BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM PERLU MINTA MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 03 Sep 2013 05:00 AM PDT


Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa PR telah menerima keputusan PRU-13.Laporan tersebut juga menggambarkan bahawa kenyataan Anwar itu sebagai memberi isyarat bahawa PR telah bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional mengenai kerajaan perpaduan.Malah,dalam ucapan kemerdekaan Anwar juga,beliau menggesa pertemuan antara kedua parti untuk membincangkan isu-isu dalam negara.Antara petikan ucapannya,beliau berkata "perjumpaan antara kedua belah pihak perlu diadakan segera untuk menyelamatkan Malaysia." Namun,ternyata ucapan tersebut hanyalah lanjutan dari halunisasi Anwar.Anwar sebelum ini pernah dirujuk sebagai "sudah gila" oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berdasarkan kegagalannya menerima hakikat bahawa beliau telah kalah dalam PRU dan juga berdasarkan kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri. 

Nampaknya,kegilaan Anwar masih lagi menjadi-jadi sehingga membayangkan dirinya sebagai orang penting yang perlu dirujuk oleh Perdana Menteri untuk menentukan hala tuju negara.Beliau seboleh-bolehnya ingin meletakkan dirinya sama dengan Perdana Menteri,membuat keputusan dan mentadbir negara.Dalam melayan halunisasinya,Anwar telah terlupa tentang isu-isu yang dibangkitkannya sendiri.Iaitu isu-isu yang menyebabkan beliau menolak keputusan PRU-13 sebelum ini,antaranya isu 'blackout' dan '40,000 Bangladesh'.Oleh itu,sekiranya beliau ingin bertemu,berbincang,berdebat atau berbual kosong sekali pun dengan Datuk Seri Najib,beliau perlu terlebih dahulu menyatakan pendiriannya mengenai isu-isu tersebut.Mana mungkin beliau membuat kenyataan menerima keputusan PRU-13 dan ingin duduk berbincang dengan Perdana Menteri jika masih menganggap 40,000 pengundi hantu masih lagi berkeliaran di seluruh Malaysia ??? Melainkan Anwar mengakui bahawa semua itu hanyalah pembohongannya semata-mata dan meminta maaf kepada semua,Anwar tidak layak untuk berangan-angan pun untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib. 

Datuk Seri Najib telah pun menafikan yang beliau akan mengadakan apa-apa perbincangan dengan PR.Menurut Perdana Menteri,tidak ada sebab bagi BN untuk berbincang dengan PR yang telah menolak keputusan PRU-13 tanpa alasan yang kukuh yang boleh dibuktikan.Malah,tuduhan PR kononnya PRU tidak bersih boleh ditepis dengan mudah sekali sekiranya kita berfikir dengan hati terbuka.Justeru,saya tidak tahu sama ada saya harus kasihan atau mengetawakan Anwar yang terbawa-bawa dengan imaginasinya.Mungkin Anwar sedang mencuba memujuk dirinya sendiri dengan mengambil sikap 'sekiranya tidak dapat menjadi Perdana Menteri,sekurang-kurangnya beliau boleh berkongsi kuasa dengan Perdana Menteri dengan berbuat keputusan bersama-sama untuk negara'.Jelas, 'gila' Anwar sudah semakin kronik dan keluarga beliau seharusnya sudah merasa bimbang akan keadaannya.Sebaiknya Anwar dibawa berjumpa pakar sakit jiwa bagi membantu beliau menerima hakikat dirinya yang telah dipecat,kalah pilihanraya berkali-kali serta semakin hilang sokongan di kawasan sendiri.Semoga keluarga Anwar mengambil tindakan segera untuk mengubati dirinya kerana sesungguhnya,negara tidak mampu mempunyai seorang Ketua Pembangkang yang gila !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KENYATAAN AKHBAR JAWATANKUASA DASAR FISKAL DAN HARGA MINYAK NAIK DIDEDAHKAN !!!

Posted: 03 Sep 2013 02:40 AM PDT


Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee, FPC) telah bermesyuarat pada hari ini untuk meneliti kedudukan fiskal negara dari segi perkembangan ekonomi,prospek serta risiko bagi jangka masa pendek dan panjang.FPC akan memainkan peranan utama dalam mengukuhkan kewangan Kerajaan serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan ekonomi makro jangka panjang.Saya telah mempengerusikan mesyuarat FPC pagi ini.Ahli-ahli tetap FPC terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri,Menteri Kewangan,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi [EPU]),Ketua Setiausaha Negara,Gabenor Bank Negara Malaysia,Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah EPU.FPC disokong oleh Pejabat Dasar Fiskal Kementerian Kewangan Malaysia dan sebuah kumpulan teknikal antara agensi,yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari EPU,Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan. 

FPC menekankan bahawa komitmen Kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiscal dalam lingkungan 3.0% kepada KDNK pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020. Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar.Lebihan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.Oleh itu,langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur.Pada masa ini,subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing. 


