CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[BIADAP] FAM dan Jaclyn Victor HINA Lagu Negaraku di Perlawanan AKhir Piala FA

Posted: 01 Jul 2013 02:52 AM PDT

 

Lagu Negaraku selaku rasmi negara kita tertaluk dibawah Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia. 

Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara. 

Tindakan menghina, mempersenda, mengeji, mencemar, mencampur aduk, mengubah rentak atau lirik dan sebagainya secara sedar ataupun tidak dalam apa jua keadaan adalah dilarang dan pelaku kesalahan tersebut boleh ditangkap serta didakwa di mahkamah untuk diadili sewajarnya. 

 Menurut Seksyen 8 (1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua. 

Seksyen 8 (2) pula menegaskan bentuk hukuman kepada sesiapa yang ingkar dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku, di mana seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100.00 atau penjara tidak melebihi satu (1) bulan sekiranya di dapati bersalah oleh mahkamah. 

Manakala Seksyen 8 (3) pula dengan jelas menerangkan apa sahaja perlakuan yang boleh membawa dan menjurus kepada merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan masyarakat awam adalah dianggap sebagai tindakan tidak menghormati lagu berkenaan. 

Dua malam lepas saya yakin ramai diantara kita menyaksikan siaran langsung di kaca tv atau di Stadium Nasional Bukit Jalil perlawanan akhir Piala FA. Sudah menjadi tradisi lagu kebangsaan akan dimainkan sebelum sesuatu perlawanan bermula. 

Namun pada malam tersebut sesuatu yang tidak patut berlaku telah berlaku. Dimana penyanyi, Jaclyn Victor telah menyanyikan lagu tersebut dengan cara yang salah.  

 Sumber:RBFonline

[MAT YO MELAMPAU] BUANG PINGAT Ke dalam TONG SAMPAH, Marah KEMPUNAN Kereta AUDI

Posted: 30 Jun 2013 08:52 PM PDT


Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

Pemain terbaik negara itu (kononnya) antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan. Begitulah yang dilaporkan Berita Harian.

Tindakan beliau itu dilihat satu reaksi yang biadap dan tidak profesional.



[PAS SENTIASA JADI MANGSA] Guan Eng Cadang PAS Boikot PRK DUN Kuala Besut

Posted: 30 Jun 2013 07:15 PM PDT


KULAIJAYA: DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka. Mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Misteri Di Mana Azzimudie Kiram Yang Ketuai Pencerobohan Lahad Datu

Posted: 30 Jun 2013 07:12 PM PDT

Azziudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya

LAHAD DATU: Di mana Raja Muda Azzimudie Kiram, 72, yang mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo terus menjadi misteri.

Azzimudie atau Agbimuddin, adik kandung kepada Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, hilang tanpa dapat dikesan selepas beliau "melarikan diri'' dari Lahad Datu pada 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia berjaya menawan semula Kampung Tanduo, Sabah dalam satu operasi secara besar-besaran.

Pasukan keselamatan yakin bahawa beliau melarikan diri ke sebuah pulau di wilayah Tawi-Tawi di selatan Filipina dekat Sabah tetapi ahli keluarga menegaskan beliau berada di Lahad Datu bagi serangan gerila.

Pegawai Tawi Tawi mempercayai bahawa beliau dengan rangkaian yang bersimpati dan berdiam diri untuk mengelakkan daripada ditahan oleh pihak Manila yang telah mengarahkan untuk menahan beliau kerana melancarkan serangan terhadap negara luar.

Ia juga menimbulkan spekulasi bahawa Azzimudie, bekas pembantu pegawai daerah Kudat, Sabah pada awal tahun 1970, telah dibunuh oleh pengawal peribadi beliau di Kampung Tanduo dan dikebumikan di kubur yang tidak bertanda selepas tentera udara dan tentera darat Malaysia mengadakan serangan berbalas bagi mengusir lelaki bersenjata Sulu bermula pada 5 Mac.

Dalam temu bual dengan The Star, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis percaya bahawa Azzimudie masih hidup dan bersembunyi di beberapa pulau-pulau di negara asalnya.

"Azzimudie pasti tidak di Lahad Datu, mereka (jurucakap Sulu Abraham Idjirani), mereka boleh saja katakan Azzimudie di Lahad Datu, bersembunyi dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain," katanya ketika ditanya mengenai tuntutan yang berterusan oleh jurucakap kumpulan Sulu Idjirani di Filipina.

Bagaimanapun, Hamza tidak menolak kemungkinan bahawa Aghimuddin masih merancang untuk melancarkan serangan gerila terhadap Sabah.

Beliau mengesyaki anggota keluarga Azzimudie terus berkeras mengatakan Raja Muda itu masih di Sabah kerana beliau (Azzimudie) telah membuat banyak janji (sebelum insiden) untuk lelaki bersenjata Sulu, yang telah terbunuh atau menghadapi tuduhan jenayah di Malaysia.

"Jadi untuk menghalang beliau daripada dibunuh (di Filipina), mereka perlu mengatakan bahawa Azzimudie di Lahad Datu dan masih berjuang," katanya, sambil menambah tidak ada sebarang pertempuran antara lelaki bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah sejak pencerobohan itu berakhir pada awal April.

Kampung Tanduo sejak itu telah ditutup kepada orang ramai, dengan asas keselamatan diwujudkan di kampung tepi pantai tersebut dan kerajaan negeri berusaha untuk memindahkan lebih 20 keluarga tempatan yang menetap di kawasan itu.

Dalam temu bual menerusi panggilan telefon dengan The Star di Manila, Idjirani, yang merupakan adik ipar kepada Azzimudie, menegaskan bahawa Azzimudie masih berada "di suatu tempat di Lahad Datu" bagi melancarkan serangan gerila terhadap Sabah.

Idjirani, bagaimanapun, tidak mengetahui lokasi sebenar di mana abang iparnya itu.

"Saya tahu beliau bersembunyi di dalam hutan dan telah menggunakan taktik gerila dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain di sekitar Kampung Tanduo," katanya.

Idjirani mendakwa beliau sering bercakap dengan Azzimudie.

"Malah, saya bercakap dengan beliau dua hari lepas. Beliau memanggil kita dan memberitahu kita bahawa terdapat satu pertemuan antara Tentera Diraja Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di Batu 9 di Lahad Datu pada 16 Jun dan Kampung Labian pada 18 Jun, " katanya.

Jurucakap itu percaya bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak dapat mencari Azzimudie kerana beliau tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya.

"Beliau tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya, seperti pada Mac lalu (semasa serangan dari udara), beliau sedar bahawa menggunakan telefon bimbit itu akan membawa kepada pengesanan jejaknya," katanya.

"Raja Muda dan pengikut-pengikutnya merupakan pejuang berpengalaman dan walaupun pasukan Malaysia mempunyai lebih banyak senjata api mereka tidak dapat mengalahkan mereka," katanya, yang mendakwa bahawa pasukan Malaysia mengambil langkah berhati-hati dalam berhadapan dengan mereka.

Seramai 35 pengikut Azzimudie ditahan oleh pihak berkuasa Filipina selepas mereka pulang dari Lahad Datu dan baru-baru ini, Biro Siasatan Negara Filipina mengesyorkan pelbagai tuduhan jenayah - termasuk berperang dengan negara asing - berikutan Raja Muda dan pengikut-pengikutnya menceroboh masuk Kampung Tanduo antara Februari 9 dan 12.

Seramai 73 penceroboh terbunuh (59 mayat dijumpai) dalam pertarungan bersenjata yang berlaku hampir lapan minggu dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Polis Malaysia telah menahan 184 orang dan mendakwa 31 orang dengan pelbagai kesalahan jenayah, termasuk melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kes mereka sedang berjalan di mahkamah.

[KUALA BESUT] STOPA TEMPELAK PKR, Jangan Buat2 TAK FAHAM, Itu Kerusi PAS

Posted: 30 Jun 2013 03:53 AM PDT


SHAH ALAM – Pas mendakwa PKR Terengganu "tidak faham" apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di Dun Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

"Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

"Dia tak faham tentang kerusi tersebut," katanya pada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

"Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ," katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri telah mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, Pas Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

"Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

"Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada Pas Pusat," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...