House PK |
PANAS! MESEJ KHAS UNTUK UMNO CAWANGAN DAN BAHAGIAN! WAJIB KENA BACA Posted: 15 Aug 2013 05:00 PM PDT Pemilihan Agung UMNO merupakan event yang paling dinanti-nantikan, baik oleh orang UMNO mahupun orang bukan UMNO. Bahkan pemilihan baru pemegang-pemegang jawatan turut mendapat perhatian dunia memandangkan sebarang perubahan dalam UMNO, turut mempengaruhi perubahan pentadbiran negara. Di Perak, Menteri Besarnya, Zambry Abdul Kadir sudah pun memaklumkan bahawa dia tidak akan bertanding bagi sebarang jawatan Majlis Tertinggi (MT). Alasan yang diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu ialah, sebagai Menteri Besar, secara automatik dia akan dilantik sebagai ahli MT. Katanya lagi, dia boleh berkongsi memberikan buah fikiran dan menerima pandangan dalam mesyuarat MT sekalipun tumpuan utamanya adalah pentadbiran negeri. Menteri Kewangan Kedua yang juga merupakan pemimpin UMNO Perak, Ahmad Husni Hanadzlah, juga tidak akan mempertahankan kedudukannya dalam MT bagi memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin muda. Itu contoh yang diberikan. Namun adakah contoh daripada kedua-dua orang pemimpin tertinggi UMNO Perak itu akan dituruti oleh pemimpin-pemimpin peringkat bawahan? UMNO sudah terlalu lama menjadi gudang ternak manusia serakah yang tidak sedar diri dan tidak tahu diuntung. Kebanyakan daripada mereka sangat bijak bermain politik dalam UMNO tetapi apabila kepandaian dan kepintaran politik mereka diterjemahkan ke dalam bentuk Pilihanraya, mereka tidak ubah seperti pondan yang tercekik putik durian. Haram tak bertelur malah tiba-tiba sahaja menjadi manusia paling bongok yang terpegun melihat peruntukan besar untuk operasi dan aktiviti pilihanraya. Bukan rahsia lagi bagaimana Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian UMNO bergelagat tidak ubah seperti lintah lapar. Mereka menjalar ke sana ke mari. Menggunakan nama UMNO untuk mendapatkan projek tetapi segala projek yang diperolehi atas nama UMNO, ditukarkan menjadi projek peribadi untuk menunjuk-nunjuk kekayaan kepada orang bawahan. Baca seterusnya di Perak Today |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment