BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! SIAPA YANG SOKONG DENGAN KENYATAAN KETUA PERKASA NI ???
- HOT NEWS !!! KENYATAAN KETUA PERKASA ADALAH UNTUK RAIH POPULARITI !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! UNIVERSITI AL-AZHAR KINI BERADA DI MALAYSIA !!!
- EKSKLUSIF !!! SEMUA FAKTA BERKENAAN @KHAIRYKJ DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DAN DAP NAK WUJUDKAN GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! BARU MENGUASAI SELANGOR BILIK GERAKAN BN NAK DIROBOHKAN !!! APA CERITA NI ???
HOT NEWS !!! SIAPA YANG SOKONG DENGAN KENYATAAN KETUA PERKASA NI ??? Posted: 29 Aug 2013 08:30 AM PDT Ketua Wira Perkasa,Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk 'Sudah Cukup Segalanya DiGadai,Haji Najib Wajar Letak Jawatan', nampaknya keseorangan.Timbalan Presiden Perkasa,Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian.Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Datuk Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13,namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan.Menurut Datuk Abd. Rahman,Perkasa sedia memberi masa kepada Datuk Seri Najib untuk mengkaji semula strategi PRU-13 yang dianggap mereka sebagai banyak kelemahan kerana telah mengabaikan penyokong BN dan sebaliknya lebih mengutamakan tuntutan dan desakan pembangkang serta kaum Cina. Perkasa percaya dengan kritikan pertubuhan tersebut,Datuk Seri Najib akan dapat membuat percaturan yang lebih baik bagi menghadapi PRU-14.Dengan itu,Datuk Abd. Rahman menegaskan bahawa kenyataan Irwan Fahmi adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili suara Perkasa.Kita sedia maklum bahawa Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali adalah seorang yang lantang.Oleh itu,saya pasti,jika Perkasa inginkan Datuk Seri Najib meletak jawatan maka ia akan dilakukan oleh Presiden sendiri,bukan orang lain.Memandangkan Datuk Ibrahim Ali tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini,maka saya pasti bahawa beliau juga tidak berpegang kepada pendirian yang sama dengan Irwan Fahmi.Nampaknya,Irwan Fahmi telah tersalah langkah.Beliau mungkin menyangka yang kenyataannya akan menerima sokongan padu berdasarkan kritikan Perkasa terhadap kepimpinan sebelum ini.Namun,beliau gagal memahami bahawa kritikan bukan bermakna permusuhan.Kritikan selalunya menandakan keprihatinan atas dasar inginkan yang terbaik untuk subjek yang dikritik.Irwan Fahmi harus faham bahawa dalam politik,kritikan dari penyokong adalah sesuatu yang baik dan Datuk Seri Najib cukup maklum mengenainya.Perkasa dan UMNO adalah saudara kandung,seibu dan sebapa,sebangsa dan seagama.Kritik mengkritik adalah atas dasar sayang semata-mata serta tidak wajar menjadi barah.Perkasa mengkritik bukan untuk menjatuhkan beliau,tetapi untuk mengukuhkan kedudukannya,pastinya kerana Perkasa menaruh sepenuh keyakinan terhadap kepimpinannya. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KENYATAAN KETUA PERKASA ADALAH UNTUK RAIH POPULARITI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 29 Aug 2013 05:00 AM PDT Blog-blog pakatan pembangkang sejak kelmarin begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa,Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri,Datuk Seri Najib meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya.Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik,kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.Yang pelik,apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.Berbalik kepada isu berhubung kenyataan Fahmi,mungkin ada yang merasakan 'suara' Fahmi ini mewakili suara seluruh ahli Perkasa,namun ramai yang merasakan ia hanyalah merupakan pandangan peribadinya semata-mata.Tambahan pula sehingga kini tidak ada satu pun 'suara' yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi Perkasa yang menyokong kenyataan tersebut. Malah ada sesetengah penganalisis politik merasakan ia adalah merupakan percubaan Fahmi untuk 'menjual diri' bagi mendapatkan perhatian masyarakat.Maklumlah,sejak kebelakangan ini Perkasa dilihat tidak lagi 'segarang' dahulu'.Jadi dia perlu melakukan sesuatu bagi membangkitkan emosi dan sentimen ahli-ahli Perkasa untuk kembali dilihat 'hidup'.Fahmi dalam kenyataan tersebut mendakwa keGAGALan Datuk Seri Najib adalah disebabkan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) namun masih gagal mendapatkan sokongan menyeluruh dari masyarakat Cina.Tidak cukup dengan itu dia turut mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat.Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi ini terlalu dangkal untuk diterima,kerana umum mengetahui dasar Barisan Nasional adalah memperjuangkan hak dan nasib semua kaum di Malaysia.Malah Perdana Menteri sendiri telah berulang kali mengatakan beliau adalah pemimpin untuk semua masyarakat di negara ini. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan,pendekatan Perdana Menteri itu adalah merupakan satu pendekatan yang selari dengan tuntutan Islam.Sebagai contoh,Nabi Muhammad SAW di dalam salah satu hadis pernah bersabda bahawa baginda adalah merupakan pemimpin kepada semua umat dan bukannya pemimpin kepada masyarakat Arab semata-mata.Oleh yang demikian,ada baiknya untuk Fahmi memahami konsep kepimpinan dan luangkan masa untuk membuat sedikit kajian ilmiah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.Kerana takut nanti,tak fasal-fasal Perkasa disalahkan kerana ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan bodoh.Malah,sebelum ini Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap pernah berkata dasar yang digubal kerajaan telah mengambil kira pelbagai perkara dan juga kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan ini tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.Menurut beliau lagi Malaysia sentiasa membuat perubahan daripada semasa ke semasa ke atas setiap dasar yang dilaksanakan dan sentiasa memastikan tiada jurang besar antara kaum di negara ini.Fahmi seharusnya sedar,apa yang penting pada ketika ini ialah berfikir untuk bersama-sama kerajaan bagi mengekalkan kemakmuran dan perpaduan negara dan bukannya saling tudah menuduh dengan pelbagai alasan yang merepek dan berbaur perkauman. Ini kerana dalam membina negara bangsa, kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menjaga kemakmuran bersama yang adil dan saksama.Justeru itu,konsep dan gagasan 1Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan nasional antara kaum.Berhubung isu yang mengatakan BR1m adalah merupakan rasuah,ia adalah merupakan satu pendapat jelas membuktikan Fahmi seorang cetek pengetahuannnya.Ini kerana sekiranya ia dianggap rasuah,apakah ini bermakna semua pemberian kerajaan selama itu dianggap rasuah ??? Contohnya bantuan untuk ibu tunggal,golongan nelayan,kurang upaya dan sebagainya.Sedangkan bantuan yang diberikan,tidak mengira latar belakang,kaum mahupun ideologi politik.Baik orang Pas,PKR mahupun DAP,asalkan mereka layak dan merupakan warganegara,bantuan tersebut wajar diberikan.Tambahan pula ianya adalah duit rakyat,maka apa salahnya ia dikembalikan semula kepada rakyat. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! UNIVERSITI AL-AZHAR KINI BERADA DI MALAYSIA !!! Posted: 29 Aug 2013 01:30 AM PDT Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar,Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.Menteri Pendidikan II,Datuk Seri Idris Jusoh berkata,cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.Katanya,kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.Menurutnya,pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran. "Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar,Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir,di sini hari ini.Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd.(MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.Menurut Idris,pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.Katanya,kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.Sehubungan itu,katanya,satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir,Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara. Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia. Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam."Berkenaan isu kos,pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.Dalam pada itu,mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir,beliau berkata,beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia,namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.Bagi pelajar Universiti Al-Azhar,mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir,beliau berkata,pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini. "Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya. - Utusan Malaysia |
EKSKLUSIF !!! SEMUA FAKTA BERKENAAN @KHAIRYKJ DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!! Posted: 29 Aug 2013 01:05 AM PDT Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi.Beliau lebih tinggi,tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia.Pada pendapat saya,hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek.Bagi ahli politik yang lain pula,tidak kira kalau mereka dari PR atau BN,mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya,Malaysia.Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi,semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!),jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad.Saya berpeluang menyaksikan saudara Khairy beraksi di forum Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) pada hujung minggu lepas.Saya perlu akui kagum dengan peningkatan yang dicapai beliau selepas berjaya mengharungi jerit perih dunia politik mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun baru menyertai Kabinet lebih kurang tiga bulan,ternyata pemimpin berumur 37 tahun ini telah pantas menyesuaikan diri dengan portfolio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.Beraksi dalam wacana yang mencabar ini,Khairy bukan sahaja berjaya menjawab soalan sukar dengan yakin dan jelas, malah sempat menambahkan elemen lucu dalam jawapan beliau (sesuatu yang jarang ditemui dalam Umno).Jelas,beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sejak debat pertama dengan Rafizi Ramli di London pada awal tahun lepas (dianjurkan oleh UKEC juga) dimana saya merupakan salah seorang daripada hadirin.Ternyata medan kempen dan ceramah telah menjadikan beliau lebih yakin untuk mengambil pendekatan yang jujur dalam menjawab soalan sukar.Sebagai contoh,apabila ditanya tentang kualiti Pakatan yang beliau kagumi,Khairy mengambil masanya sebelum menjawab dengan tenang – "semangat setiakawan".Kejujuran dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh jawapan beliau (jarang ditemui dalam Umno) telah disambut dengan meriah oleh para hadirin.Tambahan pula,Ahli Parlimen Rembau yang telah berjaya meningkatkan majoriti beliau sebanyak tiga kali ganda pada PRU 13 yang lalu mampu mengakui kesilapan kerajaan beliau dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption,Crime and Cost of Living (Rasuah, Jenayah dan Kos Sara Hidup) kalau ingin menjadi pilihan pengundi muda. Sebetulnya,kalau isu 3C ini mampu ditangani,tidak mustahil pengundi bandar mungkin akan memilih BN semula. Lebih penting lagi,walau kita berada di musim pemilihan Umno (Khairy akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda) di mana secara lazimnya,pesaing utama untuk jawatan tertinggi dalam Umno selalunya membakar sentimen pro-Melayu,Khairy mampu mengimbangi agenda sayap kanan parti beliau dengan agenda rakyat Malaysia yang lebih meluas dengan baik.Beliau tidak mengarahkan mereka yang tidak setuju dengan pendapat beliau atau dasar kerajaan untuk berhijrah ke negara lain.Sebaliknya,memberi penerangan baik tentang perjuangan bersifat moderat dalam Umno di samping mengakui kewujudan elemen konservatif dalam parti beliau.Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin bukan sahaja memberi nafas baru kepada arena politik tetapi mampu meyakinkan golongan "Middle Malaysians" seperti diri saya tentang masa depan politik Malaysia.Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa masih ada harapan lagi untuk Umno. Saya turut mengagumi,kebijakan yang ditampilkan beliau apabila ditanyakan soalan berikut – "Apakah perkataan terbaik untuk menggambarkan Ketua Pembangkang?" Selalunya apabila Anwar Ibrahim menjadi topik perbualan utama,pemimpin Umno akan guna bahasa kesat.Sebaliknya,Khairy memilih perkataan – "tidak konsisten" – untuk menggambarkan bekas pemimpin Abim ini.Dengan ini Khairy telah berjaya mengkritik tanpa bersikap biadab.Saya berpendapat Khairy telah berjaya meyakinkan pengkritik beliau (termasuk saya sendiri) bahawa beliau seorang yang lebih merendah diri dan memahami keinginan akar umbi politik setelah berjaya mengharungi fasa mencabar di mana beliau dipinggirkan dari jawatan Kabinet.Pengalaman beliau menunjukkan penting ketekunan dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup mahupun politik.Ternyata,jatuh-bangkit seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri.Mungkin sudah tiba masanya untuk bintang Khairy kembali bersinar Oleh Karim Raslan APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DAN DAP NAK WUJUDKAN GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Aug 2013 07:00 PM PDT Kemenangan kerajaan dalam permohonannya menolak rayuan pihak Gereja Katholik untuk mengenepikan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kalimah Allah disambut umat Islam dengan penuh kesyukuran dan kelegaan.Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu di Putrajaya bermakna perbicaraan penuh akan berlangsung mulai 10 September depan.Perjuangan masih belum selesai dalam mempertahan kesucian kalimah Allah yang kini direbut oleh puak-puak Kristian untuk digunakan sebagai terjemahan istilah 'God' di dalam kitab Injil berbahasa Melayu yang dipanggil 'Al Kitab'.Isunya tidaklah berbelit-belit seperti mana yang cuba digambarkan oleh pihak Kristian.Mereka menggunakan alasan bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sudahpun dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam amalan keagamaan mereka sejak puluhan tahun dulu.Mereka juga menggunakan alasan bahasa kalimah Allah juga sudah menjadi sebati dengan budaya orang Arab Kristian sejak ratusan tahun dahulu. Kedua-dua fakta tersebut memang tidak boleh di nafikan kerana itulah keadaannya di negara-negara Arab yang mempunyai populasi Kristian dan begitu juga di Sabah dan Sarawak sebelum kedua negeri tersebut menganggotai Persekutuan Malaysia pada 1963.Bagaimanapun kedua-dua alasan tersebut tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk menegakkan benang yang basah oleh pihak gereja.Apatah lagi di dalam Perlembagaan Persekutuan sudah dinyatakan dengan terang lagi jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan atau agama negara sepertimana yang termaktub di dalam Artikel 3(1).Ini bermakna Islam adalah satu-satu agama negara yang diakui oleh Perlembagaan sebagai bukan sahaja mempunyai status rasmi tetapi juga ia adalah agama yang dilindungi statusnya di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.Walaupun Perlembagaan membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas tetapi hanya agama Islam sahaja yang mempunyai kedudukan istimewa yang merangkumi perindungan terhadap kemuliaan, pengembangan, penyebaran serta perundanganya.Kerajaan bertanggungjawab melindungi Islam di negara ini dalam apa jua keadaan dan mengambil apa jua bentuk tindakan agar ia tidak terancam, tergugat atau tercemar oleh mana-mana pihak terpihak agama-agama lain. Usaha pihak Kristian untuk mengguna kalimah Allah di dalam kitab agama mereka boleh dianggap sebagai satu ancaman kepada Islam.Oleh kerana itu kerajaan dengan kuasa pemerintahan yang dimilikinya perlu mengambil segala usaha di dalam kerangka perundangan negara supaya ancaman ini dapat dipatahkan.Umum tahu isu kalimah Allah ini telah dipolitikkan oleh pihak gereja yang menyokong pembangkang secara terangan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.Anwar Ibrahim yang meneraju pakatan pembangkang telah menegaskan bahawa adalah menjadi dasar mereka untuk membenarkan Gereja Katholik mengguna kalimah itu jika berkuasa. Sebab itulah pihak gereja begitu yakin dan teruja dengan jaminan Anwar sampaikan sokongan diberikan oleh gerakan Kristian di Jerusalem.Ini membuktikan apa yang diperjuangkan oleh gereja di negara ini bukan sekadar isu kalimah Allah tetapi ia hanya menjadi batu loncatan kepada suatu agenda yang lebih besar dan menakutkan. Tujuan Kristian ialah menukar Malaysia kepada sebuah sistem pemerintahan berlandaskan republik seperti di Singapura di mana Kristian pula akan menjadi agama rasmi di Tanah Melayu ini.Sudah banyak bukti yang menunjukkan usaha Kristian menjurus kepada agenda itu dan mereka akan memastikan ia mendapat sokongan antarabangsa. Kenyataan Duta Vatican, Joseph Marino yang menyokong secara terbuka penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini sudah menjadi bukti kukuh bahawa gereja akan mengguna pengaruh gerakan Kristian antarabangsa untuk menyerang Malaysia.Dap juga memainkan peranan penting dalam gerakan Kristianisasi kerana sebahagian besar pucuk pimpinannya adalah beragama Kristian.Malah jika diperhati senarai nama-nama di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap,dua pertiganya adalah daripada kalangan Cina Kristian. Kejayaan Dap memenangi jumlah kerusi pembangkang di Parlimen sebanyak 38 buah,memberi lonjakan semangat kepada parti itu untuk mengadakan kesepakatan dengan pihak gereja. Gerakan Kristianisasi bukan sahaja didalangi oleh pihak gereja tetapi juga diperkukuhkan dengan gadingan politik daripada Dap serta jaminan dari Anwar. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! BARU MENGUASAI SELANGOR BILIK GERAKAN BN NAK DIROBOHKAN !!! APA CERITA NI ??? Posted: 28 Aug 2013 05:00 PM PDT SALINAN surat yang meminta Majlis Daerah Sabak Bernam supaya merobohkan bilik gerakan BN yang selama bertahun-tahun telah menjadi pusat mesyuarat dan pusat aktiviti penduduk sekitar Parit 13,Sungai Panjang.Ini lah perangai sebenar pemimpin pakatan yang selama ini mereka agong-agongkan.Baru menang dan punya sedikit kuasa,sudah menggunakan kuasa veto untuk memusnahkan semua harta milik BN yang selama ini mereka berbulu tengok.Inilah jadinya apabila Exco Hal Ehwal Islam,Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa yang juga ADUN Sabak yang baru menang mula berlagak dan riak dengan kuasa yang baru sekejap diberikan oleh Allah. Tak sampai 100 hari lagi dia menduduki kerusi ADUN Sabak,semua benda nak dikacau.Semua benda nak buat pembaharuan kononnya.Dengan alasan untuk membina 2 pintu lot kedai di atas tanah yang sekarang ini terbina bilik gerakan BN,beliau menggunakan kuasanya sebagai exco kerajaan negeri supaya YDP MDSB menurut perintah nya jika tidak mahu ditukarkan ke daerah lain.Perkara ini sudah disahkan dan pada bila-bila masa sahaja kerja-kerja meroboh akan dilakukan.Apa yang boleh kita buat ??? - JawaBernam Diam jela... Selangor bukan milik BN lagi..... RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment