UMNO Online - “Lantik Speaker Dewan Rakyat : Anwar Alami Sindrom Ingatan Lemah” plus 9 more

UMNO Online - “Lantik Speaker Dewan Rakyat : Anwar Alami Sindrom Ingatan Lemah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lantik Speaker Dewan Rakyat : Anwar Alami Sindrom Ingatan Lemah

Posted: 19 Jun 2013 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin mengalami sindrom ingatan lemah apabila mahu memilih mantan hakim mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 13 yang kononnya lebih bersikap adil dan telus.

Namun bagi  Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dalam soal ini Anwar sepatutnya membuktikan dahulu di negeri pimpinan pembangkang sebelum membuka mulut mengeluarkan kenyataan berkenaan isu siapa yang layak untuk dilantik sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke – 13.

Jelas beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan selama ini bahawa Speaker yang dilantik mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik malah Speaker sebelum ini iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia jelas telah melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan cemerlang.

"Sewaktu Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjadi Speaker, Parlimen sentiasa tegang dengan karenah pembangkang yang suka melakukan provokasi tetapi beliau mampu mengawal keadaan. Maka kita telah buktikan, siapa yang kita pilih adalah yang terbaik.

"Tetapi pembangkang hanya pandai bercakap. Konon mahu Speaker yang adil dan tidak menyebelahi mana-mana parti. Lihat sahaja Speaker yang dilantik oleh mereka.. Di Selangor ini mereka lantik Hannah Yeoh yang terang-terang menjawat jawatan sebagai Adun dan ahli DAP.

"Di Pulau Pinang pula Adun Bukti Tambun dilantik sebagai Speaker manakala di Kelantan, Abdullah Ya'akub yang kalah kepada calon BN di Dun Ayer Lanas dilantik menjadi Speaker. Abdullah sudah pasti ahli Pas.

"Jadi, pembangkang jangan hanya pandai bercakap dan berlagak pandai menghentam kerajaan sedangkan di negeri yang mereka jajah, sesuka hati sahaja mereka lantik sebagai Speaker," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi sebenarnya Anwar mempunyai agenda tersendiri untuk menentukan siapa yang layak sebagai Speaker di Parlimen ke-13 ini.

“Sudah pastinya Anwar mahu memastikan Speaker yang dilantik pro kepada pembangkang agar mereka boleh menguasai dewan rakyat.

"Ini adalah agenda mereka… sebab itu mereka sibuk nak menentukan siapa yang layak untuk dilantik sebagai Speaker. Pembangkang harus ingat, BN adalah parti yang telah menang pada PRU-13 jadi ini hak BN. Kita juga telah buktikan selama ini bahawa siapa yang dilantik sebagai Speaker adalah individu yang benar-benar layak.

"Mereka harus akui perkara ini. Pembangkang tetap boleh bersuara di dalam dewan rakyat dengan baik. Tidak seperti di negeri yang mereka takluki. Wakil BN tidak mampu bersuara. Jika bersuara akan dikenakan tindakan. Jadi, mereka harus belajar dari kita bagaimana untuk bersikap adil," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Tiada Pencerobohan Dan Pertempuran Pasukan Keselamatan Negara Dengan Penceroboh Sulu

Posted: 19 Jun 2013 02:31 AM PDT

KOTA KINABALU, 19 Jun – Tiada sebarang pencerobohan dan pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu seperti didakwa akhbar Filipina semalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.

Sehingga kini, katanya tidak berlaku lagi sebarang pencerobohan kerana kawasan perairan negara dikawal ketat oleh pasukan pertahanan dan keselamatan sejak berlaku kemasukan kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina pada Februari lepas.

“Tidak berlaku perkara seperti yang didakwa. Tidak ada berlaku sebarang pertempuran di kawasan Kampung Dengan Tungku, tidak berlaku sama sekali dan ini satu dakwaan yang tidak berasas ditimbulkan niat tidak baik,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata laporan itu hanya bertujuan untuk menunjukkan keadaan di kawasan di negeri ini tidak selamat selain mencetuskan huru-hara.

Mohammad mengulas laporan akhbar tempatan Filipina yang mendakwa berlaku pertempuran melibatkan pasukan keselamatan Malaysia dengan kira-kira 400 tentera bersenjata Sulu di Kampung Dengan, Tungku, dekat Lahad Datu pada Isnin lepas.

Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram. Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Dengan, Tungku kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Mohammad berkata Ops Daulat masih berterusan dengan kawalan keselamatan di pintu masuk negara sentiasa dikawal ketat bagi menghalang sebarang pencerobohan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang penculikan berlaku ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin lepas.

“Siasatan ESSCOM mendapati tidak benar, tidak berlaku sama sekali (penculikan) dan dari segi siasatan awal ESSCOM mendapati ini lebih kepada masalah dalaman keluarga dan saya tidak boleh komen kerana ini masih lagi dalam siasatan polis,” katanya.

Mohammad turut meminta penduduk di kawasan terbabit mendapat maklumat yang tepat sebelum menyebarkan sebarang khabar angin.

Pas Bercelaru Sesama Sendiri Kerana Hilang Prinsip Perjuangan

Posted: 19 Jun 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Jun – Pas disaran menjauhkan dirinya daripada sekutu mereka jika ingin melihat parti itu tidak terus berdepan dengan pertembungan sesama sendiri gara-gara perhimpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu pada Sabtu ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahaya berkata jika pucuk pimpinan Pas tidak melakukan sesuatu dan hanya sekadar tunggu dan lihat, Pas akan terus terpalit dengan pertembungan sesama mereka.

Paling malang ujar beliau pelbagai tohmahan akan dilontarkan terhadap peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura yang hari ini seolah-olah tidak berperanan dan bertukar menjadi sebaliknya.

"Inilah yang kita nampak dan inilah yang umum nampak. Perhimpunan pada Sabtu ini contohnya telah menimbulkan pelbagai pendapat sesama mereka dan bukankah itu adalah gambaran kepada apa yang berlaku.

"Itulah natijahnya apabila berjuang tanpa ada prinsip tersendiri sebaliknya mengikut perjuangan kepentingan politik semata-mata. Bukan semua pemimpin Pas begitu. Namun jika tidak dicantas daripada awal, percayalah kemelut mereka akan lebih bertambah parah kelak,”  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya mempersoalkan apakah pimpinan Pas was-was terhadap perhimpunan tersebut sehingga berlakunya percanggahan pendapat sesama mereka.

"Jika mengikut kaedah agama, kalau kita was-was kita kena tinggalkan apa yang kita was-was itu,"ujarnya.

Ujar beliau lagi keghairahan segelintir pimpinan Pas dalam menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya umum yang lalu telah menyebabkan senario berkenaan melanda kepimpinan Pas hari ini.

Tambahnya Pas seolah-olah berpecah kepada puak-puak tertentu dan tidak seiring antara satu sama lain. -MediaUMNO

Tidak Pertandingkan Jawatan Penting, Bukan Bermakna Matinya Demokrasi Dalam UMNO

Posted: 19 Jun 2013 02:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – UMNO  tidak pernah sesekali menyekat mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding pelbagai jawatan penting termasuk bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau menafikan tohmohan sesetengah pihak kononnya demokrasi dalam UMNO sudah mati berikutan majoriti  ahlinya mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemlihan parti hujung tahun ini.

"UMNO sejak dulu sehingga sekarang menjunjung semangat demokrasi, setiap ahli parti ada hak untuk menawarkan diri bertanding bagi sesuatu jawatan," katanya.

Oleh sebab itu katanya, UMNO meminda perlembagaannya bagi membolehkan pencalonan dibuat  secara terbuka oleh seluruh-ahli-ahlinya di peringkat bahagian.

"Tuduhan kononnya demokrasi sudah mati dalam UMNO hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang, jadi kenapa kita perlu terikut-ikut dengan persespsi negatif itu," tegasnya.

Tetapi tegas beliau, buat masa ini gandingan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan regu  terbaik untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan halatuju parti.

Katanya, gadingan Najib dan Muhyiddin tidak ada cacat celanya malah mendapat sokongan padu daripada majoriti  ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhannya.

“Kalau gandingan itu sudah baik dan ampuh, kenapa perlu dipertandingkan, kekalkanlah mereka berdua,” tegasnya.

Melihat kepada padunya gandingan Najib dan Muhyiddin katanya, pakatan pembangkang berusaha untuk memecahkan kekuatan tersebut dengan harapan UMNO akan retak dan berpecah.

Justeru beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya berwaspada dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.

"Ini tidak bermakna orang  lain tidak layak bertanding,  tetapi jika pemimpin yang ada sekrang ini telah terbukti kepimpinan  mereka baik untuk parti dan negara, maka seeloknya dikekalkan," tegasnya lagi.

Beliau menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menawarkan diri bertanding kedua-dua jawatan tersebut supaya 'cerminkan diri' terlebih dahulu sama ada layak berbuat demikian atau sebaliknya.

Beliau tidak mahu keghairahan untuk mencabar jawatan penting dalam UMNO hanya sebagai  alat kepada pihak lain atau sekadar menjadi 'batu api' untuk memecahbelahkan perpaduan parti.

Demo Di Pejabat PKR, DAP Dulu Sebelum Demo Desak Pengerusi SPR Letak Jawatan

Posted: 19 Jun 2013 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Tian Chua,  dicadangkan agar membuat demonstrasi di ibu pejabat partinya sendiri dan ibu pejabat parti DAP sebelum menyuruh rakyat membuat demonstrasi bagi mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan.

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, ini memandangkan isu pemilihan partinya sendiri, PKR yang penuh dengan kontroversi dan unsur-unsur penipuan serta penyelewengan terus didiamkan begitu saja oleh kepimpinan tertinggi PKR.

"Buat demo juga pada DAP. Hingga hari ini, kontroversi pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP pusat senyap tanpa sebarang komen dari kepimpinan tertinggi DAP biarpun didesak lebih 700 ahli DAP yang dinafikan hak mengundi mereka.

"Saya kira itu yang perlu Tian Chua perbetulkan dulu. Kalau nak buat demo, buatlah demo di hadapan pejabat PKR dan DAP dulu. Minta PKR dan DAP jelaskan penyelewengan yang berlaku dalam pemilhan parti mereka. Itu baru betul. Itu baru adil," tegasnya kepada UMNO-Online merujuk kepada kenyataan Tian Chua di dalam sebuah laman portal berita hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan pembangkang menyalahkan SPR terutama berhubung dakwat kekal setakat ini adalah hanya sekadar cakap-cakap kosong tanpa sebarang bukti.

"Kita sudah ulang beberapa kali tentang hal dakwat kekal ini. Dakwat kekal merupakan elemen tambahan saja. Banyak lagi elemen keselamatan yang digunakan semasa mengundi untuk memastikan pengundian dijalankan dengan telus.

"Jika dakwat tersebut tidak kekal dijari lebih dari dua atau tiga hari, ia tidak bermakna ada berlakunya rakyat mengundi sebanyak dua kali. Jika ada bawakan bukti. Jangan hasut rakyat sana sini, sedangkan bila kita minta kemukakan bukti, dalih sana dalih sini," ujarnya.

Tindakan pembangkang mendesak dan mewujudkan pelbagai tohmahan terhadap SPR dan kerajaan hanyalah kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti rakyat di negara ini menolak kepimpinan mereka.

"Bagaimana mereka boleh katakan SPR atau BN menipu sedangkan perbezaan kerusi antara pembangkang dan BN jauh begitu ketara. Jika benar pembangkang itu kuat, ketiga-tiga parti yang bergabung itu hanya memperolehi sebanyak 89 kerusi sahaja.

"Kita tak payah ambil jumlah kerusi rakan komponen BN, tetapi cukup kita bandingkan jumlah kerusi yang dimenangi tiga parti bergabung itu dengan UMNO saja. Kerusi yang dimiliki oleh UMNO adalah 88 kerusi, hanya kurang satu kerusi daripada gabungan tiga parti tersebut,"

Berdasarkan itu, ini bermakna pembangkang tidaklah sekuat mana pun di mana untuk mencabar UMNO saja pun mereka mereka dilihat gagal.

"Jadi bagi saya, apa yang dibisingkan oleh pembangkang tentang penyelewengan dan penipuan yang berlaku ketika hari pengundian hanyalah gimik politik murahan yang diamalkan oleh pembangkang di seluruh dunia.

"Tetapi pembangkang di negara lain, menerima kekalahan dengan cara yang gentleman dan meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat. Berbeza dengan pembangkang di negara kita yang lebih suka berpolitik sepanjang masa dan mengabaikan harapan rakyat yang memilih mereka," akhirinya. -MediaUMNO

Govt Plans To Relocate Water Village In Semporna, Lahad Datu & Sandakan

Posted: 19 Jun 2013 01:55 AM PDT

KOTA KINABALU, June 19 – The government will relocate water villages specifically in the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) area as part of efforts to boost security.

ESSCOM director-general Datuk Mohammad Mentek said the three districts of Semporna, Lahad Datu and Sandakan had been identified for the pioneer project.

However, the project was still in the planning stage because many factors had to be taken into account before it could be implemented.

“We will determine whether to totally relocate the villages or retain them but in a more structured manner only for our citizens.

“In this matter, we will also ensure there will no longer be proliferations of houses which will make it difficult for us to guard. Currently, many houses at the water villages are built too closely together and are not arranged properly,” he told a media conference at the Sabah State Assembly Building in Likas, near here today.

Mohammad said the government would find the best way to realise the plan in stages for the good of all in line with the provision in the Preservation of Public Security Regulations 2013.

“What is important is that there must be discussions with the people to take into account issues including their livehood, health, public facilities and commercial activities,” he said.

He hoped, if everything went well, the pioneer relocation project in the ESSCOM area could be carried out this year and expanded to other districts including Tawau, Kunak and Kudat.

Asian Companies, Govts Should Act On Rapid Funds Outflow, Says Nazir

Posted: 19 Jun 2013 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 19 – Asian companies and governments across the region have to act quickly, collectively and sensibly in the face of potential challenges from the rapid out flow of funds, says CIMB Group Group Chief Executive Datuk Seri Nazir Razak.

He said over the next few weeks, they have to watch out for an increasing likelihood of a major reversal in hot money out moving out of emerging markets.

“It is ironic that at this juncture we fear an economic recovery in the United States.

“The ‘risk-off’ trade and the potential end of quantitative easing represent clear and present danger,” he said when opening the CIMB Annual Asia Pacific Conference 2013 here today.

Nazir expected a temporary volatility in regional financial markets but was confident Asian economies and their financial systems were strong enough to handle it as governments have learnt the hard lessons from the Asian financial crisis.

On another development, he said CIMB Securities has almost completed its transformation into an Asia Pacific equities platform.

CIMB is now the largest Asia Pacific-based investment bank with a very Asian footprint and unique “local-global capabilities”, he said.

“As the Asian century gathers pace, the big idea has been to position ourselves to intermediate rising intra-Asian flow of trade and capital while helping clients catalyse and benefit from the rise of Asia as a whole,” he said.

Budget Consultation Meeting Throws Spotlight On Islamic Finance

Posted: 18 Jun 2013 11:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 19 – The 2014 Budget consultation meeting yesterday saw Islamic finance featuring prominently in the discussions.

Finance Ministry Secretary General, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah said robust growth in the global sukuk market, led by Malaysia in recent years, had made it an important sector for the government.

“We talked about agro sukuk to help companies involved in farming activities  raise capital to finance their businesses, alongside other forms of sukuk.

“We are also looking at other ways to introduce new products in the sukuk market in the coming years. This is to enable Malaysia to continue being the industry leader,” he told Bernama on the sidelines of the 4th World Takaful Conference : Family Takaful Summit Malaysia, here today.

Mohd Irwan said Malaysia’s Islamic capital market had contributed significantly to the development of the global Islamic capital market.

At the same time, he added, non-Muslim countries like Japan and Korea have been attracted to learn from Malaysia on how to introduce Islamic financing to raise their own capital.

The Sukuk segment increased its market share of the overall bond market from 14.5 per cent in 2000 to 47.1 per cent as at the end of 2012.

Malaysia continued to be the world largest sukuk market with 69 per cent of the US$280 billion total global sukuk outstanding as at December 2012.

Earlier, in his speech, Mohd Irwan said demand for Islamic products was increasing tremendously on the back of the global financial turmoil, especially in European countries.

He also said that due to the better offers by Islamic financial products compared to the conventional in the global economy, this sector will be among the main points of discussion at the 4th Global Entrepreneurship Summit 2013 to be held in Kuala Lumpur, in October.

The United States President, Barack Obama, is expected to make a presentation at the event, on his maiden visit to Malaysia.

UMNO Parti Yang Sentiasa Berani Berdepan Tuntutan Perubahan

Posted: 18 Jun 2013 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – UMNO telah melalui pelbagai cabaran sejak dari penubuhannya pada tahun 1946 hinggalah ke hari ini dan sepanjang lebih 67 tahun pelbagai peristiwa berlaku dengan perubahan-perubahan dibuat berdasarkan kepentingan dan tanggungjawab semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Asmaiza Ahmad melihat pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tahun ini adalah antara perubahan terbesar akan dilalui dengan melibatkan anggota parti di akar umbi.

"Istimewanya UMNO adalah sebuah parti yang teguh dengan permuafakatan, mempunyai struktur yang mantap apabila pengukuhannya dibuat dari peringkat cawangan dan seterusnya membawa kepada keteguhan kepimpinan atasan," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, UMNO telah melalui perubahan kepimpinan dari pelbagai peringkat dan pertukaran Presidennya yang sentiasa berlangsung lancar adalah bukti nilai kekeluargaan yang sentiasa dipelihara.

"Transformasi yang berlaku bukan saja dengan pemilihan ini tetapi golongan muda turut mendapat tempat dengan terlibat secara langsung sebagai pemilih selain mempunyai tempat untuk bersuara.

