tun faisal dot com |
Pasca #PRU13 - Tun Daim bukan 100% benar Posted: 02 Jun 2013 08:50 PM PDT Sehingga kini di keliling pemimpin hanya ada kepalsuan dan yang menulis juga, tanpa mengkaji fakta turut menulis kepalsuan - pertama kerana ada kepentingan, kedua kerana ketololan mengikut arus tanpa usaha mencari kebenaran... Benar, di Malaysia bukan Presidential election, tetapi sejak bilakah Pilihan Raya Umum negara ini adalah berkenaan kawasan Parlimen yang lain? Dalam Pilihan Raya Umum 1990 misalnya, walaupun ia adalah pertandingan di antara Barisan Nasional (BN) menentang Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi yang lebih menonjol adalah pertandingan di antara Tun Dr Mahathir menentang Tengku Razaleigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Joseph Pairin Kitingan. Dalam Pilihan Raya Umum 1999, ia bukan mengenai BN menentang Barisan Alternatif (BA), tetapi lebih kepada Tun Dr Mahathir menentang Anwar Ibrahim. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, ia adalah mengenai Tun Abdullah Badawi menentang Anwar. Jelasnya, soal siapa bertanding di 221 kawasan Parlimen yang lain memang bukan sesuatu yang selalu ditonjolkan, sebaliknya yang ditonjolkan adalah pemimpin utama parti-parti yang bertanding. Dalam banyak keadaan, ada sejumlah rakyat Malaysia tidak mengenali pun siapa Presiden parti komponen yang bertanding dan ada yang mengambil sikap tidak peduli asalkan mereka mereka mengundi BN atau parti pembangkang. Saya tidak menolak pandangan `school of thoughts' yang menyatakan bahawa BN ketika itu kekal relevan disebabkan kesungguhan Perdana Menteri Najib Razak dan agenda transformasi beliau. Malah ada tinjauan penjenamaan yang menunjukkan bahawa Najib Razak adalah jenama yang lebih popular berbanding 1Malaysia dan Barisan Nasional. Tinjauan yang sama juga menunjukkan ada personaliti, parti dan `soundbites' tertentu menjadi `brand eroders' atau penghakis jenama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. Jadi tidak salah jika pakar penjenamaan yang menasihati `bilik peperangan' / `war room' untuk meneruskan penjenamaan Najib Razak berbanding jenama lain dan mengenepikan sama sekali 'brand eroders' daripada sebarang jendela kempen PRU13. Cuma saya dan beberapa orang rakan seperti Timbalan Pengerusi UMB, Razlan Rafii sering mengingatkan bahawa sampai satu ketika sebelum tempoh berkempen, jenama BN itu mesti ditonjolkan kerana rakyat akan mengundi BN atau PR; bukan Najib Razak atau Anwar. Bagaimanapun pandangan Tun Daim adalah tepat bila menyatakan bahawa terdapat masalah dan kecelaruan dalam pemilihan calon-calon BN. Cuma apa yang para penulis blog dan cybertroopers tidak sedar - bukan Datuk Allies Anor yang menasihatkan pemilihan calon-calon tersebut, tetapi individu lain. Masalahnya, individu yang menasihati PM tentang calon ini terus bebas tanpa dipersalahkan, baik selepas pengumuman calon mahu pun selepas hari pengundian PRU13. Saya bukan peminat dan penyokong Datuk Allies, dia pun bukan kenal dan pedulikan saya pun tetapi jangan lah sampai kita berlaku tidak adil sehingga menyalahkan individu yang tidak bersalah. Apa pun game anda - ia seharusnya untuk meningkatkan kekuatan UMNO untuk menghadapi PRU14 bukan kepentingan kumpulan anda. Jika kumpulan anda lebih diutamakan berbanding kekukuhan parti dan perjuangan, maka apakah perbezaan anda dengan penasihat PM yang meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan parti ketika mendesak PM menamakan calon-calon pilihan mereka. Anda dan mereka sama saja, tiada bezanya.... |
Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13 Posted: 02 Jun 2013 07:04 AM PDT Bukan cara kita untuk menipu dan mengugut seperti tentera pengganas siber Red Bean Army TERKINI! GADIS CINA YANG DIUGUT ROGOL OLEH RED BEAN ARMY DIDEDAHKAN !!Apabila terbongkarnya kumpulan jahat rasis Red Bean Army, kita telah mulai memantau alam maya yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Ternyata bahawa warga maya yang menggunakan 2 bahasa tersebut lebih terdedah kepada propaganda yang bukan sahaja lebih teruk tetapi melibatkan ugutan dan character assasination yang melampau. Sebelum ini kita didedahkan dengan isu berhubung ancaman bunuh dan rogol yang dibuat oleh penyangak cyber pro-DAP terhadap seorang gadis yang merupakan penyokong Barisan Nasional (BN) Dan isu ini timbul kembali setelah ditulis di dalam Mingguan Malaysia hari ini dan kemudiannya dimainkan pula oleh portal pembangkang Laporan portal itu sudah tentu mendapat komen yang banyak dan berbau menyerang Utusan Malaysia seolah-olah media perdana itu menyebarkan fitnah. Klik Sini Padahal. isu ini pernah dibongkar sebelum ini tetapi kurang diketengahkan oleh warga troopers di sebelah bahasa Melayu. Tetapi isu ini diketengahkan juga oleh beberapa bloggers, di antaranya KLIK SINI KLIK SINI Dan isu ugut rogol itu sebenarnya wujud dan tertimpa kepada gadis Cina di bawah : Lihat video di bawah : Dek video di atas, gadis tersebut telah diserang dengan teruk tanpa belas kesihan dengan pelbagai penghinaan, mencarut dan juga ugutan rogol seperti yang didedahkan oleh Utusan Malaysia. Sebagai buktinya, anda baca sendiri 6 printscreen di bawah dan anda saksikan sendiri betapa teruknya propaganda pro-pembangkang dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina! Dickie Ten Zzjimmy Chan Samuel Yap Stewart Yap Marc Antoni Beginilah caranya cybertroopers pembangkang meniupkan propaganda jahat mereka untuk mempengaruhi pengguna siber generasi muda terutamanya bangsa bukan Melayu. Dan selama ini, mereka termasuk Red Bean Army bermaharajalela sesuka hati mereka menabur apa sahaja lebih-lebih fitnah memburuk-burukkan kerajaan. Tetapi MiM yakin mereka itu akan berdepan dengan tindakan undang-undang terutamanya Red Bean Army seperti yang dinyatakan oleh Menteri KDN sebelum ini . BACA SINI |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment