House PK

House PK


APA NI FAM? KENAPA ROSAKKAN LAGU NEGARAKU?

Posted: 01 Jul 2013 01:29 AM PDT

Nak baca cerita penuh pasal FAM merosakkan lagi Kebangsaan, KLIK sini

Come on la FAM! Korang dah la banyak buat hal lagu Negaraku pun korang nak rosakkan ke?

Rasa macam dah nak mula serang FAM la...hurmmm, apa pandangan korang?

CILI KASI TARUK! DIMANA KEBEBASAN SUARA YANG DILAUNGKAN OLEH PARTAI KOMUNIS DAP SELAMA INI? MANA CAT?

Posted: 30 Jun 2013 07:00 PM PDT

Wartawan Utusan Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan, mengangkat plakad di luar pagar bangunan DUN. Para pecacai DAP terutama yang berbangsa Melayu sangat berbangga dengan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang cukup alergik dengan Utusan Malaysia kerana terlalu banyak rahsia mereka dibongkarkan, selain pembohongan yang tidak bertahan lama kerana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Justeru, pembalasan dendam dengan menahan maklumat tersebut daripada tersebar, segera dilakukan. Tidak ada mana-mana wakil Utusan Malaysia dibenarkan membuat liputan sekaligus menyekat pengaliran maklumat menerusi saluran yang akan membuatkan mereka terpaksa menjilat ludah dan kahak sendiri.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau PInang untuk membuat liputan majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan. Walaupun bersendirian, tetapi gelagatnya menarik perhatian, memandangkan DAP seringkali mendakwa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus, dan sentiasa mengamalkan kebebasan bersuara walaupun saman ke atas pengamal media melibatkan DAP cukup banyak berbanding UMNO dan Barisan Nasional yang setiap masa difitnah oleh media-media pro-Pakatan Rakyat.

Malu kerana perbuatan pengecut mereka terdedah, Speaker DUN Perak, Law Choo Kiang berkata, tiada sebarang arahan yang dikeluarkan menghalang wartawan Utusan Malaysia daripada membuat liputan. Bahkan Law Choo Kiang menyifatkan insiden berkenaan sebagai salah faham dan arahan yang dikeluarkan pada 2011 itu tidak lagi terpakai pada masa kini.

Baca seterusnya di Perak Today

PANAS WEI! GUAN ENG NAK SABOTAJ PAS?

Posted: 30 Jun 2013 05:00 PM PDT

DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), lapor mStar yang memetik kenyataan Setia Usaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kulai Jaya.

Mengambil kira kedudukan kerusi 17-15 di DUN Terengganu yang memihak kepada BN mengatasi PAS, tentunya PRK di Kuala Besut akan membawa kedudukan 16-16, jika ditakdirkan PAS memenangi PRK tersebut.

Hal ini tentunya memberi tekanan kepada DAP dan PKR serta pada masa yang sama jika hal ini berlaku, tentunya kerajaan campuran BN-PAS di Terengganu tidak dapat dielakkan.

Ditambah pula pula dengan kesederhanaan dikalangan para pemimpin PAS Terengganu, kekhuatiran dengan automatik terbit di sudut hati Guan Eng.

Teori ini tidak mudah ditolak jika kalangan rakyat Terengganu nekad memerangkap para pemimpin UMNO dan PAS untuk bekerjasama demi kepentingan ummmah.

Sesungguhnya, ini yang amat dikhuatiri oleh Guan Eng hingga sanggup mencadangkan kemenangan walkover kepada BN.

Sumber: Akar Umbi

GEMPAR BERAPI! AZEEZ RAHIM ADALAH PENGERUSI TABUNG HAJI YANG BARU?

Posted: 30 Jun 2013 02:46 AM PDT

Wah! Kalau benar apa yang ditulis oleh Rocky Bru dalam blog dia, KLIK SINI pasal perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji maka ini adalah satu berita yang sangat hebat dan menggembirakan aku, nak tau kenapa?

Sebab selama ini semua Chairman atau Pengerusi Tabung haji adalah orang pencen. Ini kira kali pertama orang muda dapat jadi Pnegerusi. nampaknya memang benar la Najib nak buat transformasi dalam pentadbiran beliau.

Harus diingat Azeez menang dengan cemerlang di Baling! 2008 dia kalah lebih 7 ribu undi dan 2013 dia menang lebih 5 ribu undi, makanya dia sudah dapat leih dari 13 ribu sokongan di Baling, aku ingat lagi bagaimana bila nama Azeez disebut akan bertanding kat Baling ni dan satu agensi di bawah KBS menagatakan dia confirm kalah.

Akhirnya segala penat lelah dan kerja kuat Azeez membuahkan hasil dan beliau berjaya menang dengan bergaya di Parlimen yang sangat kuat pengaruh PAS adanya. Jadi kalau benar berita ini, aku ucapkan tahniah kepada Dato Azeez Rahim.

Semoga dia membawa perubahan yang positif di TABUNG HAJI!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...