Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Apa Komen Kaum Cina Bila Tengok Filem Tanda Putera?
- PANASS!! Sebenarnya Melayu pun Pendatang di Malaysia ni! - Dap!
- HOT! Punca Guan Eng Haramkan Filem Tanda Putera di Pulau Pinang!
- HOT! Adun Pakatan Kedah Sokong Syiah? #KedahAmanMakmur
- INFO! Bila PKR Sokong Kumpulan Edar Dadah!
INFO! Apa Komen Kaum Cina Bila Tengok Filem Tanda Putera? Posted: 29 Aug 2013 08:56 AM PDT Hmm.. kalau ada kaum cina yang rasional macam ni, kenapa pulak ada melayu yang tak rasional dan mahu filem ini diharamkan? Pelik laa kan? Tak percaya Peter ni cina? Meh tengok profile dia kat SINI |
PANASS!! Sebenarnya Melayu pun Pendatang di Malaysia ni! - Dap! Posted: 29 Aug 2013 06:12 AM PDT AIDCNews – Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia. "Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini. "Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,"katanya kepada KiniTV. Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog the Unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah. Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia. Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra. "Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk "Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries". "Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura. "Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara. "Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) 'Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak', itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong. "Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu,"katanya. Baca selengkapnya, sila klik di sini |
HOT! Punca Guan Eng Haramkan Filem Tanda Putera di Pulau Pinang! Posted: 29 Aug 2013 12:12 AM PDT Kenapa Guan Eng takut sangat dengan filem Tanda Putera? Apa kena mengena filem Tanda Putera tu dengan Dap? Bukankah ianya hanya filem sejarah yang mendedahkan punca sebenar berlakunya 13 mei! Tanda Putera sebuah filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara hari ini selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng. Guan Eng kata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan. Pada pawagam yang engkar akan arahan Guan Eng, lesen mereka akan di tarik oleh PBT. Takpa, kita tengok sejauh mana permainan kasar yang Guan Eng cuba nak main. Tentu pembaca nak tahu punca dan sebab Guan Eng takut sangat kann? Nak tau boleh klik SINI |
HOT! Adun Pakatan Kedah Sokong Syiah? #KedahAmanMakmur Posted: 28 Aug 2013 09:12 PM PDT Bila kita sentuh pasal syiah, Pas tak mengaku dirinya syiah. Tapi bila Kerajaan negeri Kedah nak buat undang-undang untuk membanteras syiah, ada dikalangan Adun Pas yang tak setuju. Kenapa ya? Bila kita tanya siapa syiah dalam Pas dan siapa sokong syiah, haram sekor pun tak mengaku. Tapi bila orang nak ambil tindakan kepada syiah, ramai pula yang menolak. Pelik sungguh kan? Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan diijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri ini. Keputusan itu dibuat menerusi undian pada hari ketiga Persidangan DUN Kedah Ke-13 semalam setelah Pihak pembangkang secara prisip tidak bersetuju dengan pindaan enakmen tersebut. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, dalam undian berbelah bahagi yang difahamkan kali pertama dalam DUN Kedah itu, sebanyak 21 wakil rakyat menyokong usul supaya enakmen tersebut diluluskan manakala sembilan membantah, empat berkecuali dan dua orang tidak mengundi. "Maka isu Syiah telah diselesaikan di peringkat DUN Kedah kerana sekarang kita mempunyai enakmen membenarkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang semata-mata diwujudkan untuk membanteras penyebaran fahaman Syiah," katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Kedah. Buat masa sekarang ni, hanya Kedah dan Perak yang mempunyai undang-undang syariah untuk membenteras syiah. Negeri lain belum ada, atau menganggap ianya tak penting. Tapi itu tak menjadi persoalan, apa yang menjadi persoalan di sini, kenapa 9 orang Adun Pakatan Haram menolak undang-undang nak banteras syiah ni? Apakah mereka juga ada kaitan dengan syiah? SENARAI NAMA-NAMA ADUN PR YANG TAK SOKONG / BERKECUALI ATAU TIDAK MENGUNDI DALAM MELULUSKAN ENAKMEN PENGHARAMAN SYIAH DI KEDAH PAKATAN HARAM PAS : 1) Romani Bin Wan Salin : N10 BUKIT PINANG 2) Ahmad Bin Saad @ Yahaya : N14 ALOR MENGKUDU 3) Datuk Amiruddin Bin Hamzah : N15 ANAK BUKIT 4) Mohd Nasir Bin Mustafa (SYIAH) : N17 PENGKALAN KUNDOR 5) Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul : N18 TOKAI 6) Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak : N20 SUNGAI LIMAU 7) Datuk Siti Ashah Binti Ghazali : N33 MERBAU PULAS DAP : 8) Tan Kok Yew : N11 DERGA 9) Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok : N13 KOTA DARUL AMAN PKR : 10) Ooi Tze Min : N28 BAKAR ARANG 11) Dr Robert Ling Kui Ee : N29 SIDAM 12) Md. Zuki Bin Yusof : N32 KUALA KETIL SENARAI NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG MENYOKONG PENGHARAMAN SYIAH BARISAN NASIONAL 1) Mohd Rawi Bin Abd Hamid : N1 AYER HANGAT 2) Nor Saidi Bin Nanyan : N2 KUAH 3) Datuk Abu Hasan Bin Sarif : N3 KOTA SIPUTEH 4) Datuk Mukhriz Tun Mahathir : N4 AYER HITAM 5) Datuk Ahmad Zaini Bin Japar : N5 BUKIT KAYU HITAM 6) Aminuddin Bin Omar : N6 JITRA 7) Badrol Hisham Bin Hashim : N7 KUALA NERANG 8) Kama Noriah Binti Ibrahim : N8 PEDU 9) Datuk Ahmad Bin Sudin : N9 BUKIT LADA 10) Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah : N12 BAKAR BATA 11) Datuk Suraya Binti Yaacob : N19 SUNGAI TIANG 12) Datuk Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail : N21 GUAR CHEMPEDAK 13) Dr. Leong Yong Kong : N22 GURUN 14) Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah : N23 BELANTEK 15) Mahadzir Bin Abdul Hamid : N24 JENERI 16) Datuk Tajul Urus Bin Mat Zain : N26 TANJONG DAWAI 17) Ali Bin Yahaya : N27 PANTAI MERDEKA 18) Datuk Azmi Bin Che Husain : N30 BAYU 19) Harun Bin Abdul Aziz : N31 KUPANG 20) Chua Thiong Gee : N35 KULIM 21) Norsabrina Binti Mohd Noor : N36 BANDAR BAHARU BN Semua sokong, tetapi kenapa Pas tolak? Ada apa-apa ka? McTheory: Selalunya orang jahat yang takut dengan undang-undang kann? |
INFO! Bila PKR Sokong Kumpulan Edar Dadah! Posted: 28 Aug 2013 06:33 PM PDT Seorang pemandu lori berketurunan India, YOGESWARAN a/l MARIAPPAN, 30, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau Seksyen 302 Kanun Keseksaan, 324 Kanun Keseksaan dan dua kes 148 Kanun Keseksaan telah ditembak oleh dua orang suspek yang menaiki motosikal dan memakai helmet bertutup penuh. Mangsa yang merupakan seorang pemandu lori telah ditembak di Jalan Padang Serai ketika menghala ke Kongsi 14, Division Bukit Selambau semalam lebih kurang jam 5:00 petang. Tembakan satu das itu yang dilepaskan oleh suspek, menyebabkan dia mengalami kecederaan pada jari telunjuk dan jari sebelah tangan di bahagian kanan. YOGESWARAN sekarang ini sedang dirawat di Wad Kenanga 5 Tingkat 5 Hospital Abdul Halim. Adalah difahamkan, mangsa terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek kerana lori yang dipandu olehnya tidak mempunyai pintu atau lori lama. Mangsa kemudiannya telah dihantar oleh dua orang rakannya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim. Pihak polis percaya, kejadian ini mempunyai kaitan dengan kes lampau di Bukit Lembu dan mempunyai kaitan rapat dengan kes perebutan kawasan pengedaran dadah. Mangsa merupakan salah seorang anggota GANG 08. Bukit Lembu merupakan kawasan panas di Kuala Muda di mana sering berlaku pergaduhan melibatkan kumpulan GANG 35 dan GANG 08 yang bersaing merebut kawasan itu bagi pengedaran dadah. Namun begitu, pergaduhan yang berlaku, jarang dilaporkan kepada pihak polis. - Sumber Tanya usul periksa, Latipah Koya terus-menerus mempersalahkan polis jika mengambil tindakan terhadap kumpulan terbabit. Takkan polis nak biar kumpulan dadah bergaduh sesama sendiri hingga membahayakan orang awam? Nak bela pun agak-agak la.. otak ada ka? McTheory: Selalu, penjenayah yang suka bela penjenayah ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment