UMNO Online - “Perlantikan Lajim Bagai Sembilu Buat Penyokong Setia PKR” plus 9 more

UMNO Online - “Perlantikan Lajim Bagai Sembilu Buat Penyokong Setia PKR” plus 9 more

Link to UMNO Online

Perlantikan Lajim Bagai Sembilu Buat Penyokong Setia PKR

Posted: 29 Aug 2013 09:13 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Ogos – Ketua Puteri UMNO  Sabah, Musliati Moslimin berkata tindakan PKR melantik Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang dan pengerusi PKR  di negeri itu seperti mengkhianati ahli mereka yang setia.

Ujar beliau, ahli PKR yang selama ini berusaha keras membawa parti tersebut ke Sabah seakan tidak diiktiraf jasa mereka tetapi individu yang sudah terserlah sikap tidak setianya dan hanya mementingkan pangkat serta masih tidak tahu sejauh mana kesetiaannya kepada parti yang baru disertai dijulang menjadi pemimpin.

"Tindakan melantik Lajim Ukin ini sebenarnya boleh membuka mata setiap penyokong pembangkang bahawa parti pembangkang sebenarnya tidak konsisten dan tidak mempunyai terma dan syarat yang harus dipatuhi.

"Lajim orang baru dalam PKR. Kesetiaannya boleh dipertikaikan tetapi dilantik menjadi ketua PKR di sabah sedangkan masih ada individu lain yang lebih layak untuk dilantik.

"Ini jelas menunjukkan, kesetiaan mereka kepada parti tidak dihargai. Jika sebelum ini pembangkang sering mengutuk UMNO dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya apa yang mereka tuduh UMNO kini terpalit ke muka mereka sendiri," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, seharusnya individu seperti Lajim tidak dilantik terlalu awal memegang sebarang jawatan memandangkan dia pernah mengkhianati parti yang disertainya sebelum ini. Apa yang telah Lajim lakukan kepada UMNO seharusnya menjadi iktibar kepada pembangkang.

Tetapi teganya pembangkang dilihat hanya mementingkan pengaruh dan berharap Lajim mampu menarik ahli UMNO untuk menyertai pembangkang.

"Motif perlantikan Lajim sebenarnya adalah untuk merosakkan parti UMNO tetapi tidakkah pembangkang sedar bahawa tindakan mereka ini menjadi sembilu kepada ahli mereka sendiri yang benar-benar setia.

"Sudah pasti mereka berasa kecewa kerana jasa dan peranan mereka hanya dipandang sepi oleh pemimpin pembangkang. Apa yang pasti, ahli UMNO tidak akan terpengaruh dengan Lajim kerana kami setia kepada parti.

"Orang seperti Lajim memang tidak diperlukan di dalam parti jadi adalah lebih baik parti pembangkang berhati-hati dan kita ucap moga mereka berjaya," ujarnya. - MediaUMNO

Haramkan Tanda Putera Adalah Satu Kerja Bodoh!!

Posted: 29 Aug 2013 05:29 AM PDT

Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut.

Tokoh_Negara_Tanda_Putera_Malaysia

Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.

Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.

Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar?

Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.

Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja?

Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat?

Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem "low-class" (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?

guan_eng_rasis_angkuh_biadap_sombong

Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia.

Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.

Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup.

Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.

Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh.

Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.

isuhot.com

Tanda Putera Disifatkan Filem “Wajib Tonton”

Posted: 29 Aug 2013 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam menyifatkan filem “Tanda Putera” sebagai filem WAJIB TONTON untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini

“Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, “Tanda Putera” akan ditayangkan di semua pawagam negara ini.

tanda-putera-filem-poster-front

“Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini,” katanya di sini, hari ini.

Namun katanya adalah sesuatu yang malang apabila rakyat  di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ambil terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya.

“Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya.

“Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu,” ujarnya.

Minda Penjajah : Mereka Bagai “Menepuk Air Dalam Dulang”

Posted: 29 Aug 2013 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Bekas Naib Presiden Pas, Dato Nakhaei Ahmad menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa negara masih mengekalkan ideologi penjajah biarpun sudah 56 tahun merdeka, adalah lebih tepat ditujukan kepada Pakatan Pembangkang sendiri termasuk Pas.

Menurut beliau, kenyataan Mursyidul Am Pas itu boleh diumpamakan seperti  pepatah menepuk air di dalam dulang lalu terpercik ke muka sendiri.

Nik-Aziz-Lee-Kuan-Yew-Kelantan

"Hari ini kita dapat lihat dengan jelas, siapa sebenarnya yang masih terikat dengan fahaman penjajah? Siapakah yang meminta campur tangan kuasa asing dalam isu politik negara jika tidak pihak pembangkang?

"Siapa yang meminta dana asing untuk membantu perjalanan politik mereka di negara ini, termasuk untuk membiayai pelbagai aktiviti demonstrasi seperti Bersih dan sebagainya, jika tidak pihak pembangkang sendiri?

"Hakikatnya ialah pembangkang sendiri sebenarnya telah membuka pintu penjajahan semula dengan meminta dana dan pertolongan dari kuasa asing untuk campur tangan dalam politik negara, bukannya UMNO atau kerajaan," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa kesal dengan sikap pembangkang yang bersekongkol dengan kuasa luar untuk menghancurkan keharmonian dan keamanan di dalam negara sendiri.

"Mereka ini sebenarnya terpedaya dengan helah kuasa asing yang mahu menjajah kita semula melalui gerakan politik. Tanpa sedar, pembangkanglah yang sebenarnya membuka pintu untuk penjajah menjajah semula negara melalui kaedah politik.

"Begitu juga dengan pendirian mereka menolak perpaduan UMNO dan Pas yang secara tidak langsung telah melaksanakan agenda penjajah iaitu untuk terus berpecah belah, supaya negara kita senang dikuasai oleh mereka.

nik-aziz-pas-hina-nabi-muhammad-mamat-kampung-nasionalis

"Inilah yang berlaku di negara-negara Islam lain dengan menggunakan konsep yang sama iaitu Divide and Conquer. Tapi, apakah mereka sedar tentang perkara ini? Sebaliknya mereka hanya asyik menyalahkan UMNO kononnya mengekalkan ideologi penjajah sedangkan mereka itu sendiri  kini sedang dan telah pun melaksanakan fahaman penjajah di negara ini," ujarnya.

Jelasnya lagi, kesanggupan pihak pembangkang untuk meminta bantuan kuasa luar sebenarnya memperlihatkan sikap kepimpinan pembangkang yang tiada iltizam, tiada rasa hormat dan hilang rasa kasih sayang terhadap kemerdekaan tanah air sendiri.

"Mereka secara terus-terusan menuduh UMNO mengekalkan ideologi penjajah sedangkan merekalah sebenarnya yang kini sedang melaksanakan dan telah pun melaksanakan agenda dan fahaman penjajah dengan menerima tajaan kuasa luar untuk melakukan kerosakan di dalam negara sendiri dan demi untuk kepentingan politik kepartian mereka.

"Bagi saya, kenyataan Mursyidul Am Pas itu bukanlah untuk UMNO tetapi ia sepatutnya ditujukan kepada rakan-rakan mereka seperti PKR yang bersekongkol dengan kuasa barat, DAP yang berkiblatkan Singapura dan partinya sendiri yang sanggup menjadi talibarut untuk melaksanakan agenda penjajahan semula di negara ini," tegasnya. -MediaUMNO

Needless For BN Component Parties To Merge – Palanivel

Posted: 29 Aug 2013 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 29  - MIC president Datuk Seri G. Palanivel said today it was needless for component parties of the ruling Barisan Nasional (BN) to merge as the existing concept of a coalition front was already ideal.

He said there had been unofficial discussions by several component parties on the merger proposal but “some were agreeable to it while others were not”.

“MIC is a strong party, not a weak one. I think there were some discussions. However, when I talked to the BN leadership, I found that Umno will remain as Umno without the need to merge,” he told reporters after opening the National Utility Mapping Seminar organised by the Department of Survey and Mapping, here.

Instead, he said, the country would be stronger if opposition parties such as PAS and PKR merged with Umno.

Palanivel, who is natural resources and environment minister, said he would raise at the Cabinet meeting next week the issue over non-Muslim pupils at Sekolah Kebangsaan Seri Pristana in an effort to find a solution.

Without elaborating, he expressed concern over what was expressed by some parents of pupils of the school.

It had been reported that the changing room at the school had been used as a makeshift canteen for 28 non-Muslim pupils of the school during the recent Muslim fasting month of Ramadan.

Pictures of pupils having their meal in the changing room had been uploaded onto the Internet, drawing criticism from the public.

News portals had reported that at least three non-Muslim pupils had transferred out of the school and that more parents of non-Muslim pupils were contemplating such a move if the government did not act firmly against the school management.

Kementerian Kewangan Dalam Proses Siapkan Draf Belanjawan 2014 – Ahmad Husni

Posted: 29 Aug 2013 04:20 AM PDT

KUCHING, 29 Ogos – Kementerian Kewangan kini dalam proses menyiapkan draf Belanjawan 2014 selepas menerima kira-kira 100 memorandum daripada pelbagai pihak untuk dipertimbangkan, sepanjang Majlis Konsultasi Belanjawan 2014 dijalankan sejak Jun lepas.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata sejak Jun lepas, majlis tersebut diadakan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah, dan selepas majlis ketiga di Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Ogos, proses menyiapkan draf Belanjawan 2014 kini memasuki fasa akhir.

“Draf berkenaan dijangka siap pada pertengahan September untuk diteliti dan dimuktamadkan sebelum dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober depan.

“Daripada 15 kumpulan fokus yang terlibat dalam Belanjawan 2014, ada beberapa kumpulan yang belum selesai. Antaranya berkenaan Indeks Kesejahteraan, dan perkara ini sedang kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2013 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Md. Yahya Basimin, Setiausaha Kerajaan negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak Datuk Jabidah Monseri.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Ahmad Husni berkata perkara tersebut tidak semestinya diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2014.

“Kita masih mengkaji kesannya terhadap ekonomi. Kita mahu pastikan kalau berlaku kenaikan harga, berapa tinggi kenaikan tersebut dan kesannya ke atas  rakyat, kerana pada akhirnya, keutamaan adalah untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

ETP Dijangka Dapat Capai Sasaran PPU Tahun Ini – Idris Jala

Posted: 29 Aug 2013 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos  - Program Transformasi Ekonomi  (ETP) dijangka dapat mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utamanya (PPU) bagi tahun ini apabila sehingga Isnin lepas ia meraih keseluruhan 66 peratus bagi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan 51 peratus bagi Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengumumkan 33 projek baharu ETP dengan pelaburan berjumlah RM7.04 bilion bagi separuh pertama tahun ini.

Beliau berkata projek-projek itu mempunyai pendapatan negara kasar (PNK) RM6.76 bilion dan akan mewujudkan 25,825 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pada 2011, 84 peratus daripada projek-projek itu dengan pelaburan komited berjumlah RM16.64 bilion berjaya dilaksanakan, manakala bagi tahun lepas, 88 peratus daripada projek dilaksanakan daripada jumlah pelaburan RM12.99 bilion,” katanya semasa taklimat pertengahan tahun ETP, di sini, hari ini.

Sejak pelancaran ETP pada 2010, 182 projek telah diumumkan dengan pelaburan berjumlah RM218.34 bilion, PNK RM142.86 bilion dan 434,268 peluang pekerjaan menjelang 2020, kata Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Pemandu, unit di bawah Jabatan Perdana Menteri memantau pelaksanaan inisiatif PPU.

Idris memberi amaran bahawa Malaysia bakal berdepan prospek ekonomi sukar tahun ini berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau, bagaimanapun berkata ETP akan terus menerajui pertumbuhan ekonomi menerusi tumpuannya kepada 12 NKEA dan enam SRI.

Menurutnya, ETP akan terus memudahkan peranan sektor swasta dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Ini terbukti apabila pertumbuhan pelaburan swasta bagi asas kadar pertumbuhan tahunan digabung (CAGR) bagi tempoh 2010 hingga 2012 berada pada 16 peratus daripada pertumbuhan CAGR tujuh peratus pada 2006 hingga 2008 dan lima peratus pada 2008 hingga 2010.

“Pada 2011 dan 2012, pelaburan swasta mengatasi sasaran masing-masing sebanyak 9.3 peratus dan 9.6 peratus. Pada 2011, jumlah pelaburan swasta sebanyak RM94 bilion dan tahun lepas sebanyak RM140.18 bilion,” katanya.

Bagi tahun ini, Malaysia menyasar pelaburan swasta tinggi sebanyak RM148.8 bilion, katanya.

“Bagi separuh pertama tahun ini, 57.7 peratus atau RM85.7 bilion telah dilaksanakan,” katanya.

Pelaburan swasta mengatasi pelaburan awam pada 57 peratus dan 58 peratus masing-masing bagi jumlah pelaburan pada 2011 dan 2012, berbanding 43 peratus pada 2011 dan 42 peratus pada 2012.

“Separuh pertama 2013 terus menyaksikan peningkatan nisbah pelaburan swasta pada 65.7 peratus berbanding 34.3 peratus pelaburan awam,” katanya.

Projek ETP terbesar yang diumumkan Pemandu tahun ini ialah pelaburan oleh Sime Darby Brunsfield Group yang akan melaksanakan pembangunan kompleks runcit mega pelbagai tema di Ara Damansara, dengan pelaburan RM1.517 bilion sehingga 2020.

Waspada Tingkah Pembangkang Runtuhkan UMNO Dengan Adu Domba Pemilihan Parti

Posted: 29 Aug 2013 01:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ahli-ahli UMNO diingatkan agar tidak terpedaya dengan perangkap musuh politik khususnya pembangkang yang akan menjadikan pemilihan UMNO sebagai alternatif untuk meruntuhkan perpaduan dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ahli UMNO perlu sentiasa sedar bahawa dalam musim pemilihan inilah ramai pihak yang akan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan ahli-ahli UMNO.

Ahli UMNO Bersemangat

"Orang UMNO kena ingat bahawa perjuangan UMNO ini adalah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air. Kita kena pertahankan. Kalau kita tumpang sama ikut rentak pembangkang bantai orang UMNO jadi apa lagi yang tinggal dalam UMNO. Ini perlu diperbetulkan balik kerana mereka sengaja buat adu domba," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, anggota UMNO perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sememangnya sinonim dengan tindakan membangkang yang mereka lakukan dan akan tetap berbuat demikian dalam apa jua yang dilaksana oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kerja mereka hanya nak membangkang sahaja apa yang dilaksanakan dan tindakan membangkang mereka yang teragung adalah mencabar kita dalam PRU 13, mereka menang banyak kerusi tapi kita masih boleh memerintah dan mereka terus menjadi pembangkang.

"Jadi mereka ingat kerja mereka nak bangkang saja kerana pada PRU 13 mereka dah gagal dan sekarang ini mereka cari jalan supaya berlaku pergaduhan dikalangan pemimpin-peminpin BN. Mereka cuba lagakan antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO."

"Kita kena tahu bahawa mereka sedang melaga-lagakan kita," tegasnya.

Ujar beliau lagi, anggota parti perlu sentiasa beringat dengan tindakan pembangkang dan sedar bahawa satu-satu bangsa itu tidak akan jatuh dengan perbuatan orang luar tetapi akan runtuh dengan kesilapan daripada bangsanya sendiri.

"Begitu juga UMNO yang tidak akan lemah dengan serangan daripada musuh di luar sebaliknya parti ini akan musnah dengan tindakan ahli-ahlinya yang tidak bijak."

Pemilihan UMNO tahun ini buat julung kalinya akan mengaplikasikan pindaan yang di dibuat pada 2009 yang melibatkan hampir 150,000 orang pemilih bermula di peringkat cawangan hinggalah kepada pucuk pimpinan parti.

Tarikh persidangan cawangan UMNO akan berakhir pada 15 September ini yang kemudiannya akan berlangsung pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 21 September sebelum pemilihan sayap pada 12 Oktober 2013. - MediaUMNO

Badruddin, Mohamed Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO

Posted: 29 Aug 2013 01:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin dan timbalannya Datuk Mohamad Aziz mengumumkan untuk mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti Oktober ini.

Badruddin dan Mohamad, yang memegang jawatan masing-masing sejak dua penggal lepas, menyatakan hasrat itu dalam sidang media bersama di sini hari ini.

Badruddin, yang juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, berkata beliau mengambil keputusan itu demi meneruskan perjuangan dalam UMNO kerana Allah, bangsa dan negara.

“Saya serahkan kepada perwakilan untuk terus memberikan kepercayaan kepada saya bagi menyambung tanggungjawab ini.

“Dalam pada itu saya juga menghormati sistem demokrasi di mana sesiapa sahaja yang merasakan dirinya layak untuk turut menawarkan diri bagi jawatan ini,” katanya.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bekas Anggota Parlimen Jerai itu berkata beliau mahu terus berkongsi segala pengalaman pahit manis perjuangan parti itu dengan anggota dan kepimpinan UMNO sekarang.

Mohamad pula berkata beliau sepakat dengan Badruddin untuk berbuat demikian kerana merasakan gandingan mereka sebagai secocok.

Speaker DUN Johor dan bekas Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata kepercayaan anggota UMNO terhadap kepimpinannya selama ini menjadi semangat untuk beliau meneruskan perjuangan jika diberikan peluang sekali lagi.

Dalam pada itu beliau berharap anggota dan kepimpinan UMNO akan mengembalikan ‘bisa’ mereka sebagai pemimpin yang tegas tetapi masih berpegang pada adab bangsa Melayu.

“Dapat dijangkakan isu-isu kebiadapan terhadap agama Islam dan kedudukan Melayu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, permintaan melampau dari pihak-pihak tertentu dan isu-isu lain bangsa Melayu akan menjadi topik hangat kali ini.

“Justeru diharap pemimpin UMNO kali ini akan terus mencari jalan penyelesaian mempertahankan apa yang sepatutnya seperti dahulu namun dengan cara yang masih terhormat dan tidak menyinggung mana-mana pihak,” katanya.

Haram Tanda Putera, Kenapa DAP Seperti “Anjing Takut Bayang-bayang”?

Posted: 29 Aug 2013 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pengharaman tayangan filem Tanda Putera di seluruh pawagam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP melihatkan ketidak bijaksanaan dan takut berhadapan dengan realiti dengan apa yang bakal ditonton oleh orang ramai umpama “anjing takut bayang-bayang”.

tanda-putera-polis-rusuhan-kaum-cina-melayu-13mei-1969

Setiusaha Agung Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia, Roslan Mohamed berkata filem itu dibuat berdasarkan fakta bukannya imaginasi atau sesuatu yang sengaja direka-reka untuk tujuan mana-mana pihak kerana ia dirujuk kepada sejarah negara.

"Apakah motif sebenar kita tidak tahu, sehingga mengeluarkan arahan sedemikian, ini juga satu sejarah kepada negara apabila kerajaan negeri mengharamkan penayangan filem sejarah yang telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem dan Kementerian Dalam Negeri.

"Mengapa kerajaan Pulau Pinang takut untuk membenarkan filem ini ditayangkan, apakah mereka khuatir cerita filem berkenaan akan memberi kesan negatif, filem berkenaan adalah filem sejarah bukannya filem imaginasi, apa yang ditayangkan adalah berdasarkan sejarah.

"Biarkan penonton menilai filem berkenaan, kita juga mahu terutamannya di kalangan generasi muda mengetahui mengenai sejarah negara ini, sejarah adalah sesuatu yang tidak boleh dipadam atau dipinda kerana membabitkan ramai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas tinadakan kerajaan Pulau Pinang yang mengharamkan filem Tanda Putera ditayangkan untuk tontonan umum di seluruh pawagam di negeri berkenaan.

Roslan berkata, di manakah kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan pembangkang selama ini, apabila sesuatu yang mungkin membabitkan mereka, kuasa digunakan untuk menyekatkan kebenaran daripada diketahui umum.

tanda-putera-rusuhan-kaum-cina-melayu-13mei-1969

"Kerajaan negeri harus memberi peluang kepada rakyat untuk menonton filem berkenaan, biarkan penonton yang menilai filem dan mengetahui mengenai sejarah negara,  sejarah sesuatu yang tidak boleh dipadam atau dipinda,' katanya.

"Mengapa ketika filem The New Village, DAP begitu lantang mempertahankan filem berkenaan, sedangkan filem itu berdasarkan imaginasi yang dilihat menyentuh sensitiviti serta propaganda mengenai komunis, walaupun ia cerita mengenai cinta tetapi boleh memberi kesan negatif," katanya.

Beliau berharap, kerajaan Pulau Pinang tidak harus bersikap kebudak-budakkan sehingga sanggup bertindak sedemikian dan cuba menidakkan apa yang tercatat dalam s ejarah negara.

"Apakah mereka lupa pada sejarah? Apakah mereka lupa pada fakta atau buat-buat lupa. Tepuk dada, tanya selera, hanya pemimpin DAP yang tahu," ujarnya .

Dalam masa yang sama, kelantangan DAP melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan parti DAP.

"DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.

"Ia juga bukti bahawa memang wujud politik wang dalam pemilihan DAP. Jadi tindakan untuk bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan DAP juga merupakan bukti memang wujud ketidak telusan dalam pemilihan mereka.

"Sehubungan dengan itu, DAP jangan lagi berkokok dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) atau menaja kempen seperti Bersih dan Blackout 505 untuk menyalahkan pihak SPR yang kononnya tidak telus dalam mengurus Pilihan Raya Umum, jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan DAP untuk mempertikai SPR," tambahnya. -MediaUMNO 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...