BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! MEMORANDUM SEKRETARIAT MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA ISLAM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 02 Jun 2013 12:02 PM PDT


Berikut adalah Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan berhubung isu penyalahgunaan nama "Allah" yang telah diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bersempena Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-231 yang telah diadakan pada 27 Februari 2013 untuk penelitian dan titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat terkini kes nama "Allah' di peringkat Mahkamah Rayuan,sila baca di sini

Memorandum 

Dengan penuh hormat dan takzimnya,Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan (SEKRETARIAT),merafak sembah dan memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk meneliti dan seterusnya mengampun perkenan titah ke atas Memorandum berhubung perkembangan terkini berkaitan isu penyalahgunaan nama suci 'Allah'.Memorandum ini telah dizahirkan akibat kegusaran dan kekhuatiran umat Islam yang terbit dari perkembangan mutakhir, di mana kesucian nama 'Allah',sebagaimana terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Negeri-negeri serta kuasa-kuasa mutlak Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam, boleh dan telahpun tercemar.Memorandum ini adalah ikhtiar terdesak SEKRETARIAT yang mewakili pelbagai lapisan umat Islam,khususnya Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, gagasan individu Melayu dan Muslim terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan yang berkongsi keprihatinan yang sama. Justeru, DYMM Raja-Raja Melayu yang telah bersumpah Syar`iy dengan melafazkan "Wallahi,Wabillahi, Watallahi" untuk "memelihara pada setiap masa Agama Islam" dirayu untuk meneliti dan mengeluarkan titah ke atas keadaan yang amat membimbangkan ini. 

Keprihatinan SEKRETARIAT 

SEKRETARIAT prihatin dan gusar melihat usaha-usaha sesetengah pihak untuk menyalahgunakan nama suci Allah yang seterusnya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakmasyarakat Muslim khususnya orang Melayu yang sememangnya sangat komited dalam memelihara kesucian agama Islam terutamanya nama suci Allah, dan juga penganut Islam daripada keturunan lain. Konsep ketuhanan berasaskan mentauhidkan 'Allah' yang dianuti oleh masyarakat Muslim di dalam realiti Malaysia dan konteks Muslim dan tradisi, kebudayaan dan sejarah Melayu di Malaysia,ialah Allah dalam ertikata agama tauhid,bercanggah dengan konsep Tuhan Triniti sebagaimana yang difahami oleh penganut agama Kristian 

Perkembangan Mutakhir 

Sebagai makluman Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu,mutakhir ini telah berlaku suatu lagi penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu, khususnya terhadap DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima surat daripada sebuah firma guaman, Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co. bertarikh 10 Januari 2013 berhubung beberapa aspek mengenai larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam seperti yang dititah DYMM Sultan Selangor. Surat tersebut antara lain menyifatkan kenyataan MAIS tersebut sebagai bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memo dalaman daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertarikh 8 April 2011.SEKRETARIAT,mewakili sentimen umat Islam amnya, merasa amat kesal kerana tindakan ini yang bersifat mempertikaikan kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor Darul Ehsan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. 

SEKRETARIAT berpendirian bahawa titah DYMM Sultan Selangor berhubung larangan penggunaan nama Allah adalah dibuat selaras dengan kuasa Baginda dan mengikut peruntukan dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang masih berkuat kuasa sejak ia diwartakan pada 7 Julai 1988. Di negeri Selangor, Seksyen 9, enakmen berkenaan yang diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan,secara jelas melarang nama Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka. Susulan perkembangan mutakhir tersebut, SEKRETARIAT menyembah kepada DYMM Raja-Raja Melayu perasaan prihatin dan khuatir yang amat sangat dengan sikap pihak-pihak yang masih berdegil mengambil tindakan-tindakan yang menghakis kedaulatan agama Islam. Ini termasuklah mencetak dan menerbitkan bible di dalam bahasa melayu serta mengedarkan bible seumpama itu kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang dan memanipulasi isu penyalahgunaan nama suci Allah. Sedangkan kedudukan undang-undang setakat ini masih bersifat status quo, kerana kes-kes mahkamah dalam isu ini masih belum dimuktamadkan. Berikut adalah sedikit ringkasan kes-kes tersebut :  

i) MENTERI DALAM NEGERI & 1 LAGI v TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR: MRRS No. W-01-1-2010 

Berikutan daripada keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 terhadap permohonan Semakan Kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan bagi pihak Perayu-perayu di Mahkamah Rayuan pada 4 Januari 2010 dan telah memfailkan Rekod Rayuan pada 25 Februari 2010.Pada masa ini, tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan. Pada 6 Januari 2010,YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Peguam Negara Malaysia untuk menggantung pelaksanaan dan prosiding seterusnya berhubung dengan keseluruhan keputusan YA Hakim tersebut sehingga rayuan Perayu-perayu di Mahkamah Rayuan dilupuskan dengan muktamad. 

ii) JILL IRELAND BINTI LAWRENCE BILL v MENTERI BAGI KESELAMATAN DALAM NEGERI & 1 LAGI; MTKL SEMAKAN KEHAKIMAN No. R492-25-256-2008 

Permohonan Pemohon untuk mendapatkan kebenaran (leave application) untuk memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dibenarkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi pada 4 Mei 2009.Setakat ini,YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masih belum mendengar permohonan substantif bagi Semakan Kehakiman ini.Kes ini masih di peringkat Pengurusan Kes.Tarikh sebutan Pengurusan Kes yang akan datang ialah pada 28 Februari 2013.SEKRETARIAT berpandangan bahawa apapun keputusan akhir mahkamah dalam kes-kes di atas, ia perlu dibataskan kepada fakta-fakta khusus kes-kes tersebut. Ia tidak boleh difahami sebagai mengurangi kesan dan skop peruntukan-peruntukan yang sedia ada berkaitan dengan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan serta mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa terutamanya Enakmen-enakmen Negeri berkaitan Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Penganut Islam.Peruntukan Enakmen-enakmen ini jelas menyatakan bahawa sesetengah perkataan termasuk nama suci 'Allah' adalah khusus untuk kegunaan Agama Islam. Enakmen-enakmen ini adalah undang-undang yang sah serta perlu dikuatkuasakan dengan lebih bersungguh-sungguh. 

Pendirian serta RANCANGAN TINDAKAN SEKRETARIAT 

Susulan dari Majlis Taklimat pada 30 Januari 2013 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara,Kuala Lumpur,anjuran pihak SEKRETARIAT yang telah menghimpunkan para pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Melayu, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, para tokoh Melayu terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan lain yang berkongsi keprihatinan yang sama berkaitan dengan isu ini, SEKRETARIAT telah memutuskan untuk terus memantau dan meneliti perkembangan seterusnya serta menyusun langkah-langkah yang konkrit dalam menangani keadaan ini dengan penuh hikmah. Dalam masa yang sama, SEKRETARIAT menginsafi bahawa gerak kerja secara bersinergi, lebih-lebih lagi berpayungkan titah-titah tegas DYMM Raja-Raja Melayu amat penting dan kritikal jika keadaan ini hendak ditangani dengan berkesan. SEKRETARIAT khuatir sekiranya tindakan yang segera dan jitu tidak diambil, maka krisis yang lebih besar akan berlaku di kalangan masyarakat di dalam negara ini. Justeru, SEKRETARIAT memikul amanah berat untuk menyembahkan harapan besar umat Islam di negara ini yang menyanjung tinggi kedudukan DYMM Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama dan Negeri, agar DYMM Raja-Raja Melayu sentiasa dianugerahkan daulat dan kudrat oleh Allah SWT untuk menzahirkan titah-titah yang bertepatan sesuai dengan penilaian yang teliti dan syumul DYMM Raja-Raja Melayu. 

Sekretariat mempersembah maklum ke bawah DYMM Raja-Raja Melayu bahawa gabungan Badan-badan Islam bukan kerajaan yang bernaung bawah PEMBELA, telah membuat suatu laporan polis pada 18 Januari 2013, terhadap firma guaman Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co. berhubung tindakan firma guaman tersebut yang telah menghina kedudukan dan kedaulatan Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Selangor, melalui suatu surat mereka bertarikh 10 Januari 2013, sebagaimana yang telah disentuh dalam 4.1.1.di atas. Laporan polis tersebut dibuat bagi menggesa pihak polis memulakan satu siasatan menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama. 

Rayuan SEKRETARIAT kepada DYMM Raja-raja Melayu 

6.1.1 DYMM Raja-Raja Melayu menetapkan suatu agenda khas untuk perkara ini diperhalusi dan diputuskan tindakannya di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang; 
6.1.2 SEKRETARIAT memohon perhatian dari Ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu agar titah penegasan dapat disampaikan melalui Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri supaya tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang yang terdapat dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri-negeri diambil untuk membendung perkembangan yang tidak sihat dan bahaya ini. 
6.1.3 DYMM Raja-Raja Melayu mengeluarkan titah peringatan tegas kepada para pemimpin parti-parti politik,sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam, untuk menghormati larangan penggunaan nama 'Allah' di kalangan bukan Islam menurut kedudukan undang-undang sedia ada, serta tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk meraih sokongan politik yang sempit dan tidak bertanggungjawab; 

Menjunjung kasih Tuanku.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! NIK ABDUH PERSOAL KREDIBILITI ANWAR IBRAHIM ??? WOWWW !!!

