BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM MAHU AJAR RAKYAT SUPAYA JADI PEMBERONTAK !!! APA CERITA NI ???
- EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 1969 TERSEBAR !!!
- HOT NEWS !!! RAKYAT PERLU TOLAK HIMPUNAN HARAM #BLACKOUT505 DI KELANTAN !!!
- HOT NEWS !!! PELAJAR UMT MOHD FARIZAL MENGHINA LAGU NEGARAKU !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM MEROYAN DAN KEMARUK NAK JADI PM !!!
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! HIMPUNAN #BLACKOUT505 !!! SAH !!! HIMPUNAN UNTUK SELAMATKAN KAUM CINA !!!
Posted: 10 Jun 2013 09:00 AM PDT Keputusan kerajaan untuk letakkan Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah mengawasan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan betapa seriusnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mahu menepati janji yang dibuat kepada rakyat perihal memastikan ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini.Sekaligus keputusan tersebut juga menandakan kejayaan program transformasi pentadbiran di bawah Perdana Menteri yang ingin mengangkat martabat dan kualiti sistem kerajaan bertaraf dunia.Langkah ini seterusnya menyangkal segala dakwaan pembangkang sebelum ini yang menuduh kerajaan Barisan Nasional memperkudakan SPR bagi memastikan kemenangannya setiap kali tiba pilihan raya. Seperti juga mana-mana jawatankuasa khas parlimen yang ditubuhkan sebelum ini,ia adalah bersifat bipartisan iaitu mempunyai wakil bukan sahaja daripada kalangan ahli parlimen BN tetapi juga pembangkang. Mungkin sekali pandang tindakan berani Datuk Seri Najib akan mengundang masalah bagi kerajaan BN tetapi sekiranya ini tidak dilakukan pembangkang akan terus menerus memberikan persepsi buruk dan negatif serta membuat bermacam-macam tuduhan terhadap SPR sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.Keadaan politik negara seterusnya akan terus bergolak dan pembangunan negara di bawah program transformasi akan turut terjejas dengan perbalahan yang berpanjangan.Jawatankuasa khas parlimen tersebut sudah tentunya akan lihat operasi SPR secara keseluruhan demi memantapkan lagi perkhidmatan yang telah dijalankan dengan begitu cemerlang sekali.Segala kelemahan dan lompang-lompang dalam sistem pilihan raya negara ini akan diteliti dengan lebih dekat supaya rakyat akan lebih yakin dengan proses pilihan raya di masa depan.Pembangkang telah banyak membuat dakwaan yang tidak masuk akal dan tidak berasas pasca PRU13 lalu dengan harapan rakyat memberontak menentang kerajaan. Bagaimana pun ini tidak berlaku kerajaan kerana bukan sahaja pemantau pilihan raya dalam dan luar negara telah mengiktiraf ketelusan proses pilihan raya lalu tetapi kerajaan asing juga turut menerima kemenangan BN dengan perasaan gembira dan keyakinan. Percubaan Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat dalam siri perhimpunan haram 505 yang dianjurkan nyata gagal untuk membuahkan hasil yang diharapkan beliau.Dalam agenda jahat Anwar,jutaan rakyat akan bangkit dan memenuhi jalan raya untuk menumbangkan kerajaan setelah termakan dengan dakyah beliau mengenai insiden 'blackout',pengundi hantu Bangla,undi popular dan penipuan SPR.Namun setelah perhimpunan terakhir di adakan di Dataran Petaling Jaya yang hanya mengumpulkan setakat 5,000 sahaja,Anwar mahu mengadakan 'finale' di Kuala Lumpur pada 15 Jun depan.Dengan sengaja tidak mahu mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012,Anwar mahu mengajar rakyat supaya berani menentang kerajaan walaupun di atas landasan mengingkari undang-undang negara.Anwar mahu mendidik rakyat supaya menjadi pemberontakan tanpa hala tuju semata-mata untuk memenuhi nafsunya terhadap jawatan Perdana Menteri. Ini adalah usaha penghabisan beliau dan kemungkinan besar ini juga akan gagal menepati matlamat asal untuk mencetuskan huru hara jalanan seperti yang diharapkan Anwar.Bak kata laporan media pemberontakan ala 'Arab Spring' yang mahu dinamakan sebagai 'Malaysian Spring' sebenarnya adalah lebih kepada 'Anwar Spring'.Ini kerana semua yang dilakukan beliau adalah dengan satu tujuan unggul iaitu untuk menaikkannya sebagai Perdana Menteri. Anwar tidak peduli pasal ketelusan proses pilihan raya kerana dulu semasa beliau di dalam kerajaan,pihak pembangkang juga sentiasa membuat pelbagai dakwaan terhadap SPR.Kali ini ketika Anwar memimpin puak pembangkang dan sistem pilihan raya yang sama sejak lebih 50 tahun digunakan,mengapa pula nada beliau bertukar pula ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 1969 TERSEBAR !!! Posted: 10 Jun 2013 07:16 AM PDT anda lihat video di bawah.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! RAKYAT PERLU TOLAK HIMPUNAN HARAM #BLACKOUT505 DI KELANTAN !!! Posted: 10 Jun 2013 05:00 AM PDT bantahan banyak pihak ternyata tidak diendahkan oleh pemimpin pembangkang diketuai Anwar Ibrahim apabila tetap mahu mengadakan perhimpunan haram Blackout 505,kali ini di Kelantan.Perhimpunan itu dijadual diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh pada malam Rabu ini.Ia dijangka dihadiri Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob.Pelawaan' supaya orang ramai untuk hadir ke perhimpunan itu turut dimuatkan dalam laman Facebook milik Nik Abdul Aziz.Ironinya,penganjuran perhimpunan itu seolah-olah cuba berselindung di sebalik program keagamaan,apabila menyelitkan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, solat hajat dan ceramah agama.Walhal,semua tahu objektif penganjuran perhimpunan itu adalah membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). "Tengok poster di atas pun dah boleh baca,boleh teka nawaitu perhimpunan.Kalau asasnya nak berkumpul berjemaah solat Maghrib,Isyak beserta kuliah,rasanya lebih molek kalau wajah TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dok depan sekali.Imam kan ??? Kalau Anwar Ibrahim dok depan,anwar ibrahim jadi imam.Sahih kuliah Maghrib dan Isyaknya tak lain tak bukan semua orang dah tahu. Kalau nak beribadat pun, biarlah pasang niat betul.Insya-Allah diredai solat hajatnya itu.Agaknya sebab itulah di Kelantan dulu solat hajat di pagi hening pukul 3,4 pagi beratus-ratus jemaahpun Allah belum lagi nak bagi kemenangan mutlak pada Pas, pada PR (pakatan pembangkang)," demikian komen seorang pengikut laman Facebook Nik Abdul Aziz ,Zahari Zakaria. Sebelum ini,pimpinan Pas Kelantan menyatakan pendirian menolak sebarang kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pada PRU-13.Malah,Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga sebelum ini dilaporkan menyatakan penganjuran perhimpunan haram itu tidak boleh dikaitkan dengan kerajaan Pas negeri.Bagaimanapun,penglibatan pemimpin kerajaan Pas Kelantan khususnya Menteri Besar dalam perhimpunan itu jelas bertentangan dengan kenyataan Mohd. Amar dan Anwar,seperti semasa kempen PRU-13 dan demonstrasi Bersih,sekali lagi mahu mengheret rakyat Kelantan dalam agenda politiknya.Beliau tahu,tanpa penglibatan pemimpin dan penyokong Pas,perjuangan politiknya tidak akan ke mana. Perlu diingat,pada PRU-13,rakyat Kelantan menolak hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri apabila tiga calon Parlimen PKR,tewas di negeri ini dengan majoriti agak besar.Kekalahan calon PKR di Ketereh,Tanah Merah dan Machang mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu.Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK),Azmi Ali dalam responsnya sebelum ini mengingatkan semua pihak supaya tidak mengundang keadaan huru-hara ke Kelantan melalui penganjuran perhimpunan haram berkenaan."Sepatutnya selepas PRU-13,berusahalah untuk mewujudkan perpaduan,bukannya membuka ruang perpecahan.Kita menolak perhimpunan haram ini di Kelantan dan kerajaan negeri juga perlu menolaknya kerana mereka telah menyatakan menolak cara kekerasan termasuk demonstrasi jalanan bagi mengambil alih kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Selain Azmi,penganjuran perhimpunan itu juga tidak mendapat restu kebanyakan rakyat dan bantahan mereka dapat dilihat melalui komen-komen yang dipos dalam Facebook bekas Menteri Besar Kelantan itu.Antaranya,seorang penulis,Sharudin Asamad dengan sinis menyatakan : "Allah belum perkenankan solat hajat TGNA dan ahli-ahlinya tapi Allah telah makbulkan solat hajat orang UMNO yang dikatakan solatnya tidak sah.Qada dan qadar wajib dipercayai dan diimani oleh orang Islam.Sebanyak mana kamu solat hajat sekiranya Allah tidak perkenanankan walaupun solat itu dari ulama, maka adalah satu peringatan sesungguhnya,muhasabahlah diri sendiri di mana kesilapannya." Maka,tidak hairanlah apabila ada yang mengingatkan pemimpin pakatan pembangkang bahawa musim pilihan raya telahpun berlalu dan kini masa bekerja untuk rakyat.Terimalah keputusan rakyat dan jangan sampai mereka menghukum pemimpin-pemimpin yang tidak reda dengan ketentuan Allah pada pilihan raya umum akan datang. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PELAJAR UMT MOHD FARIZAL MENGHINA LAGU NEGARAKU !!! APA CERITA NI ??? Posted: 10 Jun 2013 01:30 AM PDT Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah didakwa menghina lagu negaraku dilaman facebook.Sehubungan itu,Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku,menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata,laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak,semalam.Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya,mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca,mempersendakan lagu negara,Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. - Farid Danial SAYA HARAP KERAJAAN TEGAS DAN DAKWA PELAJAR INI KE MUKA PENGADILAN !!! AYUH RAKYAT MALAYSIA !!! BUAT REPORT UNTUK PELAJAR INI !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM MEROYAN DAN KEMARUK NAK JADI PM !!! Posted: 09 Jun 2013 10:00 PM PDT KETIKA berceramah beberapa hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung,Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berkhayal' bagaimana majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dijalankan. Beliau berangan-angan ketika itu pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),DAP dan Pas akan memenangi pilihan raya tersebut. Pada malam hari pengundian pula, Penasihat PKR itu terus bermain psikologi apabila menghantar mesej melalui twitternya mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan UMNO supaya tidak merampas apa yang disifatkan oleh beliau kemenangan pakatan pembangkang.Ini hanya beberapa contoh sahaja bagaimana kemaruknya Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.Justeru tidak hairanlah apabila keputusan rasmi diumumkan,Anwar 'meroyan' dengan membuat tuduhan bahawa berlaku penipuan dalam proses pengundian.Berikutan itu, beliau menggerakkan perhimpunan haram di seluruh negara bagi memprotes keputusan tersebut biar pun pembangkang mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta memenangi 89 kerusi Parlimen.Malahan Anwar sendiri dianggap menang selesa di Parlimen Permatang Pauh. Namun 'nafsu politik' Penasihat PKR itu terus bergelora kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri terkubur. Anwar tidak mahu bermuhasabah atau bersikap terbuka untuk menerima kekalahan pakatan pembangkang sebaliknya cuba menyeret rakyat menyokong agenda songsangnya mengatakan berlaku penipuan dalam PRU-13.Tidak cukup dengan sembilan perhimpunan haram yang diadakan setakat ini, Anwar merancang pula mengadakan perhimpunan yang sama pada 15 Jun ini.Perhimpunan yang bakal diadakan itu tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat,apatah lagi ia mahu diadakan di kawasan terbuka seperti di Padang Merbok,Kuala Lumpur.Tetapi Anwar peduli apa,yang penting bagi beliau ialah melepaskan perasaan geramnya setelah impian untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang sebelum ini beliau 'khayalkan' tidak menjadi kenyataan.Apatah lagi melalui protes seumpama itu sahaja ia akan mampu menutupi kegagalannya memimpin PKR dan pakatan pembangkang menumbangkan BN.Tambahan pula,di dalam PKR sendiri sudah ada desas-desus yang mahu Anwar bertanggungjawab kepada kegagalan pembangkang itu khususnya PKR. Sebab itulah,Pas yang sebelum ini dilihat teman paling setia menggerakkan ahli-ahlinya menyertai demonstrasi pembangkang mula 'menekan brek'.Pemimpin-pemimpin kanan parti itu terutamanya daripada golongan ulama mahu semua ahli-ahli Pas menerima keputusan PRU-13 sebagai takdir Allah.Walaupun tidak melarang namun kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin Pas jelas membuktikan mereka tidak mahu lagi bersekongkol atau hanyut dengan amarah Anwar yang semakin 'meroyan' kerana tidak dapat menjadi Perdana Menteri.Keghairahan Anwar untuk terus melancarkan protes juga tergugat kerana DAP sudah membuat kenyataan tidak akan memulau majlis angkat sumpah bagi Ahli Parlimen yang dijadualkan pada 2 Jun ini.Ia sekali gus membuktikan DAP turut mengiktiraf keputusan PRU-13 dan dakwaan berlakunya penipuan hanyalah satu tuduhan politik yang tidak berasas. Penulis difahamkan, biar pun pada mulanya DAP bersedia berada sepentas dengan Anwar untuk melakukan protes terhadap keputusan PRU-13 namun mereka kini semakin menyedari agenda sebenar Anwar. Dominan Lagi pula dalam PRU-13, DAP paling untung apabila menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memperolehi 38 kerusi Parlimen berbanding PKR,28 kerusi dan Pas, 21 kerusi, oleh itu sudah tentulah mereka tidak akan mengikut rentak 'gilakan jawatan Perdana Menteri' yang dilakukan oleh Anwar. Keadaan menjadi bertambah sulit untuk Anwar apabila bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima secara terbuka keputusan pilihan raya. Pendedahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada Anwar kerana ia membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak berpegang kepada janji. Sebab itulah Anwar cuba menutupi semua ini dengan mahu menjadikan 15 Jun sebagai tarikh untuk melaksanakan agenda politik mengalih isu. Anwar berharap, perhimpunan itu akan membangkitkan sentimen rakyat untuk bersama-sama beliau melakukan bantahan kepada BN dan sekali gus mungkin juga boleh mencetuskan Arab Spring di negara ini. Tetapi Anwar lupa, rakyat Malaysia tidak akan sebodoh itu. Mungkin ada pengikut tegar pembangkang yang akan bersedia menyertai perhimpunan berkenaan tetapi ia tidak akan membawa apa-apa erti kepada politik Malaysia.Ia memandangkan rakyat Malaysia bukanlah begitu mudah untuk terhasut bagi melakukan perkara yang boleh mencetuskan huru-hara.Apatah lagi mereka semakin memahami tuduhan kononnya berlaku penipuan dalam PRU-13 hanyalah agenda peribadi Anwar yang dilihat begitu kecewa apabila usaha terakhirnya menjadi Perdana Menteri terbengkalai.Anwar mahu mengadakan perhimpunan demi perhimpunan bagi menunjukkan kepada dunia luar kononnya beliau mendapat sokongan rakyat. Bagaimanapun hakikat sebenarnya,perhimpunan itu hanya sekadar agenda peribadi Anwar yang semakin menyedari impiannya untuk menjadi Perdana Menteri bagaikan 'jauh panggang dari api'.Selain itu ada juga pihak-pihak yang mengaitkan keghairahan Anwar untuk mengadakan perhimpunan haram ini berikutan kebimbangan beliau terhadap pihak-pihak tertentu di Barat yang semakin tidak mempercayai beliau.Ia memandangkan seperti mana dilaporkan oleh pelbagai blog, Anwar sebelum ini dikatakan menyakinkan pihak-pihak berkenaan bahawa pembangkang akan mampu menumbangkan BN dalam PRU-13 dan sekali gus membolehkan beliau ditabal menjadi Perdana Menteri.Tetapi kesudahannya, semua itu hanya sekadar angan-angan Anwar,majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan bumiputera ternyata 'tidak tergamak' untuk membuka laluan kepada beliau menduduki jawatan berkenaan. Mungkin Anwar berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi Cina melalui peranan DAP untuk menyokong pembangkang sehinggakan BN dikatakan memperolehi sekitar tujuh peratus sahaja daripada keseluruhan undi kelompok tersebut. Bagaimanapun ia belum mencukupi untuk merealisasikan impian Anwar menawan Putrajaya dan sekali gus membolehkan beliau menjadi pemimpin nombor satu negara ini.Oleh itu Anwar tidak ada cara lain untuk menutupi kegagalan kepada dunia selain menggerakkan rakyat mengadakan perhimpunan haram.Difahamkan,pembangkang bukan sahaja merancang mengadakan perhimpunan pada 15 Jun,malahan mereka juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Parlimen pada 23 Jun,sehari sebelum majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.Semua itu bertujuan untuk menunjukkan kononnya rakyat bersama Anwar menentang kerajaan BN tetapi kita percaya ia tidak akan ke mana.Sebaliknya,ia hanya akan membuktikan betapa terdesaknya Anwar bagi mencapai cita-cita usangnya. Oleh Zulkiflee Bakar RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! HIMPUNAN #BLACKOUT505 !!! SAH !!! HIMPUNAN UNTUK SELAMATKAN KAUM CINA !!! Posted: 09 Jun 2013 04:50 PM PDT Malaysia sudah hampir 'lali' atau 'mangli' dengan demonstrasi anjuran pembangkang.Ramai di antara kita sudah belajar menerima hakikat bahawa ada sekumpulan rakyat yang gemar membazir masa berjuang entah apa-apa.Demonstrasi yang diadakan mereka pula selalunya bermusim dan dalam setiap siri demontrasi,kita melihat golongan paling ramai ialah anak-anak muda selain golongan yang taksub buta tuli.Dari rekod sejarah kita mendapati pada satu ketika anak-anak muda tersebut akan semakin matang lalu meninggalkan hobi berdemo dan 'kerja' berdemonstrasi ini akan digantikan oleh generasi muda yang baru.Kini setelah beberapa generasi berlalu kita dapati, hampir semua musim dan siri demonstrasi anjuran pembangkang, pesertanya adalah terdiri dari 95% bangsa Melayu.Namun,sesuatu telah berlaku sejurus selepas PRU-13 yang membawa kepada perubahan dari segi 'bangsa' para peserta demonstrasi. Siri baru demonstrasi pembangkang yang dinamakan Blackout 505, peserta demonstrasi nampaknya terdiri dari 95% Cina.Pihak PAS yang menjadi pembekal utama tenaga demonstrasi pembangkang selama ini,kini secara terbuka menolak himpunan Blackout 505.Justeru,yang tinggal untuk memeriahkan himpunan ini hanyalah segelintir Melayu PKR dan selebihnya anak-anak Cina produk SJKC.Maka saya tertanya-tanya,apakah yang berlaku sehingga membawa kaum Cina yang selalunya enggan bersusah payah mengharungi hujan panas,untuk sanggup turun ke himpunan Blackout 505 yang sesak dan tidak selesa,menghadapi cabaran cuaca ??? Jika dulu kaum Cina memandang rendah tugas berdemo yang dipikul oleh balaci-balaci mereka di dalam PAS tetapi kini mereka sanggup memikul tugas itu sendiri. Kenapa sampai begitu sekali ??? Salah satu sebabnya ialah mereka tidak sanggup menerima tamparan kekalahan setelah memperjudikan segala-galanya dan yakin bahawa mereka pasti menang.Kaum Cina dari DAP,MCA dan Gerakan telah benar-benar bersatu hati untuk melonjakkan kedudukan kaum mereka dalam politik negara melalui Pakatan Rakyat.Bayangkan,bukan sedikit usaha mereka untuk memastikan kemenangan sehinggakan beberapa calon mereka memperolehi majoriti yang hampir tidak masuk akal seperti 40,000 – 50,000.Malah di beberapa kawasan yang sukar sekali dilihat kaum Cina tiba-tiba mencatatkan pengundi kaum itu dalam peratusan sehingga 30% – 40%.Ini adalah bukti jelas yang mereka begitu giat dan bersungguh-sungguh menukar dan menambah pengundi untuk memastikan kemenangan mereka melalui apa cara sekali pun. Oleh kerana itu,himpunan Blackout 505 adalah tidak lebih daripada melepaskan geram selain meneruskan sisa-sisa semangat untuk menjatuhkan kerajaan.Lebih dari itu,ia merupakan satu reaksi spontan untuk mengelak dari diserang akibat mengkhianati toleransi dan kepercayaan kerajaan terhadap mereka.Ya lah,apa lagi yang mampu kaum Cina lakukan setelah sikap tikam belakang mereka terdedah dan penipuan mereka terkantoi ??? Kini terbukti sudah bahawa kaum mereka tidak pernah ikhlas,tamak serta tidak boleh dipercayai.Mereka kini sedar bahawa kerajaan pasti akan lebih bertegas dengan mereka selepas ini.Kerana itulah Tun Mahathir menyatakan Blackout 505 merupakan himpunan untuk kaum Cina,bukan untuk rakyat Malaysia.Objektifnya adalah untuk menyelamatkan kaum mereka yang kini tersepit,dengan cara menafikan keputusan PRU sekali gus menukar kerajaan agar diterajui oleh pihak yang dapat memberi keuntungan maksimum kepada mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment