tun faisal dot com

tun faisal dot com


Kenaikan Tambang Bas 30% - blogger ni boleh buat unjuran lagi bagus daripada @RafiziRamli @aduanSPAD

Posted: 15 Jun 2013 11:09 AM PDT





Belum naik lagi rupanya, baru cadangan.. Saya bukan faham sangat bidang ni, tapi saya suka nak mainkan cerita ni dalam blog ini sebab blogger Sangkakala ni boleh buat projection lagi baik daripada Rafizi Ramli lah. Tak payah belajar Accountancy, tak yah kerja kat Petronas, guna common sense, dan pengalaman je. Mamat ni lagi bagus lah dari si Rafizi dalam bab buat unjuran ni :) Nak ganti pengerusi SPAD ke? :)

Baca bab unjuran Rafizi untuk turunkan harga kereta di bawah ni -

Baca bab unjuran Rafizi yang merapu tentang pendidikan percuma di bawah ni -



@NajibRazak @aduanSPAD DIMANA RUGINYA PENGUSAHA BAS ???


Sangkakala tengok dan baca dalam Malaysiakini baru baru ni ada tertera satu artikel tentang kenaikan harga tambang bas yang dituntut sehingga 30% oleh pengusaha bas ekspress semasa musim perayaan nanti.

Bukankah kerajaan telah menetapkan bahawa kenaikan 10% pada musim perayaan diberikan dari dulu lagi untuk membolehkan syarikat bas membuat sedikit keuntungan semasa musim perayaan?

Dengan menaikkan harga tambang bas rasanya akan lebih membebankan tambahan lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan serta mempunyai ramai tanggungan.

Memang dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPAD mengatakan bahawa ianya akan dikaji tetapi seperti yang telah sudah,  tuntutan seperti ini akan mendapat perhatian kononnya situasi menang dan menang atau win win situation akan digunapakai. 

Kalau digunakan situasi tersebut maka tuntutan sebanyak 30% akan menjadi 15% dan ianya masih lagi naik sebanyak 5% dari kadar yang telah diberikan selama ini.

Adakah benar dakwaan pengendali bas ekspress bahawa mereka mengalami kerugian dan ini adalah masa untuk mereka mengaut keuntungan?

Sangkakala tidak nampak kebenarannya disitu kerana dulu Sangkakala juga pernah mengendalikan bas ekspress bersama sama pakcik saudara Sangkakala. 

Baik, disini Sangkakala akan terangkan mengikut kadar semasa tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kangar (tambang transnasional).

Dewasa RM 44.50
Kanak kanak RM 34.20

Bas 40 penumpang perlu mengira pendapatan bas selama setahun kerana jika dikira pendapatan bulanan memang akan melihatkan bahawa mereka akan kurang mendapat keuntungan.

1 tahun = 365 hari.

Jumlah hari cuti dalam Malaysia dan jadual bas yang sentiasa penuh.

Sabtu dan ahad 104 hari
Hari raya puasa 14 hari (sebelum dan selepas)
Hari raya haji 3 hari (sebelum dan selepas)
Tahun baru cina 14 hari (sebelum dan selepas)
Deepavali 3 hari ( sebelum dan selepas)
Kristmas 3 hari (sebelum dan selepas)
Lain lain cuti 14 hari

Jumlah cuti setahun 155 hari yang bas sudah pasti penuh.

Pendapatan pada hari cuti dan kelepasan am
Tambang dewasa RM 45.50 x 30 x 155 hari = RM 211'575.00
Tambang kanak kanak RM 34.20 X 10 X155 hari = RM 53'010.00
365 hari - 155 hari =210 hari (hari biasa)

Tambang dewasa RM 45.50 × 20 x 210 hari = RM 191'100.00
Tambang Kanak Kanak RM 34.20 x 5 x 210 = RM 35'910.00

Jumlah Pendapatan hari biasa = RM 227'010.00
+Jumlah pendapatan hari cuti =RM 264'585.00

Jumlah pendapatan kasar RM 491'595.00

Kos perbelanjaan bagi setahun perjalanan bas pula begini..

Diesel RM 400 x 365 hari = RM 146'000.00
Tol RM 200 x 365 hari = RM 73'000.00
Pemandu RM 400 x 365 hari = RM 146'000.00
Lain lain setahun RM 50'000.00

Jumlah kos RM 415'000.00


Jumlah pendapatan RM 491'595.00
Tolak kos RM 415'000.00

Jumlah pendapatan bersih RM 76'595.00

Itu pendapatan bagi sebuah bas dan jika seorang pengusaha mempunyai 10 buah bas ekspress maka pendapatan beliau mencecah ke RM 765'950.00

Jika ditambah dengan 10% semasa musim perayaan, maka pendapatan untuk sepanjang tahun seorang pemilik atau pengusaha bas mampu memperolehi pendapatan mencecah ke angka RM 800'000.00 setahun.

Jadi disini Sangkakala nak tanya, dimana kata rugi tu? Kalau pendapatan boleh mencecah hingga RM 800'000 dibahagi dengan 12 bulan maka sebulan pendapatan bagi seorang pengusaha bas purata sebanyak RM 66'666.66.

Dan jika pengusaha tersebut tidak mempunyai 10 buah bas ekspress dan Sangkakala ibaratkan mereka mempunyai 3 buah bas, maka pendapatan mereka sebulan sebanyak RM 19'999.89.

Adakah itu masih lagi dikira rugi? Hingga mereka masih meminta kenaikan lagi? Kepada kerajaan, jangan bebani rakyat sehingga satu masa rakyat mengatakan bahawa ssudahsampai masanya penukaran kerajaan dilakukan.




Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?

Posted: 15 Jun 2013 12:47 AM PDT


Memorabilia UMB - merekodkan perjalanan UMB dari permulaan sehingga tahun 2012.


Seperti yang dijanjikan, ini adalah siri kedua penerangan untuk mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO.

Maafkan penggunaan tajuk di atas - saja je...

Siapa sebenarnya KETUA PEGARAH / KETUA PENGARAH OPERASI / COO operasi siber Barisan Nasional (BN) PRU13? 

Adakah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO? Adakah Menteri Penerangan atau Menteri Propaganda Datuk Seri Utama Rais Yatim? Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor? Datuk-Datuk Ahli Majlis Tertinggi? Setiausaha Akhbar Perdana Menteri? 

Atau adakah dia Presiden Bloghouse? Pengerusi UMB? Salah seorang dari lembaga jemaah pentadbir MyKMU? Pengerusi Nadi Rakyat? Pengerusi Kaukus Blogger-blogger bebas? atau siapa sebenarnya? 

Yang pastinya bukan Pengerusi UMB.

Jadi kenapa terdapat arahan serangan kononnya dari pegawai pejabat pemimpin tertinggi tertentu untuk mempertikaikan UMB sedangkan bukan UMB yang mengendalikan operasi ini secara tunggal dan sepenuhnya?



UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka. Misalnya, bila kumpulan blogger tertentu gagal di dalam sesuatu misi, untuk mengelakkan diri dari dipertanggung jawabkan, mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata KAMI BUKAN JENTERA PARTI, APA JENTERA PARTI BUAT? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti.

Trend yang sama juga berlaku selepas PRU13.

Bagi saya, kalau tidak ada pihak yang CUKUP BERANI untuk memikul tanggung jawab kegagalan sesuatu operasi dan jika semuanya hendak dipersalahkan ke atas UMB, TIDAK ADA MASALAH - beri kami penghak upayaan untuk mengetuai keseluruhan operasi. 

SENANG - kalau nak jentera parti buat, we are not short of talents to do it lah.

Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB - tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...

Ini tak gentleman.

Hari ini kita tak mahu bercerita tentang siapa yang mengetuai operasi siber PRU13. Cukuplah untuk menyatakan, UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit.






Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB. Antara mereka adalah blogger seperti Dr Novandri, Pisau, Kedah ke KL, Medan Tempur Kedah, Media Permatang Pauh dan ramai lagi. Belum masanya untuk menyenaraikan siapa blogger dan cybertrooper UMB, termasuk yang terlibat di dalam operasi-operasi khas. 

Kebanyakan blogger dan cybertroopers UMB telah melalui pengalaman turun padang dan menjayakan operasi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri berikut - 

PRK Manek Urai 
PRK Permatang Pasir
PRK Bagan Pinang
PRK Hulu Selangor
PRK Batu Sapi
PRK Galas
PRK Tenang
PRK Merlimau
PRK Kerdau
Pilihanraya Negeri Sarawak



Mereka juga terlibat merangka modul latihan perang siber, mengendalikan dan membantu mengendalikan sejumlah 32 program latihan, termasuk yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan melatih hampir 2,000 orang jentera siber di dalam UMNO sejak tahun 2009. UMB juga pernah diminta untuk memberi taklimat dan pendedahan mengenai perang siber, khususnya pengalaman Malaysia, kepada sejumlah pemimpin parti-parti politik dari negara-negara tertentu.




Selain itu, mereka juga merupakan antara penggerak utama yang membantu kempen dan  operasi berikut, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka, Promosi Tweet Merdeka 55 dan 1M4U.




Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...