Posted: 02 Jun 2013 09:04 AM PDT


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus giat merancang perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula menerima kekalahan pakatan pembangkang dan menyifatkannya sebagai takdir Allah. Malah,Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri. "Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan (5 Mei lalu) adalah tidak mengejutkan saya.Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan Pas.Keputusan PRU-13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat pakatan pembangkang.Pas melalui Presidennya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah," katanya. 

Nik Abduh turut menyentuh prestasi pembangkang di Sabah dan Sarawak yang kekalahan pembangkang di kedua-dua negeri itu membayangkan kelemahan jentera Anwar.Kekalahan pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak jelas beliau,telah melenyapkan harapan pembangkang untuk memenangi Putrajaya seterusnya membentuk kerajaan meskipun berjaya menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung.Dalam nada sinis,Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.""Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung.Sepanjang saya berguru dengan TGNA (Tuan Guru Nik Aziz),TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan guru politik dalam Pas,saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.Ya,DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan Pas dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah Pas.Tetapi,saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung Pas," katanya.

Beliau sehubungan itu menempelak ahli dan pendukung Pas yang sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjurkan Abdul Hadi sehingga menganggap kekalahan pilihan raya lalu sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang didakwa mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Saya sukar memahami sesetengah ahli Pas tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.Sama ada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung Pas sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI,saya tangguhkan buat sementara kerana mungkin juga kedua-duanya bersalah," katanya.Nik Abduh turut mengakui Pas masih gagal memikat undi orang Melayu di seluruh negara termasuk kegagalan parti itu membantu sekutunya PKR mengekalkan tiga kerusi Parlimen di Kelantan yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.Menurut beliau,Dewan Pemuda Pas sekitar tahun 2010 telah merumuskan bahawa Pas mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang didakwa masih liat untuk berubah.Dalam rumusan tersebut katanya,Dewan Pemuda Pas juga mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang Melayu agar Pas dilihat mampu menggantikan UMNO.Pas perlu bertegas dengan isu orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya Pas hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa rasis UMNO.Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada Pas," katanya lagi merujuk kepada rumusan sayap Pas itu. Nik Abduh turut menegaskan bagaimana Dewan Pemuda Pas telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam serta yakin memperolehi hasil yang agak positif – Utusan

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! P UTHAYAKUMAR MENCABAR ANWAR IBRAHIM BERDEBAT !!! ANWAR IBRAHIM !!! ADA BERANI KER ???

Posted: 02 Jun 2013 08:30 AM PDT


Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat kerana Ketua Umum PKR itu mendakwa pertubuhan itu bersifat rasis.Pemimpin utama Hindraf,P Uthayakumar berkata, tindakan Anwar menyamakan pergerakan mereka dengan Perkasa adalah tidak tepat. "Ketika beliau masih jadi menteri,Anwar pernah berkata,dalam masyarakat madani,kaum majoriti perlu bantu kaum minoriti. Apabila Melayu dan Cina lebih dominan dalam masyarakat Malaysia, India adalah minoriti.Tetapi apabila kami kaum minoriti yang memperjuangkan nasib kaum kami sendiri, kami digelar rasis pula. Sepatutnya kaum majoriti yang perlu bantu kaum India," katanya kepada Sinar Harian. 

Uthayakumar mendakwa Anwar tidak punyai pendirian apabila hanya menggunakan Hindraf bagi menarik sokongan ketika PRU12 dan menolak apabila sudah tidak diperlukan."Saya cabar beliau berdebat.Adakah perjuangan Hindraf selama ini dianggap rasis seperti dikatakannya itu?" katanya. Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Anwar dalam ucapannya di perhimpunan Blackout 505 di Johor Bahru yang melabelkan Hindaf sebagai pelampau ketika bercakap mengenai pelantikan Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Sinar Harian

HOT NEWS !!! SAH !!! DAP KANTOI MENIPU !!! APA CERITA NI ???

Posted: 02 Jun 2013 05:00 AM PDT


DAP telah menerima surat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya menyerahkan dokumen dan bukti bagi membantu siasatan berkenaan kegagalan memberi notis kehadiran kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti,15 Disember lepas.Setiausaha Organisasi DAP,Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya diberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk membalas surat itu dan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.Beliau berkata dalam surat itu ROS hanya meminta DAP menyertakan bukti penghantaran notis kepada empat cawangan tertentu sahaja iaitu cawangan Taman Sri Sungai Pelek,Selangor; Taman Nesa Skudai,Johor,Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Seremban.

"Kami telah mengesan bahawa empat anggota daripada empat cawangan itu pernah menghadiri kongres dengan menandatangani senarai kehadiran dan telah mengundi semasa pemilihan parti, seorang lagi telah mengisytiharkan dirinya keluar parti pada 16 Ogos tahun lepas iaitu bekas ketua cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat," katanya.

Loke yakin kelima-lima mereka dari empat cawangan itu telah membuat aduan kepada ROS berhubung dengan kegagalan penerimaan notis itu."Bagaimanapun,kami akan menyerahkan empat lagi anggota yang belum keluar parti kepada pihak jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya,"katanya.Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini Jumaat,Loke menafikan kenyataan ROS pada Khamis yang menyatakan DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember lepas.Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya berkata keputusan siasatan kegagalan penerimaan notis itu diperoleh selepas menerima aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis itu serta dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres itu. 

Loke berkata pihaknya mempunyai bukti bahawa mereka pernah menghantar notis dan dokumen lengkap melalui pos kepada kesemua anggotanya yang layak 10 minggu sebelum berlangsungnya kongres itu.Katanya mengikut senarai,terdapat 2,576 anggota yang layak untuk hadir dan mengundi pada pemilihan parti itu dan daripada jumlah itu, seramai 1,843 atau 71.5 peratus anggota telah hadir manakala 733 anggota tidak hadir.Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu.

MANA SAYA YANG BETUL ???

MANA SATU YANG MENIPU ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AIR ASIA PROMOSIKAN GAY ??? AYUH BOIKOT !!!

Posted: 02 Jun 2013 01:30 AM PDT


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa semua orang Melayu termasuk agensi kerajaan terus memboikot penerbangan AirAsia selagi tiada permohonan maaf dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X,Azran Osman-Rani berhubung kenyataan biadab beliau melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.Ketua Penerangan Perkasa,Ruslan Kassim berkata,Ahli Lembaga Pengarah AirAsia,Datuk Seri Kalimullah Hassan yang menyokong kenyataan biadab tersebut juga perlu memohon maaf kepada orang Melayu di negara ini.

"Perkasa meminta supaya Lembaga Tabung Haji turut sama memboikot AirAsia dan AirAsia X dengan tidak lagi menyewa malah menghentikan terus tempahan pesawat syarikat itu bagi mengangkut jemaah Malaysia ke tanah suci pada musim haji akan datang.Orang Melayu yang cintakan bangsa dan demi maruah Melayu,ayuh kita sama-sama boikot AirAsia dan AirAsia X seperti dicadangkan oleh Kelab Veteran UMNO dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tempoh hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sebelum ini,pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak Azran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis namun,sehingga kini beliau masih berdiam diri. Sehubungan itu, beberapa NGO seperti Veteran UMNO,Cuepacs dan Belia 4B Malaysia turut mencadangkan orang Melayu agar memboikot perkhidmatan AirAsia. – Utusan Malaysia

KEPADA RAJA NONG CHIK !!! LEBIH BAIK KAMU SENYAP !!! KAMU BUKAN LAWAN NURUL IZZAH !!!

Posted: 01 Jun 2013 10:00 PM PDT


Apa pasal Raja Nong Chik ni tiba-tiba nak buat laporan polis ??? 
Nak mengadu pasal anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pula tu.... 
Nong Chik ni tak tahu ke siapa Nurul Izzah ni ??? 
Berani nak melapor kepada pihak polis ??? 
Yakin ke yang laporan itu DIPANDANG oleh pihak berkenaan ??? 
Sedarlah diri tu sikit.Awak tu siapa, setakat jawatan Ketua UMNO bahagian Lembah Pantai, ada orang pandang ke ??? 

Petikan media semalam : 
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara. 

Nong Chik perlu sedar siapa diri sendiri.Sedangkan perhimpunan yang diharamkan mereka dalam pakatan rakyat berani LANGGAR,inikan pula Nong Chik yang setakat orang UMNO ??? 

So peringatan buat pemimpin UMNO,tak payah nak berlagak sangat dengan jawatan dalam parti.Contohi kepimpinan yang ada dalam pakatan rakyat,BERANI !!! Berani lawan FRU,berani langgar undang-undang.Berani sebar fitnah.Berani hasut orang ramai untuk membenci kerajaan dan mencetuskan kacau bilau dalam negara.Ada pihak berkenaan peduli keamanan rakyat ??? Jika peduli,kenapa mereka masih SERONOK mengadakan demonstrasi jalanan ??? Anwar Ibrahim masih BEBAS menyebar fitnah !!! 

Negara porak poranda dan masa itu baru nak ambil tindakan ???
Ambil pepatah Inggeris buatan sendiri,Go to hell,Go Fuck Yourself.

Nak tahu rahsia negara aman makmur dan sejahtera 6 tahun lepas ???
Dan kerajaan pada masa itu begitu fokus membangunkan negara tanpa perlu memikirkan soal politik ???
Kerana TIADA Anwar Ibrahim untuk bebas menghasut rakyat,mempolitikkan setiap benda,menyebar fitnah.

ITU FAKTA yang seluruh rakyat Malaysia akui !!!
UMNO 2013 LEMAH kerana TIDAK BERSATU-PADU !!!

Raja Nong Chik tidak bersatu padu dengan siapa ???
Apa benar dakwaan mengatakan Nong Chik sanggup lakukan apa saja demi tekaknya ???
Sehingga menerima sekali lagi kekalahan BN di Wilayah Persekutuan ??? - Suara Lensa 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AYUH SOKONG PRODUK MELAYU !!! AYUH SOKONG PROTON !!! ADA BERANI ???

Posted: 01 Jun 2013 07:00 PM PDT


Masa tu tahun 80-an rasanya,pelancaran kereta Proton yang pertama oleh PM,Tun Dr. Mahathir.Umur penulis rasanya dalam 6-7 tahun kot .Ramai yang rasa teruja masa pelancaran kereta pertama buatan Malaysia itu.Mungkin ada acuan dari Japan,tapi kita tetap berbangga sebab ada idea-idea rakyat tempatan di situ .Proton adalah hasil usaha Tun Dr. M untuk memajukan lagi bakat2 tempatan dalam kejuruteraan automotif setapak ke hadapan.Kepakaran Jepun dalam bidang kejuruteraan pembuatan kereta dipindahkan kepada tenagakerja2 tempatan.Bagi yang pernah menggunakan Proton Saga keluaran yang awal tentu berpendapat kereta itu setanding dengan kereta-kereta lain berjenama luar.Dengan harga mampu milik,Proton adalah antara kereta 'favourite' pada era 80-an.


Namun biasalah, sebagai syarikat yang baru bertapak mungkin ada beberapa masalah dalam model2 kereta yang di keluarkan.Beberapa pembaikan terus dilakukan untuk model2 seterusnya.Penulis sendiri menggunakan Proton Iswara dan kereta ini lah yang digunakan untuk penulis 'travel' untuk urusan kerja.Pernah ke Perlis,Kelantan,Terengganu malah hingga ke negara jiran Singapura.Tak banyak masalah di berikan asalkan minyak engine tu ditukar apabila tiba tempohnya.Untuk kereta penulis sendiri masalah 'power window' yang selalu diperkatakan itu tak pernah belaku,cuma mungkin dari segi air-cond,air blower tu tak cukup kuat untuk sampai pada penumpang2 di belakang.Namun untuk model2 seterusnya,masalah ini diperbaiki.


ANDA NAK LAGI KISAH INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

KALAU ANDA SAYANG MELAYU !!!

AYUH SOKONG PRODUK MELAYU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! PUAK CINA KUTUK YDP AGONG DI FACEBOOK !!! APA CERITA NI ???

Posted: 01 Jun 2013 05:00 PM PDT


semalam,gambar ini telah tersebar di semua blog dan portal.sedapnya perempuan yang bernama melissa gooi ni mengutuk ucapan YDP Agong di facebook.Tindakan serta perbuatan menghambur kata-kata kesat serta mencemar institusi diraja di negara ini adalah tidak berasas sama sekali.Jelas terbukti perbuatan sebegitu menunjukkan mereka adalah dari golongan yang berfikiran cetek,tidak matang serta tidak tahu adab sopan yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia.Ini kerana kesetiaan kepada raja dan negara sendiri sudah tertakluk dalam lima Rukun Negara.adakah sebarang tindakan yang akan diambil terhadap golongan-golongan yang berani mengutuk YDP Agung secara terang-terangam begini ???

KITA TUNGGU !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...