SELANGOR MALANG !! ADUN-ADUN DAP KATA BAJET TAK DE NAK REPAIR JALAN ?

Rencana 'Insufficient funds for road upgrades' dalam lidah kerajaan negeri –Selangor Times (Nov 4-6, 2011) – melaporkan bahawa lebihan wang ("leftover money") daripada peruntukan tahunan Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi penyelenggaraan naiktaraf jalanraya akan digunakan untuk membuat tarring dua batang jalan di kawasan USJ9.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh dipetik Selangor Times sebagai berkata kemusykilan (tak cukup bajet, kononnya) timbul kerana tuntutan yang kian mendesak dari penduduk setempat untuk jalanraya diperbaiki, iaitu kerja menimbus potholes, dsb.

Hannah mendakwa RM5 juta yang diserahkan kepada zon-zon MPSJ itu untuk perbelanjaan kerja-kerja jalanraya (roadworks)tahun 2011 tidak mencukupi.
"The other roads will be identified and resurfaced next year when the new budget is in," she said.
Sebenarnya belanjawan untuk Selangor secara keseluruhannya adalah amat besar kerana ia merupakan negeri terkaya Malaysia.
Belanjawan Selangor tahun 2012 ialah RM1,600,000,000.00

Daripada jumlah tersebut, RM323,085,383.00 diperuntukkan untuk gaji. (Rujuk butir-butir dalam ucapan pembentangan belanjawan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim baru-baru ini.)
Selain itu, sejumlah RM300 juta disalurkan untuk kempen terbaru yang diberi nama 'SelangorKu'. Antara yang menjangka akan mendapat habuan ialah Hannah


Nak tahu wang SelangorKu ditaburkan untuk benda-benda apa?
Salah satu daripada projek ialah mencetak dan mengedar kalendar 'Selangorku Kekal Hijau', kalau masih ingat.
Adakah Elizabeth Wong dibayar modelling feeuntuk mempromosikan kehijauan Selangor (?) namun Pulau Pinang yang "paling hijau dan paling bersih", didakwa ketua menteri negeri utara itu.
Setahunya kita, para politikus dari kedua-dua pihak BN dan Pakatan masing-masing memang pandai memanfaatkan faedah pelbagai bayaran yuran dan upah.
Mat Sabu yang cedera semasa perhimpunan Bersih 2.0 juga boleh bil rawatan perubatannya ditanggung Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang yang dipengerusikan Lim Guan Eng.
Elizabeth memperolehi pendapatan RM17,722.08 sebulan daripada gaji dan elaun-elaunnya sebagai ahli DUN dan jemaah exco negeri (Sumber: Pengisytiharan aset Adun Bukit Lanjan itu pada tahun 2009 terkandung di sini).
Elaun seorang Adun Selangor yang sebelum ini RM4,112 sebulan dinaikkankepada RM6,000 Januari lepas.
Pada bulan Januari 2011 itu juga, menteri besar Khalid Ibrahim telah memberikan peruntukan RM1 juta setiap orang kepada Adun-Adun Pakatan.


Hannah tetap merungut peruntukan tidak cukup?
Akan tetapi kelihatan Adun Subang Jaya tersebut mampu menggaji pembantu-pembantu peribadi yang ramai — Rajiv Rishyakaran (yang begitu rajin mengomenonline mempertahankan bosnya), Shu En, Timothy Ho dan Reuban David serta dia mempunyai setiausaha politik (Edward Ling) lagi.
Inikan 'Dream Team' seorang Adun sahaja dan belum pun kakitangan-kakitangan seorang ahli Parlimen. (Dream Teamialah nama jpeg diberikan oleh laman sesawang Hannah untuk gambar pejabat DAP Subang Jaya di atas).
Nampaknya apa yang Khalid Ibrahim bagi Adun-Adun kesayangannya cukup memadai. Akan tetapi adakah Khalid memberi juga yang sewajarnya kepada Adun-Adun BN?


Betul dan tepatkah slogan 'Selangorku'?
Ataupun layanan baik bagi Adun dan anak watan hanya kepada mereka yang mewakili dan mengundi Pakatan? Yang pro-BN jangan haraplah.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...