Oleh itu,kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.Rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat.Sebagai langkah pertama,dengan ini saya mengumumkan bahawa harga RON95 dan Diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter,berkuatkuasa 12:01 pagi,3 September 2013.Pada masa ini,Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel.Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi tahun ini adalah RM24.8 billion.Pengurangan subsidi bahan api sebayak 20 sen ini bermakna Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api,Kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 dimana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan Bajet. 


Pada masa hadapan,satu jaringan keselamatan sosial (social safety net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan.Langkah-langkah fiskal seterusnya akan diumumkan dalam Bajet 2014.Untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan,pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.Manakala,pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran.Walau bagaimanapun,projek Mass Rapid Transit (MRT) Jajaran 1, 2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang.Projek Southern Corridor High Speed ​​Rail (HSR) pula masih dalam proses rundingan.Dalam jangka sederhana dan panjang,Kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.Pelancongan,sumber terimaan luar yang besar,akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan Kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka sederhana dan panjang.FPC akan terus bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk menilai perkembangan ekonomi dan kedudukan kewangan Kerajaan. 

 Perdana Menteri 
 2 September 2013



CUBA ANDA LIHAT GAMBAR DIATAS !!! 

Ingatkan harga minyak naik sebab kerajaan Barisan Nasional,rupanya harga minyak naik di sebabkan krisis di mesir.Kepada penyokong PR tak perlu lah meroyan dan salahkan kerajaan BN lagi,sebab PAS pun dah kata bukan di sebabkan Kerajaan BN tapi krisis di Mesir

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MALAYSIAN INSIDER PUTAR BELIT KENYATAAN ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 03 Sep 2013 12:26 AM PDT


Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kenyataan Anwar bahawa beliau telah menerima keputusan PRU-13 dan ingin mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan untuk berbincang mengenai isu-isu yang membelenggu negara.Apa yang dinyatakan Anwar ini membawa gambaran yang beliau mencadangkan penubuhan 'kerajaan perpaduan'. Datuk Seri Najib kemudiannya menafikan dan menolak untuk mengadakan sebarang bentuk perbincangan dengan PR,malah idea ke arah penubuhan kerajaan perpaduan juga dianggap merepek sama sekali.PR jelas telah ditolak rakyat dan tidak ada sebab kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak yang ditolak. Lanjutan dari itu, Anwar melalui twitternya telah menafikan yang beliau menerima keputusan PRU-13 sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider.Anwar bertegas yang keputusan PRU-13 adalah tidak sah kerana terdapat pengundi hantu dan berbagai-bagai tuduhan lagi.Nampaknya,Anwar secara tidak langsung menuduh Malaysian Insider telah memutarbelit kenyataannya.Namun,Anwar tidak pula menafikan yang beliau ingin berbincang dengan kerajaan mengenai isu-isu yang melanda negara. 

Justeru,benarlah yang Anwar sedang berangan-angan untuk 'berkongsi' kuasa dengan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia cuma Anwar ingin melakukannya tanpa mengiktiraf keputusan PRU-13.Kita tidak tahu siapakah yang menipu antara Anwar dengan Malaysian Insider kerana kedua-duanya telah beberapa kali terkantoi menipu.Bagaimanapun,mengenali Anwar yang tergila-gila ingin menjadi Perdana Menteri tetapi tidak dapat menerima hakikat kalah pilihanraya,maka lebih mudah untuk kita percaya bahawa Malaysian Insider melaporkan yang benar.Jika ini tidak benar,maka Anwar wajib menyaman Malaysian Insider kerana memutarbelit kenyataannya.Lagipun,bukankah saman menyaman sudah lama menjadi 'hobi' Anwar,malah merupakan antara strategi politiknya yang utama ??? Oleh itu, adalah pelik jika Anwar melepaskan Malaysian Insider begitu saja sedangkan impak dari laporan tersebut agak besar juga.Ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah Anwar sudah 'mengaku kalah' dan menerima keputusan PRU-13.Bertitik-tolak dari itu,penyokong-penyokong tegar PR pastinya merasa kecewa.

Mereka juga tentu merasa malu kerana telah beria-ia membantah keputusan PRU-13 sehingga sanggup berguling-guling di jalanraya.Untuk Anwar menerima keputusan tersebut,akan menyebabkan segala 'perjuangan' mereka berpanas dalam jerebu ketika himpunan Black505 yang lalu,menjadi sia-sia belaka.Tidak semena-mena juga segala pengorbanan mereka untuk memastikan keputusan PRU-13 dibatalkan kelihatan sebagai satu perlakuan yang bodoh sekali.Justeru,Anwar wajib memulihkan kembali moral penyokong-penyokongnya dengan mengambil tindakan kepada Malaysian Insider sekiranya benar media itu telah tersalah lapor.Penafian di twitter sahaja tidak cukup memandangkan ia membawa kesan yang besar.Rakyat kini inginkan kepastian apakah Anwar telah menerima keputusan PRU-13 atau tidak.Jika tidak,Anwar tidak wajar bercakap tentang kerajaan perpaduan atau mengajak kerajaan berbincang tentang apa-apa jua isu negara. Sebaliknya, Anwar wajib membuktikan terlebih dahulu tuduhan wujudnya pengundi hantu dan penipuan dalam pilihanraya itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BLOGGER OUTSIDE THE BOX !!! TOLONG HATI-HATI DENGAN TULISAN ANDA !!!

