CELAH GELEGAR |
[ISU ARTIS KILAFAIRY SEKSI, PELUK & SALIB] Ibu, Rohana Jalil Anggap Perkara BIASA Posted: 02 Aug 2013 09:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menganggap kontroversi yang melanda anaknya iaitu Kilafairy sejak akhir-akhir ini sebagai asam garam buat seorang anak seni. Rohana berkata, sebagai seorang artis yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 30 tahun, dia tidak cepat melatah dengan pelbagai cerita mengenai anaknya tetapi tetap menasihati Kila agar bertenang dalam menghadapi sesebuah kontroversi. "Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya. "Paling penting kena kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita," jelasnya kepada mStar Online. Selain hubungan Kila dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono hebat diperkatakan, penyanyi dan pelakon itu turut dikecam kerana dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan kerana memuat naik rakaman video di Instagram dengan memakai baju besar sehingga menampakkan pangkal paha. Terbaharu Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol yang seolah-olah menyerupai tanda salib. Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan Kila dengan Hardy, Rohana berkata, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi anaknya itu malah mereka tidak pernah berbincang mengenainya. Rohana bagaimanapun memberitahu keakraban anaknya dengan pemuda itu buat masa ini hanya sekadar sahabat. "Saya tahu mereka berkawan tetapi bukannya bercinta. Pun begitu, walaupun saya ini ibunya tetapi saya tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadinya. Biarlah dia sendiri yang tentukan," katanya. Namun Rohana memberitahu, dia berharap bakal menantunya itu nanti biarlah terdiri daripada individu yang tinggal di dalam negara dan bukan dari negara jiran. "Senang kalau seseorang itu tinggal dekat-dekat ni dan kalau ikutkan hati, saya nak saja Kila kahwin dengan anak jiran... senang," ujarnya. |
Posted: 02 Aug 2013 07:45 AM PDT Surat daripada KSP, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar sedang berlegar di dunia siber sejak beberapa hari lepas. Surat tersebut berkaitan penggantian model kereta rasmi Kerajaan yang sebelum ini menggunakan Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord. Dulu bila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memutuskan untuk menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri, berbagai kritikan yang mereka terima. Meskipun Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan penggunaan kereta buatan asing itu mendapat jaminan dan khidmat yang lebih baik berbanding Proton Perdana. Selain itu beliau juga menegaskan kos bagi penyelengaraan bagi Proton Perdana yang telah berusia itu adalah tinggi dan adalah tidak praktikal mengekalkannya.. Tetapi beliau dibidas oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN kerana kononnya tidak patriotik kerana kerajaan pakatan pembangkang sanggup menggunakan kereta import berbanding kereta buatan tempatan. Dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) juga menyifatkan kerajaan Perak ketika itu sebagai 'mengkhianati' negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi. Tapi sekarang…. Sisa-sisa projek kereta nasional telah berakhir kerana Putrajaya menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment