BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DAP PERLU PECAT MP BAKRI !!! ADA BERANI ???

Posted: 15 Jun 2013 08:30 AM PDT


banyak pihak dalam PR menggesa DAP mengambil tindakan disiplin yang keras (termasuk dipecat dari parti) ke atas Ahli Parlimen Bakri,Er Teck Hwa kerana kebodohannya menghadiri taklimat Parlimen di bangunan Parlimen semalam.Alasan Teck Hwa bahawa beliau tidak membaca email dan sms adalah alasan yang terlalu remeh untuk dianggap sebagai penjelasan yang munasabah.Jika pun masih keliru,kenapa Teck Hwa tidak menghubungi rakan ahli parlimen PR yang lain sebelum membuat keputusan untuk menghadiri sesi taklimat tersebut ??? Walaupun DAP telah mengumumkan untuk mengambil tindakan yang tegas, tapi ramai melihat parti tersebut terlalu lambat bergerak untuk menghukum seorang ahli parlimen ini.Sehingga sekarang,jawatankuasa disiplin untuk membicarakan kes Teck Hwa tersebut masih belum ditubuhkan,jauh lagi untuk membuat keputusan jenis tindakan apa yang mahu dikenakan ke atas ahli parlimen untuk 2 penggal tersebut. 

saya difahamkan,Teck Hwa bukanlah seorang yang bijak.Maksudnya dia memang bodoh.Entah macam mana dia boleh terpilih pada 2008 yang lepas,tapi anehnya menang pula di Bakri.Difahamkan Teck Hwa terpaksa dicalonkan semula kali ini kerana DAP tidak mahu satu-satunya ahli parlimen parti tersebut yang menang di Johor pada 2008,digugurkan pada kali ini.Nanti entah apula cakap rakyat di kawasan tersebut yang menyokong Tech Hwa.Daripada menghadapi kebarangkalian berlakunya undi protes,adalah lebih baik Tech Hwa dikekalkan dan ternyata keputusan itu tidak silap sebab Teck Hwa masih menang.Tapi ini pula masalah yang terpaksa PR hadapi dengan ahli parlimen yang sangat dikenali kerana hanya 'sesekali' menggunakan otak ini.Sudah disebutkan bahawa PR memboikot taklimat tersebut, dia masih berdegil untuk menghadirinya seterusnya mencemarkan imej baki 88 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain. 

PR baru sahaja berjaya memperbaiki pertelagahan yang wujud antara PKR dan 2 parti komponen yang lain, iaitu DAP dan PAS dengan memboikot majlis taklimat ini.Datang Teck Hwa merosakkan pula kejayaan yang baru dicapai dengan menghadiri taklimat tersebut yang sebetulnya diadakan untuk ahli-ahli parlimen baru, bukan yang sudah 2 penggal seperti Teck Hwa.Sebaiknya Teck Hwa dipecat sahaja dari DAP dan dibiarkan menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong PR.Dengan pemecatan itu,imej buruk yang ditunjukkan Teck Hwa,dapat dielak dari dikaitkan dengan parti tersebut.Apatah lagi semua orang tahu DAP adalah parti yang tegas dan berdisplin serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin parti tersebut yang melanggar disiplin parti walaupun bergelar ahli parlimen. Apa jua kegagalan DAP menangani isu Teck Hwa ini dengan segera, menjadikan DAP sebuah parti yang tidak jauh beza dengan parti-parti politik yang lain,terutama dari kalangan parti komponen BN. 

DAP bukan lagi sebuah parti yang tegas seperti dahulu,sebaliknya mengutamakan kedudukan kerusi mereka yang paling tinggi dalam parlimen (di kalangan parti pembangkang) semata-mata. Tanpa DAP sedari,kejayaan memenangi 38 dari 51 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang lepas, banyak dibantu oleh kerjasama rakan-rakan dalam PR.Tanpa PKR dan PAS,pencapaian DAP dijangka jauh lebih teruk berbanding dengan tahun 2008 sekalipun.Pemecatan Teck Hwa tidak akan memberi kesan kepada kedudukan PR di parlimen kerana Teck Hwa masih lagi ahli parlimen yang mesra PR.Jadi,janganlah bimbang untuk mengambil tindakan yang keras terhadapnya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Jun 2013 05:00 AM PDT


Anwar Ibrahim kini terpaksa menumpukan tenaganya untuk terus berpaut sekuat mungkin pada gelaran 'Ketua Pembangkang'.Sedikit kesilapan,akan menyebabkan beliau tertendang keluar dari jawatan tersebut.Tidak keterlaluan dikatakan,bahawa jawatan 'Ketua Pembangkang' itulah 'maruahnya' yang tinggal kerana pada hakikatnya,tiada siapa lagi yang mendengar arahan atau kata-katanya.Sebenarnya,sesiapa sahaja yang bercakap berbelit,sering U-Turn dan 'flip-flop' tidak akan dihormati dan seorang ketua yang bersikap sedemikian akan akhirnya dipandang rendah atau sepi oleh orang bawahannya. Begitulah yang terjadi kepada Anwar kerana sering bercakap tidak serupa bikin.Paling terkini,Anwar telah beria-ia membayangkan yang beliau akan memboikot Dewan Rakyat tetapi akhirnya bayangan hanya tinggal bayangan apabila rakan-rakan sekutunya mempersoalkan saranan tersebut. 

Tindakan mereka mempersoalkan saranannya secara terbuka membuktikan bahawa mereka tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua mereka.Apabila Anwar sendiri kemudiannya menghadiri Dewan malah beria-ia mencadangkan nama Speaker,segala kebobrokannya terserlah lagi.Oleh itu,jika Anwar tertanya-tanya kenapa beliau masih lagi tidak berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemimpin negara,maka beliau harus sedar bahawa selain petah berpidato,beliau sebenarnya tidak punya sifat kepimpinan pun.Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pendirian yang teguh serta konsisten dalam kata-kata dan tindakannya tetapi Anwar sering mencadangkan sesuatu tetapi berbuat sebaliknya.Bagaimana orang boleh menghormatinya ??? Kerana itu,Anwar perlu memanipulasi pemilihan partinya setiap kali kerana beliau sendiri sebenarnya kurang keyakinan yang beliau boleh menang secara adil.Malang bagi pembangkang kerana mempunyai ketua yang tidak layak menjadi ketua. Jika menjadi Ketua Pembangkang pun tidak layak, bagaimana boleh berangan menjadi Perdana Menteri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEMPEN HALUS MENGGULINGKAN PRESIDEN DIDEDAHKAN !!!

Posted: 15 Jun 2013 01:30 AM PDT


"PAS perlu mencari pemimpin tulen dari dalam," begitulah komen Awang Abdillah yang difokus menjadi isu utama portal FMT.Ciri-ciri pemimpin PAS yang digariskan oleh penulis portal itu berbeza sama sekali dengan Kriteria yang dimiliki oleh Presiden parti itu sekarang,Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

"Ia mampu untuk bercakap tentang peranan sebenar perbankan dan kewangan Islam (dan bukan seperti apa yang sedang diamalkan sekarang) Ia juga boleh menyatakan pendirian dan pelan untuk pemuliharaan sumber-sumber negara, seperti petroleum,hutan dan alam sekitar serta rancangan pekerjaan,pinjaman pelajar,perumahan,pembangunan infrastruktur dan lain-lain lagi.Ia boleh bercakap tentang pelan induk kejuruteraan untuk menangani banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia setiap tahun. Ini adalah isu-isu yang merayu kepada semua lapisan masyarakat,"kata penulis FMT. 

Menurutnya,PAS terbukti lemah pada Pilihanraya Umum ke-13 dan paling lemah dalam Pakatan."Walaupun kedua-dua DAP dan PKR tidak baik,di mana masing-masing memenangi 38 dan 30 kerusi Parlimen, (namun) PAS hanya mendapat 21 kerusi sahaja daripada 73 yang ditandinginya."Mengapa PAS gagal bertarung dengan UUMNO pada PRU 13 ? Sebulan selepas PRU 13, persoalan ini masih menjadi tanda tanya,"katanya.Menurutnya,pada PRU itu,PAS telah dikunci tanduk oleh UMNO di kebanyakan kawasan orang Melayu dan PAS hanya dapat 'bertarung' dengan baik di Kelantan dan Terengganu walaupun (di Terengganu) parti itu gagal mengambil alih kerajaan negeri. 

Sepatutnya,kata penulis itu,PAS boleh merebut lebih banyak kerusi di kawasan Melayu apabila menyedari sokongan terhadap UMNO menurun pada Pilihanraya Umum ke-12. "Tetapi sebaliknya parti itu (PAS) terus bercakap mengenai perkara-perkara agama seperti undang-undang syariah.Mereka gagal untuk menentukan perbezaan antara Islam dan undang-undang syariah, dan warisan sosio-ekonomi serta budaya Melayu.Oleh itu,adalah salah bagi PAS menggunakan ajaran Islam sebagai isu politik untuk meraih populariti dalam pilihan raya,"katanya lagi Menurutnya apabila PAS memberi tumpuan kepada hudud sebagai platform politik,parti itu telah membenarkan UMNO mengekalkan populariti dengan memberi tumpuan terhadap isu-isu ekonomi.Dan ini sekaligus katanya menyebabkan PAS berada di luar trek apabila ia gagal menangani isu-isu nasional dan ekonomi berkaitan dengan umat Islam.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM TOKOH 'FLIP FLOP' MALAYSIA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jun 2013 10:00 PM PDT


sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri dari arena politik negara pada 2009,perkataan 'flip flop' yang hebat dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri tersebut,sudah mula jarang kedengaran di media-media arus perdana dan alternatif.Ini semua ada kaitan dengan kegemaran Abdullah mengubah keputusan besar yang melibatkan kepentingan negara sewaktu era pemerintahannya.Tapi kini keadaan sudah berubah.Kalau dulu gelaran flip flop di dominasi Paklah,kini gelaran tersebut sudah lebih dari layak untuk dikalungkan di leher Anwar Ibrahim.Ironinya,Anwar Ibrahim adalah pemimpin pembangkang pertama di dunia yang mengusulkan 'undi percaya' di parlimen bagi memastikan Paklah kekal sebagai Perdana Menteri dan seterusnnya menghalang Datuk Seri Najib menduduki jawatan tersebut. 

Bukti ??? Sudah banyak.Paling hampir sekarang ialah kenyataan Anwar untuk memboikot sidang parlimen pertama 2013 pada 24 Jun nanti,yang kemudiannya dinafikan pula oleh Timbalan Presiden PKR sendiri,Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin PR yang lain.Melihat kepada perkembangan semasa yang tidak menyebelahinya dalam isu ini, Anwar dikhabar akan keluar dengan kenyataan hadir sidang tersebut atas alasan menghormati DYMM Yang Dipertuan Agung dan segala apa yang lain.Walaupun kita tahu Anwar sekadar bersandiwara bila mengutarakan kenyataan tersebut tapi anehnya kenapa pengikut tegarnya yang tidak mahu melihat Anwar sebagai penipu,tidak pula menafsir tindakan tersebut (batal boikot sidang parlimen), sebagai keputusan flip fliop seperti mana cemerlangnya mereka dahulu mengatakan Paklah? Cuma berbeza Paklah flip flop dalam keputusan kerajaan sementara Anwar dalam soal politik pembangkang. 

Yang mana kalau dibaca dalam bahasa politik,akan membawa maksud yang lebih kurang sama – pemimpin dengan label tersebut memang tak berguna satu sen untuk mengetuai kumpulan pengakap sekalipun,apatah lagi diharap untuk mengetuai kerajaan negara Malaysia ini.Tapi tak kisahlah,nak panggil flip flop atau tidak, yang penting ciri-ciri itu memang dimiliki oleh Anwar.Kalau dia jadi Perdana Menteri, lebih banyak flip flop akan berlaku dalam membuat keputusan kerajaan.Maklum sahajalah Anwar, dia perlu akur dengan perintah ramai orang atau banyak rahsia-rahsia sulitnya yang dipendam dengan baik sekarang ini akan terbongkar keluar.Orang-orang macam Karpal Singh,Azmin sendiri dan beberapa orang lagi adalah mereka yang masuk dalam kategori manusia yang penulis maksudkan. Penulis minta penyokong pembangkang supaya rasional dan memberi penilaian yang adil kepada semua pihak.Jangan kerana namanya Anwar Ibrahim maka setiap butir yang keluar dari mulutnya adalah benar belaka.Anwar pun manusia biasa macam kita semua, tak lepas dari membuat salah dan dosa. Bahkan dengan keperibadian Anwar sekarang,saya yakin dia lebih banyak buat dosa dari pahala.Perlukah saya bagi bukti ??? Tak payahlah kot,Anwar tuduh kerajaan macam-macam,bukan ada bukti pun.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! QARDHAWI GELAR SEKUTU PAS PARTI SYAITAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jun 2013 07:30 PM PDT


PAS mendewakan Hizbullah bukanlah sesuatu yang asing didengar.Hizbullah ialah kumpulan Islam mazhab Syiah dan juga sebuah parti politik di Lubnan.Hizbullah juga mempunyai pasukan tentera dan kegiatan awam di Lubnan.

Wikipedia mencatatkan mengenai Hizbullah seperti berikut : Hizbullah terbentuk hasil inspirasi kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979 pimpinan mullah terkenal Ayatollah Ruhullah Khomeini.Pada tahun 1982 pilihan terbaik umat Islam di Lubnan bagi mengatasi penjajahan Israel 1982 atau dikenali sebagai Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam mazhab Syiah di Lubnan,Syria dan Jordan dan Iraq sendiri.Setiap negara tersebut mempunyai kumpulan atau parti yang dinamakan Hizbullah.Di masa yang sama,PAS juga turut mengagungkan Ulama-ulama besar Sunni antaranya,Prof. Dr. Yusuf Qardhawi yang menjadi Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.Nama beliau sering 'dijual' oleh PAS dan bakal Perdana Menteri mereka,Anwar Ibrahim,bagi meraih sokongan umat Islam terhadap PR.

Suatu ketika, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi turut menyokong gerakan Hizbullah menentang Israel,tetapi hari ini,beliau telah merujuk kepada Hizbullah sebagai syaitan.Beliau berkata demikian dalam khutbah Jumaat di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha.Katanya, "Mereka adalah Hizbu Thoghut,Hizbu Syaitan yang datang dari luar bagi membunuh penduduk Qusair dan sekitarnya.Ribuan militian dari pengikut orang yang bernama Nasrallah sedang dia ialah Nasru Syaitan.Mereka mendakwa kami membunuh musuh, apa musuh yang dimaksudkan?" 

Kita faham bahawa pada suatu ketika dahulu,sokongan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi terhadap Hizbullah adalah kerana penentangan gerakan itu terhadap Israel.Ini bukan bermakna beliau menyokong Hizbullah sebagai sebuah gerakan politik.Namun,orang-orang PAS yang sentiasa dalam keadaan keliru akibat enggan menggunakan akal telah menyokong Hizbullah sebagai satu gerakan politik,bukan kerana penentangan mereka terhadap Israel.PAS mengangkat Hizbullah sebagai sumber inspirasi agama dan politik sekali gus.Pada 28 Ogos 2006,di dalam ucapan merasmikan Seminar Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kelantan di Pengkalan Chepa,Naib Presiden PAS,Husam Musa menyeru ahli dan penyokong PAS menghayati kejayaan Hizbullah dalam pilihanraya Lubnan dan menjadikannya iktibar bagi PAS menghadapi PRU yang akan datang.Melayari artikel-artikel lama berkaitan PAS kita akan mendapati betapa PAS mengagungkan Hizbullah sebagai sumber inspirasi dan atau rujukan. 

Salah satu yang saya temui bertajuk,'Jangan Hakis Ciri Hizbullah PAS Dengan Sebab Pemilihan' di tulis oleh Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malek.Dari fakta di atas,tentulah tidak salah jika dikatakan bahawa kaitan PAS dengan Syiah itu adalah nyata.Justeru,saya tertanya-tanya apakah pendirian PAS hari ini apabila Prof. Qardhawi sendiri menggelarkan Hizbullah sebagai syaitan sedangkan PAS ingin sekali 'menjadi seperti' Hizbullah ??? Apakah PAS akan menuduh Prof. Qardhawi sebagai kafir atau sesat kerana menyelar 'sekutu' mereka di Lubnan itu ??? Atau apakah PAS akan turut mengangguk mengajuk kenyataan beliau ??? Atau PAS akan menyerlahkan kepakaran mereka dalam memutarbelit dengan memanipulasi kenyataan Prof. Qardhawi sekali lagi ??? Dan mungkinkah kenyataan Prof. Qardhawi itu boleh diambil sebagai satu pengesahan bahawa PAS itu sendiri merupakan sebuah parti politik yang bercirikan syaitan ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!

Posted: 14 Jun 2013 05:00 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara."Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini,hari Khamis.Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas. 

 "Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan.Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.LID 2013,yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia,Uganda,Kenya,Nigeria,Lesotho and Botswana.Sementara itu,dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation : The Malaysian Experience",Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara. 

Beliau berkata,inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia. "Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI). "Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya – Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...