BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! PEMILIHAN CEC !!! DAP SEDIA PECAT 753 PERWAKILAN INDIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Aug 2013 08:30 AM PDT


Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia.Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis.Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan.Selain itu,pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih. Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina.Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu ??? 

Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis,DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini.Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal.Malah,ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.Untuk mempertahankan kedudukan,DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka.Malah,DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula.Tidak mustahil,inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja.Justeru,kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India. 

Jika sikap DAP ini bukan rasis,samseng,diktator dan kejam,maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka ??? Nampaknya,pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit,penipu dan tidak tahu malu.Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.Jelas,DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan. Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah,pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DS @SHABERYC !!! NAMEWEE UGUT NAK KENCING DAN MENGHINA MENTERI !!! APA GUNA NAK BELA MAMAT NI ???

Posted: 02 Aug 2013 10:07 AM PDT


Pengarah filem tak kenang budi !!! Itulah sahaja gelaran yang layak diberikan kepada Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang dahulunya merayu-rayu memohon dana untuk menerbitkan filem.Pakai kot dan berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan rupa baik.Selepas Alvin dan Vivian berjaya mendapat pengaruh daripada video murahan mereka,Chetz juga dapat bahagian juga,saya sudah menjangkakan si Wee Meng Chee atau Namewee ini akan membuka mulut.Rabu lepas Namewee sudah pun menghasilkan video dengan menggunakan kata ganti diri kedua "kau" melabelkan para Menteri yang dahulu pernah membantunya.Namewee turut mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa Alvivi yang telah mencetuskan kontroversi dengan sup "Bak Kut Teh" mereka. 

Namewee turut hendak merasakan juga jadi terkenal dek kerana populariti murahan.Video selama 5 minit 23 saat itu penuh kata mengutuk kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Dalam video berkenaan,tindakan polis menahan Alvivi juga dipersoalkan oleh Namewee tetapi dia mengambil contoh kes Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana yang katanya "murid bukan Islam disuruh makan di tandas".Jelas Namewee buat tuduhan melulu biarpun kes itu sudah selesai dan mereka bukan makan di tandas pun sebenarnya. Dalam satu babak di video berkenaan pada 2:11 Namewee berkata "Gua tau bahagian puting kamu paling sensitif kan?" jelas menghina kerajaan terutamanya menteri yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem Namewee turut memperlekehkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village atau Kampung Baru Cina seperti diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Siapa lagi yang disebut kau "kau" oleh Namewee kalau bukan kementerian itu. 

Kita harap Dr Ahmad Zahid sekali lagi tidak berdiam diri dengan isu ini kerana Namewee jelas tidak mengenang budi.Sudahlah diberi dana dahulu RM500,000 untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0,kini dia memperlekehkan para menteri ini dan mennyemai kebencian dengan mempersoalkan kerajaan seperti tidak menghargai undi dari kaum cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Semenjak dimuatnaik,video ini sudah ditonton oleh 159,298 kali dan ia jelas untuk disebarkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun Namewee berbahasa Mandarin tetapi sudah diletakkan sarikata dalam videonya. Lebih lagi ia boleh ditonton oleh sesiapa sahaja di laman YouTube.Dalam video Namewee itu, dia sempat memberi amaran kepada Dr Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery supaya tidak melewat-lewatkan atau menangguhkan tayangan filem baru arahannya.

Jika tidak dialog di dalam video Namewee "Nanti gua sembur kamu dengan kencing gua dan suruh kamu dakwa air kencing gua" katanya kasar dan menghina.Sombong betul lelaki ini.Selain itu, sebelum akhir video ini Namewee memberikan satu lagu katanya ditujukan khas kepada mereka yang terlibat kerajaan lah kan. Lagu itu katanya dipetik dari lagu dalam filemnya yang bakal ditayangkan 1 Ogos iaitu semalam bertajuk Kara King Dalam liriknya ada perkataan"Makan Tahi, Makan Tahi," Saya pelik bagaimana lagu ini boleh terlepas dalam filem Namewee?? dan diluluskan tayangannya. Lelaki seperti ini tidak perlu lagi diberikan peluang mengarahkan filem.Dahulu ada pengarah filem mencarut di dalam program siaran langsung televisyen terus digantung,tapi kali ini dia bebas mengarahkan filem lagi selepas menghina orang lain sebegitu rupa. – MyNewsHub


LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ADA DALANG AKAN MENJATUHKAN HADI AWANG TAK LAMA LAGI !!! KENAPA YEKKK ???

Posted: 02 Aug 2013 10:07 AM PDT



Zaharudin Muhammad 

Ada dalang yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas,dakwa menantunya Zaharudin Muhammad. Zaharudin Muhammad Zaharudin yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS dilaporkan Meloyakini berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaannya yang dikatakan telah bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 lagi. 

"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan," katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi,antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu."Ini bermaksud,bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden,tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya)." Menulis di Facebook-nya semalam,Zaharudin tidak menyebut secara khusus tentang pihak yang didakwa mahu menjatuhkan Abdul Hadi itu,sebaliknya beliau hanya merujuk sebagai "kumpulan kecil". Menurutnya juga,beliau "terpaksa menjadi team back-up mempertahankan Pas dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya." Pada 27 Julai lalu, The Malaysian Insider dalam artikel bertajuk "Kebangkitan pengaruh menantu,kali ini dalam PAS" menuduh Zaharudin sebagai individu yang mempengaruhi keputusan Abdul Hadi dalam Pas."Beliau (Zaharudin) dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor,Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012."Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan Pas akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau "Erdogan" – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama," dedah Amin Iskandar,Pengarang berita portal itu.

Menurut portal itu,golongan Erdogan Pas yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu mempunyai satu kekurangan iaitu hampir semua kalah dalam Pilihan Raya 2013 lalu.Mereka yang kalah adalah Salahuddin Ayub,Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Husam Musa.Meskipun Husam menang di DUN Salor,namun beliau tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob."Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam Pas untuk menang," kata satu sumber yang didakwa portal itu dari kepimpinan tertinggi Pas yang mahu namanya dirahsiakan. "Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda Pas,Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas.Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman "mengejut" pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," katanya. 

Selain itu,Zaharudin turut dikambinghitamkan dalam kes pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara."Zaharudin yang dikenali sebagai 'Din Ayam' itu disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila Pas turut sama bertanding melawan calon PKR,Umno dan tiga lagi calon bebas."Hasilnya calon BN,Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding, " dakwa portal itu.Memetik sumber dalaman PAS Selangor,Zaharudin didakwa telah menggunakan latarbelakang sosialis Dr Nasir sebagai alasan untuk mempengaruhi Abdul Hadi untuk menandatangani watikah pelantikan Rizuan Ismail sebagai calon Pas di Kota Damansara walaupun Datuk Mustafa Ali dalam rundingan kerusi antara parti PR sudah bersetuju bahawa Presiden PSM itu sebagai calon Kota Damansara dengan menggunakan tiket PKR."Bila Nasir menang atas tiket PKR pada 2008, Zaharudin yang menetap di seksyen 8 Kota Damansara tak berpuas hati. Katanya Nasir tidak cukup Islam,tidak selalu di masjid dan memuja Karl Marx,Vladimir Lenin dan Joseph Stalin yang merupakan tokoh-tokoh komunis," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider."Mustafa Ali terpaksa turun ke Kota Damansara berceramah bersama Dr Nasir untuk jelaskan kedudukan sebenar kepada orang ramai akan tetapi program itu diboikot oleh PAS kawasan," tambahnya lagi.

SIAPA YANG SEBENARNYA NAK JATUHKAN HADI AWANG ???

ADAKAH ORANG PAS SENDIRI ???

ATAU KELUARGA HADI AWANG SENDIRI ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA MAZNAH MEMBELA ANJING DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Aug 2013 12:53 AM PDT


Jurulatih anjing,Maznah Mohd Yusof berkata,mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram. 

"Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam.Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah." Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing,Maznah berkata,kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya. "Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak," katanya.Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan. 

"Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang.Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya," katanya.Menceritakan lebih lanjut,dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati. Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA). "Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu 'disuntik untuk mati' (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga.Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit," katanya. Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni,Golek,Ciku,Oren dan Ross. 

Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya."Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,"katanya.Ekoran itu,dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet."Saya banyak belajar daripada buku Cesar's Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,"katanya.Justeru,Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan."Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki.Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya," katanya lagi.Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung,Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KES LIWAT II !!! YUKTES VIJAY MEMBUKA SEMUA PEKUNG ANWAR IBRAHIM !!! AMIKKK UBAT !!!

Posted: 01 Aug 2013 11:00 PM PDT


Yuktes Vijay menyoal Datuk Seri Anwar Ibrahim,adakah anda seorang biseksual,jawab ya atau tidak ??? Yuktes bekas pembantu penguam bela Anwar berkata demikian dalam sidang medianya bersama media semalam kerana Ketua Umum PKR itu sering dilihat berdolah dalik dalam menentukan soalan objektif itu. "Anwar dah kata,kalau ada bukti, awak beri saya jawab..saya dah beri bukti..tengoklah dia akan jawab ke atau menyeleweng sana (sini),"katanya dalam sidang media semalam yang dirakamkan rakyatnews.


UNTUK SELANJUTNYA

selain itu yuktes juga membuka pekung anwar ibrahim berkenaan kes saiful bukhari apabila beliau memberitahu kepada media bahawa beliau juga yang merancang cerita liwat dan semua peguam percaya

TAK PERCAYA ???

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! KEPADA DS @SHABERYC !!! NAMEWEE MENGAMUK LAGI !!! KALI INI KISAH 'THE NEW VILLAGE' !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 01 Aug 2013 07:06 PM PDT


tu diaaa... saya dah agak dahh.mesti mamat ni akan mengamuk pasal cerita komunis tu.maakk aiiihh,bila pula cerita komunis dikatakan sejarah penting untuk malaysia ??? siapa yang cakap tu namewee ??? kepada kerajaan malaysia terutama Datuk Seri Shabery Cheek,jangan bagi muka kat namewee,tengok apa dah jadi.semua dimakinya.malas nak ulas-panjang 

LIHAT VIDEO DI BAWAH

 


mari kita beramai-ramai flag video tahap sampah ini supaya dibuang oleh pihak you tube

KLIK DI SINI

DAN 

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...