tun faisal dot com

tun faisal dot com


#PemilihanUMNO13 : Mampukah Arman jadi Exco Pemuda yang berkesan dengan profil sebegini?!!

Posted: 14 Aug 2013 10:32 PM PDT




Calon Exco Pemuda, Sdr Arman Azha sudah memaparkan biodata dan profilnya. Sama-salah kita semak untuk melihat kekuatan dan kekurangan beliau. Tahniah, ini yang kita nak lihat. Jangan tipu profil ya, kami akan semak :)

Arman bukan Ketua Pemuda Bahagian, tetapi mempunyai pengalaman di bahagian dan juga di peringkat nasional. Pengalaman dan kepimpinan di bahagian penting, kerana selalunya calon parachute yang tidak di`groom' di bahagian akan mengalami kesukaran untuk memimpin ahli akar umbi.

Pada pandangan saya, base pemimpin adalah di bahagian. Nak menang pilihan raya umum kena perkukuhkan bahagian. Jika pemimpin tak pernah ada sumbangan di bahagian sendiri, tiba-tiba nak jadi pemimpin nasional, dia akan jadi pemimpin yang ibarat kiambang, yang akarnya tak jejak di tanah. 

Mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk memahami bagaimana pemimpin di bahagian dan cawangan bekerja, seterusnya mereka akan menghadapi masalah untuk memahami dan menghormati heirarki serta mempunyai masalah untuk menjadi exco pemuda yang berkesan kerana akan ada jurang dengan pemimpin dan ahli UMNO di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi.

Tahniah sekali lagi kepada Arman, silalah baca profil beliau di bawah...




Armand4Exco Pemuda UMNO Msia

Ku Pisang Bukan Epal Dan Oren

ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH
CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013

" Ketua Adalah Seorang Hamba Yang Persembahkan Dirinya Supaya Menjadi Pesuruh Kepada Sekalian Rakyat Jelata Dan Tugasnya Ialah Untuk Mengorbankan Diri Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat Jelata, Itulah Makna Yang Saya Tahu Dan Itulah Lambang Perjuangan Saya Sebagai Pemimpin UMNO"  : Amanat Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman.

Ini Merupakan Salah Satu Pegangan Saya Dalam Perjuangan UMNO Sejak Saya Menjadi Ahli UMNO Pada 07hb Januari 1995. Saya Datang Daripada Keluarga UMNO Sejak Atuk , Bapa Sehinggalah Pada Saya. Apa Yang Saya Letak Dalam Diri Saya Bila Menjejak Kaki Dalam Arena Politik Adalah Semangat Keikhlasan Dan Senantiasa Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Rakyat Jelata. 




Janganlah Masuk Politik Kerana Mahu Kejar Kekayaan Ataupun Jawatan. Saya Yakin Jika Kita Bawa Prinsip Keikhlasan Dalam Perjuangan Kita Tidak Akan Kecewa. Prinsip Perjuangan Untuk Menegakkan Kebenaran, Keadilan Dan Membantu Rakyat Sebagai Api Perjuangan Utama Insyallah Akan Berjaya.

Saya Bukan Anak Orang Berada, Saya Bukan Anak Tan Sri, Saya Bukan Anak Dato, Saya Bukan Anak Bangsawan, Saya Bukan Anak Raja...Tapi Saya Seorang Anak Muda Daripada Kampung Yang Ingin Menawarkan Khidmat Tulang Empat Kerat, Tenaga Saya, Idea Saya, Semangat Saya Dan Diri Saya Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia..Saya Mohon sokongan dan Bantuan Sahabat-Sahabat Untuk Berikan Saya Amanah Dan Tanggungjawab Bagi Saya Galas Selepas Pemilihan Akan Datang.

#Armand4Exco
  • E-MAIL              : arman_bbc36@yahoo.co
  • BLOG                : http://armand.my
  • FACEBOOK         : www.facebook.com/armandpju
  • TWITTER           : @Armand_PJU
  • UMUR                : 38
  • LAHIR                : 12TH December 1975
  • WARGANEGARA  : Malaysia
  • STATUS              : Berkahwin
  • HOBI                  : Membaca , Motor Sports, Scuba Diving, Mengembara 

Pendidikan
  • Bachelor in Business Administration Bsc. (Hons)
  • Diploma in Business Studies (A.B.E) Association Business Executive
  • Certificate of Business Studies (A.B.E) Association Business Executive



Nak lihat pengalaman dan sumbangan Armand di peringkat bahagian?

http://armandpju.blogspot.com/2013/08/armand4exco.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ArmandAzhaGerakanSuaraAnakMuda1malaysia+%28ARMAND+AZHA+GERAKAN+SUARA+ANAK+MUDA+1MALAYSIA%29

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...