BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! YUKTES CABAR @ANWARIBRAHIM SAMAN DIRINYA !!! ADA BERANI KER ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 06 Aug 2013 05:00 AM PDT


Bekas peguambela kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,Yuktes Vijay mencabar bekas anak guamnya itu untuk menyaman dirinya yang dikatakan bakal mendedahkan dokumen bukti konspirasi Anwar."Suruh dia lawan.Dia (Anwar) nak suruh peguam dia saman saya? Samanlah.Suruh dia fikir dahulu sebelum bertindak," jelas Yuktes dalam temubual bersama MyNewsHub selepas mengadakan satu sidang media di Petaling Jaya.Dalam temubual tersebut,Yuktes menjelaskan bahawa Anwar tahu siapa yang dia bakal berdepan jika bertindak untuk menyaman Yuktes.Pada 31 Julai lalu,Yuktes telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung tindakan Anwar yang mencemarkan nama dan merenggangkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing.Beliau bertindak untuk membuat laporan polis berdasarkan dakwaan Anwar bahawa seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sekaligus menjejaskan keputusan pilihanraya tersebut.

Menurut beliau lagi, tindakan Anwar itu turut mengaibkan nama negara bukan sahaja di serata Malaysia malah di Indonesia ketika lawatan senegara tersebut selepas PRU13 lalu.Bukan itu sahaja,beliau yang menyifatkan taktik Anwar dengan mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 adalah modus operandi yang berasaskan pembohongan dan penghasutan.Dalam laporan polis yang di Balai Polis Klang,Yuktes turut mengakui yang dirinya menyimpan beberapa salinan dokumen dan bukti penipuan Anwar. "Saya mempunyai bukti-bukti yang merangkumi dua emel dalam kes liwat dia. "Warga asing ini memainkan peranan secara langsung dalam mempengaruhi pandangan negara asing tetang kes liwat ini.Erti kata lain, dia (Anwar) menggunakan warga asing ini untuk memberi persepsi ini sebuah konspirasi Barisan Nasional (BN)," memetik laporan polis yang dibuat Yuktes.

Sebelum ini,Yuktes telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.Dalam email berkenaan,Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.


Yustes yang telah dua setengah tahun mengenali Anwar merasakan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia sedar dan tidak terus ditipu oleh Anwar.Adakah Anwar gentar dengan segala fakta serta dokumen yang dimiliki oleh Yuktes? Dan adakah Anwar serta peguamnya akan bertindak untuk menyaman Yuktes? Sama-sama kita nantikan!

LIHAT VIDEO DI BAWAH



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENGIKUT SYIAH MENCECAH 250,000 ORANG TERMASUK MAT SABU ??? RAMAINYA !!!

Posted: 06 Aug 2013 01:30 AM PDT


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.Ketua Setiausaha KDN,Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata,jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja,tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

"Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di sini hari ini.Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam. Abdul Rahim berkata, usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja."Di pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia,Pendaftar Pertubuhan (ROS),kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD) menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen," katanya. 

Daripada aspek akidah pula,Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia),hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).Berhubung tangkapan,beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)."Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan,namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan," katanya.Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula,katanya,setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam,Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat),yang antara kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang,beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' atau mengambil kesempatan. Namun, katanya, KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan. Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan. – Bernama

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU SYIAH !!! AKHIRNYA NIK AZIZ MENGAKU JUGAKK !!! ELOK SANGAT !!!

Posted: 05 Aug 2013 10:00 PM PDT


AKHIRNYA peranan media seperti Utusan Malaysia melaporkan penyelewengan akidah dalam kalangan umat Islam di negara ini akibat penyebaran ajaran Syiah diakui oleh Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat.Namun dalam kita menghargai pandangan beliau,kita jangan sekali-kali melupakan siapa yang tergamak meludah sesiapa yang memberi cadangan agenda perpaduan Pas dan UMNO dalam apa jua bentuk.Bukan hendak memulang paku buah keras.Kemasukan apa sahaja fahaman menjadi mudah akibat wujud rongga akibat perpecahan dalam umat Islam yang mengikut ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu sendiri bahana berlainan mazhab politik.Sebaiknya demi mengukuhkan akidah agenda perpaduan tersebut disegerakan oleh pemimpin-pemimpin di dalam kedua-dua parti. Apa saja fahaman yang menyeleweng dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah bersandarkan Mazhab Shafie perlu dihalang dengan penuh semangat perpaduan oleh umat Islam di negara ini.Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi perlu mempertahankan status tersebut demi kelangsungan agama Islam di negara yang 66 peratus berbangsa Melayu.Namun dalam kita istiqamah mengamalkan agama Islam mengikut fahaman Ahlul Sunnah telah wujud fahaman-fahaman lain yang cuba menyesatkan umat Islam demi menimbulkan suasana perpecahan dan kacau-bilau dalam masyarakat Islam di negara ini. 

Bibit-bibit penyimpangan akidah fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah menyebabkan suasana tidak harmoni secara diam-diam.Ini semua berpunca daripada amalan Islam berdasarkan fahaman ikut-ikutan dari warga negara asing sama ada yang datang belajar di negara ini atau datang dengan tujuan berniaga. Sudah menjadi resmi rakyat negara kita yang mudah menerima sesiapa saja yang datang mencari makan seterusnya bikin wilayah di negara kita.Namun setiap penerimaan perlu ada had agar negara kita tidak terus bertukar rupa dari segi landskap sosial dan politik hingga ada cubaan menukar agama anutan orang Melayu di negara kita.Biarlah pahit untuk ditelan kenyataan ini,Namun percayalah jika ia tidak disebut ia akan menjadi duri dalam daging kepada keharmonian masyarakat. Senario pengembangan fahaman syiah atau apa saja cubaan menghina agama Islam oleh pihak tertentu menggunakan media sosial sebenarnya dipantau secara rapi oleh rakyat negara ini walau hanya sekadar mengeluh atau mengomel semata-mata.Tindakan pihak berkuasa yang sejak dari dulu hanya memberi amaran perlu menjadi tindakan memberi saman pula setiap kali perkara tersebut berlaku.

Kalau penghinaan melibatkan binatang yang haram dimakan dan disentuh di sisi Islam seperti khinzir (bak kut teh) dan anjing (video youtube) maka kecelaan yang nyata tersebut perlu tindakan drastik oleh pihak berkuasa. Hari ini kita sedang mengalami suatu ketidaktentuan dalam masyarakat yang kita tidak pasti apakah puncanya hingga Islam dan orang Melayu dicabar jiwa raga mereka.Mungkin ia disebabkan ada pemimpin yang sanggup menyokong pluralisme agama dan kebebasan bersuara secara total.Penghasilan filem bertajuk The New Village yang dikatakan cuba mengangkat imej Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira perlu diharamkan dari ditayangkan di negara ini. Membenarkan tayangannya sama seperti membenarkan pertubuhan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan untuk kembali tumbuh di negara ini.Dalam kita menghadapi cubaan menyemarakkan fahaman yang merosakkan Islam berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah hanya satu formula yang mampu untuk menyelesaikan kecelaruan tersebut.Umat Islam di negara ini perlu bersatu padu tanpa syarat sama ada politik mahupun ganjaran wang RM.Perpecahan akibat politik sempit sesetengah pemimpin perlu ada titik penamat.Cukup-cukuplah kita membicarakan parti mana yang bagus atau pemimpin mana yang bersih. 

Pada masa ini perpaduan antara parti politik yang mempunyai fahaman berlainan dari segi prinsip politik perlu diwujudkan demi memastikan Islam sebagai agama rasmi negara terus dipertahankan. Hari ini pihak berkuasa agama negeri terlalu mengutamakan soal tuntutan zakat dan kebajikan hingga gagal menangani isu akidah yang lebih penting.Tanpa akidah yang kukuh tidak guna kita menjadi institusi agama yang kaya raya tetapi kualiti akidah ummah masih di tahap rendah.Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah perlu lebih terampil dan serius dalam ceramah mereka.Kurang-kurangkanlah elemen gelak ketawa, ditakuti ajaran Islam dianggap perlu disampaikan secara lelucon dan lawak jenaka baru ia dinamakan ajaran yang syumul.Justeru,umat Islam dan pihak berkuasa agama negeri perlu segera menggerakkan agenda ummah secara lebih sistematik dan tanpa memilih bulu. Perpecahan ummah akibat berebut menjadi jawatankuasa masjid perlu dihindari.Hari ini jawatankuasa masjid seolah-olah dikuasai kelompok tertentu yang hanya cenderung kepada puaknya sahaja. 

Sepatutnya jawatankuasa masjid dilantik oleh jabatan agama mengikut personaliti bukan parti kerana ia boleh merosakkan perpaduan ummah itu sendiri.Jika jawatankuasa surau dan masjid dari semua latarbelakang maka perpaduan akan menjurus kepada agenda masyarakat bukan untuk pertubuhan dan individu tertentu.Apabila perpaduan wujud, maka agenda ummah seperti penyerapan fahaman lain dari Ahlul Sunnah dapat dibanteras.Apa yang pasti prasyarat kepada agenda perpaduan tersebut kesemua jawatankuasa surau dan masjid adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Jika sudah bersatu padu jangan pula ada agenda peribadi.Ayuh umat Islam lupakan sengketa,campakkan ketepi fahaman politik yang hanya menguntungkan pihak tertentu.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa jika dia sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya. Hanya kita yang mampu menjaga akidah kita bukan orang lain.Insya-Allah.


APA KATA ANDA ????

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU PEMILIHAN CEC !!! KENAPA LIM GUAN ENG NAK MAIN WAYANG LAGI ???

Posted: 05 Aug 2013 07:21 PM PDT


REAKSI terbaharu Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang menyanggah arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Julai lalu supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) membuktikan parti itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku. Arahan melalui sepucuk surat rasmi yang ditandatangani oleh Dasmond Das Michael Das dari Bahagian Pengurusan Pertubuhan,ROS menyebut : "Maklum balas notis Seksyen 16(1),Akta Pertubuhan 1966.Lanjutan daripada maklum balas yang dikemukakan serta siasatan yang telah dijalankan dan setelah menelitinya, ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan.Saya dengan ini memaklumkan bahawa ROS telah memutuskan DAP membuat pemilihan semula CEC parti. Pemilihan ini perlulah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa tahun 2008-2010 dan hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan parti." 

Dua hari selepas menerima surat itu,Guan Eng membuat kenyataan berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula CEC.Beliau mengenakan dua syarat jika mahu pemilihan itu diadakan iaitu pertama,ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC.Syarat kedua,DAP mahu ROS menyatakan apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.Ketika menjustifikasi syarat diberikan,Guan Eng mendakwa,Tindakan ROS memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima pihaknya. "Jika ini alasan dalam proses membuat keputusan oleh ROS,sudah pasti parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila akan dijadikan tebusan lantaran aduan mengarut dan tidak berasas," katanya.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pada itu menambah,DAP berhak dimaklumkan tentang faktor yang membuatkan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan memandangkan segala dokumen sokongan telah diserahkan pihaknya. 

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu. Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Karpal Singh, Chong Chieng Jin,Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.Sebelum itu atau lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut berlangsung,DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pemilihan itu.Ekoran kesilapan itu,wakil Melayu,Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.Zairil yang sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20 menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.Apa yang menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan CEC. 

Bagi bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor,Tan Tuan Tat,Guan Eng tidak seharusnya berterusan berdolak-dalik dalam isu tersebut semata-mata untuk mengelak daripada akur dengan arahan ROS.Beliau berkata,Kepimpinan kanan parti itu tidak harus bersikap angkuh dengan membelakangi arahan ROS dan juga desakan akar umbi parti supaya diadakan pemilihan semula."Mereka takut legasi Dinasti Lim dalam parti itu tergugat, jadi mereka mencipta pelbagai alasan termasuk menyalahkan perisian Microsoft Excel," katanya yang juga bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek.Menurutnya,sebelum Guan Eng bercakap mengenai keadilan yang sepatutnya diberikan ROS kepada DAP, Setiausaha Agung parti itu perlu menyoal dirinya sendiri, adakah parti itu pernah memberi keadilan kepada ahli-ahli DAP yang dipecat sebelum ini untuk membela diri."Apakah lagi keadilan yang diperlukan oleh Guan Eng,sedangkan ROS sebelum ini telah memberi masa yang cukup untuk beliau mengemukakan alasan yang kukuh berhubung apa yang telah berlaku semasa pemilihan CEC lalu? "Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu ini dan beliau seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana berlaku penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini," tegasnya. 

Dalam pada itu,bekas ADUN Teratai,Jenice Lee turut menempelak sikap kepimpinan kanan DAP yang menolak arahan ROS supaya parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.Menurut beliau,sekiranya DAP mahukan penjelasan konkrit daripada ROS berhubung kewajaran parti itu mengadakan pemilihan semula, parti itu juga seharusnya memberikan penjelasan kenapa beliau dipecat sebagai ahli."Klausa mana dalam perlembagaan parti yang menyatakan saya salah? Surat pun tidak diberi sehingga hari ini.Jika ini dibuat,baharu DAP boleh dikira sebagai parti yang bersifat konsisten dalam pendiriannya," kata beliau.Tambah Jenice,beliau turut hairan dengan sikap pemimpin kanan DAP yang bersungguh-sungguh menolak arahan ROS supaya diadakan pemilihan semula CEC sehingga sanggup membiarkan parti itu dibatalkan pendaftarannya."Sekarang ada dua pilihan iaitu buat pemilihan semula atau mendaftar semula parti. Bagi saya, pemilihan semula adalah cara yang lebih baik," ujarnya.Nasihat telah diberikan oleh mereka yang arif tentang situasi dalaman DAP tetapi kini tidak lagi bersama parti itu.Sehubungan itu,perlukah kepimpinan kanan DAP terus berdegil dan berhempas pulas mencari jalan untuk mengelak daripada mengadakan semula pemilihan CEC? Semakin lama parti itu mengelak, semakin kuatlah tanggapan rakyat bahawa memang benar wujud penyelewengan besar ketika proses pengundian lalu.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...