House PK

House PK


AYUH MELAYU-BUMIPUTERA SEMUA! KITA BUAT GERAKAN UNTUK BEBASKAN 4 WIRA KITA YANG DITAHAN DI IPD SHAH ALAM!

Posted: 16 Jul 2013 07:00 PM PDT


Walaupun tiada laporan polis dibuat oleh Ng Mun Tatt, empat orang lelaki Melayu telah ditangkap dan ditahan oleh polis Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Negara, keempat-empat lelaki Melayu tersebut telah ditangkap ekoran gambar bak kut teh yang dimuatnaik oleh Alvin Tan dan Vivian Lee serta menghina amalan puasa oleh umat Islam.

Agak aneh tindakan yang dilakukan ke atas keempat-empat orang lelaki berkenaan berbanding tindakan ke atas Ng Mun Tat. Difahamkan, Ng Mun Tatt yang dikatakan sebagai operator yang menjaga kaunter kafe siber sebenarnya adalah pemilik tujuh buah pusat perjudian online. Sudah ada tindakan sita yang dilakukan ke atas premisnya tetapi hanya beberapa kemudian, premis-premis berkenaan beroperasi seperti sedia kala.


Anda masih ingat lagi peristiwa tahun 2009 apabila beberapa orang lelaki Melayu yang mengusung kepala lembu dan memijaknya di hadapan pejabat SUK Selangor, telah menimbulkan kemarahan masyarakat India kerana MENGHINA TUHAN mereka kononnya, walaupun sebenarnya kepala lembu yang dimuliakan sangat itu dilambangkan kepada KEBEBALAN dan KEBODOHAN KHALID IBRAHIM, Menteri Besar Selangor.

Pada ketika itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Dusuki Mokhtar telah meminta hakim agar 12 orang pemuda Melayu itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang walaupun denda yang dikenakan tidak lebih RM5000.

12 lelaki Melayu berkenaan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Mereka akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap orang.

Mengapa hanya tindakan tegas dan pantas diambil terhadap Melayu, tetapi Ng Mun Tatt yang mengaku melemparkan bangkai babi ke dalam sebuah surau serta pasangan ALVIVI yang melucah serta menghina Islam pula, dibela dan tidak langsung terjejas dengan undang-undang negara ini?

Adakah undang-undang hanya melibatkan Melayu-Bumiputera sahaja, manakala Cina dan India tidak boleh langsung dilibatkan sekalipun mereka mengaku mereka rakyat Malaysia?

Apakah Cina terlalu istimewa di Malaysia sehinggakan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja, manakala Melayu-Bumiputera pula hanyalah pecacai dan pesuruh, malah tanpa laporan polis pun, pelaku terhadap mereka boleh ditangkap sepertimana dalam kes Ng Mun Tatt?

Jom Melayu... kita buat gerakan dan berhimpun di hadapan IPD Shah Alam menuntut pembebasan 4 orang pemuda Melayu yang berani dan bertegas menentang penghinaan terhadap Islam dan Melayu-Bumiputera di negara ini dalam pada kepimpinan negara serta pihak berkuasa tidak mampu melakukannya!!!

HOUSE PK: Terima kasih aku ucapkan kepada Flying Kick kerana menulis artikel ini. Ayuh bangkit melayu semua! Kita pertahankan anak-anak muda kita yang sayangkan agama bangsa dan negara. Tolak tepi politik semua. Ini adalah soal agama dan bangsa. Mereka ditahan hanya kerana mereka melakukan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pihak lain.

Tolong sebarkan! Aku merayu pada kamu semua.

Juga baca apa yang telah ditulis oleh Cili Padi, KLIK SINI

PRK KUALA BESUT! CALON PAS CHE LONG TAK DAPAT BERCERAMAH SEMALAM! KENAPA? MARI BACA..

Posted: 16 Jul 2013 05:00 PM PDT

Terkujat semua penduduk di Pulau Perhentian semalam bilamana calon PAS Che Long turun ceramah. Nak tau kenapa, Che Long calon PAs Kuala Besut tidak dapat berkata-kata, suara dia terketar-ketar. Macam dengar tak dengar sahaja.

Sesekali kalau tengok macam mat pet atau penagih dadah yang tak dapat barang pun ada. Apa ni wei? Kata businessman. Nak cakap pun tak boleh lagi ada hati mau bela rakyat? Inilah masalahnya dengan Che Long ni bila dia terlebih makan BUDI si Husam Musa.

Oh ya, blog Malay Rights mndedahkan segala perniagaan Che long dan bukti-bukti bahawasanya dia adalah proxy Husam Musa, KLIK SINI

PANAS! AGAMA ISLAM TERUS-TERUSAN DIHINA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI, MASIH ADA UNDANG-UNDANGKAH DI NEGARA KITA INI?

Posted: 16 Jul 2013 03:25 PM PDT

Di Pakistan sesiapa yang didapati bersalah menghina apa saja yang berkaitan dengan Islam akan di penjara seumur hidup.

Di Malaysia, sesiapa yang didapati bersalah menghina agama Islam di zaman transformasi, setakat ini hanya dijatuhkan hukuman boleh "dicarutkan" atau dimaki dengan kata-kata yang berunsur hinaan oleh sesiapa sahaja yang berasa marah dengan hinaan musuh Islam.

Pihak penyiasatan dan peguam negara masih lagi terkial-kial mencari klausa dan di bawah akta apakah penghina agama ini patut dituduh dan dibicarakan serta dijatuhkan hukuman.

Mana satu akta dan undang-undang yang masih berkuatkuasa dan mana yang sudah benar-benar dihapuskan, mereka sendiri pun mungkin turut keliru.

Peguam Negara Ghani Patail sendiri pun mungkin keliru samada Akta Hasutan ini masih berkuatkuasa atau pun sudah tidak boleh digunapakai lagi.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada semua penganut bukan Islam bahawa "ketika atau tempoh ini" adalah tempoh transition atau tempoh peralihan dari Akta lama kepada akta yang baru.

Akta baru menggantikan akta lama masih dalam peringkat penggubalan.

Jadi sekaranglah masanya untuk para penganut bukan Islam harus mengambil peluang keemasan untuk bebas menghina agama Islam cukup-cukup, kerana "anda" bermungkinan besar akan terlepas dari sebarang tindakan dan hukuman undang-undang.

Saya secara peribadi juga ingin melihat lebih ramai musuh Islam tampil menghina Islam, tetapi bukan bermaksud redha dengan apa yang mereka lakukan. Saya mahu melihat apakah implikasi yang bakal diterima oleh para penghina agama Islam dari sudut perundangan di negara ini ketika ini. Ia adalah sebagai alat ujian sejauh mana keberkesanan perundangan yang ada kini. Apakah peruntukan undang-undang sediada sudah cukup untuk membendung kesalahan menghina agama, atau, ia harus diperkemas dan diperketatkan lagi berdasarkan situasi semasa.

Lebih ramai penganut bukan Islam yang keluar dan menghina agama Islam secara terbuka, bagi saya ia lebih bagus! Kerana apa? Kerana saya mahu lihat apa tindakan kerajaan untuk menangani isu ini.

Kita mahu lihat keberkesanan pihak kerajaan menangani segala isu sensitif yang melibatkan agama dan perkauman yang sedang tumbuh bagai cendawan lepas hujan sejak akhir-akhir ini.

Kita mahu lihat di kalangan pemimpin kerajaan yang ada, siapakah yang benar-benar insaf dan faham serta masih berpegang kepada prinsip mendaulatkan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara.

Lagi ramai penganut bukan Islam menghina agama, maka akan lebih mudahlah kita sebagai penganut agama Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini menilai setakat mana tahap kelayakan dan kemampuan yang dimiliki oleh para pemimpin kerajaan ini dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka selaku pentadbir negara ini.

Lebih ramai yang menghina Islam, saya menjangka akan lebih ramailah kalangan pemimpin negara yang akan "terbonggeng kelemahan" mereka. Akan lebih ramai lagi kalangan menteri kabinet yang akan kita ketahui, siapa yang masih mengeluarkan telor dan siapakah menteri kabinet yang sudah tidak memiliki telor langsung. Siapa yang telornya ada tapi "sonot" dan termasuk ke dalam, siapa yang sonot separuh atau siapa yang bertelor "selamba" dan tidak sensitif langsung dengan persekitaran, semua akan dapat kita ketahui.

Cubalah fikir masak-masak. Mana ada penganut bukan Islam sejak zaman nabi yang faham tentang Islam. Mana ada kalangan penganut bukan Islam yang hormat dan suka Islam. Mana ada musuh Islam yang memberi kerjasama untuk menjamin kesucian Islam. Kalau mereka suka Islam, mereka sudah masuk Islam. Dalam sejarah Islam, hanya Abu Talib, bapa saudara nabi saja yang bertindak melindungi Islam dan perkembangannya, walaupun Abu Talib sehingga mati tidak memeluk Islam.

Sebab itulah di negara kita ini, bijak pandai terdahulu telah mewujudkan mekanisma perundangan untuk melindungi kesucian agama Islam di negara ini sebagai alat kepada penguasa untuk menjaga dan melindungi Islam dari dinodai musuh Islam.

Semua makhluk samada yang nyata mahupun yang ghaib adalah "alat dugaan Allah" untuk hambaNya yang mengaku beriman dengan Allah. Bukankah Allah sudah beritahu, "jangan kamu sangka kamu sudah beriman selagi tidak Ku duga"

Semua makhluk Allah ini "Allah boleh jadikan bahan" untuk umat Islam samada untuk beroleh menafaat atau pun mudarat. Samada makhluk Allah ini akan menjadi "alat mendatangkan menafaat" atau akan menjadi "alat untuk mendatangkan mudarat atau musibah" adalah terpulang kepada sejauh mana keimanan dan keyakinan serta amalan umat Islam terhadap penciptanya.

Semakin kuat pegangan dan amalan umat Islam bersandar kepada keyakinan yang mutlak kepada Allah, maka sejauh itulah segala makhluk ini akan digunakan Allah untuk berkhidmat dan mendatangkan menafaat kepada Umat Islam.

Semakin lemah pegangan dan amalan umat Islam atau semakin tersasar keyakinan yang mutlak kepada Allah kepada keyakinan yang bercampur-aduk kepada keyakinan kepada selain Allah, maka sejauh itulah segala makhluk ciptaan Allah ini akan dijadikan alat oleh Allah untuk "mendatang dugaan" berbentuk kesusahan, mudarat, musibah, ancaman dsbnya kepada umat Islam.

Pihak penguasa wajib mencegah dengan kuasa (dengan tangan). Penguasa boleh dikira tidak menjalankan tanggungjawab jika hanya sekadar mencegah dengan pelbagai "AMARAN" dengan lidah tanpa "penguatkuasaan".

Mencegah kemungkaran dengan lidah adalah kaedah atau pilihan tanggungjawab bagi seseorang yang bertaraf makmum atau rakyat.

Hari ini disebabkan pihak kerajaan tidak bertindak menggunakan kuasa yang ada, maka sudah ada kalangan umat Islam yang bertindak sendiri menggunakan "kudrat sendiri" dengan mencolek dan menyeksa penghina Islam keturunan chinabeng.

Jika masing-masing rakyat sudah mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak, disebabkan kebaculan pemerintah yang sudah tidak tahu untuk menggunakan kuasa, itu menandakan saat-saat kehidupan anarki sudah benar-benar menjengah ke muka pintu.

Apakah ini yang kerajaan mahu?

Nukilan: Kepal Nasi Kepal Beras

DILEMMA MELAYU DI TANAH AIR SENDIRI!

Posted: 16 Jul 2013 07:48 AM PDT

Aku sedih tengok apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini, kalau bangsa lain hina agama kita mereka dilayan bagai VVIP walau untuk disoal siasat. Tapi kalau bab melayu kena, bukan main keras lagi pihak berkuasa kena hukuman kepada orang melayu.

Kadang-kadang aku rasa memang susah menjadi melayu di negara Tanah Melayu ini kerana ramai sangat yang lebihkan bangsa asing. Inilah nasib kita hari ini, salah satu contoh terbaik korang BOLEH BACA KAT SINI

Semakin hari semakin melampau puak-puak Cinabeng menghina Islam dan Melayu, oh ya gambar budak Cina yang kena pukul semalam tu korang ingat lagi tak?

Mamat Cinabeng ni adalah ketua di kedai Judi Online, bukan kedai Internet. Dia menjaga 7 kedai judi di Shah Alam. Sebab tu bila dia kena belasah je, bukan tauke dia je susah hati tapi yang MENJAGA tauke dia pun turut berkerja dengan begitu bersungguh-sungguh. Yalah anak Cianabeng yang menjaga kedai judi kena tangkap kan, mestilah ramai yang gelabah.

Aku dengar budak-budak yang pukul budak ni dah kena tangkap beb, tak sampai pun 24 jam, habis dah semua kena cekup. Khabarnya kertas kerja dah siap dan dah nak pass kat AG dah tu. Pergghh! Bab Melayu memang cekap kan pihak berkuasa buat kerja?

TAHNIAH LE AKU UCAPKAN PADA MEREKA YANG MENYELESAIKAN KES INI DENGAN KADAR SEGERA!

INILAH DILEMMA SEBENAR ORANG MELAYU! Walau ini negara kita tapi kita takde suara mahupun hak untuk bersuara...Ya Allah selamatkanlah Tanah Melayu yang tercinta ini...

JOM WEI KITA SERTAI LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE!

Posted: 16 Jul 2013 01:36 AM PDT

Untuk keterangan lanjut, sila KLIK SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...