CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[MEREMPAT DI BUMI SENDIRI] HAMPIR 100 Orang TINGGAL Bawah JEJAMBAT

Posted: 13 Jul 2013 11:21 PM PDT

Aminah menyuap air kotak pada bayinya, manakala Azalan tertidur di bawah jejantas

Kuala Lumpur: Demi cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga masing-masing.

Lebih menyedihkan, satu daripada pasangan itu tinggal bersama bayi perempuan berusia empat bulan, manakala satu lagi menanti kelahiran anak sulung mereka dijangka pertengahan Ramadan ini.

Kedua-dua pasangan terbabit mendakwa bernikah di selatan Thailand tetapi menghadapi kesukaran mendaftarkan perkahwinan di negara ini.

Bagaimanapun, ketika wartawan Metro Ahad meminta mereka menunjukkan dokumen pernikahan, kedua-dua pasangan gagal berbuat demikian.

Hanya beralaskan tilam, kain rentang buruk dan kotak lusuh, pasangan terbabit yang berpendidikan rendah dan tiada pekerjaan tetap rela hidup di situ walaupun terpaksa mengemis simpati masyarakat untuk sesuap makanan.



[GEMPAR] Tengku Adnan LAWAN Samseng Pukul Pegawal Keselamatan

Posted: 13 Jul 2013 07:16 PM PDT

Tengku Adnan memberi peringatan kepada lelaki memandu kereta Proton Waja itu supaya bersikap lebih beradab.
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari 'lawan' lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

Dalam lawatan sama, seorang peniaga wanita, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila petak perniagaan yang diperoleh hasil undian diubah ke lokasi tersorok dan memohon perhatian Tengku Adnan memindahkannya bersama tujuh peniaga lain ke lokasi lebih strategik.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, perkara berkenaan akan diberi perhatian dan akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti permintaan untuk memindahkan lapan tapak berkenaan ke lokasi berhampiran Semua House.

Menurutnya, rungutan mengenai tindakan peniaga premis memonopoli ruang kaki lima dan permintaan untuk mengekalkan keluasan tapak juga diberikan perhatian.

"Hari ini saya turun meninjau keadaan di sini, dan beberapa bazar Ramadan lain untuk mengetahui sekiranya ada sebarang masalah dihadapi peniaga.

"Saya bersama DBKL akan bincangkan dengan pihak berkenaan pada Isnin depan dalam usaha menyelesaikannya masalah yang disuarakan" katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan bersama pegawainya, di sekitar Bazar Ramadan Masjid India dan Pasar Malam Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR).

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut berpuas hati melihat aktiviti perniagaan yang keseluruhannya dijalankan warga tempatan.

"Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan tiada peniaga yang bertindak menjual tapak atau memberikan kepada warga asing," katanya.

[PENGARAH PRK KUALA BESUT BN] Mengapa mesti Muhyiddin, TIDAK AHMAD SAID??

Posted: 13 Jul 2013 06:05 AM PDT


PELANTIKAN Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini menimbulkan pertikaian umum sementelah tanggungjawab itu sewajarnya digalas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Apakah begitu genting sekali kedudukan Dun Kuala Besut ini sehingga orang nombor dua negara terpaksa diturunkan bagi menggerakkan jentera BN di sana?

Bagi pemerhati politik, turunnya Muhyiddin ke gelanggang PRK bukan sahaja kerana mahu memastikan kemenangan BN di Dun Kuala Besut sebaliknya ia adalah misi menyelamatkan Terengganu daripada jatuh ke tangan PR.

Menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Fuad Mat Jali, prestasi 'cukup-cukup makan' BN pada PRU13 lalu menyebabkan nama Ahmad digugurkan daripada skuad perang BN.

"Prestasi Ahmad Said sangat mengecewakan dalam PRU13 yang lalu, beliau tidak berjaya memacu kemenangan yang besar terhadap BN.

"Oleh sebab itu saya rasa beliau tidak dilantik," katanya kepada Sinar Harian Online.

Malah dakwanya, timbalan perdana menteri itu juga ke Terengganu dengan membawa satu lagi misi sampingan iaitu menyatukan kembali Umno Terengganu yang sudah retak menanti belah.

"Semua orang sudah tahu wujud perpecahan dalam Umno Terengganu, masing-masing ada kumpulan penyokong masing-masing.

"Jadi kedatangan Muhyiddin Yasin adalah untuk menyatukan semula Umno Terengganu," katanya.

Kenyataan Fuad itu disokong oleh seorang lagi pemerhati politik tanah air, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM).

"Saya lihat perdana Menteri tidak yakin dengan Ahmad Said.

"Setahu saya dalam mana-mana PRK sebelum ini, yang menggalas jawatan tersebut adalah menteri besar negeri tersebut, jadi dalam PRK ini kenapa Ahmad Said tidak dilantik?," katanya.

Umno Terengganu dikatakan berantakan dan berpecah kepada dua kem.

Pada PRU13 lalu, mereka dari kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan semakin diketepikan oleh kumpulan Ahmad Said.

Pas dalam siri kempennya di PRK Kuala Besut turut menggunakan isu hubungan dingin antara kedua pemimpin ini sebagai strategi mereka.

"Idris semasa menjadi menteri besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan," kata Pengarah PRK PaS Kuala Besut, Datuk Husam Musa ketika berceramah di Kampung Pusu Tinggi di Kuala Besut malam tadi.

Idris pernah menjadi menteri besar Terengganu pada 2004 dan hanya bertahan sepenggal hingga 2008 untuk jawatan berkenaan sebelum digantikan Ahmad Said.

"Ahmad Said tidak sebulu dengan Idris. Idris semasa menjadi menteri besar, dia ada program, walaupun kadang kala tiada apa pun.

"Ahmad Said tiada program langsung," kata Husam yang bercakap menggunakan dialek Pantai Timur di hadapan sekitar 200 penyokong parti berkenaan.

Lumrah, musim pilihan raya adalah musim untuk mencari kekurangan lawan demi memenangkan parti sendiri.

Bagi BN, mereka tidak mampu untuk kalah selepas penyandang kerusi itu menang dengan majoriti agak besar pada PRU lalu.

Kehampaan tidak boleh berlaku dalam misi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.

Lantaran itu, Muhyiddin diturunkan, bergabung dengan Idris Jusoh yang lebih arif tentang isu "ganu kite".
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...