Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Terlampau Rasis Terlampau Lampau, Facebook akan diharamkan?
- PANASS!! Bila si Penyamun Kit Siang Jual Si Penipu Anwar!! #Blackout505
- HOT INFO! UMNO Kedah Akan Di Rombak Semula!
- PANASS!! Mukhriz Batalkan Pembinaan Litar Lumba di Kedah?!! #HanyaDiKedah
- TUDIAA! Banner Melayu Bodoh Pukimak? #AntiRasis
- PANASS!! Kisah Pemuda Pas dan Amoi Paha Putih!!
PANASS!! Terlampau Rasis Terlampau Lampau, Facebook akan diharamkan? Posted: 10 Jun 2013 08:17 AM PDT Apakah rakyat Malaysia bersedia jika Facebook diharamkan? Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat. "Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad. Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong. Jumaat lalu, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi. Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata, langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak. "Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial. "Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya. Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan. McTheory: Diharamkan itu lebih baik atau lebih buruk? | ||||||
PANASS!! Bila si Penyamun Kit Siang Jual Si Penipu Anwar!! #Blackout505 Posted: 10 Jun 2013 05:38 AM PDT Dengar kata Kit Siang takkan boikot angkat sumpah. Tapi Anwar nak teruskan juga, betul ka? Pasal pa Kit Siang taknak boikot? Kit Siang yang tidak mahu mengikuti agenda Anwar Ibrahim untuk memboikot angkat sumpah parlimen ini menunjukkan DAP menerima keputusan PRU13 yang menyaksikan penguasaan DAP sebanyak 38 kerusi iaitu faktor utama kemenangan PR bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang. Berdasarkan penguasaan 38 kerusi dalam PR ternyata DAP merupakan kuasa dominan malah DAP juga telah berjaya menarik sokongan cina untuk menyokong parti tersebut. Ia menunjukkan bahawa Kit Siang merupakan individu yang layak mengetuai PR dalam Parlimen berdasarkan merit kerusi terbanyak. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim masih melayan perasan kecewanya dengan memulau angkat sumpah pada 24 Jun ini. Persoalannya beranikah Anwar Ibrahim memulau sessi angkat sumpah parlimen pada 24 Jun bagi memastikan kejayaan perhimpunan 'BlackOut 505' pada 15 Jun nanti? Jika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah nescaya segala usaha bagi mewujudkan satu perhimpunan besaran dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan akan musnah sebaik sahaja lafaz sumpah diluahkan dari bibir Anwar Ibrahim. Maknanya dia cakap tak serupa bikin, kata tipu dan tak ikhtiraf, boikot la kalau berani! McTheory: Tentu Kit Siang akan tersenyum gembira, dengan kebodohan Anwar.. | ||||||
HOT INFO! UMNO Kedah Akan Di Rombak Semula! Posted: 10 Jun 2013 02:17 AM PDT BN Kedah perlu disusun semula oleh Dato Paduka Mukhriz, sekarang ni UMNO Kedah masih lagi belum tersusun secara rasmi bila Mukhriz menjadi Menteri Besar. Sudah tentu akan ada perubahan di dalam bangunan UMNO nanti. Lama tak dengar cerita Tok Bashah, sejak dari Timbalan Menteri ni terus menyepikan diri. ALOR SETAR: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, demi memastikan kemenangan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14. Ahmad Bashah yang berharap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil alih jawatan itu, juga menyatakan kesediaan membantu Mukhriz bagi memastikan BN terus memerintah Kedah. "Kebiasannya menteri besar yang akan dilantik dan pegang jawatan pengerusi yang baru supaya segala perjalanan politik parti akan berjalan dengan lancar. "Saya akan cuba bantu penerusi baru dengan baik bagi mempertahankan Kedah pada PRU-14 akan datang. Itu perkara paling penting kerana kita tak mahu kalah seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Kesyukuran BN Parlimen Alor Setar, di sini Ahad. Beliau berkata, bagaimanapun keputusan mengenai pengerusi yang baru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah memberitahu berdasarkan analisis pilihan raya umum yang lalu, didapati berlaku penambahan undi BN daripada semua kaum. "Jumlah pengundi berdaftar yang keluar mengundi di Kedah adalah seramai 1.041 juta orang, kaum Melayu sebanyak 801,358 undi, Cina sebanyak 157,962 undi, India sebanyak 66,000 undi dan kaum lain sebanyak 16,000 undi," katanya. Jumlah pengundi yang keluar mengundi daripada anggota Umno ialah 95 peratus,kaum Melayu atas pagar (50 peratus), pengundi muda (50 peratus), pengundi India(65 peratus) dan pengundi Cina lima peratus. "Jumlah pengundi muda meningkat sebanyak 30 peratus jika hendak dibandingkan pada 2008 lalu dan ini menunjukkan segala manifesto yang dijanjikan oleh Perdana Menteri diterima baik oleh pengundi muda," katanya. Beliau berkata, bagi mendapatkan semula kepercayaan terutama daripada kalangan pengundi Cina, perancangan di peringkat kebangsaan, negeri dan pusat akan dibuat mulai sekarang. - BERNAMA Jentera UMNO patut digerakan sekarang, pelan untuk PRU ke 14 juga perlu dibuat secepat mungkin dan mula dari sekarang. Kalau dok tunggu atau buat kerja macam dulu, Mc percaya, kita akan kehilangan Kedah, hatta Malaysia sekaligus. McTheory: Sebelah sana tak pernah rehat.. sentiasa memfitnah.. | ||||||
PANASS!! Mukhriz Batalkan Pembinaan Litar Lumba di Kedah?!! #HanyaDiKedah Posted: 09 Jun 2013 11:18 PM PDT Kerajaan negeri Kedah baru berumur 1 bulan, tapi sebelah puak bulan hijau dok bising minta BN tunaikan Aku Janji BN Kedah. Amboih laa.. pelan-pelan, dok kalut nak pi mana? Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas. Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk pendidikan, komersil dan sosial demi kepentingan belia di negeri ini. "Kita buat litar ini untuk memberi ruang kepada generasi belia menceburi sukan permotoran sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial. "Kita minta rakyat jangan bimbang sebab tak timbul isu buat atau tak. Cuma kita minta sikit masa untuk bincang mengenai lokasi yang sesuai dan bagaimana nak mulakan," katanya kepada media. MB dah confirm dah, jangan risau la. Anak muda Kedah tunggu litar siap, jom kita merempit dalam litar lagi selamat dari jalanraya. Asah bakat jadi pelumba motor negara. Mana tau boleh masuk grandprix.. he he.. McTheory: Pelan-pelan kita buat noo.. | ||||||
TUDIAA! Banner Melayu Bodoh Pukimak? #AntiRasis Posted: 09 Jun 2013 08:17 PM PDT Gambar ini telah diambil oleh seorang rakan di Johor pagi tadi di hadapan Kedai MARA Gelang Patah, Johor. Banner yang sama turut kelihatan di hadapan padang bola MPJBT Johor. Adakah ini perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan sentimen perkauman ataupun adakah ini sebenarnya hasrat DAP Johor yang rasis menyokong tindakan seorang guru Cina yang rasis? Melayu tengok sajakah? Atau Melayu masih lena diulit mimpi? Sumber gambar asal Mc ambil dari Blog CTS. Melayu bodoh pukimak? Kalau tahulah siapa yang naikan banner ni, Mc sanggup ke Johor sekarang ni semata-mata nak pijak si pembuat banner ni. Bukan nak bergaduh, tapi nak bagitau, betapa kurang ajarnya dia. Sekarang ni dia duduk di Tanah Melayu tau, hanya negara ni kepunyaan orang Melayu! Jadi, jangan kurang ajar sangat! Bila melayu lemah, inilah jadinya, dikutuk dan dihina. Kita masih jadi Kerajaan pun Melayu dah di kutuk, dan dihina. Cuba bayangkan kalau melayu dah tiada kuasa? Apa akan jadi pada kita? Pada anak dan cucu kita kelak? Tengok Singapura cukup, itu Malaysia pada masa hadapan, jika kita terus lemah dan tak bersatu! McTheory: Awat la masih ramai melayu yang tak faham perkara ni? | ||||||
PANASS!! Kisah Pemuda Pas dan Amoi Paha Putih!! Posted: 09 Jun 2013 05:43 PM PDT
Kecoh beb 3,4 hari lepas si ketua pemuda Pas Aloq Staq Azam Awang atau nama panggilan mesra Pak Tam buat kenyataan kepada Sinar mengatakan bahawa Kerajaan negeri membenarkan tarian " tunjuk paha " diadakan di Kedah.. Sebenarnya aku kesian dengan Ketua Pemuda Pas Aloq Staq ni, dah la berakal pendek tak brapa cerdik pulak tu.. Sampai tak boleh nak beza program orang cina atau program orang melayu.. Dah terang terang tertulis kat atas tu Opera Fantasy Mask.. Opera ni sinonim dengan masyarakat cina.. Cuba tengok ada tak orang melayu dalam gambar bawah ni ?? Bila Orang cina buat program untuk orang cina, Pas nak salahkan BN yang hanya baru sebulan mentadbir negeri, walhal Kerajaan BN belum lagi ubah dasar dasar dari pemerintahan zaman Pas.. Sebelum Pak Tam si beloger Pas Kedah nak tuduh kerajaan BN benarkan penari cina tayang paha depan orang cina, elok cermin dulu apa yang jadi masa di himpunan blackout505 negeri Kedah bertempat dalam markas Parti Islam Semalaya ni..
Tengok sendiri si anak anak cina ni tayang paha depan orang cina ka depan pak pak lebai Pas, orang melayu beragama Islam.. Jadi dimana letak maruah hang Pak Tam a.k.a beloger Pas ?? Depa tu tayang paha sambil pegang bendera pas dah diangkat sebagai muslimah Pas ??? Macam tu ka orang Pas mau ?? Gambar di atas tarian separuh bogel di majlis PKR Kulim masa Kedah di tadbir oleh Pas.. Ada nampak Ketua Pemuda Pas Aloq Staq melompat pasal isu ni ?? Ada ?? Teloq hangpa tu elok buang ja dalam sungai Kedah.. Tak guna nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tu busuk macam tahik !! Lepas ni aku nak cabar Pak Tam pi berguling pulak depan House Bar, memandangkan depa ni nak tunjuk hero aku bagi peluang kat depa pi berdemo berguling macam hindustan.. Lepas dah ada gambaq depa berdemo depan tu, baru aku nak dedahkan siapa yang bertanggungjawab buka pusat hiburan tu dengan sapa yang makan komisyen.. Nak tau ?? suruh pak tam pi berguling dulu.. McTheory: Hangpa main jahat, kami lagi jahat..tunggu satt.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment