’t threaten the stability of unity in the state,” he said when speaking at a forum organised by the Sabah Information Department here today. Also present were two forum panel members Tuaran MP Datuk Wilfred Madius Tangau and UMS School of Social Science Dean Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan, Communications and Multimedia Management and Information Analysis Division secretary Mohd Sukari Hamid and Sabah Information Department director Almain Ajirul. Sapawi, who is also Sabah Foundation director, said besides unity, the Lahad Datu intrusion incident in early February had raised polemics not only among the people of Sabah but all Malaysians. “The incident which resulted in the death of 10 security personnel taught us a big lesson and we hope it will encourage us to appreciate the harmony and sovereignty of our beloved country,” he said, adding that the Eastern Sabah Security Command was also created as a result which strengthened security in territorial waters. |
Cadangan Adakan Dialog : Anwar Seperti Syok Sendiri… Posted: 03 Sep 2013 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Sept – Cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan menimbulkan tanda tanya dan apakah maksud sebenar sehingga beliau bertindak sedemikian berbanding dengan pendiriannya terhadap UMNO sebelum ini. Pensyarah dan Penganalisa Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata Anwar sepatutnya menggunakan Parlimen untuk beliau mengemukakan apa jua pandangan atau cadangan jika ada perkara yang disuarakan itu untuk kebaikan rakyat dan negara. "Jika sebelum ini pemimpin pembangkang sering mencadangkan supaya diadakan debat dengan pihak kerajaan dan kali ini mereka mencadangkan untuk mengadakan dialog pula, mengapa tiba-tiba Anwar mencadangkan perkara itu dan apakah motif dan niat sebenarnya kerana debat dan dialog adalah sesuatu yang serupa hanya bunyinya sahaja yang berbeza. "Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar boleh menggunakan platformnya di parlimen untuk mengemukakan apa sahaja cadangan yang boleh didengari oleh semua pihak apatah lagi beliau mengemukakan cadangan untuk membincangkan isu-isu nasional," katanya ketika diminta mengulas cadangan mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan ‘isu-isu kebangsaan’ oleh Ketua Pembangkang. Dr Azmi juga mempersoalkan apakah cadangan Anwar itu telah mendapat persetujuan daripada kepimpinan pakatan pembangkang atau ianya adalah cadangan peribadi Ketua Pembangkang itu. "Apa yang difahami, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak begitu berminat berhubung cadangan untuk mengadakan dialog, dia menyatakan bahawa partinya sering terbabit mengadakan perbincangan dengan kerajaan dalam apa jua perkara termasuk isu ekonomi dan agama. "Ini yang menjadi tanda tanya, kerana cadangan Anwar itu seperti tidak diketahui oleh pemimpin pembangkang yang lain, apakah perkara ini tidak dibincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan pakatan pembangkang," katanya. Menurutnya, cadangan untuk mengadakan perbincangan adalah sesuatu yang baik dan Anwar seharusnya mendapatkan sokongan daripada rakannya dalam pakatan pembangkang dan mengapa sekarang mengemukakan cadangan itu yang kononnya atas semangat kebangsaan bukannya politik. -MediaUMNO
|
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment