Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Gambar Rumah Adik Nik Aziz Terbakar!!
- HOT! Akibat di sindir Ibrahim Ali 'Bengang' dengan KJ!!
- INFO! Bila Minyak Naik Harga, Apa Jadi Pada Ekonomi?
INFO! Gambar Rumah Adik Nik Aziz Terbakar!! Posted: 03 Sep 2013 07:46 AM PDT Gambar kebakaran diatas adalah rumah adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz Nik Mat), yang mana rumahnya terletak berdekatan dengan rumah Nik Aziz di Pulau Melaka telah mengalami kebakaran. Tidak diketahui bila kebakaran itu berlaku. Tetapi, Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Cantik rumah, hijau warnanya. he he.. Sebab kebakaran tidak diketahui, mungkin harga minyak naik, sebab tu rumah beliau terbakar! Ehh.. termelalut pulak. Sekadar info kepada pembaca, jangan fikir rumah kaler hijau tak boleh terbakar. Tazkiah pada adik Nik Aziz.. |
HOT! Akibat di sindir Ibrahim Ali 'Bengang' dengan KJ!! Posted: 03 Sep 2013 01:39 AM PDT PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengaitkan namanya apabila mengulas desakan Ketua Wira Perkasa supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan. Katanya, beliau sepatutnya menghentam Irwan Fahmi Ideris dan bukan menghinanya yang kalah dalam pilihanraya umum lalu. Menurut Ibrahim, kenyataan Irwan bukan pandangan Perkasa kerana beliau menulis dalam blog peribadinya. "Ia tidak kena mengena dengan Perkasa. Oleh itu kenapa Khairy serang saya dan menghina saya yang kalah dalam pilihanraya?" soalnya ketika mengulas kenyataan Khairy yang mengatakan "Presiden anda pun sudah kalah dalam pilihanraya lepas perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan". Khairy hari ini mengulas desakan Irwan yang menulis dalam entri blognya "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan." yang menulis kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu. Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik. "Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? "Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa," soalnya di majlis hari raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Ibrahim menambah beliau kalah di Pasir Mas kerana beliau bukan menantu bekas Perdana Menteri. "Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri," katanya. Namun demikian beliau mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana melalui kenyataanya itu jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang emosional sedangkan selama ini beliau disanjung kerana dikatakan orang yang bijak dan berilmu. Ibrahim kesal kenapa Khairy kaitkan namanya sedangkan sewaktu beliau susah, beliau meminta tolongnya. "Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya, beliau minta saya jadi saksi. Saya sanggup jadi saksi tiba-tiba beliau selesaikan kes itu dengan Anwar di luar mahkamah. Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?" katanya lagi. Beliau berkata Khairy jangan angkuh selepas dilantik menteri kerana dia menang Ketua Pemuda pun disebabkan dia menantu Perdana Menteri. "Saya orang kampung naik sendiri dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri ketika itu," jelasnya. Beliau kesal kerana beliau tidak kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik dahulu. Mengulas kenyataan Khairy Perkasa ada apa, Ibrahim berkata , "Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu Perdana Menteri".-fmt- |
INFO! Bila Minyak Naik Harga, Apa Jadi Pada Ekonomi? Posted: 02 Sep 2013 06:48 PM PDT Kenderaan bersesak-sesak di stesen Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, berikutan pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR SHAH ALAM – Pengumuman kenaikan harga diesel dan minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi memeranjatkan dan dijangka meningkatkan kos terhadap pengusaha serta pengguna di negara ini. Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihaknya tidak dimaklumkan awal mengenai kenaikan itu dan pengumuman tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduga. "Pada mulanya kami hanya dengar khabar angin dan anggap ia tidak betul. Kami tidak menjangkakan kenaikan yang begitu mendadak dan kadar 20 sen itu memang banyak dan akan membebankan pengusaha stesen minyak kerana kita perlu mengeluarkan modal lebih untuk membeli stok minyak. "Kos operasi stesen minyak juga akan meningkat akibat kenaikan itu dan sudah pastinya pengguna juga akan terbeban kerana kos sara hidup mereka meningkat," katanya kerajaan perlu cari mekanisme terbaik membantu rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi tidak seimbang sebelum menaikkan harga petrol. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman turut terkejut kerana dalam keadaan ekonomi tidak stabil, pastinya akan memberikan kesan kepada golongan berpendapatan rendah. "Kerajaan diharapkan jangan hanya tahu menaikkan harga minyak, sebaliknya mesti mencari kaedah lain membantu rakyat," katanya. Sehubungan itu katanya, beliau menyarankan kerajaan menggunakan kaedah lain seperti memperkenalkan kad rebat kepada rakyat. "Saya cadangkan supaya kerajaan berikan kelebihan kepada individu yang menggunakan kereta nasional dan pengguna motosikal supaya mendapat harga berlainan bagi membantu mereka. "Ini kerana jika diberikan harga murah, semua dapat menikmatinya tidak mengira sama ada golongan kaya atau miskin," katanya. Mengulas lanjut, beliau berharap rakyat bijak mengatur perjalanan bagi mengelakkan penggunaan petrol yang tinggi. "Sebagai pengguna, kita kena bijak dan mencari kaedah untuk mengelakkan pembaziran penggunaan petrol. "Walaupun kita kecewa, tapi kita tetap tidak boleh membiarkan perkara itu membelenggu hidup, jadi jalan terbaik amalkan kongsi kereta dan kerap gunakan kenderaan awam," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment