Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Puak Syiah Tawar kerja 'Seks Jihad' Untuk Anak Dara!!

Posted: 16 Aug 2013 08:34 AM PDT


Apa punya gila puak Syiah ni.. Di Iran sebuah Syarikat sedang mencari pekerja-pekerja dari kaum wanita untuk satu perkhidmatan yang dinamakan sebagai "Jihad Seks".

Adeh, makin teruk puak Syiah ni..

Keterangan pekerjaan:

Kami memerlukan wanita lingkungan umur 12-35 tahun bagi membantu Mujahidden Syiah dalam peperangan di Syria.

Bekerja hanya untuk 25 hari sahaja.


Gaji:

1)5 jam: 50 dollar (50,000 toman)

2)1 hari: 75 dollar (75,000 toman)

3)2 hari: 100 dollar (100,000 toman)

4)3 hari: 150 dollar (150,000 toman)

5)4 hingga 10 hari: 300 dollar (300,000 toman)


dan bagi mereka yang masih ada DARA dan untuk kali pertama 150 dollar.

Jadi anda dapat lihat sendiri yang mereka tidak pernah menghormati Islam dan wanita, bagi mereka wanita sungguh rendah tarafnya.

sumber asal yang disiarkan oleh Russia Today di SINI 

TERKINI! 100 Ribu Rakyat Kedah Penuhi Dataran Zero Sungai Petani!! #KedahAmanMakmur

Posted: 16 Aug 2013 06:22 AM PDT



Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat Kebangsaan mendapat sambutan yang amat mengalakan, lebih 100 ribu rakyat Kedah memenuhi Dataran Zero Sungai Petani dengan semangat luar biasa.

Untuk live streaming boleh tengok kat www.kedahlive.tv  

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

PANASS! Pas Kedah 'LEMBEK' Bawah Tadbiran Mahfuz Omar!! #KedahAmanMakmur

Posted: 16 Aug 2013 06:12 AM PDT


Walaupun Pas Kedah sekarang ni dok serang Kerajaan negeri dengan isu KUIN, tapi pada hakikat sebenarnya Pas Kedah masih teraba-raba mencari jalan untuk mengatasi kepopulariti kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN sekarang ni. Bagi Mc, KUIN itu bukan isu, tapi salah satu jalan penyelesaian untuk masalah yang dibuat oleh Pas Kedah dulunya.

Mahfuz sebenarnya tak layak langsung untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Dia bukan tau apa pun pasal Kedah ni. Tunggu masa kena kerat saja, sebab dah makin ramai orang dok komplen pasai Mahfuz ni tak buat apa pun untuk bawa Pas Kedah bangkit!

Kita baca apa alasan si Mahfuz,
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata rombakan barisan kepimpinan negeri itu hanya akan dilakukan selepas parti itu mengenalpasti kelemahan melalui jawatankuasa 'post-mortem' yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena ini, beliau tidak menghadapi masalah untuk merangka gerak kerja parti walaupun hanya dibantu dua orang timbalan pesuruhjaya selepas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi meletakkan jawatan.

Phahrolazi bertindak meletakkan jawatan yang disandang sejak 2009 selepas Mahfuz dilantik pesuruhjaya PAS negeri menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Mahfuz, banyak perkara perlu diambil kira sebelum merombak barisan kepimpinan terutamanya sebab parti itu gagal mempertahankan negeri tersebut.

"Adalah tidak wajar dan tidak adil untuk saya buat perubahan pada waktu ini dalam keadaan post-mortem belum siap.

"Kita perlu menunggu post mortem untuk melihat apakah kelemahan yang berlaku dan apakah kelemahan ini berkaitan dengan individu atau kepimpinan.

"...kemudian baru kita boleh menentukan corak kepimpinan yang kita boleh susun semula pada masa akan datang," katanya dalam temubual bersama media.

Justeru beliau mengakui tidak mempunyai sebarang masalah walaupun barisan kepimpinan sedia ada tidak sempurna.

"Jadi saya kena tunggu post mortem kerana saya fikir baru adil untuk saya buat satu penyusunan atau pun rombakan.

"Saya tiada masalah (uruskan PAS negeri) sebab kita ada tiga orang, jadi ada dua orang lagi boleh bantu saya dan perjalanan parti berjalan seperti biasa," katanya.

Sebelum ini Phahrolrazi berkata tindakan melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

McTheory:
Phahrol letak jawatan sebab dia target jawatan Mahfuz, apa barang dia nak jadi Timbalan lagi. he he..

HOT! Wanita Ditembak Ketika Merakam kejadian Rusuh Di Mesir!!

Posted: 16 Aug 2013 02:12 AM PDT



Berdoalah kita supaya umat Islam di Mesir dipelihara oleh Allah SWT. Berpunca dari pergolakan politik hingga menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Ya Allah selamatkanlah Mesir!


PANASS!! Luahan Ayahanda Tun Dr Mahathir Bimbang dengan 'Ajaran Syiah'!

Posted: 15 Aug 2013 11:12 PM PDT


Ajaran Syiah yang semakin menular di dalam negara dibawa bertujuan menimbulkan pergaduhan, kata bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media hari ini sempena perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat Muslim dalam negara.

"Di Malaysia, kita sudah berpecah kerana politik Sekarang kita ada pula Syiah dan Sunni."Syiah dan Sunni mesti bergaduh pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir apabila disoal mengenai fahaman Syiah yang semakin menjadi kontroversi di Malaysia.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah kerana majoritinya adalah penganut Sunni berbanding negara Arab yang ketika ini bergelut dengan kancah perang saudara akibat berlainan fahaman.

"Malaysia sangat bernasib baik kerana kita memiliki majoritinya adalah penganut Sunni Muslim, jadi kita tidak perlu bergaduh.

"Tapi sekarang orang mahu bawa Syiah, mahu bawa pelbagai bentuk ajaran supaya mereka dapat pecah-belahkan kita," katanya.

Apabila ditanya sama ada kerajaan bersikap terlalu menekan dan drastik ke atas penganut Syiah di Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Terdapat pelbagai cara lain untuk menangani masalah ini."

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengatakan terdapat seramai 250,000 penganut Syiah bergiat aktif dalam negara dan menegaskan penularan fahaman ajaran tersebut kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.

Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.

Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.

Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.

Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.

Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.

"Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu," katanya.

Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.

Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.

PANASS! Bila Kaum Melayu di Samakan dengan Anjing?

Posted: 15 Aug 2013 08:35 PM PDT



Kat bawah ni lagi sekor FB cina dok kutuk melayu. Mc bukan nak cucuk atau nak mengumpat sesiapa tapi Mc cuma nak orang macam si cina di ambil tindakan. Jangan sesuka hati nak hina kaum melayu. Bila melayu lemah, tak bersatu memang bangsa kita tidak dihormati!

Cerita ni Mc ambil dari blog Mazidul,


Anjing seperti Robert Loft ini hanya berani berselindung di sebalik ikon. Menyalak tidak berkesudahan kerana dia tahu tindakan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bukan sepantas kilat.

Kenyataan dicatatkan di laman sosial itu ternyata mampu mengeruhkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Tetapi tidak mengapa, orang Melayu memang diketahui terlalu kaya dengan kesabaran.

Cakaplah apa pun :)

HOT! Akhirnya Lelaki Pukul Isteri Ala WWE Menyerah Diri!

Posted: 15 Aug 2013 06:20 PM PDT

Ini la muka laki tuu..

Akhirnya laki yang pukul isteri ala WWE tu dah menyerah diri. Buat malu kaum saja bro.. tak guna nak merayu minta tolong atau maafkan. Sendiri buat, sendiri tanggung la.

Seorang lelaki yang membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki terbabit datang sendiri untuk menyerah diri di balai tersebut pada pukul 3.30 petang tadi.

"Suspek tersebut kini ditahan di Balai Polis Kuantan dan akan dipindahkan ke Pulau Pinang berikutan kejadian tersebut berlaku di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Mungkin lelaki tersebut menyerah diri bila muncul video si isteri buat pengakuan, nak tengok boleh klik SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...