tun faisal dot com

tun faisal dot com


#PemilihanUMNO13 - Mampukah Blogger, Facebooker UBAH UMNO? #PAU13 #UbahUMNO

Posted: 06 Aug 2013 12:51 AM PDT


Riak-riak TUNTUTAN PERUBAHAN di dalam UMNO sudah dimulakan. Terbaru adalah tulisan dan gerakan yang akan dimulakan oleh blogger ternama, Dr Novandri. Dalam Tulisan Dr Novandri ini, bukan sahaja pemimpin lama yang tidak berkesan patut digantikan, malah pemimpin muda yang hanya pandai beretorik, tidak efektif, malas, tidak berani dan gagal bersuara untuk membawa perjuangan juga tidak wajar dipilih semula.

Sebelum tulisan Dr Novandri, sudah ada sejumlah tulisan yang agak berani menuntut perubahan. Antara tulisan yang pertama adalah daripada blogger Shah Alam Rebels (SAR). Tulisan SAR ini disahut pula oleh beberapa blogger yang lain seperti Sangkakala, Keris 7 Lok dan APA.

PEMILIHAN UMNO 2013: SENARAI KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG WAJIB BERUNDUR!!!

Jom kita ubah atau rebah. @NajibRazak

PEMILIHAN AGUNG UMNO !!! WILAYAH PERLU JUGA PERTUKARAN

SELEPAS UMNO SELANGOR - BEBERAPA KETUA UMNO BAHAGIAN #WILAYAHPERSEKUTUAN JUGA PERLU DITUKAR!

Pemilihan UMNO 2013 - UMNO perlu perubahan RADIKAL di bahagian? @NajibRazak
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/07/pemilihan-umno-2013-umno-perlu.html

Antara laman Facebook yang kritikal tentang pemilihan ini pula adalah

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - PEMILIHAN 2013

Malangnya, yang memulakan riak ini, bukan pemimpin UMNO, tetapi golongan Blogger dan Facebooker yang sayangkan UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Dalam UMNO, suara-suara yang menuntut perubahan, hanyalah sekadar bisikan. Sama ada bisikan kecil yang mengajak perubahan ini dapat disahut dengan keberanian dalam bentuk TINDAKAN dan UNDI di cawangan dan bahagian, itu belum pasti lagi. 

Bacaan saya, dengan sistem warlord yang ada, keberanian dan ketrampilan pemimpin muda di peringkat bahagian, kekurangan sumber di kalangan pemimpin muda dan kecenderungan perwakilan-perwakilan UMNO yang rata-ratanya masih mengundi mengikut blok, arahan pemimpin bahagian atau kerana kepentingan diri, rasanya, TUNTUTAN PERUBAHAN yang ingin digerakkan oleh golongan Blogger dan Facebooker UMNO ini SUKAR hendak direalisasikan. 

Lebih-lebih lagi JIKA ramai di kalangan 150,000 perwakilan ini tidak membaca blog dan mempunyai akaun facebook

Dengan syarat yang baru dimasukkan seperti `KEMESTIAN UNTUK MENJADI AJK BAHAGIAN SELAMA SATU PENGGAL', peluang pemimpin muda dalam UMNO akan dihadkan. 

Dengan tempoh berkempen yang pendek dan pemilihan dilakukan serentak dengan pemilihan di peringkat Bahagian, maka peluang untuk pemimpin baru seolah-olah hampir tiada, sebaliknya ia membolehkan sistem warlord terus mengambil tempat dan memberi advantage atau kelebihan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi sedia ada, iaitu para Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi yang menyandang jawatan.

Jika ini senarionya, maka gerakan yang dimulakan oleh Blogger dan Facebooker ini hanya akan menjadi sekadar gerakan di ALAM MAYA. Tetapi, itu tidak seharusnya menghalang para PEJUANG di kalangan blogger dan facebooker yang sayangkan UMNO dan perjuangan ABATA ini mencuba.

Mampukan riak-riak TUNTUTAN PERUBAHAN oleh para blogger dan facebooker pro-UMNO ini digerakkan sehingga menjadi GELOMBANG, seterusnya TSUNAMI yang boleh mengubah senario kepimpinan dalam UMNO? Saya masih kurang yakin kerana faktor-faktor yang telah saya senaraikan tadi..

BACA TULISAN DR NOVANDRI DI BAWAH UNTUK MENGIKUTI DAN MEMAHAMI GERAKAN TUNTUTAN PERUBAHAN YANG AKAN DIMULAKAN OLEH BLOGGER DAN FACEBOOKER DI PULAU PINANG


SEBAB CALON-CALON MT & PEMUDA UMNO PERLU DI TOLAK DI #PAU13

http://novandri.blogspot.com/2013/08/1-sebab-calon-calon-mt-umno-perlu-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

1. MiM percaya transformasi parti UMNO mesti bermula dengan menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak perform dan terlalu lama dengan jawatan yang dipegang.  

2. Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya sedar sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan memberi peluang kepada pelapis yang lebih muda untuk membolehkan proses rejunivasi dan percambahan idea-idea yang lebih relevan dengan masa kini. 

 3. Sebagai penganalisis politik dan juga salah seorang wakil ahli UMNO yang akan mengundi di pemilihan kepimpinan UMNO tidak lama lagi, MiM akan mulai menyenaraikan calon-calon yang MiM dan rakan-rakan yakin akan meneruskan transformasi parti UMNO/BN dan kerajaan.
  

4. Penyenaraian ini sangat penting untuk membolehkan ahli-ahli UMNO menilai sendiri calon-calon yang akan bertanding supaya kita tidak tersilap pilih terutamanya ketika parti bakal menghadapi PRU14 yang dianggap paling sukar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional. 

5. Cukuplah dengan calon-calon MT dan Pemuda UMNO yang lantang dan rajin turun ke akar umbi hanya ketika kempen tetapi selepas itu susah untuk bertemu dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberi. 

 6. Sudah tiba masanya untuk MiM membantu fokuskan usaha untuk memastikan kepimpinan UMNO yang berdepan PRU14 adalah yang terbaik.
  

7. Jika diberi jawatan-jawatan penting, pemimpin-pemimpin ini bukannya memudahkan pentadbiran Najib Razak tetapi kerap menjadi liabiliti parti dan kerajaan hingga menyusahkan jentera media alternatif pro-UMNO untuk mempertahankan parti.

8.  Dengan protokol mengundi yang berbeza dan melibatkan lebih ramai lagi akar umbi wakil UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, maka adalah mandatori MiM dan rakan-rakan untuk memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan supaya akar umbi wakil UMNO lebih tahu bakali-bakal pemimpun mereka.

9. Status Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan sayap-sayap parti yang diketahui tidak akan membantu proses transformasi parti UMNO mesti ditolak demi kesinambungan parti UMNO.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...