Posted: 02 Sep 2013 07:24 PM PDT


Berbanding dunia media percetakan atau elektronik,alam maya mempunyai kebebasan yang lebih meluas dan tidak terbatas.Sesiapa sahaja boleh mengatakan atau menulis sesuka hati mereka tanpa perlu mendedahkan identiti sebenar.Yang mempunyai blog atau laman web sendiri boleh juga berkarya atas nama mereka tanpa sekatan atau kekangan jika dibandingkan media arus perdana.Apa pun sama ada ianya media tradisional mahupun baru,setiap individu atau organisasi yang terlibat dalam sektor media,perlu bertanggunbgjawab dan mempunyai etika kewartawanan yang telus dan berhemah.Di bawah pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib beliau telah menjanji ruang yang cukup luas dan selesa untuk semua rakyat Malaysia berpartisipasi dalam memberi ide-ide serta menyalurkan kritikan-kritikan yang sihat agar perjalanan kerajaan boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. 

Dalan hal ini beliau amat bersikap liberal dan terbuka kerana kerajaan sendiri sudah mengakui zaman di mana kerajaan mengetahui semuanya sudah berakhir.Ini kerana dengan kemunculan dan kemajuan media baru atau sosial,tidak lagi lagi sumber berita atau maklumat ang tidak boleh diakses atau disampaikan kepada dunia dalam sekelip mata.Namun ini tidak bermakna sesiapa sahaja boleh berbuat apa sahaja kepada sesiapa sahaja tanpa tanggungjawab dan implikasinya.Ini termasuk memfitnah,menohmah,memaki hamun serta menaburkan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu termasuk perdana menteri sendiri.Blog-blog yang dipunyai pembangkang atau condong kepada mereka sememangnyya itulah kerja buruk yang mereka buat saban hari. 

Memfitnah perdana menteri dan kerajaan adalah sebahagian daripada tugasan mereka.Namun ada juga blog-blog yang lebih berhemah dan banyak yang pro-kerajaan kadangkala bersikap 'over enthusiastic' atau berlebih-lebihan samada memuji atau mengkritik.Tidak salah jika memuji dasar atas tindakan kerajaan yang baik dan menguntungkan rakyat. Juga tidak salah untuk mengkritik kerajaan jika terdapat mana-mana keputusan atau polisi yang merugikan rakyat atau negara.Tetapi kritikan hendaklah berpandukan kepada hujah yang kukuh dan fakta serta statistik yang betul atau 'bona fide'.Umpamanya blog Outside The Box yang dkendalikan oleh Presiden Bloghouse,Syed Akbar Ali telah dilihat sebagai amat ekstrem dalam menghentam dan mengkritik Perdana Menteri.Blog ini adalah pro kerajaan dan di masa lalu ia dihormati kerana mengeluarkan pandangan serta penulisan yang seimbang.Itulah sepatutnya yang menjadi panduan kepada mana-mana penulis media iaitu penulisan harus seimbang pro dan kontranya. 

Bagaimana penulisan Syed Ali kebelakangan ini lebih banyak condong kepada kritikan terhadap Datuk Seri Najib yang boleh dianggap menghina.Perkataan-perkataan yang digunakan juga untuk menghemburkan kemarahannya berkaitan isu TPPA umpamanya amat menjengelkan pembaca.Istilah seperti 'bodoh','moron','stupid' seringkali diungkap di dalam komentar beliau yang ditujukan kepada anggota Kabinet,penasihat perdana menteri malah Datuk Seri Najib.Jika tidak setuju dengan pandangan perdana menteri atau dasar kerajaan, kritik lah secara professional dan beretika dan janganlah sampai ketahap menghina perilaku atau peribadi mana-mana individu.Perdana Menteri juga adalah manusia dan mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia tetapi oleh kerana beliau menerajui sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat maka baginya tindakan menyaman sesiapa yang mengkritiknya walau sehebat mana tidaklah dilihat bersikap terbuka. 

Maka seringkali beliau dicerca dan dimaki tanpa boleh berbuat apa-apa.Begitu juga dengan blog Outside The Box seharusnya lebih bersikap terbuka dan tidak dipengaruhi emosi melampau dan kemarahan yang meluap-luap.Ini kerana jika menulis dalam keadaan marah,kadangkala kesimbangan kadungan tulisan yang dihasilkan akan menjadi bias atau berat sebelah mengikut perasaan yang tidak juga seimbang ketika berkarya.Jadinya walaupun niat mahu memberi nasihat atau menegur secara ikhlas akhirnya pembawakan tulisan yang dihasilkan akan lebih memaparkan emosi kemarahan si penulis.Maka mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak dapat disalurkan sepenuhnya kerana sebahagian besar daripada penulisan itu adalah mengenai kemarahan si penulis dan bukannya mesej yang hendak disampaikan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...