Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! China Doll Perlakuan Lucah dan Tunjuk Isyarat Lucah Pada Penguatkuasa?

Posted: 04 Jun 2013 08:17 AM PDT


 Seorang pelajar wanita warga China di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu kota yang diberkas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri, bertindak biadab apabila menunjukkan isyarat lucah terhadap penguat kuasa dan jurugambar bertugas.

Dalam operasi enam jam bermula jam 11 pagi di sebuah penempatan kolej swasta di Mantin, di sini, semalam, pelajar terbabit dipercayai cuba menimbulkan provokasi dan suasana tegang.

Difahamkan, dia bersama teman lelakinya warga Iran dikatakan sanggup datang dari ibu kota semata-mata memadu kasih sebelum dicekup dalam sekatan jalan raya.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan itu menahan 27 warga asing membabitkan pelbagai kesalahan.
Foto

WANITA warga China menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar dan anggota penguat kuasa. Gambar diatas.

"Pasangan kekasih berusia 20-an itu berang apabila ditahan penguat kuasa dan mempersoalkan kenapa gambar mereka dirakam.-  mymetro

Peh datang negara orang menumpang, bekerja, belajar, lagi nak tunjuk kurang ajar. Lahanat punya pendatang!! Entah-entah ini pelacur china yang guna Pas pelajar, bukan boleh pakai ni. Lepas tu, Dap bagi IC, pi undi Pakatan Haram... pui!

TUDIAA AIHH!! Kebodohan Pesuruhjaya Pas Berjangkit Pada Blogger Pas Kedah!! #HanyaDiKedah

Posted: 04 Jun 2013 05:37 AM PDT

Lawan Mukriz? kah kah kah...

Dua tiga hari ni, Mc dok belek blog-blog Pas Kedah. Sejak jadi pembangkang, sakan mereka hentam MB baru Kedah ni. Tak kisah la apa isu pun, depa hentam semua. Takdak satu pun benda baik yang BN Kedah buat, semua buruk belaka. Ternyata, jawatan pembangkang di Kedah memang tepat pada Pas.

Cuma dalam banyak-banyak isu dan story, Mc pelik bila depa pertikaikan ada pelaburan masuk ke Langkawi RM 1.2 billion, pelabur dari luar datang nak buat duit di Kedah, dalam bidang pelancongan pulak tu. Apa masalahnya??

Depa bagi alasan, BN tolak pelaburan KUIN tapi sokong pelaburan dalam pelancongan.

Pada blogger Pas yang mangkuk ayun ni, meh sini Mc nak bagitau. Awat sejak jadi pembangkang dan Mahfuz ketua hangpa ni, Mc tengok hangpa makin bodoh? Jangkit penyakit dengan kebodohan Mahfuz SRP tu ka?

KUIN tu Pas Kedah buat projek untuk pendidikan, bagusss.. tapi, apa yang tak bagusnya bila, Pas Kedah buat projek KUIN, bukan cari pelabur luar, tapi hutang BANK!! Sampai kena bayar hutang bank RM46 juta setahun!!

Sudahlah Insaniah Holding yang gaji CEOnya berpuluh ribu sebulan tu gagal bawa masuk pelajar dari luar ataupun dalam negara. Hutang dengan bank pula sampai ratus juta, apakah itu satu pelaburan yang baik?

Sebab tu BN Kedah sekarang bising.. kebodohan Pas, menjejaskan ekonomi Kedah yang lain!

Dato Mukhriz pula bawa masuk projek RM1.2 billion. Bawa duit luar bawa masuk Kedah, bukan kita bawa keluar duit. Mana lebih bijak? Susah betul nak terangkan pada geng SRP pun tak lulus!!

Bab pembalakan pula, yang berhenti hanya projek tebang balak. Kalau tanaman semula tu, rasanya MB teruskan. Jangan la dok buat fitnah banyak sangat ehh. Kami tau projek tanam pokok renek hijau tu, hangpa tanam dulu sebab nak tipu rakyat saja. Takmau bagi nampak kelarah kat gunung-gunung yang hangpa tebang tu kan.

