BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KU LI CUBA PERANGKAP MP BN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Jun 2013 08:30 AM PDT


Beberapa laman blog melaporkan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razleigh Hamzah (Kuli) sedang merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib bila sidang parlimen bermula kelak.Untuk memastikan perkara tersebut,Kuli dilaporkan telah mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa ahli parlimen BN di kediamannya di Kuala Lumpur bagi memastikan usul itu nanti akan mendapat sokongan ahli Parlimen BN bila ia disebut di Parlimen nanti.Hakikatnya,Kuli tidak ada alasan kukuh untuk mengadakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri kerana tidak ada sebarang isu besar yang mewajarkan usul tersebut untuk dibahaskan dan diadakan pengundian.Seperti mana amalan biasa,usul undi tidak percaya biasanya dibuat jika ada kegagalan luar biasa pihak kerajaan yang membolehkan usul sedemikian di kemukakan. 

Masalahnya sekarang tidak ada apa yang luar biasa.Semuanya sama macam dulu dulu juga.Jadi apa guna Kuli mengadakan pertemuan sulit dengan semua ahli parlimen tersebut ??? Dari maklumat yang penulis dapat,Kuli cuba untuk memerangkap ahli parlimen terbabit dengan usul undi tidak percaya ini kerana kononnya Perdana Menteri sedang kehilangan sokongan,baik dari dalam dan luar UMNO.Ini berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan seorang blogger yang kononnya menunjukkan lebih ramai orang mahu Presiden UMNO ditukar.Yang ramai orang terlupa,kaji selidik oleh blogger berkenaan tidak terhad kepada ahli UMNO,sedangkan persoalan seumpama itu hanya layak ditentukan ahli UMNO sahaja. 

Hakikat yang sebenarnya,ada sumber menyebut kepada penulis yang Kuli menyasar untuk mendapatkan kerusi Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung yang bakal diadakan kelak bagi memenuhi cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Cita-cita yang tertangguh sejak 1987 lagi. Dan mengenali Kuli, beliau adalah seorang yang tidak pedulikan UMNO,yang lebih penting ialah nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri sahaja,macam Anwar Ibrahimlah kata sumber itu lagi.Walaupun isu ini telah bertebaran selama beberapa hari, masih tidak ada respon balas dari Kuli sendiri.Yang penting,ini adalah perkembangan yang menarik untuk kita sama-sama tunggu.Jika ia benar,saya tidak rasa Perdana Menteri dan pihak lain yang turut mengintai peluang yang sama,akan berdiam diri begitu sahaja.Mana-mana sekalipun,ramai melihat UMNO perlu terus dipertahankan.Tanpa parti tersebut,tidak mungkin BN dan hak orang Melayu dapat dipertahankan lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PERJUMPAAN PM @NAJIBRAZAK DAN ANWAR IBRAHIM DI JAKARTA !!! PORTAL PR KENCING RAKYAT BULAT-BULAT !!!

Posted: 19 Jun 2013 05:01 AM PDT


Rakyat Malaysia yang baru sahaja 'menghadamkan' keputusan PRU-13 tiba-tiba dikejutkan dengan berita kononnya Perdana Menteri,Datuk Seri Najib membuat pertemuan sulit dengan Anwar Ibrahim di Jakarta.Berita ini mula-mula dihebahkan oleh Malaysian Insider,iaitu sebuah portal pro-pembangkang dan kemudiannya menjadi heboh di laman-laman sosial.Kononnya,pertemuan itu adalah bagi mengatur satu lagi perjanjian yang bakal memberi keputusan 'menang-menang' kepada kedua-dua pihak BN dan PR dalam PRU-14 nanti.Portal tersebut juga cuba menggambarkan seolah-olah pertemuan itu diusahakan oleh pihak Datuk Seri Najib yang bimbang dengan prestasi BN yang begitu corot dalam PRU lepas. 

Nampaknya,walaupun PRU telah berakhir dengan kekalahan di pihak mereka,pembangkang masih lagi ingin menggunapakai strategi yang sama, iaitu berbohong dan menipu bagi menarik sokongan rakyat.Pembangkang jelas tidak dapat memahami bahawa strategi tersebutlah yang membawa kepada kekalahan mereka.Kata orang,lebih besar penipuan,lebih mudah untuk dipercayai.Tetapi,ingatlah,sekali penipuan besar itu terkantoi,maka bercakap benar juga orang tidak akan percaya lagi.saya menghargai kepantasan pihak kerajaan menepis penipuan Malaysian Insider kali ini.Malah,rakyat yang cemas dengan berita tersebut,berbesar hati apabila Datuk Seri Najib sendiri membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.Menurut Perdana Menteri,beliau tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 

Sebaliknya,secara kebetulan Anwar berada di Jakarta pada waktu yang sama tetapi tiada pertemuan atau pertembungan terjadi antara kedua-dua mereka.Lebih menarik apabila Anwar turut menafikan perkara tersebut di dalam twitternya.Apa yang berlaku membuktikan bahawa portal pro-pembangkang sudah terlalu terbiasa dengan gaya melaporkan perkara yang separa benar atau tidak benar.Oleh itu,sewajarnya episod ini menjadi pengajaran kepada rakyat agar tidak cepat menelan segala apa yang disuapkan oleh media pembangkang.Di masa yang sama,pihak kerajaan juga wajar mengambil pengajaran juga iaitu setiap penipuan yang disebar pembangkang,wajib ditangani segera.Jangan biarkan berita separa benar atau separuh benar terus merebak sehingga membentuk persepsi yang sukar untuk dinafikan lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! 4 PEMIMPIN MCA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN !!!

Posted: 18 Jun 2013 05:00 PM PDT


Keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu adalah keputusan yang tepat berikutan prestasi buruk MCA dalam PRU-13.MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.Lebih dahsyat,kubunya di Johor juga telah ditembusi pembangkang.Mudah bagi MCA untuk menyalahkan pembangkang yang menghasut rakyat sehingga membawa kepada keputusan tersebut.Namun,mustahil bagi MCA untuk menafikan berlakunya 'tikam belakang' dan pengkhianatan oleh parti itu terhadap Barisan Nasional.

Justeru,keputusan Soi Lek merupakan satu kewajaran kerana jelas seseorang wajib memikul tanggungjawab atas perbuatan 'tikam belakang',pengkhianatan dan hilangnya semangat setiakawan terhadap BN.Bukan kita tidak tahu bahawa sepanjang penggal MCA langsung tidak bekerja,malah tidak bersemangat untuk memenangi pilihanraya sehinggakan dilihat bagaikan sengaja ingin membiarkan parti itu kalah teruk.Berikutan keputusan Soi Lek untuk tidak bertanding, 4 pemimpin MCA telah menawarkan diri untuk merebut jawatannya.Mereka ialah Ong Tee Keat – Bekas Presiden MCA, Ong Ka Chuan – Ahli Parlimen Tanjung Malim,Donald Lim – Pengerusi MCA Selangor dan Naib Presiden MCA dan juga Datuk Seri Liow Tiong Lai – Menteri Kesihatan,Timbalan Presiden MCA dan juga Ahli Parlimen Bentong.Kesemua yang menawarkan diri dilihat mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman mereka.Bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ong Ka Chuan yang menang dalam PRU-13 lepas, mereka dikira mendapat 'bonus' dari segi persepsi rakyat kerana dilihat sebagai telah bekerja cukup keras dalam keadaan keseluruhan jentera MCA seolah-olah 'mogok' sepanjang tempoh berkempen. 

Secara dasarnya,tindakan MCA membuka jawatan Presiden untuk dipertandingkan wajar dipuji di mana ia membuktikan kematangan parti tersebut terutama dalam keadaan yang genting ini. Kita berharap agar Presiden MCA yang baru akan benar-benar mampu meletakkan garis jelas antara kesetiaan terhadap parti dan negara, dengan semangat perkauman Cina. Sudah sampai masanya MCA mempunyai Presiden yang tidak bersikap 'defensive' atau 'apologetic' dalam mengambil langkah yang bertepatan dengan aspirasi negara semata-mata untuk menjaga hati kaum Cina. Ketegasan amatlah penting, terutama dalam menangani sikap kaum Cina yang semakin lantang dan biadap mencabar perlembagaan serta menghina Institusi Raja-raja.Selain itu,Presiden baru MCA juga wajib menangani masalah akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bermaharajalela mempamerkan hipokrasi paling jelek dalam memainkan isu perkauman.

Lebih dari itu,Presiden MCA yang baru haruslah ikhlas dan tidak terikut-ikut dengan rentak ektremis Cina yang terdapat dalam berbagai nama dan rupa. Ini bukan masa untuk pentingkan diri sendiri atau kaum dan pihak tertentu.Malaysia sedang mengalami masalah polarisasi kaum yang kronik dan perlu ditangani segera.Malah,tidak salah dikatakan,bahawa 'perpaduan' merupakan satu-satunya masalah besar yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini.Jika masalah ini selesai,maka kita bolehlah memacu negara ke hadapan dengan sederap langkah yang pasti dan pantas. Oleh itu,semua pemimpin yang mewakili kaum masing-masing wajib meletakkan isu perpaduan sebagai tonggak utama.Kesimpulannya,tidak ada guna mempunyai Presiden MCA jika rentak tarinya serupa sahaja dengan Presiden DAP.Justeru,semua yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut wajib bersedia untuk berjuang atas landskap dan struktur sedia ada negara ini dan bukannya menentang atau ingin mengubahnya.Jika tidak,parti MCA mungkin tidak perlu wujud sama sekali.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...