tun faisal dot com |
- MC palsu : @YuktesVijay - Anwar hina mahkamah, patut dihukum bawah Seksyen193
- @SyenYeeAun - #RedBeanArmy sama macam Parti Komunis Malaya? (Bhg 2)
- Tahniah! Selepas lama menungggu, akhirnya RELA jadi Jabatan @Zahid_Hamidi @KP_Rela
| MC palsu : @YuktesVijay - Anwar hina mahkamah, patut dihukum bawah Seksyen193 Posted: 17 Jul 2013 07:30 PM PDT Yuktes menyatakan bahawa beliau ada emel yang membuktikan perancangan Anwar, Chegu Bard dan konco-konconya untuk memalsukan Sijil Sakit untuk menipu mahkamah? Yuktes - "The actions of Anwar and his team of lawyers to deceive the Court, in fact readily plan and eventually submit a fake document, for the sole purpose of political mileage is an insult to all Malaysians. A contempt of Court and an act punishable under S193 of the Penal Code." Baca tulisan Yuktes Vijay, bekas anggota pasukan peguam bela Anwar tentang perancangan jahat Anwar di bawah..... Remembering #709 : The Mega Con called Bersih Two years back, Malaysians gathered, held hands, walked, yelled slogans, braved tear gas and withstood police beating. All this was for the promise one Ambiga Sreenevasan assured us, a proper democracy process in Malaysia. A fair and clean election. Alas, no one knew that it was indeed an Opposition ploy, an idea of Pakatan Rakyat to instill hatred and anger. I speak as one of those who participated in the rally, for Anwar first and democracy second. The sad part of the rally is that it will always be remembered for the "nego-nego" drama by Azmin and Anwar. It was never a signal to negotiate. It was a signal to breach the barricades and to "Occupy Dataran". This is not a baseless accusation, in fact none of my previous letters ever carried one. If some actually took off their PR tinted glasses, they would see the truth and logic in my statements. Thangam, the man who broke the barricade is an Anwarista to the core. I know him from the times in Court for the Sodomy II. Such was his devotion to Anwar that he would arrive in Court before the guards themselves and leave only when Anwar waves him a goodbye. You guys honestly think such a man would have defied the orders of Anwar and Azmin to break the barricades himself? This is a man who would ask how high if Anwar asked him to jump. Think! This rally was known for its police brutality. However, how many here know what actually transpired? At 6pm or so, I was at the front barricade with a few guys from SAMM. Recognised the t-shirts. They started kicking and breaking the barricades and cursed the police officers. It was then the police reacted and started hitting the protestors. I was one them who felt victim. Why did I not sue the police when I was with the top legal eagles in the country? Dato Param, Sankara Nair ..Names ring a bell? Even if it was not them, I could have used Lawyers for Liberty. Afterall, since joining BN, I was told that my injuries were fake and I did it for publicity. What bigger publicity than this? I did not even attend the Suhakam or Bersih inquiries. Even when Sivarasa Rasaiah called me to attend the EGM of Bar Council in Sunway to tell my side of the story, I did not go. Why would someone who craves publicity as claimed by Opposition would avoid the chance of being in the news? Many are under the impression that I left Anwar because I was bought over. To a certain extend yes, there is some truth in it. Partially only though. I was "bought over" by one man whom I call boss today. His simplicity and humbleness is of no secret. But my boss is the reason why I joined BN, not leave Anwar. I left Anwar during the time when he was charged in Court along with Azmin and Chegubard. The actions of Anwar and his team of lawyers to deceive the Court, in fact readily plan and eventually submit a fake document, for the sole purpose of political mileage is an insult to all Malaysians. A contempt of Court and an act punishable under S193 of the Penal Code. You expect me to stay after a fake document was submitted in Court to prolong the process and get a certain former prosecutor in Sodomy II into the team for the sake of media coverage and for Anwar to tell the world how this proves Sodomy II was fabricated. Surely, I will be subjected to name callings. I have evidence. E-mail correspondences. This is merely one e-mail. I have more evidence. But what is the use? Is Ambiga going to support me, virtue of being former Bar Council President? Are Lawyers for Liberty going to ditch Pakatan Rakyat for this offence? Will Karpal Singh stop representing Anwar for his role in insulting the judiciary? Does this change the opinion of young lawyers that Pakatan Rakyat is not angelic afterall? What action will Bar Council take? Can I trust the AG? Let me tell you what happens. They will label me an A*Sh*&e for doing this, conveniently ignoring the offence and wrong before their eyes. Why? No ones like being proven wrong do they? See, rallies are a done to prove a point. It is not our job to help someone realize their dreams of becoming PM. The blackout rallies were uncalled for. If there were indeed blackouts and Banglas, why there were no single election petition amongst the 42 ( if memory serves me right about the number) filed in Court had mentioned those reasons. Rafizi says it is hard to win petitions due to its standard of proof is high. He is right but guessing that Banglas can't suddenly possess an American green card and don't tell me amongst the 40k Banglas that PKR claims voted, they were incapable of catching one? My experience with PR taught me one thing which is everything they say or do is not for the benefit of the people. It is to realize their dream of Putrajaya. Hey stop turning the gun at me. Remember freedom of speech and opinion is embedded in the Constitution. How is that for a taste of your own medicine, PR? Yuktes Vijay |
| @SyenYeeAun - #RedBeanArmy sama macam Parti Komunis Malaya? (Bhg 2) Posted: 17 Jul 2013 04:00 PM PDT "Banyak persamaan RBA dengan Komunis. Cara kekejaman mereka, cara mereka menutup mulut orang, cara mereka mengaibkan orang, cara mereka menyerang orang. Saya rasa tidak ada bezanya dengan Mao Zedong" - Shen Yee Aun SYA : Ada Persamaan Modus Operandi 'Red Bean Army' & Komunisme by AIDC on Jul 18th, 2013 Tidak dapat dinafikan Shen Yee Aun (SYA) merupakan pemuda Cina yang pertama mengetengahkan persoalan Red Bean Army (RBA). Bekas Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan itu berusaha memahamkan masyarakat Malaysia khususnya Melayu-Islam tentang bahayanya misionari 'Tentera Kacang Merah' itu terhadap kedaulatan negara. Perkara ini mungkin baru di kalangan masyarakat Melayu-Islam, bumiputera dan masyarakat bukan Cina, namun dalam komuniti Cina yang faham berbahasa Cina, ia bukan sesuatu yang baru. Ia juga bukan perkara baru kepada individu-individu yang pernah menjadi mangsa serangan 'Tentera Kacang Merah' itu. "Ia bukannya rahsia. Mereka yang tahu membaca bahasa Cina, memang tahu facebook itu bahawa ada group yang dipanggil RBA. "Mengapa nama RBA? Sebab penterjemahan literal dalam bahasa Cina, 'Red Bean Army maksudnya 'Tentera Kacang Merah', dalam bahasa Cina 'Ang Tao Peng', kata SYA ketika ditemui AIDC di Petaling Jaya, 6 Julai 2013. Dalam pertemuan hampir dua jam itu, SYA juga turut mendedahkan maklumat yang menarik iaitu modus operandi RBA ada persamaan dengan modus operandi komunis. "Banyak persamaan RBA dengan Komunis. Cara kekejaman mereka, cara mereka menutup mulut orang, cara mereka mengaibkan orang, cara mereka menyerang orang. Saya rasa tidak ada bezanya dengan Mao