BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KONSERT GELEK WAKTU TARAWIH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 17 Jul 2013 08:30 AM PDT


Shah Alam : Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini 'menghidangkan' artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31,di sini,malam kelmarin.Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu. 

Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam,tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit,selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.Penduduk,Narimah Johari,45,berkata,penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan – hmetro

SHAH ALAM DI BAWAH PENTADBIRAN SIAPA ???

SELEPAS PUSAT HIBURAN KHALID GAGAP KATA BOLEH BEROPERASI DI BULAN RAMADHAN KALI INI KONSERT GELEK PUN BEROPERASI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! RUPANYA ANWAR IBRAHIM KEMUKA SIJIL CUTI SAKIT PALSU DI MAHKAMAH !!!

Posted: 17 Jul 2013 05:00 AM PDT


Bekas pembantu kepada peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim,Yuktesvaran Malaipan atau Yuktes Vijay membuat laporan di Balai Polis Travers terhadap Ketua Pembangkang PR yang didakwa telah mengemukakan dokumen cuti sakit palsu di mahkamah pada 3 September 2012 untuk membolehkan penangguhan prosiding berkaitan dengan kes mengingkari perintah larangan mahkamah semasa perhimpunan Bersih 3.0.Yuktes Vijay dilaporkan Mstar berkata beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbang akan keselamatannya dan tidak mahu apa-apa masalah timbul. "Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berdiam diri selepas Anwar mendakwa keputusan pilihan raya kali ini telah dirancang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di balai polis itu. 


Beliau berkata dia telah menyerahkan bukti yang MC palsu itu kepada pihak polis ketika dia membuat laporan polis. "Apa yang Anwar lakukan ialah sumpah bohong dan beliau wajar didenda di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan," katanya.Kes mengingkari perintah larangan mahkamah semasa perhimpunan Bersih 3.0,Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen,Kuala Lumpur bersama-sama dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).Mereka bertiga mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka pada Mei tahun lalu.Mereka didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2011, kerana terlibat dengan demonstrasi jalanan dengan niat untuk melanggar arahan yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf pada 26 April,yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka daripada 28 April hingga 1 Mei.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DR ASRI KATA KOREK HIDUNG DAN KOREK TELINGA TAK BATAL PUASA ???

Posted: 16 Jul 2013 10:00 PM PDT


bagusnya jawapan tu.adakah benar semua ini.kalau macam itu saya nak buat juga.boleh tak Dr Asri.tapi,kalau saya berdosa dan batal puasa anda tanggung.apa macam ???

meh saya berikan sedikit fakta,adakah dengan korek telinga dan korek hidung boleh membatalkan puasa atau sebaliknya

Ramai yang berpegang kepada "tak boleh nak korek hidung atau korek telinga" sebelum ini kerana mendapat didikan dulu-dulu mengatakan perkara sedemikian membatalkan puasa.Apa yang disebut Dr Asri berkitan pecahan kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa iaitu "memasukkan sesuatu ke dalam rongga".Tweet yang dibuat Dr Asri adalah berpandukan kepada hadis berikut ;

…berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa.(Hadis Riwayat Abud Daud,no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa'e, no. 87) 

Ini bermaksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan sama ada sengaja atau tidak,cuma janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

JANGAN KOREK PULAK !!!

MEMANG SAH LAH BATAL PUASA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH ALVIN DAN VIVIAN KAW-KAW !!!

Posted: 16 Jul 2013 07:04 PM PDT


Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang,mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan. Katanya, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang.Jelasnya,perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan . 

"Jika kita lihat,di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama,namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu.Namun,apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh.Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar," katanya ketika majlis berbuka puasa dan solat terawih anjuran Proton semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee dan pasangannya,Vivian Lee yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.Beliau menambah,jika berlaku rusuhan,mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.Selain itu,Tun Mahathir turut berkata,undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa. "Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang,saya fikir kita akan binasa," katanya.

UNDANG-UNDANG MANSUH SEMUA AKAN BINASA !!!

MAKSUD YANG MENDALAM TU !!!

SAYA FIKIR ELOK KEMBALIKAN AKTA HASUTAN DAN JUGA KEMBALIKAN ISA !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...