Selamat rakyat Kedah bijak tolak Pas, walaupun saat-saat akhir Pas dok kaver balik penipuan depa tu dengan pelbagai cara, namun pada PRU ke 13 yang lepas, Pas tetap ditolakkk! Banyak bercakap dari bekerja, mana ada orang suka!

McTheory:
Apa kata Pas dok diam-diam.. biar kami pula buat kerja, jangan dok kacau boleh?

HOT INFO!! Anwar Kantoi, Bangla Sembunyi di Permatang Pauh! #TolakPR

Posted: 04 Jun 2013 02:17 AM PDT




Aiyoo, aiyoo..

Finally, the truth prevails.

There was no Bangladesh citizen in Malaysia who voted during the May 5 general election, as claimed by Pakatan Rakyat. In fact, the voters whom Pakatan thugs bashed up and threatened for having that 'Bangla look' are all Malaysians.

KUALA LUMPUR, June 3: The government of Bangladesh yesterday denied allegations that its Malaysian-based workers had voted as phantom voters in Election 2013, adding that the "xenophobic" accusation has subjected its citizens to abuse.


The country's High Commissioner to Malaysia Atiqur Rahman (pic) also laughed off claims that 40,000 of Bangladeshi citizens had been transported into Malaysia to vote for the ruling Barisan Nasional (BN) a week before the May 5 polls.

"It was of great regret for me to notice the efforts of vilifying Bangladeshi citizens by some quarters through their allegations ... of the existence of phantom voters of Bangladeshi origin," Atiqur told a press conference at the Bangladesh High Commission here.

"I want to further clarify that it is absurd that 40,000 Bangladeshi had come to Malaysia within a week's time to vote in the 13th general election as claimed by some people".

Although Atiqur conceded there were Bangaladeshis who voted in the May 5 polls, he asserted that the 100 or so who did were likely to be those given Malaysian citizenships after residing in the country for more than 30 years.

Atiqur further noted that laws in both his country and Malaysia prohibit Bangladeshi citizens from voting here, saying this meant it was unlikely that they had participated in Malaysia's elections.

"Therefore, the propaganda of Bangladeshi citizens voting in the 13th general election, I am sure, is nothing but a mere fabrication by some interest groups and a sheer misrepresentation of facts.

"You will agree that the efforts of political manipulation by depicting Bangladesh nationals as phantom voters might put those innocent Bangladeshis under increased threat and, at the same time, impose a negative image of our country unfairly.

However, PKR's Rafizi and others claimed of having proofs that BN issued Mykads to some Bangladeshis to vote.

But where are the proofs?

I think from today onwards, Pakatan leaders must learn how to distinguish between Malaysians and other nationals. In Pakatan itself, there are many 'Bangla look alike', 'Arab look alike' and so on. Does Anwar look like an 'original' Malay?


Kui Kui Kui..  posting Mc get from HERE.


McTheory:
Where banglas right now? somewhere in Permatang Pauh i think!! he he..

PANASS!! Si Sultan Mereng Ni Cuba Masuk Istana Anak Bukit!! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Jun 2013 11:17 PM PDT


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau kegiatan sekumpulan lelaki diketuai seorang pemuda yang membawa Panji Hitam tertera logo Empayar Nusantara Langkasuka sehingga menimbulkan kebimbangan selepas ketua mereka mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.

Kumpulan itu dikhuatiri menyimpang daripada ajaran Islam susulan daripada pengakuan yang dibuat ketua mereka di sebuah akaun laman sosial miliknya.

Selain daripada pemuda itu, pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad turut pernah mengakui dirinya Pemuda Bani Tamim iaitu pemegang panji hitam.


Lebih membimbangkan, kumpulan itu dipercayai cuba memasuki Istana Anak Bukit, dekat sini, pada hujung bulan lalu dengan membawa beberapa panji hitam selain mendakwa pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka yang meliputi negara seperti Filipina, Indonesia dan Selatan Thailand.

Lelaki yang mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah empayar berkenaan membuat pengakuan di akaun laman sosial miliknya pada 22 Mac lalu, malah kumpulan itu turut dikesan di Kelantan selain kemunculannya di Kedah, bulan lalu.

Bulan lepas Mc pernah posting pasal cerita ni. Ingatkan mamat saiko ni dah berenti buat kerja bodoh. Rupanya tak serik-serik lagi. Mc minta pihak berkuasa tolong tangkap dia ni sumbat masuk wad sakit jiwa. Sebelum dia buat benda lain yang lebih kritikal.

McTheory:
Makin ramai orang mereng macam Anwar rupanya...

PANASS!! Belum Masanya, BN Tak Perlu Menjadi Satu Parti! - Tun Dr Mahathir

Posted: 03 Jun 2013 08:17 PM PDT


Kebanyakan ahli UMNO Menolak BN menjadi satu parti. Ia boleh menjadikan BN makin kuat, atau makin lemah. Tapi orang melayu tak sanggup mengorbankan parti keramat UMNO. Bagi Mc sendiri, Mc menolak satu parti, kecuali UMNO dikekalkan.

Apa pula pendapat Tun Dr Mahathir mengenai perkara ini,

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas perdana menteri itu berkata pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO pada PRU13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr Mahathir.

McTheory:
Disebabkan kepercayaan orang melayu, UMNO patut membuat sesuatu yang drastik untuk mengubah ekonomi orang melayu, buktikan pilihan mereka tak salah..

HOT INFO! Berita Baik Untuk Anak Kedah Di Perantauan!! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Jun 2013 05:38 PM PDT


Kebanyakan anak muda Kedah dok tunggu janji MB baru kita ni. Janji apa? Janji nak majukan Kedah la. Sebelum ni Dato Paduka Mukhriz pernah berjanji akan meneruskan segala projek Kerajaan BN yang tergendala dahulu.

Antara projek besar kerajaan BN terdahulu yang berhadapan dengan masalah di bawah kerajaan Pas Kedah adalah Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH).

Projek SULIHH, yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) ketika dirancang pada 2007 oleh kerajaan BN, di Yan diakui sendiri oleh Bekas Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak sebagai tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Mengikut perancangan awal kerajaan BN, projek itu dijangka siap tahun ini dan mampu menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri.

BN dalam manifesto atau aku janji PRU13 khusus untuk Kedah jika dapat menguasai semula Kedah menawarkan untuk meneruskan ZIPY selain membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas.

Kini, BN telah kembali menguasai Kedah, dan semalam Dato Paduka Mukhriz berjanji akan laksanakan kembali segala projek BN yang tergendala, disamping membawa masuk pelaburan baru. Ini bermakna projek SULIHH juga akan turut disambung.

Belum pun sampai sebulan, Dato Paduka Mukhriz telah membawa masuk pelbagai pelaburan dan merancang untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Langkawi. Pelancongan merupakan salah satu daripada sumber utama negeri Kedah.

Alhamdullilah Kerajaan BN Kedah terbaru ni, langsung tidak fikir untuk menebang balak bagi menambahkan pendapatan. Semua pelaburan dan projek tidak ada kena mengena dengan penebangan balak.

Mc harap Dato Mukhriz terus fokus untuk majukan Kedah tanpa pedulikan tohmahan pembangkang yang semakin meroyan apabila Dato Mukhriz semakin galak membawa masuk projek untuk majukan ekonomi Kedah.

Nampaknya jika dah banyak pelabur masuk, kilang banyak, syarikat pun banyak, anak Kedah tak payah lagi merantau ke negeri lain untuk cari kerja. Itu yang anak muda harapkan.. dah penat nak cari kerja kat tempat orang, sedangkan negeri sendiri masih antara termundur.

McTheory:
Doakan segala perancangan berjalan lancar..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...