CELAH GELEGAR |
- [KAGUM] FASHA SANDA BANTU IBU NIAGA Gerai Ramadhan Sambil Kendung Anak
- NORA DANISH JAWAB ISU GAMBAR SOLAT TARAWITH
- [MOHD SALLEH PEMBEKAL DAKWAT] Orang dalam dedah pembekal rapat dengan SPR
| [KAGUM] FASHA SANDA BANTU IBU NIAGA Gerai Ramadhan Sambil Kendung Anak Posted: 17 Jul 2013 12:27 AM PDT Wah, bagus Fasha kan? Dalam sibuk menjaga anak dan berlakon, masih lagi sempat meluangkan masa untuk membantu ibunya berniaga. Melalui respon peminat dilaman sosial tersebut, ada antara mereka yang memuji masakan ibu Fasha dan melahirkan rasa puas hati atas layanan mesra yang telah diberikan. Sumber: OhBulan | ||
| NORA DANISH JAWAB ISU GAMBAR SOLAT TARAWITH Posted: 16 Jul 2013 03:56 PM PDT
Meskipun wajahnya menampakkan dia seorang yang ceria, namun jauh di sudut hatinya, masih ada sesuatu yang dipendam. Akui ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal ini, dia tidak tahu mengapa masih ada segelintir masyarakat yang sering memandang negatif kepadanya. Ini terbukti apabila gambarnya melakukan solat Tarawih yang dimuat turun di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini mendapat kritikan. "Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. "Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja," luah empunya nama Nora Danish Haniff, 31, ketika ditemui di program Bazar Seindah Ramadan, baru-baru ini. Tambahnya, dia antara selebriti yang suka memuat turun pelbagai gambar di Instagram. "Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat. "Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya," katanya. Ditanya adakah dia membalas kritikan 'insan' tersebut, jelas Nora, dia tidak perlu melakukan semua itu. "Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang 'dia'. "Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya," akuinya pelik kerana berbuat baik turut menjadi isu. Permintaan Nora Dalam pada itu, bintang Aku Terima Nikahnya ini sempat bercerita mengenai hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha. Tidak lari daripada pelbagai umpat keji orang sekeliling, ujar Nora, dia berharap mereka berhenti membandingkan dia dengan pelakon Anak Halal itu. "Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. "Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. "Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa," katanya dan memberitahu ada bertemu Fasha di rumah bekas ibu mertuanya selepas melawat kelahiran Rayfal dahulu. Fokus ibadah Sementara itu, berkongsi pengalaman sepanjang bulan puasa ini, katanya, dia juga lebih selesa menolak untuk melakukan penggambaran di bulan Ramadan. "Setiap hari saya menjalankan rutin tersebut, jadi saya rasa tidak ada salahnya di bulan mulia ini saya fokuskan diri kepada perkara ibadah pula. "Waktu inilah saya harus lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan bersama keluarga," katanya yang tidak ketinggalan ke bazar Ramadan apabila berkesempatan. Ujar Nora, sudah menjadi pilihannya berbuka dengan menu ayam bakar. "Saya paling suka ayam, jadi kalau berbuka mesti ada ayam, dan kuih tepung pelita wajib ada," katanya yang lebih suka bersederhana di bulan puasa, baik ketika berbuka mahupun bersahur. | ||
| [MOHD SALLEH PEMBEKAL DAKWAT] Orang dalam dedah pembekal rapat dengan SPR Posted: 16 Jul 2013 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13. Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal. Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan. "Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya. Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikat Intergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd. "Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik. "Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini. Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri. "Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini. "Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang mencelah perbahasan itu, mempersoalkan pendedahan yang dibuat Rafizi. "Di mana salahnya? Soal rundingan terus bukan menjadi amalan sekarang tetapi menjadi amalan dari pimpinan terdahulu termasuk ketika Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan," katanya. Membidas kenyataan itu, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) berkata, ada banyak kelemahan melibatkan rundingan terus sehingga dakwat kekal yang dijanjikan tidak kekal. "Kesalahan itu adalah bila rundingan terus dibeli pada harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan kualiti barang yang sudah rosak," katanya. Dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu mengundang pelbagai kontroversi apabila ia tidak mampu bertahan lama sepertimana yang diuar-uarkan SPR. Ekoran itu, pelbagai siri bantahan dan petisyen difailkan PR dan BN kerana meragui keputusan PRU13 di beberapa kawasan Parlimen dan Dun yang didakwa berlaku penipuan pilihan raya. |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment