Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Ngeri!! Ratusan Cacing Di Buang Dari Perut Budak 3 Tahun!!

Posted: 08 Oct 2012 08:35 AM PDT


Ngerinyaa.. tu bukan pasta atau speghetti, tapi tu ialah cacing yang dibuang dari perut budak berumur 3 tahun. Pehh.. nak muntah tengok video ni. Itulah akibat kalau tak jaga makan, dan selalu makan makanan yang tidak bersih.

Jaga-jagalah anak anda ya!!

McTheory:
Hampeh punya Keris7Lok.. Mc tengah makan megi dia bagi video ni!! kejamm!!

KASI PANAS!! Gadis DJ Separuh Bogel Buktikan Pas Kedah Hebat!! #TukarKedah

Posted: 08 Oct 2012 05:38 AM PDT


Tajaan terbaru Pas Kedah. Saja nak kasi panas balik.. mana tau kot ada orang yang tak pernah tengok video ni. Jangan terkejut, semua ini berlaku di Alor Setar, Kedah Darulaman. House Bar ni kelab paling top kat Alor Setar. Lokasinya sebelah caltex Alor Mengkudu.

Kalau tak percaya pi la masuk tengok sendiri apa yang ada dalam tu. Kalau zaman dulu, Kedah tak berapa nak maju sangat, semasa pemerintahan UMNO/BN. Kini Pas ambil alih, Kedah terus maju malah advance lagi dengan segala mak nenek maksiat di Alor Setar sekarang ni.

Posting ni ulang tayang pada rakyat Kedah yang sayangkan negerinya, dan juga pada pengikut tegar Pas yang sayangkan Islam. Posting dulu kat SINI


Terbaik la Pas Kedah.. memang hebat! Memang dahsyat!!


McTheory:
Jangan terkejut, kalau nanti ada 'Show Bogel' pula kat Alor Setar ni!!

GEMPAR!! Abby Albody 'HINA' Nabi Muhammad SAW!!

Posted: 08 Oct 2012 02:15 AM PDT

Dah dapat tiket surga, sombong noo... heh



Blogger Pro BN nombor 1 MPP .. mendedahkan tentang janda meletop Pas kini kena sampok penyakit gila babi gamaknya dalam Twitter, hinggakan berani mengeluarkan perkataan yang bukan, dalam bidang pengetahuannya.

Nampaknya Ostazah pujaan puak-puak Pas ni kembali meroyan dalam Twitter.. Kali ni, Abby hina sifat pemaaf yang ada pada Nabi SAW..

Korang boleh tengok sendiri tulisan Abby dalam laman twitter dia tu.. Abby kata, Nabi pernah tak maafkan musuh sampai ke akhir hayat..

Betul ke Nabi SAW ada buat macam tu beb? Yang gua tahu, Nabi kita mempunyai akhlak terpuji dan baginda juga adalah seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain...

Takkan Abby tak tahu pasal sifat mulia Nabi SAW ni? Takkan Abby tak belajar semua sifat terpuji Rasulullah masa disekolah dulu?

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.., Aisyah r.a pernah menyatakan:

"Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah."

Hadis diatas membuktikan bahawa Nabi SAW mempunyai sifat pemaaf yang paling tinggi.. Takkan ostad-ostad dalam Pas tak maklumkan pasal ni pada Abby?

Nampak sangat Ostazah Abby tu main hentam je bila keluarkan setiap kenyataan tanpa memiliki banyak ilmu tentang agama!! Itupun Pas bayar ribu-ribu untuk ceramah dipentas dorang..

Bodoh punya Pas!!!

McTheory:
Bila seseorang tu rasanya dirinya terlalu bagus, beginilah jadinya..

PANASS!! Anak VIP Selangor Mana Yang Kena Tangkap Pesta Seks!!

Posted: 07 Oct 2012 11:21 PM PDT


Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini.

Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).

Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten Supritendan Mohd. Nazri Daud.

Polis bertindak membuat intipan dan serbuan di premis tersebut setelah menerima aduan orang awam yang curiga dengan aktiviti dijalankan kerana sering mendapati individu menaiki kereta mewah berkunjung ke situ pada waktu malam dan pulang pada sebelah pagi.


Mereka juga curiga kerana mendengar muzik kuat dimainkan dalam premis tersebut, manakala cermin tingkap ditutup dengan kertas minyak bagi mengelak ia dapat dilihat dari luar.

Mohd. Nazri berkata, setelah membuat intipan selama tiga hari, polis akhirnya bertindak menyerbu premis itu pada pukul 3 pagi ini.

"Kami terpaksa memecah jeriji pintu kerana ia berkunci sebelum boleh masuk ke dalam premis membuat pemeriksaan.

"Sebaik sahaja dapat masuk, kami dapati 27 lelaki dan lima perempuan Melayu berusia 19 hingga 26 tahun dalam keadaan khayal," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis juga menemukan dua set peralatan muzik, kondom yang sudah digunakan dan dadah jenis ketamin.

Mohd. Nazri berkata, siasatan lanjut mendapati tujuh daripada remaja yang ditahan merupakan pelajar kolej swasta, manakala 16 orang iaitu 14 lelaki dan dua wanita positif mengambil dadah jenis amphetamine dan THC.

Katanya, premis berkenaan sudah dua bulan digunakan untuk penganjuran aktiviti muzik, pesta seks dan dadah dengan mengenakan bayaran sewa RM500 semalam.

"Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui 25 biji pil ekstasi seberat 10 gram dalam sebuah kereta Perodua Myvi dan 250 pil Eramin 5 serta 90 biji lagi pil ekstasi dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung yang ditahan memberitahu, dia bersama rakan-rakan mengetahui mengenai pesta diadakan di premis itu melalui laman sosial Facebook.

"Kami mengetahui mengenai pesta ini melalui Facebook 'sehari bersama kawan-kawan'. Kami dikehendaki membayar RM55 seorang kepada penganjur untuk menyertai pesta yang biasanya bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi," katanya.

Difahamkan, premis berkenaan digunakan untuk penganjuran pesta muzik, seks dan dadah sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dan pengunjung pulang pada pukul 8 pagi iaitu waktu orang ramai keluar bekerja bagi mengelak aktiviti tersebut dikesan.

Sumber UTUSAN

EKSKLUSIF!! Pas Kedah Promosi Kedai DVD Lucah Terbuka 24jam!! #TukarKedah

Posted: 07 Oct 2012 08:59 PM PDT

depan kedai
tokey baik punya

lambakan dvd

Kali ni Mc nak berterima kasih kepada Kamera Kupang yang memberikan info tentang kedai DVD lucah yang beroperasi secara terbuka di bandar Kulim. Kedai DVD ni, di buka 24 jam, ia sangat terkenal di bandar Kulim ni, malah sangat terkenal di kalangan pengemar DVD lucah sebagai kedai "24 jam". Bak kata orang, nak DVD lucah apa pun boleh cari kat sini.

Lokasinya, di area simpang 4, Taman Selasih, Kulim. Untuk rujukan, kedai tu terletak, di belakang KFC (dulu kat situ ada bank RHB bank). Malah kedai DVD tu berdekatan dengan Pusat Karaoke Gemilang. Kedudukannya agak terbuka, dan bukan tersembunyi. Malah penggemar DVD lucah, boleh masuk pilih diruang khas hampir 500 jenis DVD/VCD di pamerkan. Banyak tuu.. 500 jenis DVD lucah wooii!!

Kedai DVD ni juga menjual DVD/VCD cetak rompak yang lain. Melayu ada, omputih ada, jepun ada, cina ada dan pelbagai DVD lain. Kiranya penjualan kedai DVD ni seolah-olah berlesen. Kedai DVD original pun tak berani jual DVD lucah. Tapi kedai ni jual DVD lucah secara terang-terangan. Apakah kedai DVD ni ada 'lesen besar' untuk menghalalkan perniagaannya?

Sebuah kedai DVD cetak rompak yang beroperasi 24jam, dan menjual DVD lucah secara terbuka. Boleh beroperasi tanpa gangguan dari pihak berkuasa. Pelik kan? Berapa banyak 'wang' yang disedekahkan kepada 'kepala' penguatkuasa untuk mendapat 'lesen besar' berkenaan?

MDK (Majlis Daerah Kulim) tidur ka? tak buat kerja ka? atau dah kenyang makan duit?

Ahli Majlis penuh dengan puak Pas. Puak ni yang dok komplain pasal UMNO/BN dulu, tapi bila duduk atas kerusi empuk ahli majlis, puak ni lagi teruk dari UMNO dulu. Haram apa satu kerja pun tak buat. Sampaikan kedai DVD lucah pun boleh buka sesuka hati serupa ada lesen lagi.

Lepas Pas Kedah jahanamkan Sungai Petani dan Alor Setar, kini mereka nak bawa maksiat datang ke Kulim pulak.. ohh.. jahanamlah negeriku yang tercinta ni.

Oitt!! Rakyat Kedah, sampai bila nak tengok benda ni berterusan? Takkan nak biar puak Pas ni buat suka hati mak bapak depa saja? Tak reti-reti nak kaleh kerajaan negeri?

Inilah malaikat yang tak dikenali, depan malaikat, belakang rupanya syaitan besar!!


McTheory:
Undi Pas, bertambah maksiat, rosak akhlak!!

PANASS!! Pas Kedah Sediakan Lesen 'MENCRETT' Bini Orang!! #TukarKedah

Posted: 07 Oct 2012 06:12 PM PDT

hiasan semata

Masih ingat cerita skandal Ahli Majlis Daerah Kulim di bahagian perlesenan, yang berskandal dengan bini orang? Pada yang belum membacanya, Mc pernah posting mengenai perkara itu kat SINI. Akibat nak mendaftar lesen perniagaan cendol, akhirnya cinta berputik dan membawa ke hubungan songsang.

Menyedihkan, apabila hubungan songsang mereka itu, turut diketahui oleh Pas Kulim Bandar Baharu. Yang Di-Pertua Pas Kulim Bandar Baharu, Hasan Razak, turut bersubahat bersama dalam kes ini. Apabila cuba menutup aib pasangan songsang ini dari pengetahuan pihak atasan.

Sehingga sekarang, perkara ini masih lagi menjadi rahsia umum di Kulim Bandar Baharu. Sepatutnya sebagai orang yang kuat pegangan Agama, Hasan Razak, perlu mengambil tindakan, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan. Masalah moral 'bersama' isteri orang ini adalah perkara berat. Jika sekali kita bantu, rasanya akan ada kali kedua, atau kali ketiga.

Mungkin Hasan Razak mahu menjaga nama parti, atau sebab itu beliau masih belum mahu mengambil tindakan. Satu saja pesanan Mc pada Hasan, nak jaga Islam ka, nak jaga parti ka? Kalau jaga nama Pas boleh masuk syurga, Hasan boleh teruskanlah.. tapi sebagai pemimpin beragama Islam, melindungi ahli yang berbuat maksiat tu, dikira subahat.

Apa Hasan nak tanggung separuh dari dosa si Sulaiman tu ka? Dia yang bersedap-sedap dengan Isteri orang, hang juga yang nak kena tanggung dosa wahai Hasan Razak oii.. tak berbaloi laa..

Tapi tak tahu la pulak, jika 'bersama' dengan isteri orang tu, orang Pas anggap perkara tu bukan satu dosa. Sebab dah ramai pemimpin Pas yang 'bersama' dengan bini orang. Tapi kepimpinan Pas, anggap itu perkara biasa. Tiada tindakan pun, malah Nik Aziz boleh mengampunkan dosa. he he.. lawak sungguh puak Pas ni.

Bagi Mc la, pada sesiapa yang rasa nak 'bersama' dengan isteri orang, atau bahasa kasarnya nak 'mencret' bini orang, boleh la masuk Pas. Sebab Pas akan bagi lesen khas pada ahlinya untuk berbuat demikian.

P/s: Masuk Pas 'mencret' dunia lepas, akhirat pun Pas kira lepass.. he he..

McTheory:
Jangan risau, pengampun dosa, si Pok Nik Aziz kan ada..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...