Zedong, "rumusnya. Ikutilah wawancara bersama SYA selengkapnya. AIDC : Saudara adalah pelopor yang mengetengahkan isu ini yang kini sudah menjadi rahsia umum. Kenapa saudara melihat isu ini sangat penting ? Pada pendapat saya, RBA bukan isu politik. RBA adalah isu yang sangat bahaya dan mungkin boleh dikatakan paling berbahaya. Jangan lupa apabila kita berbicara tentang isu jenayah, keselamatan rakyat sangat penting. Kita juga perlu ingat, terdapat juga keselamatan rakyat di alam siber. Sebab dalam statistik ancaman siber di Malaysia adalah yang keenam paling tinggi di dunia. Ini adalah statistik yang sebenar di peringkat antarabangsa. Yang kedua, cara RBA berpolitik akan membawa kesan-kesan yang saya rasa tidak dapat kita bayangkan. Saya akan kemukakan beberapa contoh yang sudah pun berlaku dan mungkin akan berlaku. Yang sudah berlaku apabila mereka memainkan isu penipuan Bangladesh. Kita lihat berapa ramai rakyat Malaysia tercedera parah, berdarah, dipukul, digasak, ditendang, ditumbuk oleh penyokong-penyokong Anwar dan DAP. Takkan kita nak persalahkan penyokong-penyokong DAP, dan mungkin mereka bersalah tapi cara RBA membawa satu persepsi, propaganda. Ini melibatkan kecederaan dan ini juga boleh menyebabkan hubungan antara dua buah negara boleh menjadi renggang. Sebab itu, Duta Bangladesh kata tidak ada rakyat Bangladesh yang menjadi pengundi hantu. Jadi, ini berkaitan isu dunia dah. Kalau inilah zaman dahulu, mungkin peperangan boleh berlaku. Mungkin kerana Bangladesh tidaklah negara yang semaju Malaysia, bayangkan kalau hari ini Bangladesh adalah sebuah negara yang kuat, apa akan berlaku kepada Malaysia ? Perkara yang ketiga, ini juga adalah isu berkaitan dengan perpaduan. Kita jangan lupa bagaimana RBA membakar semangat kecinaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang jauh lebih teruk daripada 1969. AIDC : Jauh lebih teruk daripada 13 Mei 1969 ? Pada pendapat saya, jauh lebih teruk. Isu-isu yang mereka bangkitkan jauh lebih teruk. Segala isu Cina, mereka politikkan demi mencuci dan mempengaruhi minda masyarakat Cina supaya menentang Melayu. Dan apabila mereka sudah menentang Melayu, masyarakat Cina akhirnya tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN). Ini akan lagi menjarakkan dan mempolarisasikan perpaduan antara kaum yang sudah lama terbina di negara ini. Jangan lupa apabila perpaduan itu semakin menjarak, kita lihat apa yang berlaku terhadap Indonesia pada hari ini. Bagaimana Melayu dan Cina hidup di sana. Saya bukan nak menakut-nakutkan, saya cuma nak buat penakulan berdasarkan kepada sejarah, berdasarkan rasional. AIDC : Mereka saling mencurigai ? Saling mencurigai dan masyarakat Indonesia begitu benci kepada masyarakat Cina sehingga sehingga sanggup membunuh dan merogol. Begitu juga masyakat Cina membenci masyarakat Indonesia sehingga saling membunuh. Sampai hari ini berlaku secara terbuka. Betapa bahayanya isu perkauman ini. Sebab itu Malaysia memerlukan perpaduan yang akan memberi kesan terhadap kestabilan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Yang ketiga, isu ini juga akan merisikokan Malaysia terhadap campur tangan asing. Selesai sahaja pilihanraya, mereka terus buat petisyen kepada Presiden Obama. Ini dah melampau. Negara Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mengapa sampai perlu Obama untuk campur tangan dalam politik Malaysia. RBA sering mengheret artis-artis atau orang-orang daripada Taiwan untuk terlibat dalam politik Cina di Malaysia. Perkara ini bukan lagi sekadar tentera alam maya, tetapi sudah menyentuh keselamatan negara, kedaulatan negara, perpaduan negara dan akhirnya juga akan berkaitan dengan ekonomi negara. Kalaulah mereka (RBA) selalu membayangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang huru-hara dan kucar-kacir, siapa yang hendak melabur di negara ini ? Siapa hendak melancong di Malaysia? Ini berkaitan dengan ekonomi. Ekonomi pula berkaitan dengan seluruh rakyat Malaysia. Ekonomi tidak baik, kita akan makan pasir, tidak kira Cina, Melayu, India. Dan yang paling penting, RBA tidak tahu hak mereka dan hak orang lain sehingga mereka sanggup mengugut, mengancam bunuh dan rogol kepada sesiapa sahaja yang menentang DAP ataupun menyokong BN. Bagaimana pula dengan keselamatan mangsa-mangsa yang tidak berdosa yang diserang oleh RBA ini ? Sebab itu saya bangkit untuk menentang dan memperjuangkan isu RBA. Sebab ini bukan lagi isu politik. Bukan lagi isu BN, Anwar dan Najib. Bukan lagi isu Cina-Melayu. Ini adalah isu kesuluruhan, keselamatan, perpaduan, kedaulatan, ekonomi dan juga keadilan mangsa-mangsa. AIDC : Saya ada terfikir satu perkara. Macam mana saudara tahu tentang kewujudan RBA ? Okay, macam mana saya tahu tentang RBA, jawapannya cukup mudah. Ia bukannya rahsia. Mereka yang tahu membaca bahasa Cina, memang tahu facebook itu bahawa ada group yang dipanggil RBA. Mengapa nama RBA? Sebab penterjemahan literal dalam bahasa Cina, 'Red Bean Arm'y maksudnya 'Tentera Kacang Merah', dalam bahasa Cina 'Ang Tao Peng'. Mereka ada facebook group yang sampai mencecah 40,000 hingga 50,000 ahli. Keduanya, dalam profail mereka dalam bahasa Cina menggunakan profail RBA. Dalam Bahasa Melayu juga dipanggil 'Red Bean Army', dengan logo dan jaket mereka sekali. Ini memang terbuka. Adalah juga orang kata operasi-operasi rahsia. Seperti dalam facebook group, ia sudah diketahui umum di kalangan masyarakat Cina, cuma mengapa ia tidak diketahui secara meluas, sebab ia dalam bahasa Cina. Jadi, bukan semua Cina tahu bahasa Cina dan bukan semua Melayu atau India tahu apa yang berlaku dalam proses yang mereka sebarkan itu. AIDC : Sejak bila RBA ditubuhkan ? RBA ini sudah bermula sebenarnya sejak sebelum Pilihan Raya Ke 12 (PRU 12), tapi pada masa itu tidak begitu kuat, mungkin sekitar 10 hingga 20 orang sahaja yang terlibat. Tapi, selepas mereka menang dan jadi kerajaan, mungkin lebih banyak dana, mungkin lebih banyak sumbangan. Jadi, mereka memperbesarkan peranannya hingga beratus, ada yang kata mungkin beribu. Selepas PRU 12, dalam masa lima tahun itu, mereka membina satu pasukan cyber troopers DAP yang sangat kuat. Mereka mempunyai sekurang-kurangnya 200 laman page DAP, yang memiliki page like yang 'top' untuk setiap viral. Apabila mereka posting akan sampai mencecah beratus, beribu orang. Cakupan terhadap masyarakat Cina itu sampai 200 laman page. Itu sangat tinggi. AIDC : Adakah 'Tentera Kacang Merah' dalam bahasa Cina itu mempunyai maksud simbolik tertentu ? Mao Zedong (26 Desember 1893 – 9 September 1976) Saya tidak pasti, tapi yang paling dekat, mungkin mereka berlandaskan kepada Red Bean Guards (RBG), tentera peribadi kepada Mao Zedong yang pernah memerintah Republik Rakyat China. Konsep RBG adalah merekrut atau menyediakan platform kepada golongan-golongan muda, pelajar universiti untuk menjadi 'senjata' beliau bagi menentang mana-mana sahaja individu, rakyat, pemimpin, parti ataupun entiti yang hendak menentang Mao Zedong. Tidak boleh cuba nak buat apa-apa terhadap Mao Zedong. Awak buat saja, kena serang.. Kita tidak pasti adakah RBA juga turut mengikut ideologi ataupun fahaman Mao Zedong (komunisme), tapi ya atau tidak, itu tidak penting, yang paling penting, kita dapat lihat persamaannya. Banyak persamaan RBA dengan Komunis. Cara kekejaman mereka, cara mereka menutup mulut orang, cara mereka mengaibkan orang, cara mereka menyerang orang. Saya rasa tidak ada bezanya dengan Mao Zedong. AIDC : Bermakna, kaedah yang digunakan RBA itu adalah kaedah Komunis? Itu saya tidak pasti tapi ada persamaannya. Kriteria-kriterianya itu ada. Sebab Komunis itu memang kejam, bunuh, sanggup melakukan apa-apa saja demi kuasa. Komunis tidak percaya kepada Tuhan. Komunis itu gilakan kuasa dan sangat zalim dan sebagainya. Kita lihat ada persamaan-persamaan di antara Komunis dengan RBA. Tapi sejauh mana benar, itu tidak dapat saya pastikan. AIDC : Seperti ada satu versi baru dari fahaman lama yang pernah bertapak di negara kita ? Itu tidak pasti, sebab kadang-kadang menggunakan cara tapi tidak menggunakan falsafah. Pada pendapat saya secara peribadi, sebagai orang Cina, DAP itu bukan orang Cina. Ini pendapat peribadi sebagai orang Cina. AIDC : Kenapa berpendapat begitu? Pertama, dalam sejarah negara negara China, dalam falsafah mereka, mereka menekankan konsep 'Yin' dan 'Yang'. Yin dan Yang itu adalah berlandaskan kepada kestabilan dan keharmonian. Dalam falsafah Cina yang berlandaskan kepada Toisme, Budhisme dan pelbagai lagi budaya serta adat Cina, tidak pernah berlaku dalam sejarah Cina, dalam budaya Cina walaupun sehingga hari ini, bahawa terdapatnya perkataan 'demokrasi'. Tidak ada. Dari dulu Cina sampai sekarang pemerintahan adalah berlandaskan dinasti. Lepas dinasti bermulalah pemerintahan Mao Zedong. Yang kedua, dari segi fahaman Toisme dan Ying-Yang, mereka selalu menekankan tentang kestabilan dan keharmonian. Kita diingatkan jangan terlalu agresif, perlu bertolak-ansur, dalam dunia ini ada baik dan tidak baik, itu falsafahnya yang tersendiri. Di mana wujudnya perkataan demokrasi? Di Barat. Pada masa itu wujud di Athens dan Sparthens, Tamadun Rom dan Yunani yang akhirnya dibawa Amerika Syarikat untuk menjadi bapa demokrasi dan sebagainya. Jadi, orang Cina sudah terikut-ikut dengan falsafah yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu, pada pendapat peribadi saya, DAP itu bukan (budaya asli) Cina. Pada saya, falsafah dan budaya Cina sangat berkait rapat juga dengan falsafah Islam. Sebab Islam menekankan musyawarah, Barat menekankan demokrasi. Walaupun terdapat sedikit persamaan tapi ada bezanya juga antara musyawarah dengan demokrasi. Jadi, itulah saya rasa, sebenarnya budaya Asia semakin hari semakin terhakis disebabkan ideologi yang disuntik oleh Anwar Ibrahim. Dan DAP, demi kuasa, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja. AIDC : Bukankah DAP itu adalah parti sosialis. Parti itu mendakwa memperjuangkan sosialis demokratik di Malaysia ? Satu soalan yang bagus. Ya. Itu yang peliknya. DAP sepatutnya sebuah parti sosialis tapi kalau lihat perjuangan mereka kini sudah sangat kapitalis. Open tender lah..saya tidak kata tidak baik tapi open tender, itu adalah kapitalis. Pro demokrasi lah, popular vote lah. Isu-isu ini adalah isu kapitalis dan bukannya sosialis. Sebab isu popular vote, ia tidak ada dalam sistem demokrasi sosialis. Kalau kita imbas sistem demokrasi dalam DAP, kita tahu mereka yang mendapat undi tertinggi tidak semestinya akan menjadi Presiden atau Setiausaha Agung. DAP, dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), daripada 'top 20′, tak semestinya orang yang mendapat undi terbanyak itu akan jadi Presiden, tak begitu? Memang terbukti, dalam pemilihan CEC, sejak bila Lim Guan Eng dapat undi tertinggi. Jadi, kenapa dia perlu jadi Setiausaha Agung? Kali ini yang tertinggi adalah Karpal Singh. Mengapa Karpal Singh dapat jadi Pengerusi? Mengapa Lim Guan Eng dapat jadi Setiausaha Agung ? Kita jangan lupa bekas YB Jenice Lee, sebelum itu, dia dapat undi yang paling tinggi di Selangor, akhirnya dapat jawatan yang paling rendah. Teresa Kok dapat undi kedudukan kesebelas, dapat jadi Pengerusi DAP Selangor. Teng Chan Kim undi dia lebih tinggi dari Teresa Kok, rasanya dia jadi Timbalan kalau tidak silap saya. Maksudnya, sistem demokrasi dalam CEC DAP itu sendiri tidak berlandaskan kepada popular vote. Kalau mereka nak bawa isu ini, itu bukan DAP, itu bukan sosialis, itu bukan Cina..itu entah apa-apa. Itu orang kata, sanggup melakukan apa-apa saja, berubah watak, berubah kata, berubah perjuangan, hanya semata-mata untuk mendapat kuasa. Inilah DAP. Sampai ideologi parti mereka sendiri tidak sanggup dipertahankan. Kalau DAP benar-benar berkaitan sosialis, kenapa mereka menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru itu adalah dasar afirmatif, sosialis, keadilan, merapatkan jurang kekayaan antara semua kaum. Tapi, DAP pula nak sistem merit. AIDC : Sistem merit ? Saya tidak kata, sistem merit tidak baik. Saya kata DAP itu sendiri hipokrit dengan ideologi yang ada dalam perlembagaan mereka. Ini adalah kebenaran, rakyat Malaysia sila baca ideologi perlembagaan DAP. Apa bezanya perjuangan mereka hari ini. Berubah watak..sering berubah watak. Contoh, isu Jonker Walk. Siapa yang paling lantang menentang, Betty Chew, dia menantu Lim Kit Siang. Lim Guan Eng, dulu dia serang BN, dia kata, disebabkan 200 penjaja, BN tak nak fikir keselamatan rakyat. Hari ini, bila tutup seminggu sahaja, DAP kata pula, BN mahu menghukum masyarakat Cina. Itu mesej. Tony Pua sepatutnya mempersoalkan Setiausaha Agung dan isteri Setiausaha Agungnya terlebih dahulu sebelum mempersoalkan BN. Jadilah ahli politik yang adil. Mempersoalkan siapa yang menentangnya terlebih dahulu. Saya rasa, ini rumusan awal DAP ini bukan Cina. Saya pun tak tahu nak panggil apa dah. Perubahan yang sangat mendadak. Ideologi mereka terikut-ikut. AIDC : Kenapa dalam sistem demokrasi DAP, harus dari keturunan Lim Kit Siang yang kemudiannya turun kepada anaknya Lim Guan Eng. Begitu juga Karpal Singh yang turun kepada anaknya. Kenapa seperti menjurus kepada sistem kekeluargaan? Ini satu lagi soalan yang sangat baik. Jujurnya saya tidak tahu mengapa boleh terjadi begitu. Tapi, isu ini menjurus kepada nepotisme. Hipokritnya DAP kerana selalu menyerang BN dengan isu nepotisme. Jujur, saya tak pernah kata BN tidak ada nepotisme. Tapi kalau sendiri ada nepotisme, janganlah mengata orang. Keduanya, saya akan buktikan nepotisme DAP itu jauh lebih teruk daripada BN. Mengapa? Sebab peringkat BN lebih kurang satu peringkat. Maksudnya bapa bagi anak atau mungkin bapa bagi anak perempuan ataupun bapa bagi menantu, satu peringkat. Sejarah sampai sekarang sahaja. Dalam Pakatan pula, kita lihat keluarga Anwar Ibrahim. Anwar Ketua Umum PKR, isteri Presiden, anak Nurul Izzah, Naib Presiden.. sudah tiga orang. Karpal Singh, Pengerusi DAP, dua anak masuk, Gobind Sing Deo dan Jagdip Singh.. sudah dua anak. Lim Kit Siang pula,..Betty Chew menantu, Lim Guan Eng, anak dia dan ada seorang lagi anak perempuan dia diberi jawatan di Pulau Pinang.. sudah empat orang. Sebab itu, saya katakan nepotisme keluarga Pakatan Rakyat itu jauh lebih teruk daripada BN. Jadi, DAP tidak layak untuk berbicara tentang isu kronisme, nepotisme sedangkan mereka itu jauh lebih teruk. …Bersambung siri ke-3, persoalan tentang Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan masa depan masyarakat Cina di Malaysia… Nota: Ejen Impian nama baru Red Bean Army? ![]() Tindakan ke atas Red Bean Army penting bukan kerana dakwaan ia ditaja oleh DAP tetapi kerana kerosakan yang dibawa oleh tentera maya upahan ini. Mereka menyusup, menyamar, menipu, mencetuskan prejudis perkauman, menyemarakkan sentimen kebencian terhadap agama Islam dan mengugut rakyat dan pengundi, termasuk orang Cina yang tidak bersetuju dengan mereka. Modus operandi Red Bean Army - penyusupan, penipuan dan ugutan. Ada macam Parti komunis Malaya (PKM) tak bunyinya tu? Baca lagi tentang tentera `komunis' Red Bean Army... Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13 Gambar-gambar propaganda bodoh Red Bean Army, tetapi yang bodoh tetap tertipu Bean me up, Red Army @ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa @Shahidan_Kassim - Tentera `komunis' Red Bean Army akan disiasat? #RCI |
| Tahniah! Selepas lama menungggu, akhirnya RELA jadi Jabatan @Zahid_Hamidi @KP_Rela Posted: 16 Jul 2013 10:27 PM PDT Tahniah kepada Ketua Pengarah Rela, Dato' Mustafa Hj Ibrahim dan semua warga RELA kerana akhirnya RELA akan diiktiraf sebagai sebuah Jabatan. Selepas sekian lama berjasa dan begitu lama menunggu, warga RELA mempunyai satu sebab utama untuk bergembira selepas 41 tahun penubuhannya. RELA di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melalui proses transformasi dan kelahiran semula (rebirth) selepas termansuhnya proklamasi darurat 1960 dan terbentuknya Akta RELA atau Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012. Melalui usaha Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, nampaknya imej RELA akan diangkat lagi. Tahniah kepada Datuk Seri Zahid yang telah berjaya merealisasikan impian warga RELA. Ia bukan suatu usaha yang mudah dan telah mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Dengan usaha Datuk Seri Zahid ini, RELA bakal dijadikan jabatan dan mudah-mudahan RELA juga akan diberikan bangunan Ibu Pejabat yang baru, selain uniform baru. RELA juga memerlukan kenderaan rasmi baru, kerana Perodua Kembara yang diperoleh sekian lama dahulu sudah daif dan tidak sesuai sama sekali digunakan di kawasan-kawasan pedalaman terutama di Kelantan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Peranan RELA yang telah dikecilkan atas nasihat Jabatan Peguam Negara seharusnya diperbesarkan semula dan pangkat yang ingin dianugerahkan seharusnya mengambil kira sensitiviti dan perasaan 3 juta anggota RELA dan bukan pandangan anggota tentera semata-mata. KDN bawa usul ke Kabinet perkenal imej baharu Rela Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan memorandum kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan menjadikan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sebuah jabatan berasingan di bawah kementerian itu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, memorandum itu yang akan diusulkan dalam masa dua minggu lagi tidak akan melibatkan sebarang pertambahan peruntukan dan jawatan untuk jabatan berkenaan. Beliau berkata, selain dapat memperkasa perkhidmatan anggota Rela langkah itu juga diyakini mampu memperkukuh jabatan tersebut menjadi sebuah unit bebas di bawah kementerian itu. "Walau bagaimanapun, peranan anggota tidak akan berubah iaitu sebuah organisasi kesukarelaan yang membantu polis dan pihak berkuasa lain menjaga ketenteraman awam. "Melalui memorandum baharu ini juga, imej anggota RELA turut berubah dengan kementerian akan memperkenal pakaian baharu iaitu berbentuk celoreng digital," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Rela di kementeriannya di sini malam ini. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim. Menurut Ahmad Zahid, ekoran tidak melibatkan peruntukan tambahan, kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mendapat peruntukan bersetuju menyumbang sebanyak RM20,000 seorang untuk menyediakan pakaian anggota Rela di kawasan masing-masing. "Kementerian juga telah memutuskan setiap ahli Parlimen akan dilantik sebagai pegawai kehormat sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen yang diberikan terhadap peranan anggota Rela di kawasan masing-masing. "Melalui memorandum yang akan diusulkan, kementerian juga akan membantu menyediakan setiap kelengkapan bersesuaian kepada anggota Rela semasa menjalankan tugas," katanya. Dalam pada itu, katanya, Rela masih dalam peringkat perbincangan untuk memperkenal pemakaian pangkat jawatan baharu bagi mengelak persamaan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Utusan |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment