UMNO Online - “Percayalah… 24 Jun Ini Satu Lagi Penipuan Akan Berlaku” plus 9 more

UMNO Online - “Percayalah… 24 Jun Ini Satu Lagi Penipuan Akan Berlaku” plus 9 more

Link to UMNO Online

Percayalah… 24 Jun Ini Satu Lagi Penipuan Akan Berlaku

Posted: 10 Jun 2013 05:00 AM PDT

Menipu sepatutnya jadi nama tengah Anwar Ibrahim.  Sepatutnya nama dia perlu disebut begini, Anwar 'Menipu' Ibrahim.  Dah banyak dah penipuan Anwar ni kalau kita nak sebut, tak payah cerita panjang-panjang pun semua orang tau.

Terbaru, 'jolokan' Anwar kononnya PKR akan boikot upacara angkat sumpah ahli Parlimen pada 24hb nanti, sementara 2 parti komponen dalam pakatan pembangkang, Pas dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pendirian Pas dan DAP tidak sukar dikupas sebab pilihanraya dan pemilihan wakil adalah satu cerita rumit, bukan cerita mudah yang boleh dibuat main-main macam cadangan Anwar.

Tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat, mimpi Anwar kali ini besar, jadi Perdana Menteri dan bila impian itu tidak tercapai, apalah sangat kalau tak angkat sumpah jadi Ahli Parlimen.

Perkara itu bagaimanapun, hanya terhad pada dia seorang, bukan DAP dan Pas, malah silap-silap, ahli parlimen PKR yang lain juga, terutama yang pegang jawatan tersebut buat pertama kali.  Justeru, penulis dan ramai orang lain yakin, 24hb ini (tarikh sidang pertama Parlimen 2013 bermula), Anwar dan ahli Parlimen PKR yang lain akan hadir di situ.

Seperti biasa, Anwar pasti ada 'ayat' yang boleh digunakan untuk menjustfikasi kaedahnya menipu rakyat, kenapa hari ini dia cakap akan boikot dan kenapa 24hb ini dia tetap akan sumpah aka mengiktiraf keputusan pilihanraya ke-13.

Hari ini Anwar gebang kencang untuk boikot sebab ada banyak persoalan yang dia perlu jawab lanjutan dari pelbagai dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya umum yang lepas.  Contohnya, mana bukti 40,000 orang bangla, blackout dan sebagainya.  Semua ini masih tergantung sehingga sekarang tanpa jawapan.

Paling menggelikan hati, sementara Anwar mencanang penipuan (dalam pilihanraya) telah berlaku dan dia ADA BUKTI untuk menyokong kenyataan tersebut, budak jambu yang dilantik menjadi Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dikhabarkan BARU BERMULA nak mengumpulkan bukti!!

Tak pastilah sama ada balaci pembangkang sedar perkara ini atau tidak, tapi itu bukan penting pun sebab melihat tahap balaci pembangkang hari ini, hampir keseluruhan mereka hanya berminat dengan cerita bohong, berbanding dengan cerita jujur dan tulen.

Maka itu, kalau ikut pengalaman penulis, Anwar pasti akan muncul juga pada 24 Jun ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, menerima elaun (tapi tak buat apa-apa) dan sebagainya.  Dia gebang saja hari ini untuk bakar perasaan pencacainya, tapi penyudahnya, untuk kesenangan dia sendiri, dia akan angkat sumpah juga.

Macai?  Selamanyalah kena kencing.  Bila nak berubah pun tak tau.

Adamyan

DBKL Rejects PKR’s Request To Hold Gathering At Padang Merbok, Giving Reasons

Posted: 10 Jun 2013 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 10  - Kuala Lumpur City Hall (DBKL) today rejected Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) application to hold a gathering at Padang Merbok this June 22, said city mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

He said the concrete reason for the rejection was that Padang Merbok was too close to the city centre and exposed to the problem of traffic congestion as there were several entry/exit roads to the city centre in the vicinity.

“These roads include Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman and Jalan Parlimen, which is the protocol road and popular for cycling and other recreational activities.

“DBKL is very concerned about traffic control to ensure smooth flow and holding of a public gathering at Padang Merbok will surely cause acute traffic congestion,” he told a press conference at his office, here, adding that the rejection letter would be sent out soonest possible.

Ahmad Phesal said DBKL rejected the application also to ensure the landscape at Padang Merbok would not be adversely affected by such a gathering in order to ensure its good condition at all times.

He also noted that DBKL had received advance booking from the Olympic Council of Malaysia on Dec 18, last year to hold the Olympic Run 2013 on June 23 and the organiser needed to make preparations one day prior to the event.

“Therefore, Padang Merbok needs to be vacant (on June 22) for OCM to prepare for the run,” he said.

Ahmad Phesal said DBKL suggested that the organiser (PKR) of the gathering planned for June 22 to hold it at an enclosed venue like the Merdeka Stadium or Titiwangsa Stadium.

“We will call them for a discussion on June 14 where we will give our views and reasons, and which will also be attended by a representative from the Royal Malaysian Police.

“We will try to assist them in getting a suitable place for the gathering,” he said.

PBT Should Be Sensitive, Address Local Issue Fast

Posted: 10 Jun 2013 03:35 AM PDT

KOTA KINABALU, June 10 – Local authorities (PBT)  should be sensitive to local issues facing the people and address them fast before they are blown up by the social media.

Sabah Local Government and Housing Minister Datuk Hajiji Noor said the people are now internet savvy and quick to publicise problems if local authorities overlooked or failed to address them.

“Public complaints can’t be taken lightly. Otherwise, we will be considered as irresponsible, negligent and dysfunctional.

“We have to act fast before irresponsible parties spread lies about our services,” he said at the ministry’s ‘Sekalung Budi’ function here today.

Hajiji said the ministry had also set up a ‘cybertroopers unit’ to monitor and answer questions posted on social media sites.

He hopes the ministry would hold regular awareness programmes among the public particularly about hygiene and health at restaurants and public areas.

Public cooperation is also important in carrying out duties effectively, including giving a positive perception to tourists.

KKLW Tubuh Jawatankuasa Khas Pembangunan Luar Bandar

Posted: 10 Jun 2013 03:10 AM PDT

PUTRAJAYA, 10 Jun – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas baru-baru ini khusus untuk menyelaras program pembangunan luar bandar.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain pembangunan fizikal, jawatankuasa yang ditubuh dengan kerjasama beberapa kementerian lain itu juga bertanggungjawab menyelaras program yang berkaitan dengan penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan boleh membantu KKLW dengan memberi maklumat lengkap mengenai jumlah belia di kawasan luar bandar tertentu dan kami boleh menyediakan peruntukan serta prasarana untuk golongan itu,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanipula akan dapat memperkasa usaha membangunkan modal insan di kalangan golongan lepasan sekolah dan belia di luar bandar, menerusi penyediaan pelbagai peluangperniagaan buat mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Desa Kepada Penghulu-Penghulu Semenanjung Malaysia di Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi dekat sini, Isnin.

Seramai 500 penghulu dari seluruh negara menyertai seminar itu yang dijalankan dalam bentuk perbincangan panel, perbincangan kumpulan dan pembentangan kertas kerja mengenai cadangan pemerkasaan institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Sementara itu Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau menyambutbaik cadangan untuk memperkenalkan undang-undang khas bagi kesalahan menderhaka kepada raja, dan berpendapat ia bertujuan mempertahankan kedaulatan institusi diraja negara.

Beliau berkata, kajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu, yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja, sama ada dalam bentuk ucapan, sindiran, grafik dan sebagainya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah untuk mewujudkan satu undang-undang khas terhadap kesalahan menderhaka kepada raja.

Perhimpunan ‘Black 505′… Pas Makin Celaru Dalam Percaturan Politik Mereka

Posted: 10 Jun 2013 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Jun – Pendirian pimpinan Pas berhubung penyertaan parti itu di dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya ‘Black 505′ yang akan diadakan dalam masa terdekat kini memperlihatkan betapa celarunya Pas dalam percaturan  politik mereka.

"Apa yang berlaku itu jelas menyerlahkan bagaimana tiada kesatuan dalam pemikiran serta tatacara mereka (Pas) mengendalikan isu-isu politik.

"Hakikat berkenaan dijangka akan berterusan dan suara Dewan Ulama yang dipinggirkan menunjukkan terdapat pemimpin Pas yang terpengaruh dan lemas dengan asakan rakan-rakan politik mereka," kata Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa.

Kata beliau lagi rakyat lama kelamaan akan dapat menilai sekiranya instutusi ulama hanya digunakan untuk menutup nilai sebenar kek politik mereka.

"Walaupun dalam sistem Pas itu sendiri cuba mengenengahkan imej di mana pandangan daripada ulama itu menjadi pandangan terakhir diterima pakai, tetapi secara diam-diam sebenarnya suara daripada kalangan ulama dalam banyak hal tidak dipedulikan. Lama kelamaan orang ramai akan ketahui juga apa yang sebenarnya perjuangan parti itu," ujarnya. -MediaUMNO

“Kalau Tak Mahu Angkat Sumpah, Buat Apa Bertanding?” – Shahidan

Posted: 10 Jun 2013 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memulaukan upacara angkat sumpah ahli Parlimen dan sidang pertama Dewan Rakyat,  yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun ini sebagai kenyataan yang  kurang matang dan tidak profesional.

Menurut beliau, tindakan tersebut seolah-olah mengkhianati amanah rakyat yang memilih wakil rakyat pembangkang sebagai wakil bagi membangunkan kawasan mereka.

"Kalau dah tak mahu angkat sumpah, buat apa bertanding? Apa tujuan mereka nak pulau upacara angkat sumpah ini? Untuk jadi ahli Parlimen, kena angkat sumpah. Kalau tak mahu angkat sumpah, lain kali jangan bertanding.

"Tidak ada kebaikannya jika berpolitik dengan cara semacam ini. Ia hanya akan membuang masa dan merugikan pembangunan rakyat dan negara. Jika tak nak jadi ahli Parlimen, patutnya awal-awal jangan bertanding dan berikan pada orang lain yang benar-benar mahu bekerja untuk rakyat," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan Ketua Pembangkang itu seolah-olah memperlihatkan beliau tidak peduli dengan harapan pengundi di kawasan yang diwakilinya.

"Kenyataan sedemikian seolah-olah membayangkan bahawa beliau bertanding di dalam pilihanraya bukanlah dengan niat ikhlas untuk membantu rakyat di kawasan beliau, tetapi lebih kepada agenda politik demi  untuk kepentingan peribadi," ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihati wakil rakyat pakatan pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan menggunakan peraturan 'rimba' di dalam negara yang berdaulat dan mempunyai undang-undang.

"Malaysia sebagai sebuah negara, ada undang-undangnya. Begitu juga parlimen, di mana tempat wakil-wakil rakyat bersidang juga mempunyai peraturannya. Jadi ikutlah peraturan. Jangan buang masa rakyat memilih kita untuk berkhidmat kepada mereka dengan tindakan yang merugikan.

"Ketua  Pembangkang jangan gunakan peraturan 'rimba' di dalam sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai undang-undang. Pilihanraya sudah selesai, sekarang sudah tiba masanya untuk kita berbakti kepada rakyat yang memilih kita sebagai wakil mereka,"jelasnya.

Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulaukan upacara angkat sumpah tersebut tidak mendapat sokongan dari parti-parti gabungan Pakatan Pembangkang seperti DAP dan Pas.

Penasihat DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di dalam sebuah portal baru-baru ini membuat kenyataan  bahawa parti tersebut tidak ada rancangan untuk memboikot upacara angkat sumpah yang akan berlansung pada sidang pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Manakala Pas pula, melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapa Ali mengesahkan bahawa wakil ahli Parlimen Pas akan hadir pada sidang pertama Dewan Rakyat dan hanya tidak akan hadir pada sesi taklimat Parlimen yang dijadualkan esok. -MediaUMNO

Gagal Hayati Rukun Negara Punca Pemimpin Pembangkang Lupa Diri

Posted: 10 Jun 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Satu demi satu prinsip Rukun Negara yang menjadi teras dalam kehidupan sebagai warga Malaysia dicabuli sedangkan ia adalah ikrar pegangan negara dan idealogi kebangsaan yang menjadi garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek menganggap kegagalan dalam menghayati Rukun Negara telah mengakibatkan keadaan tidak harmonis dan wujudnya kebencian sebagaimana yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di negara ini.

"Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlangsung, mereka tidak dapat menerima keputusan bahawa mandat rakyat tetap pada BN namun yang peliknya bagi negeri-negeri yang mereka mendapat majoriti yang lebih tidak pula mereka lakukan apa-apa pertikaian walhal ia turut dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sama.

"Ketidakpuasan hati anggota pembangkang ini telah diterjemah secara lisan, melalui bahan-bahan terbitan dan perbuatan yang sememangnya adalah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara negara kita," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, biarpun Rukun Negara bukanlah satu undang-undang tetapi ia adalah satu prinsip yang telah diputuskan bagi mengawal kelicinan pentadbiran agar masyarakat yang bersatu-padu dapat diwujudkan.

"Perbuatan pemimpin pembangkang yang terus-terusan mengadakan himpunan jalanan sejak dari PRU ke-12 hinggalah sekarang ini mempunyai matlamat yang bertentangan dengan prinsip asas sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab," katanya.

Jelas beliau yang merupakan pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), perbuatan yang mempersendakan badan pentadbiran negara, mengajak rakyat melakukan tindakan yang bertentangan dengan perundangan dan menggulingkan kerajaan adalah sesuatu dangkal untuk diterima dalam sebuah masyarakat moden dan mengamalkan sistem demokrasi.

"Ini kerana kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang sah iaitu ditubuhkan dengan mandat yang diberi oleh rakyat dan diterima oleh Yang DiPertuan Agung dengan Datuk Seri Mohd Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dihadapan Baginda, malah masyarakat antarabangsa turut mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini.

"Namun apabila ada pemimpin pembangkang yang mempertikaikan kemenangan dengan mengadakan himpunan maka ini adalah satu pelanggaran undang-undang walhal rasa tidak puas hati atau tidak bersetuju boleh dilakukan dengan cara yang lebih bijaksana dan mematuhi aturan yang ada sebagaimana digariskan dalam perundangan."

Tegasnya, adalah amat mustahil bahawa pemimpin pakatan pembangkang tidak memahami proses prundangan memandangkan di dalam anggota pakatan terbabit juga wujud para pengamal undang-undang yang arif dan bijak dalam hal berkaitan.

"Mereka adalah golongan yang tak faham atau sengaja buat-buat tak faham berkaitan perundangan negara kerana igin timbulkan suasana tidak harmonis sehingga mewujudkan pelbagai anasir-anasir subversif berleluasa.

"Mana-mana individu yang menjadi rakyat di negara ini tidak boleh mengenepikan lunas undang-undang termasuklah prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan dan jati diri dalam memastikan kelaestarian dan kemakmuran Malaysia," tegasnya lagi.

Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas, BN kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu namun pakatan pembangkang tidak berpuas hati dengan melakukan pelbagai manipulasi dan provokasi. - MediaUMNO

Hina Nabi Muhammad S.A.W Perbuatan Biadap – Jamil Khir

Posted: 10 Jun 2013 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Perbuatan menghina Nabi Muhammad S.A.W adalah perbuatan biadap dan individu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata perbuatan itu perlu dibendung kerana ia mencetuskan kemarahan umat Islam dan  boleh mengakibatkan keharmonian antara agama terjejas.

“Penulis-penulis ini (di media sosial) harus bertanggungjawab atas apa yang telah mereka timbulkan,” katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) 2013, di Wangsa Bowl di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Zainal Abidin Jaffar.

Jamil Khir diminta mengulas mengenai Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook pada Jumaat lepas.

Jamil Khir berkata pengguna media sosial boleh diambil tindakan jika didapati menghina agama anutan mana-mana masyarakat di negara ini.

“Tindakan boleh diambil melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan jika (pelaku) beragama Islam, dia boleh dikenakan tindakan melalui enakmen negeri-negeri yang mempunyai peruntukan untuk tindakan ke atas mereka,” katanya.

Mengenai Karnival Sukan MAIWP 2013, Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP berkata aktiviti itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga kerja agensi itu.

“Saya mengharapkan melalui sukan ini, semua petugas dapat membina satu pasukan kerja yang lebih kental bagi memacu MAIWP ke arah yang terbaik pada tahun ini,” katanya.

Perlantikan Saifuddin Bukti Pembangkang Dahulukan Kepentingan Parti

Posted: 10 Jun 2013 01:51 AM PDT

KLANG, 10 Jun – Jika sebelum ini jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan barisan Exco menjadi kontroversi, kini jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula dipertikaikan.

Ianya bukan sahaja dipertikaikan oleh akar umbi namun para pemimpin parti PKR, Pas dan DAP turut sama mempersoalkan apa perlunya jawatan tersebut diwujudkan dan mengapa Saifuddin dipilih sedangkan dia adalah calon yang ditolak oleh rakyat semasa bertanding di Parlimen Kulim- Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latif, setiap perlantikan baik perlantikan Exco mahupun apa sahaja jawatan adalah hak kerajaan yang memerintah negeri Selangor kini iaitu PKR.

Namun begitu jelas beliau apa yang dapat di lihat hari ini adalah pertikaian antara komponen pakatan sendiri mempersoalkan perlantikan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu.

"Mungkin sebab itulah jawatan tersebut diwujudkan dan diisi oleh 'orang' mereka sendiri bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti parti… Yang mana platform melalui jawatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan dana bagi mengerakkan parti itu sendiri.

"Sebab itu jugalah perpecahana PKR di Selangor nampak semakin ketara di mana kumpulan-kumpulan yang wujud dalam pakatan ini mula resah. Mungkin jawatan yang diwujudkan ini sebenarnya adalah sebagai perantara di antara kumpulan A dan kumpulan B," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, pemimpin dalam pembangkang sebenarnya tidak faham bahawa tugas memimpin sesebuah negeri adalah besar dan berat tetapi cara mereka memimpin negeri pula seolah-olah memerintah dan mentadbir urus parti dan bukan negeri.

"Sebab inilah fakta-fakta yang dapat kita lihat mereka sebenarnya lebih pentingkan jawatan melalui parti-parti sedangkan menguruskan kerajaan negeri merupakan mengurus dan membangunkan rakyat. Hasil kepada rakyat kita kembalikan kepada rakyat dan kita mahukan orang yang berpengalaman dan tahu mentadbir urus untuk kebaikan rakyat.

"Tetapi mereka memikirkan bagaimana untuk mendapatkan jawatan bagi kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu. Inilah kenyataan yang harus diterima dan ditelan oleh rakyat negeri Selangor kerana mereka yang memilih pemimpin negeri ini. Mereka telah pilih kerajaan yang salah," ujarnya lagi.

Maka jelas Mazlynoor, rakyat harus berfikir sebaik mungkin kerana perjalanan masih jauh untuk masa hadapan mereka.

“Jangan memilih hanya sekadar memilih kepuasan diri sendiri sahaja dan akibatnya generasi akan datang yang terpaksa menanggung azab.

Sebelum ini Khalid telah mengeluarkan kenyataan bahawa perlantikan Saifuddin tidak perlu dipersoalkan kerana kononnya Saifuddin adalah individu yang dilihat mempunyai keupayaan untuk melaksanakan manifesto yang telah dibuat oleh PKR dalam PRU-13 lalu.

Perlantikan tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan Pas, DAP dan PKR Selangor sendiri kerana jawatan tersebut masih tidak jelas fungsinya. - MediaUMNO

80 Per Cent Of Houses Damaged During Intrusion In Lahad Datu Have Been Repaired – ESSCOM DG

Posted: 10 Jun 2013 01:45 AM PDT

LAHAD DATU, June 10 – About 80 per cent of houses in Tanjung Labian zone which were damaged during the terrorist intrusion in Lahad Datu last February have been repaired, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) director-general Datuk Mohammad Mentek said today.

He said the repair works were carried out by agencies under the Rural and Regional Development Ministry.

“On houses which were destroyed in the incident, there are 77 of them and I am made to understand that new houses will be built in stages with the cooperation of the National Security Council,” he told reporters after a meeting with the village heads and community leaders in Tanjung Labian zone here.

The villages are Kampung Lok Buani, Kampung Tanjung Labian, Kampung  Sungai Merah,K ampung Tanagian, Kampung Tegupi, Kampung Sungai Bilis and Kampung Tanjung Batu, with a population of about 5,000 people.

The meeting was also attended by ESSCOM Intelligence directors Datuk Ahmad Nadzer Nordin and Datuk Mohd Noor Osman and its director of security and public order division, Datuk Abdul Rashid Harun.

Commenting on the meeting, held to obtain feedbacks on security condition there, Mohammad said the situation there was safe and residents were now back with their normal lives.

“The people are doing their normal activities and they have high confidence in the level of security there,” he added.

He said ESSCOM planned to organise various activities which would involve the participation of local residents.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...