Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Datuk @MukhrizMahathir, Guan Eng Ni Mana Reti Bahasa Melayu!! #HanyaDiKedah

Posted: 14 Jul 2013 06:12 AM PDT



Guan Eng dok bising Kerajaan negeri Kedah minta duit air. Dia ni faham bahasa melayu ka tak faham. Dulu sekolah mana? Tu la sekolah pek kong, sebab tu bodoh tak faham bahasa melayu.

Cuba baca bawah ni, faham ka dak?

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga.

Mukhriz berkata perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. - Bernama

McTheory:
Orang nak bagi senang kerja, bukan nak menyusahkan.. bodo guan eng ni..

GEMPAR!! Alvin dan Vivian Tutup Akaun FB dan Melarikan Diri Takut Dikenakan Tindakan!

Posted: 14 Jul 2013 12:26 AM PDT


Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan membuat report polis, serta meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

Mc diberitahu, SKMM akan meneliti gambar tersebut yang menyentuh sensitiviti umat Islam, serta akan mengambil tindakan, jika terbabit ada salah laku.

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal.

Selepas pada gambar kontroversi tersebut, mereka dikatakan telah memadamkan posting tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

"Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang," menurut kapsyen gambar tersebut.

Kononnya nak cover balik perbuatan songsang mereka tu. Akhirnya mereka terus dikecam!

Terkini akaun FB mereka telah dipadam.Nampaknya mereka dah cabut lari…

McTheory:
Padam pun tak guna, screen shot bukti berlambak.. salah tetap salah..

PANASS!! PRK Kuala Besut, Calon Pas Barang 'reject' UMNO?

Posted: 13 Jul 2013 09:09 PM PDT


Tentu tak ramai orang tahu mengenai latar belakang calon Pas Kuala Besut si Azlan @ Endut Yusof. Kalau Pas perkenal dan cerita, sudah tentulah cerita yang elok-elok saja. Seorang anak muda berjaya, kontraktor kelas A, bertanggung jawab dan lain-lain cerita retorik kebaikan si Azlan tu.

Tetapi pernah orang tahu ke si Azlan ni bekas AJK Pemuda UMNO Kuala Besut?

Pernah? Rasanya kalau nak tunggu Pas 'khabor' memang tak 'khabor' la jawapnya. Menurut apa yang diceritakan oleh orang tempatan kepada penulis, si Azlan ni dulu cari 'makan' dengan UMNO, biasa la kontraktor.. UMNO pulak Kerajaan negeri, sudah tentu sanggup buat apa saja untuk dapat projek.

Golongan kontraktor macam si Azlan ini lah yang memperlingkupkan UMNO. Namun disebabkan kantoi dalam beberapa perkara, salah satunya menjadi penyumbang kepada parti lawan dan 'curang' kepada parti. Akhirnya Azlan di pecat!!

Perkara ini turut di confirmkan oleh Idrus Jusoh, Ketua UMNO Bahagian Besut yang juga merangkap Menteri Kewangan Kedua.

Kata Idris,

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media tempohari.

Itu bermakna, desas desus selama ini yang mengatakan si Azlan calon Pas tu bekas AJK Pemuda UMNO adalah benar. Cuma sebab beliau dipecat tidak dinyatakan secara tepat. Kalau nak ikut khabar angin, beliau ada terlibat dengan perkara yang tidak elok. Tapi biarlah, hanya orang tempatan sendiri yang tahu akan perkara tersebut.

Penulis pun pelik dengan Pas ni, kata nak kemukakan calon terbaik untuk lawan UMNO di Kuala Besut, terbaik apanya kalau calon yang Pas kemukakan itu bekas ahli pemuda UMNO yang dah kena 'reject'.

Barang reject elok ke kalau nak guna lagi? Kalau UMNO/BN kemukakan Tengku Zaihan anak Ustaz dan pemuda berjaya sebagai calon, Pas pula kemukakan ahli pemuda UMNO yang dah kena reject dan bermasalah.

Kalau anda jadi pengundi, yang mana lebih 'berselera' untuk anda pilih dan menjamin masa depan?

McTheory:
takkan pilih barang reject kot? he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...