"Jika dalam pemilihan yang lalu ada pihak yang anggap bahawa UMNO terlalu eksklusif kerana hanya perwakilan bahagian sahaja yang layak memilih tetapi perubahan yang dibuat ini telah menjadi bukti bahawa masyarakat di akar umbi turut berpeluang menentukan siapakah pemimpin mereka."

Jelas beliau yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, masyarakat hari ini akan melihat UMNO sebagai satu entiti yang lebih terbuka dan inklusif dengan semua pihak memainkan peranan dan dapat menentukan hala tuju masa hadapan.

"Apa yang pasti, keputusan tersebut menjadi bukti bahawa UMNO terus unggul dalam membawa aspirasi rakyat khususnya bangsa Melayu dan kekal dalam membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi.

"Sebagai parti yang bertunjangkan akar umbi di serata pelusuk negara maka keupayaan UMNO dalam melaksanakan tanggungjawab dilakukan secara muafakat sehinggakan pelbagai tohmahan, hasutan, manipulasi dan apa jua provokasi yang dilontarkan gagal memecah kesatuan dalam parti," katanya.

Terang beliau yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya ke 13 lalu, walaupun, hakikatnya, kerusi BN di Parlimen menyusut tetapi kekuatan UMNO tidak pudar sebaliknya terus memantapkan bilangan kerusi yang dimenangi kepada 88 berbanding PRU-12 yang mendapat 79 kerusi.

"Kita sedar dalam bahawa rakyat tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan selama ini atau menyerahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan sahaja tetapi dengan peluang dan perubahan besar dalam UMNO telah memberi ruang kepada semua untuk memastikan kepimpinan parti di semua peringkat."

Mengimbas kembali, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Oktober 2009 telah menekankan pentingnya aspek perubahan dalam agenda baru parti bagi memastikan UMNO terus teguh dan dihormati.

Perkara terbabit dibuktikan kemudiannya dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang melibatkan penambahan dan pemansuhan beberapa fasal membabitkan peluasan jumlah perwakilan, yuran, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan sebagai setiausaha bahagian.

Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi. Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding. - MediaUMNO

Notis Mesyuarat Cawangan, Bahagian UMNO Guna SMS Dan Laman Sosial

Posted: 18 Jun 2013 07:49 PM PDT

MELAKA, 19 Jun – Notis mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara pada tahun ini bakal menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abd Rauf Yusoh berkata cadangan penggunaan kaedah baharu itu dilihat seiring dengan peredaran masa dan kemajuan negara.

“Cadangan ini adalah hasil maklum balas yang kita terima di peringkat akar umbi yang mahukan kaedah penyebaran maklumat melalui SMS serta laman social boleh diguna pakai untuk pemberitahuan notis mesyuarat seperti mana digunakan melalui penghantaran surat sebelum ini,” katanya selepas Majlis Taklimat Prosedur dan Kaedah Pemilihan UMNO 2013 di sini, Selasa.

Taklimat tertutup itu diadakan bagi memperjelaskan kepada anggota dan pemimpin UMNO semua peringkat di Melaka tentang kaedah baharu proses pemilihan parti pada tahun ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Abd Rauf berkata walaupun notis pemberitahuan dicadang dimaklumkan melalui SMS dan laman sosial namun ia bukan kaedah untuk menggantikan penggunaan surat yang diguna pakai selama 67 tahun lepas.

“Kaedah baharu ini bukan untuk menggantikan surat kerana penggunaan surat adalah wajib dan ia telah termaktub dalam perlembagaan bahawa mesti menghantar notis bersurat untuk memaklumkan mesyuarat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya telah membawa cadangan tersebut untuk diputuskan di peringkat Majlis Tertinggi.

Sementara itu, Abd Rauf mengingatkan anggota UMNO agar tidak menggunakan wang, sumbangan atau berbentuk material sepanjang tempoh mesyuarat cawangan, bahagian dan majlis kerja tertinggi.

Beliau berkata kebimbangan itu ekoran mesyuarat berkenaan berada dalam musim perayaan Aidilfitri.

“Kalau kita dapat laporan tentang perbuatan seumpama itu, kita akan serahkannya kepada jawatankuasa lembaga pemantau disiplin untuk mentafsirkannya dan sekiranya mereka berpendapat cara itu adalah untuk memancing undi, terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rauf berkata anggota dan pemimpin UMNO di enam negeri termasuk Perlis, Kedah dan Melaka yang telah terlibat dalam Taklimat Prosedur dan Kaedah Pemilihan Umno 2013 memberikan maklum balas positif mengenai kaedah baharu proses pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi parti.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...