Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS! Ibu Alvin blogger Porno Akui anaknya BODOH!

Posted: 03 Aug 2013 08:12 AM PDT



Ibu kepada blogger seks Alvin Tan (gambar) dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.



Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.

"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.

"Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya."

Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Puan Tan juga mengakui perbuatan pasangan itu yang gemar digelar Alvivi, sebagai bertentangan dengan budaya kehidupan di Malaysia.

"Saya terkejut apabila tersebar isu video seks sebelum ini. Saya beri amaran kerana Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara Barat," katanya yang menyedari kecenderungan Alvin berbeza dengan rakan seusianya.

Selain itu, beliau berkata, keluarganya juga diganggu orang tidak dikenali hingga mereka berasa trauma dan hidup dalam serba kebimbangan.

"Selain tekanan fizikal dan emosi, kami juga berdepan masalah beban kewangan yang besar seperti kebanyakan keluarga sederhana lain. Kami tidak kaya.

"Dan, kejadian ini menambahkan masalah kewangan kami," katanya.

Menceritakan detik perbuatan anaknya berkaitan paparan video seks dan Bak Kut Teh 'halal' diketahuinya, beliau mengakui berasa kecewa dengan Alvin.

"Sangat payah untuk ditelan. Secara mudah, saya tidak memahami dunia Alvin. Tapi mereka hanya dua anak muda. Masih mentah dan mudah melakukan kesilapan bodoh," katanya - MI

 Gila glamor dan bodoh hingga menyusahkan keluarga. Sebenarnya ramai orang macam Alvivi ni, cuma mereka ini terlalu berani hingga memaparkan perlakuan sumbang di blog mereka sendiri. Sekarang siapa yang susah?

McTheory:
Belajar pun Kerajaan bayar, lagi nak berlagak?

PANASS!! Alasan Kenapa Filem 'The New Village' Tak Patut Di Tayangkan!

Posted: 03 Aug 2013 06:12 AM PDT



1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.


3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan.

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.


4. Secara kerangkanya, filem ini mengisarkan kisah percintaan seorang lelaki (Ah Nam) yang merupakan seorang ahli Komunis dan seorang perempuan (Lee Wen Xiu) kampung tersebut.

6. Filem ini juga memaparkan seorang watak protagonis (hero) yang merupakan ahli Komunis yang bercinta tersebut dan seorang watak antagonis (villain) yang merupakan Ketua Polis dibawah Pentadbiran Ketenteraan British.


7. "New Village" atupun Kampung Baru yang digambarkan tidak kelihatan seperti suatu penempatan malah ia lebih mirip kepada sebuah kem konsentrasi seperti kem tahanan Yahudi semasa Perang Dunia II. Penduduk New Village ini juga dilayan dengan teruk seperti tahanan perang.


8. Secara keseluruhannya pihak British digambarkan sebagai jahat, kejam dan menindas orang Cina.

8a. Pihak Komunis pula digambarkan sebagai pembela dan pelindung bagi orang Cina.

9. Emosi filem ini membawa penonton untuk bersimpati kepada perjuangan Komunis dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi Komunis di dalam hutan. Orang Cina di dalam filem ini digambarkan turut bersimpati dan membantu dengan memberi makanan, ubat-ubatan dan maklumat.


10. Satu perkara yang mencuri perhatian saya adalah penggunaan 'pengkhianat' yang merujuk kepada orang tempatan yang bekerjasama dengan pihak British. Secara halus, Ketua Polis yang jahat itu dipakaikan beret berlogo Rejimen Askar Melayu (Rejimen yang khusus untuk orang Melayu) walaupun yang memegang watak tersebut adalah seorang berketurunan Cina dan memainkan wataknya sebagai seorang berketurunan Cina.

10a. Persepsi saya menyatakan bahawa 'pengkhianat' yang cuba disampaikan oleh filem ini merujuk kepada orang Melayu.

11. Watak Ketua Polis itu juga digambarkan sebagai sangat jahat serta bersaing untuk bercinta dengan gadis yang sama dengan watak protagonis (hero). Emosi penonton akan terarah untuk membenci watak Ketua Polis tersebut.

12. Di dalam filem ini juga Komunis tidak digambarkan melakukan sebarang keganasan dan memberi ancaman terhadap orang kampung.


13. Satu babak di antara Ah Nam dan juga kekasihnya di dalam gua menceritakan kekejaman Jepun terhadap orang Cina dan juga penindasan British terhadap keluarganya memaksa beliau untuk berjuang kerana pada tanggapannya British dan Jepun adalah sama sahaja; iaitu penjajah.

14. Pada akhir filem, emosi penonton akan terarah untuk membenci dua konsep yang utama iaitu Polis/Tentera dan juga British/Pentadbiran.

15. Filem ini bersifat anti-establishment yang memberikan simpati kepada sebelah pihak sahaja.

16. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut membenarkan filem ini untuk ditayangkan.

17. Pertama, semua pelakon terdiri daripada kaum Cina dan beberapa 'orang putih'. Orang Melayu tidak akan ada sebarang emotional attachment terhadap filem ini kerana tidak ada sebarang perkara untuk dikaitkan.


18. Kaum Cina pula adalah sebaliknya. Segalanya adalah mengenai kaum Cina di Malaysia. Emosi kaum Cina akan terarah kepada kebencian. Babak yang memaparkan rumah kaum Cina dipecah, tempat sembahyang dimusnahkan hanya kerana keluarga tersebut engggan berpindah mampu menjadi 'trigger point' kepada emosi kaum Cina.

19. Filem ini juga membawa maksud untuk menidakkan sejarah kemerdekaan negara. Perjuangan Tunku dan UMNO adalah palsu dan pejuang kemerdekaan yang sebenar adalah pihak Komunis. Langsung tidak digambarkan perjuangan dan sumbangan Tunku dan UMNO dalam mencapai kemerdekaan.

20. Sekiranya penonton tidak mempunyai pegangan sejarah yang kuat, mereka boleh membuat kesimpulan bahawa filem ini adalah benar dan perjuangan Komunis juga adalah benar. Kerajaan yang dibina pada hari ini dibina atas perjuangan Komunis dan seharusnya dikembalikan kepada pihak Komunis.

21. Di akhir filem tersebut, satu teks telah dipaparkan yang bertulis:

"Dedikasi kepada Pejuang Kemerdekaan"

22. Cukup-cukuplah orang Melayu dihina dan terus diejek. Satu demi satu kes yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terus muncul setiap hari.

23. Kerajaan perlu mengambil satu pendirian yang tegas pada kali ini. Secara jelas usaha Kerajaan terhadap kaum Cina tidak disambut baik untuk PRU-13. Orang Melayu pula sentiasa berdiri teguh dan setia bersama Kerajaan, walaupun hati mereka semakin hari semakin dalam terguris.

24. Saya secara peribadinya berpendapat bahawa filem New Village ini mempunyai niat jahat yang khusus. Filem ini juga secara tidak langsung bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan DAP.

25. Tidak hairanlah sekiranya yang menaja penggambaran filem ini sebenarnya terdiri daripada pemimpin pembangkang.

26. Jangan pula berlaku sesuatu perkara yang buruk baru Kerajaan mahu campur tangan. Dan jangan pula berlaku 'Tsunami Melayu' untuk PRU-14.

27. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Sumber Mc ambil dari SINI


McTheory:
'M' sokong kerajaan, tapi 'C' yang kerajaan utamakan?

PANASS! Kenapa Ustaz Fathul Bari di Halang Memberi Kuliah Pagi di Sri Mentaloon? #KedahAmanMakmur

Posted: 03 Aug 2013 01:19 AM PDT


Siang tadi Mc ada menerima email dari pengunjung kuliah pagi di Sri Mentaloon,

Salam Tuan Mc,

Pagi tadi saya ke Sri Mentaloon untuk mendengar Kuliah Pagi. Saya memang tak pernah lepas peluang untuk mendengar Kuliah Pagi ni. Tambahan untuk minggu ni pulak dikatakan pihak urusetia kuliah pagi menjemput Ustaz Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO yang memang disegani. Dengan penuh harapan saya dan kawan-kawan pergi awal untuk berjumpa Ustaz Fathul dan mendengar kuliah Ustaz Fathul, namun kecewa apabila pihak urusetia yang dikenali sebagai Cikgu Sukarno mengatakan Ustaz Fathul tidak dibenarkan memberi kuliah pagi di Sri Mentaloon.
Alasan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno, kononnya Ustaz Fathul Bari ni tak sama fahaman dan pandangan dengan Ustaz-Ustaz Kedah. Malah Ustaz Fathul dituduh sebagai wahabi dan takut menyongsangkan para pengikut kuliah pagi. Terkejut kami apabila Cikgu Sukarno kata macam tu. Apa punca dan sebab yang menyebabkan Ustaz Fathul layak dikutuk dihina dihadapan ratusan pengikut kuliah. Apakah Cikgu Sukarno tu seorang dari bijak pandai Islam? Kalau pandai kenapa beliau sanggup menjatuhkan maruah Ustaz Fathul di bulan puasa yang mulia ni?

Malah Cikgu Sukarno juga mengunakan nama Mufti Kedah kononnya Datuk Mufti telah memberi arahan untuk menyekat Ustaz Fathul dari memberi kuliah. Minta tolong Tuan Mc untuk menyiasat perkara ini dan kami para penyokong Ustaz Fathul masih tidak berpuas hati dengan larangan untuk Ustaz Fathul memberi kuliah.
Peminat Setia Kuliah Pagi

Selepas Mc baca email dari pembaca, Mc terus menghubungi rakan yang turut berada disana pagi tadi. Memang betul, Ustaz Fathul Bari (UFB) tidak dibenarkan memberi Kuliah, malah penghinaan Cikgu Sukarno terhadap UFB juga adalah benar.

Untuk mendapat kepastian, Mc cuba tweet UFB untuk mendapatkan penjelasan,



Namun hampa apabila UFB enggan mengulas lanjut. Tapi dari 'tweet' biarlah rahsia yang beliau reply tu, bermakna memang ada something wrong somewhere la!


Mungkin ada perkara yang perlu beliau sembunyikan. Cuma sekarang ni Mc nak tau kenapa Cikgu Sukarno berani kata dan cakap bukan-bukan terhadap UFB?

Apakah perkara ini berkaitan dengan politik?

Mat Sabu syiah pun boleh dibenarkan ceramah, Anwar Ibrahim liberal pun boleh ceramah, YB DAP yang tak basuh pungkoq pun dibenarkan ceramah dalam masjid. Kenapa seorang Ulamak muda tak boleh?


McTheory:
Kerajaan negeri perlu pantau, ada yang tak kena ni..

HOT! Dilemma Pemilihan UMNO, Kepimpinan atau Wang? #PemilihanUMMO

Posted: 02 Aug 2013 11:12 PM PDT


Dah rasa bahang pemilihan UMNO ni, cuma Mc agak risau format baru yang diperkenalkan UMNO ini juga boleh disulam dengan wang untuk mendapat mendapat pengaruh. Almaklumlah, yang akan bertanding ni bukan semuanya pejuang, ramai juga yang peju'WANG'.

UMNO tak perlukan peju'WANG' sebab orang peju'WANG' ni memang tak boleh buat kerja. Dah ramai sangat Mc tengok Ketua Pemuda sibuk projek dan berniaga dari menguruskan kawasan. Di Kedah pun berlambak. Bukan tak bagi berniaga, tapi agak-agaklah, dah pegang Ketua Pemuda kawasan tu, tanggung jawab utama adalah jaga pemuda. Kalau dah nama Ketua Pemuda tapi dikawasan haram pemuda pun tak kenal, baik tak payah!

Lebih baik, kalau rasa nak fokus berniaga, lepaskan jawatan politik dan tumpukan berniaga, rasanya takdak sapa nak kacau kot.

Dari terjadi perkara diatas, Mc harap ahli UMNO kali ni buat pilihan yang bijak. Tengok dulu individu tu boleh buat kerja ke tak, apa latar belakangnya. Kalau kita pilih individu tu, dia boleh bantu parti atau menyusahkan parti, kalau dok nampak menyusahkan, baik 'sepak' jauh-jauh. Dok ambil buat apa orang yang bawak penyakit?

Ini adalah pesanan ikhlas dari Mc, kalau nak terima tu terimalah, kalau taknak abaikan saja. heh..

Kat bawah ni diantara calon yang nak tanding NKPUM,

Siapa yang layak agaknya?



McTheory:
Yang tengah tu nampak hensem sikit.. he he..

HOT! Anak Pengasas Ambank diminta pulang bantu siasatan polis!

Posted: 02 Aug 2013 08:37 PM PDT



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Pascal Najadi, anak pengasas Ambank Hussain Ahmad, kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan kes pembunuhan bapanya.



"Kembalilah ke Malaysia dan bekerjasama dengan pihak polis supaya kita boleh tahu apa yang sebenarnya berlaku," kata Mohmad kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Masjid India malam tadi.

Mohmad (kiri) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari wartawan berhubung penafian Pascal yang kematian bapanya ada kaitan dengan satu urusan hartanah.

Semalam, Pascal Najadi dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.


Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, (kiri) terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di ibunegara.

Mahmod berkata Pascal tidak berada di Malaysia dan mungkin dia tidak mengikuti perkembangan berhubung perkara tersebut.

"Dia membuat penafian di luar negara. Dia bukan di Malaysia tetapi di Rusia," kata Mohmad sambil menambah bahawa penafian tersebut tidak akan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, beliau mengulangi bahawa Pascal yang juga timbalan pengerusi Arab Investments for Asia Kuwait Limited (AIAK) patut pulang ke Malaysia.

'Suspek masih di negara ini'

Mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut, Mohmad berkata suspek utama, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di negara ini.

"Kami sedang berusaha untuk mengesannya dari semua sumber, termasuk rakan-rakannya, keluarganya dan jiran-jirannya," katanya.

PANASS!! Kontroversi KUIN buat Mukhriz Mahathir Rimas? #KedahAmanMakmur

Posted: 02 Aug 2013 06:40 PM PDT


Kerajaan Kedah akan memberi perhatian kepada kebajikan pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dalam menangani pelbagai masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri mahu menyelesaikan masalah Kuin satu persatu tanpa ada sebarang unsur politik.

Beliau agak terkilan kerana ada pihak tertentu yang cuba memperlihatkan dan menimbulkan sesuatu yang ditolak oleh warga Kuin.

"Kerajaan negeri nak jaga kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Jika ada sebilangan pelajar yang tak puas hati nak kena pindah dari (kampus induk) Kuala Ketil (ke kampus lama di Mergong), itu bukan keutamaan kita.

"Sebelum ini mereka telah kemukakan memorandum (berkenaan pelbagai masalah) di Kuin Mergong. Mereka (pelajar dan warga Kuin) tak perlu bimbang kerana kita telah sediakan kemudahan kelas dan asrama yang mencukupi (di Mergong)," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini.

Pada majlis itu Mukhriz turut mengedarkan kira-kira 800 bungkus bubur lambuk Yayasan Islam Kedah (Yiked) kepada orang ramai serta peniaga di bazar tersebut.

Mukhriz berkata sebelum ini terdapat pelbagai masalah di Kampus Kuin Kuala Ketil seperti kemudahan asrama pelajar yang tidak disediakan serta kakitangan kolej itu yang terpaksa berulang-alik dari Alor Setar ke Kuala Ketil.

Katanya pihaknya akan mengambil pendekatan berjumpa dengan wakil pelajar kolej itu bagi menerangkan kepada mereka tindakan kerajaan negeri lakukan bagi memastikan masalah yang berlaku dapat diatasi secara berperingkat.

"Ia akan mengambil sedikit masa untuk atasi pelbagai masalah dan kita minta semua pihak bersabar bagi membolehkan kerajaan negeri selesaikan satu persatu," katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata kerajaan negeri merancang untuk mempromosikan bazar Ramadan sebagai satu daripada produk pelancongan di negeri ini yang menawarkan pelbagai juadah istimewa.

Katanya beliau yakin pelancong asing yang datang ke bazar Ramadan akan tertarik dengan melihat pelbagai juadah yang hanya ditemui pada bulan itu sahaja. -BERNAMA

Pas kata student KUIN mengamuk sebab Kerajaan negeri suruh pindah ke kampus Mergong. Gambar kat bawah ni gambar demo student KUIN. Tapi ada nampak macam student ka yang demo kat bawah ni?


Student apa muka tua-tua kesemua, kalau nak upah orang demo pun, cari la yang muda sikit. Apa pun mangkuk puak Pas ni.


McTheory:
Yang studeng ada 4 orang, yang stupidnya ramai.. hehe..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...