BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #PRU13 !!! SLOGAN 'RAKYAT' YANG DIBERI OLEH PEMBANGKANG ADALAH KENCING BELAKA !!!
- HOT NEWS !!! KEMENANGAN #PRKKUALABESUT AKAN MENJADI MILIK BN !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN !!! PAS AKHIRNYA BERGADUH DENGAN DAP !!! ELOK SANGAT !!!
- KURANG AJAR !!! ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE MENGHINA ISLAM !!! @PDRMSIA TOLONG AMBIL TINDAKAN !!!
- HOT NEWS !!! CALON PAS #PRKKUALABESUT DARI PAS RAIH SIMPATI DARI PENGUNDI ???
KANTOI !!! #PRU13 !!! SLOGAN 'RAKYAT' YANG DIBERI OLEH PEMBANGKANG ADALAH KENCING BELAKA !!! Posted: 12 Jul 2013 08:30 AM PDT Walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 sudah dua bulan berlalu pihak pembangkang masih menanam bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan yang dipilih rakyat secara sah melalu proses demokrasi.Sejurus keputusan PRU13 diumumkan,pakatan pembangkang terus tergamam kerana propaganda yang mereka lancarkan terhadap Barisan Nasional selama lima tahun sejak 2008 gagal membawa mereka ke Putrajaya.Di atas kegagalan tersebut,Anwar Ibrahim memulakan kempen menolak mandat rakyat yang telah diberikan kepada BN.Kononnya perjuangan pembangkang adalah 'dari rakyat,untuk rakyat dan kepada rakyat' seperti slogan Presiden Abraham Lincoln.Maka diwujudkan pelbagai fitnah kononnya pembangkang menang atas perkiraan undi popular walaupun sistem yang telah digunapakai sejak zaman Merdeka lagi ialah pemilihan berdasarkan kawasan atau 'constituency'. Sebelum itu Anwar dengan bijaknya membuat cerita lebih 40,000 rakyat Bangladesh diterbangkan untuk mengundi.Apabila kebodohannya terserlah kerana membuat tuduhan membabi buta tanpa asas dan bukti,beliau menukar taktiknya pula kepada demonstrasi jalanan.Pada mulanya nampak penyokong pembangkang terutamanya golongan Cina yakin dan bersungguh-sungguh percaya dengan hasutan dan janji manis Anwar bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri.Siri perhimpunan haram Blackout 505 dihadiri ribuan penyokong pada peringkat awal kerana rasa marah yang diapi-apikan oleh pembangkang.Bagaimanapun apa menjurus kepada 'finale' perhimpunan,impian Anwar untuk menimbulkan kekecohan hancur berkecai.Ini kerana Blackout 505 yang diadakan di Padang Merbok 22 Jun lalu hanya mampu menarik kehadiran lebih kurang 7,000 orang sahaja. Itupun setelah perhimpunan yang sepatutnya diadakan seminggu terdahulu ditangguh. Kali ini penyokong Cina boleh dibilang dengan jari dan rata-rata yang turun berhimpun terdiri daripada anak-anak muda Melayu yang bertindak seolah-olah sudah hilang pedoman dan arah hidup. Orang Cina yang mendokong kuat Dap pada PRU13 sehingga menyebabkan fenomena gelombang politik yang dipanggil Tsunami Cina telah menyedari mereka telah ditipu oleh Anwar.Oleh sebab itu mereka mula menyepikan diri daripada mengambil bahagian di dalam perhimpunan anjuran Anwar kerana mereka mula merasakan bahang kemarahan dan kebangkitan orang Melayu.Pengundi Cina telah mengkhianati setiakawan yang dijalin antara UMNO dan MCA sejak era Perikatan lagi demi kerakusan dan ketamakan mereka untuk merampas kuasa politik daripada tangan Melayu.Alasan yang mengatakan orang Cina tertipu oleh Anwar atau termakan dengan janji-janji pembangkang tidak boleh diterima akal kerana apa yang terjadi ialah perancangan rapi oleh kaum itu untuk meninggalkan MCA dan bersekongkol dengan Dap pula pada PRU13.Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang akhirnya kecundang dengan permainan politik kotor mereka apabila mereka berbondong-bondong mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat sehari setelah Blackout 505. Inilah kemuncak kepada pembohongan yang dijaja oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.Malangnya penyokong dikalangan orang Melayu masih belum sedar atau merelakan diri mereka ditipu oleh Anwar walhal penyokong Cina awal celik mata terhadap pembohongan Anwar.Orang Melayu berfikir Anwar akan membawa kepada kemajuan dan pembaharuan politik tetapi apa yang akan berlaku jika Anwar sebaliknya.Beliau tidak henti-henti menuduh pemimpin UMNO dan kerajaan korup tetapi tidakkah mereka yang taksub menyokong tidak tahu Anwar lah bapa rasuah semasa berkuasa di dalam kerajaan dahulu.Masih ingatkan kes nilai saham syarikat perjudian Repco yang dibiarkan naik sehingga mencecah lebih RM100 sesaham pada awal tahun 1990an dulu ??? Tidakkah CEO Cina yang memiliki Repco adalah kroni rapat Anwar yang berjaya menipu pelabur di dalam syarikat itu dan akhirnnya membuat mereka mengalami kerugian dan ramai yang bankrap apabila harga saham yang dimanipulasi jatuh merudum ??? Ini baru satu syarikat yang dikaitkan dengan kepentingan rangkaian kekayaan Anwar semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan ada berpuluh-puluh syarikat awam yang menjadi milik beliau melalui proksi.Jadi jika penyokong-penyokong Melayu yang masih tegar bersama Anwar,sedarlah mereka telah ditipu selama ini dan akan terus ditipu jika tidak berusaha membuka minda dan pemikiran mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KEMENANGAN #PRKKUALABESUT AKAN MENJADI MILIK BN !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 12 Jul 2013 05:00 AM PDT PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini dilihat memberi banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dari berbagai aspek.Kuala Besut mempunyai 17,638 pengundi dengan majoriti Melayu.Oleh yang demikian pertandingan adalah antara UMNO dan PAS.Dalam PRU-13 yang lalu,BN telah memenangi kerusi ini dengan majoriti yang agak selesa iaitu 2,434.Memahami kehendak rakyat masa kini yang inginkan perubahan,BN meletakkan calon muda dan berpendidikan tinggi iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang juga merupakan anak jati Kuala Besut.Tengku Zaihan berusia 37 tahun merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Bahagian Korporat.Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM).Bapa beliau adalah seorang guru agama dan amat dikenali oleh penduduk kawasannya.Dengan latarbelakang keluarga dan pekerjaannya,pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon langsung tidak mengejutkan masyarakat setempat. Tengku Zaihan juga mempunyai sifat rendah diri dan mudah mesra sepertimana kebanyakan 'orang-orang pantai' iaitu gelaran yang diberi kepada masyarakat di situ.Selain faktor calon,BN juga dilihat mempunyai kelebihan dari segi isu-isu semasa.Perkembangan selepas PRU-13 menunjukkan bahawa ramai orang-orang PAS mula kembali ke bumi nyata dan menyedari permainan DAP.Melalui keputusan PRU itu,jelas terbukti bahawa DAP langsung tidak mengundi PAS dan hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina.Perlu diingatkan juga bahawa Terengganu merupakan tempat bermulanya perpecahan umat Islam yang bertitik-tolak dari Amanat Haji Hadi,pemimpin PAS negeri itu.Amanat tersebut telah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menggunapakai perlembagaan penjajah yang sekular kerana memisahkan agama dengan politik.Walaubagaimanapun,isu pertukaran agama kanak-kanak di bawah umur yang sedang hangat diperkatakan kini telah memaksa PAS akur bahawa UMNO dan perlembagaan UMNO bukan kafir.Malah UMNO dan perlembagaan itulah yang memastikan agama Islam berada di kemuncak tertinggi di dalam negara ini. Namun,DAP terus menerus mencabar kedudukan agama Islam dan Melayu yang mana menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa 'terganggu' dan 'cuak' untuk terus memberi sokongan kepada PAS selagi parti itu bekerjasama dengan DAP.Justeru,saya menyangka BN tidak punya masalah untuk menang besar dalam PRK ini andainya jentera parti bijak mengenengahkan isu-isu semasa seperti ini,selain isu-isu setempat yang dekat dengan masyarakat Kuala Besut.Keputusan PAS meletakkan seorang kontraktor iaitu Azlan Yusoff,dilihat tidak akan berjaya menggugat BN.Azlan berumur 48 tahun lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' oleh penduduk tempatan pernah memiliki sebuah stor kayu di daerah itu.Dari apa yang tersebar di internet,PAS nampaknya menjulang Azlan sebagai 'orang kaya' sebagai justifikasi kepada pencalonannya.saya tidak faham bagaimana 'kaya' boleh dijadikan modal politik untuk meyakinkan rakyat bahawa calon tersebut berwibawa.Malah,oleh kerana Azlan menjadi kaya melalui perniagaannya sebagai kontraktor (Kelas A),ramai yang tertanya-tanya projek apa atau tender apa yang telah melonjakkan Azlan sebagai orang kaya.Bukan kita tidak tahu bahawa kontraktor merupakan sejenis perniagaan yang paling mudah terdedah kepada berbagai jenis 'kotoran'.Azlan juga hanya berpendidikan SPM yang mana meletakkan beliau jauh di belakang dari calon BN.Berdasarkan semua maklumat ini,tidak hairanlah jika anda melihat gelombang di Kuala Besut semakin hari semakin 'biru' warnanya.Semoga keputusan PRK nanti turut memantulkan kebiruan laut di pantai Terengganu. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN !!! PAS AKHIRNYA BERGADUH DENGAN DAP !!! ELOK SANGAT !!! Posted: 12 Jul 2013 02:00 AM PDT Perbahasan atau perbincangan atau mungkin juga boleh dipanggil 'pertengkaran',jika melihat dari cara Karpal Singh berhujah,mengenai isu penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur masih lagi hangat walaupun kerajaan telah menarik balik 3 Rang Undang-undang berkaitan bagi membolehkan ianya diperkemaskan untuk memuaskan hati semua pihak. Rang undang-undang yang ditarik balik ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013,Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.Apa yang menarik ialah PAS tidak lagi mengambil sikap pasif sepertimana sebelum ini dalam berhadapan dengan isu yang melibatkan kedaulatan agama Islam.Contohnya dalam isu murtad,PAS jelas mengelak untuk memanjangkan atau membesarkannya demi menjaga hati DAP tetapi kali ini parti itu bersuara lantang menentang sekutu mereka itu. Malah,Nik Abduh,Datuk Takiyuddin dan Nasharuddin Mat Isa senada menempelak Karpal yang masih tidak berpuas hati dengan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan.Akhbar Sinar Harian melaporkan Nasharuddin sebagai berkata, "Dalam hal yang berkaitan dengan Perlembagaan, perkara itu sudah cukup jelas.Kedudukan Islam dalam Perlembagaan adalah sesuatu yang telah disepakati pakatan pembangkang dan sekiranya sikap anti terhadap kedudukan itu berterusan ditunjukkan Karpal, maka tindakan sepatutnya perlu diambil terhadap beliau." Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan Nik Abduh yang turut menegaskan bahawa,masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.Nampaknya PAS bukan sahaja tidak lagi berlembut terhadap DAP tetapi turut mengiktiraf perlembagaan negara yang sebelum ini dituduh sebagai kafir dan sekular kerana diwarisi dari penjajah.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa perlembagaan negara merupakan tonggak penolakan PAS terhadap UMNO. Dalam kata lain,perlembagaan itulah yang menjadi punca perpecahan umat Islam di negara ini atas alasan 'tidak Islam'.Sekian lama,'perlembagaan' dijadikan asas oleh orang-orang PAS untuk mengkafirkan sesama Islam termasuk sanak saudara malah ibubapa dan isteri sendiri.Kejadian berdarah Memali juga adalah bertitik tolak dari perlembagaan yang difatwakan sebagai kafir mengikut Amanat Haji Hadi.Namun,hari ini perlembagaan yang sama telah dijulang PAS untuk mempertahankan Islam.Sekali gus,PAS terpaksa akur bahawa UMNO tidak pernah menolak Islam malah UMNOlah yang memastikan Islam berada di kedudukan tertinggi dan kukuh di dalam negara ini.Sebaliknya,persahabatan PAS dengan DAP yang membuka ruang kepada DAP untuk mempersoal dan mencabar kedudukan tersebut, di mana akhirnya PAS terpaksa kembali kepada perlembagaan yang digaris UMNO untuk mempertahankan Islam.Artikel ini bukan berniat untuk mengungkit kejahilan PAS tetapi sekadar ingin mengajak PAS membuka mata dan belajar berfikir sebelum berkata-kata.Jangan nanti,bila tiba musim pilihanraya PAS akan kembali memainkan isu 'perlembagaan kafir' sebagai modal berkempen.Dan jangan nanti PAS kembali bersuara senada dengan DAP bagi membuktikan 'keterbukaan' dan 'toleransi' semata-mata untuk meraih undi.Berpolitik pun biarlah berpada-pada.Apapun,kita tunggu sahaja Pilihanraya Kecil Besut untuk melihat sama ada isu perlembagaan kafir dan UMNO menolak Islam akan dimainkan semula.Jika ya,maka sahlah bahawa PAS dan DAP sememangnya ditakdirkan bersama. RENUNG-RENUNGKAN |
KURANG AJAR !!! ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE MENGHINA ISLAM !!! @PDRMSIA TOLONG AMBIL TINDAKAN !!! Posted: 12 Jul 2013 01:51 AM PDT Penulis blog berunsur seks,Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar 'Selamat Berbuka Puasa' di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan 'bak kut teh' yang digambarkan sebagai makanan yang wangi,enak dan menyelerakan.Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. "Ia hanya bahan jenaka.Saya rasa."Bagaimanapun,posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum. Seorang pelawat memberi ulasan : "Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik.Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan.Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau."Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei. Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian,Tan berkata, "belum lagi…""Mungkin, selepas ini.Saya tidak pasti.Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini.Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. UNTUK SELANJUTNYA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! CALON PAS #PRKKUALABESUT DARI PAS RAIH SIMPATI DARI PENGUNDI ??? Posted: 11 Jul 2013 11:50 PM PDT Tindakan calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,Azlan @ Endot Yusof berbaiah (bersumpah) di hadapan umum dalam majlis pengumuman oleh Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai lapisan masyarakat.Antara yang turut gusar tentang perkara itu adalah Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Dr. Hasan Ali yang berkata baiah perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran di antara individu yang melafazkan sumpah berkenaan dengan Allah.Beliau yang khuatir tentang masalah itu meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melihat perkara itu daripada bebrapa sudut berbeza termasuk mendengar suara dari peringkat akar umbi yang mahu perkara seperti itu dilakukan dengan baik supaya tidak menyinggung perasaan orang lain dan menimbulkan fitnah yang boleh memcahbelahkan masyarakat Islam. Sementara itu,lafaz baiah tersebut berbunyi: "Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),maka saya akan dilaknat oleh Allah,Rasul,orang yang beriman serta sekalian yang melaknat. "Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." saya merasakan tidak perlulah untuk Azlan besumpah sampai sedemikian rupa,memadailah jika benar beliau ingin berbakti maka berbaktilah dan bukannya menunjuk-nunjuk kononnya hanya dengan bersumpah dapat membuktikan bahawa beliau ikhlas dalam perjuangan.Pada pandangan saya yang tidak berilmu ini apa yang dilakukan oleh Azlan dan pimpinan tertinggi PAS hanyalah untuk meraih undi pada PRK yang akan berlangsung nanti. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment