CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia

Posted: 04 Jun 2013 12:30 AM PDT

 
PETALING JAYA: Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.

"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

"Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia namun beliau reda dengan pemergian itu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal dunia.

Pak Sudin bersama isterinya, Puteh Esmoon (kiri) dan pelakon Datuk Sarimah Ahmad ketika di Hospital Universiti Singapura pada awal tahun ini. Foto koleksi deejay radio Ria, Singapura, Freda Hassan.

"Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan.

Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950.

Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa.

Suspek hina Agong ditahan

Posted: 03 Jun 2013 11:23 PM PDT


KUALA LUMPUR - Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia

-BERNAMA

[DEMONSTRASI] Turki..Apa sebenarnya yang berlaku?

Posted: 03 Jun 2013 08:15 PM PDT

Dimulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.

1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.

2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.

3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar protes?

4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg bermulo di Gezi Park adolah protes pencinta alam sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg xnak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain-lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2 pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh leader2 yg ado hidden agenda."

5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly speaking,antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah,Hotel mewah,pub dan disco..Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah,komuniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan Taksim,sehingga ke hari ini..Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah ,barisan pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis..Hari ini,ia menjadi pusat budaya Ataturk(Atatürk Kültür Merkez)..so no wonder la,tempat ni melata dengan maksiat.."

6- Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh alim ulamak, memberi arahan agar azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama Islam. Dunia Islam semua maklum akan perkara ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja.

7- Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam di sana dan pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat. Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki tahu Islam pernah berkembang di sini, mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh. Dendam kesumat beliau kepada kesultanan Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.

8- Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. Menurut Cikpuan Nadia Baharudin : " Erdogan nak islamicized turki tp parti haluan kiri x suka. Puncanya spt no. 1. Pengharaman arak dan usaha menghapuskan sekularism. Media barat pula amek kesempatan dgn manipulate kisah sebenar. Erdogan bkn bina mall, tp lbh kpd pusat Ottoman yg telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu berat di Taksim. So Erdogan nak buat 2 layer of Taksim square. Laluan atas utk pedestrian dan underground utk kereta. Istanbul dah terlalu padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan kesesakan dan dlm ms sama, pusat Ottoman ini akan menjadi tarikan pelancong utama selepas Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji utk tanam balik pokok yg ditebang. So, apa kes nak mengamuk? Dlm ms sama, the so called pencinta alam ni rosakkan harta benda. Scr logiknya, pncinta alam mana yg merosakkan alam? Epic failed! Media barat pun manipulate sbb diorg x suka tgk turki menjadi negara ke 7 dgn ekonomi terbesar. So.. jgn percaya media. Tanya pada org turki sendiri atau org kedutaan. Kami lebih tahu situasi sebenar. Fyi... turki selamat utk pelancongan. Gambar kat fb tu gambar marathon yg diedit. Bkn keadaan sbnr. Hr ni dah aman.. polis dah berjaya control. You all kena tau kat turki bkn ada org turki je. Especially kat central anatolia dan marmara region. Org Armenia yg memusuhi Turks sejak zaman dlu adalah majoriti yg memprotes. But still, only minoriti of total population. Tanya la org turks kat malaysia, semua agree dgn tindakan Erdogan."

9- Aku harap korang semua jelas punca kepada protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak Uthmaniyyah : "Golongan Sekular dan CHP yg kian lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan mengadakan suasana ketidakamanan di dalam Turki pada saat ini." Ulasan Zed Almansyud pula : "dalam kejadiaan ini,penyokong CHP antara yg banyak terlibat..Puak shiah/alawi di turki memberi sokongan kuat pada CHP dalam menentang Kerajaan."

10- Namun yang terpapar di media adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu : "Den tak tahu sapo yg start melakukan provokasi, tapi grup yg berdemo kek Turki mmg manusio yg suko melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorg suko membakar dan momocahkan bangunan org lain. FRU Turki mmg bg Tear gas & memukul pendemostrans tetapi ia dilakukan time mrk bertindak liar & ganas utk mempertahankan diri sendiri serta org awam yg tidak terlibat. Apopun Erdogan ado mengeluarkan statement bhw siasatan akan dijalankan utk menyiasat FRU yg bertindak ganas kpd para pendemostrans."

11- Menurut Akhbar No1 Turki, ZAMAN : "Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis",Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang ramai mengenai projek ... bukannya menyembur gas lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan Besiktas,Istanbul dan di kawasan-kawasan lain seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih mata"

12- "Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak memberi Kebebasan mengenai demo di Taksim,saya akan menolak kenyataan tersebut kerana sejak peristiwa
"the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 2010..Terima kasih dengan keputusan memperluaskan kebebasan di negara ini.." - Zed Almansyud

Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan samakan protes ini dengan Arab Spring, ia sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Terima kasih kepada rakan2 yang telah memberikan maklumat kepada aku. Runsing juga 2 3 hari memikirkan isu di Turki ini. Semoga kekusutan dan persoalan yang timbul telah dijawab. Wallahuallam.

Sumber di FB

[GAMBAR MENARIK] PAS - UMNO Minum Teh Bersama

Posted: 03 Jun 2013 07:48 PM PDT






MALAYSIAKINI: Azmin persoal fungsi Saifuddin di pejabat MB

Posted: 03 Jun 2013 07:50 PM PDT


Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

"Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu," kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

"MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.

-Malaysiakini

[GEMPAR] DAFI Diserbu dituduh KHALWAT Dengan Pembantu Peribadi

Posted: 03 Jun 2013 08:11 AM PDT

Seperti sukar untuk dipercayai. Namun itu yang tertera dalam sebuah akhbar mingguan semalam yang menyebut, penyanyi Dafi di dakwa ditangkap khalwat, baru-baru ini. Kejadian tersebut berlaku semasa Dafi menjalani penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Dafi di dakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA)nya.

Cerita penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, kira-kira jam 1 pagi bilik diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dia bersekedudukkan dengan wanita. 

Walaupun terkejut namun kata Dafi, dia memberikan kerjasama kerana yakin yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, kumpulan itu meminta maaf da beredar.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik. 

Apapun kejadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu. 

Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan tidak mahu kejadian tersebut berulang.

Mingguan Malaysia: Tangkap basah Kenapa fitnah saya? - Dafi  

Dituduh kena tangkap basah. Apa cerita Dafi? 

Itu yang saya hairan. Macam mana ada orang boleh buat aduan yang saya bersekedudukkan dengan wanita. Masa itu saya ada penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Kami memang berkampung di sana. Tapi tak adalah sampai saya tidur sebilik dengan perempuan.

Macam mana boleh timbul cerita? Maklumlah, jadi artis ini, banyak mata yang memerhati.

Masa itu pukul 1 pagi. Saya ada dalam bilik sebelum ada orang ketuk pintu. Bila pintu dibuka, saya terkejut ada empat orang lelaki mengaku anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin geledah bilik saya sebab dapat aduan yang saya bersekedudukkan dengan wanita. Perkara itu tak betul.

Dafi beri kerjasama atau tidak?

Mestilah saya beri mereka masuk sebab saya tak buat salah. Memang agak terkejut sebab saya tak pernah kena benda macam ini. Tapi saya faham mereka jalankan tugas. Lepas dah terbukti memang tak ada perempuan dalam bilik saya, mereka beredar dan minta maaf. Mereka beritahu, ada orang buat aduan. Saya dituduh tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA) saya.

Jadi PA Dafi tidur di mana?

PA saya memang wanita. Kami berkongsi tingkat hotel yang sama tapi bukannya berkongsi bilik. Entah siapa yang buat cerita ada orang nampak dia menyelinap masuk bilik saya dan kami tidur sekali. Itu memang mengarut.

Apa reaksi Dafi bila dituduh begitu?

Terus-terang, agak kelakar jugalah sebab orang yang nak buat aduan itu tak siasat dulu. Saya sakit hati juga sebab dia tabur fitnah pada saya. Iyalah apa motif dia kan? Bila saya fikir balik, mungkinlah ada orang cuba nak kenakan saya atau mungkin juga cuba nak kenakan ayah saya. Kita tak tahu bukan.

Orang nak kenakan Dafi kerana Dafi seorang artis. Apa pandangan Dafi mengenai situasi ini?

Saya faham peraturan adalah peraturan. Mungkin ada artis lain yang buat hal macam ini tapi saya tidak. Tak semua artis macam itu. Janganlah tuduh melulu. Kalau kebetulan duduk berdua sebab nak bincang skrip atau membabitkan kerja, takkanlah nak tuduh dia sedang buat jahat? Tengok situasilah. Apa pun, perkara yang boleh dielak, lebih baik dielakkan.

Apa komen keluarga?

Saya ada bercerita mengenai hal ini dan mereka minta saya berhati-hati kerana kita tak tahu bila atau siapa yang mahu mengambil kesempatan mengenakan kita.

Adakah Dafi anggap hal ini umpama satu tamparan buat kerjaya Dafi?

Saya tak buat salah maka saya tak perlu takut. Cuma ini adalah satu 'loceng penggera' buat saya supaya lebih berhati-hati. Kalau nak bertindak apa-apa, kena fikir dengan waras. Sebab orang nak kenakan kita, bila-bila masa saja. Ini satu pengajaran buat saya.

MALAYSIAKINI: 'Warga Bangladesh mengundi di PRU hanya rekaan'

Posted: 03 Jun 2013 07:18 AM PDT


Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai "tidak masuk akal" dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan.

Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.

"Propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 itu saya pasti, tidak lebih dari satu rekaan oleh kumpulan tertentu dan gambaran fakta yang salah," katanya kepada pemberita hari ini.

-Malaysiakini

Michelle Yeoh Kini Bergelar Tan Sri

Posted: 03 Jun 2013 07:03 AM PDT


Anugerah demi anugerah, mungkin itulah hadiah yang paling setimpal selepas kejayaan demi kejayaan yang telah dicipta oleh selebriti popular, Michelle Yeoh, 49.

Baru sahaja menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun lepas (22 Mei 2012), pelakon kelahiran Perak ini sekali lagi dianugerahkan dengan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Anugerah ini diberikan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari Sabtu lepas, 1 Jun.

Dan untuk pengetahuan anda, Michelle Yeoh bukan satu-satunya selebriti kelahiran tempatan yang menerima pingat sempena hari Keputeraan Agong. Pereka kasut antarabangsa iaitu Jimmy Choo dan Zang Toi juga telah dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara, sekaligus memberikan mereka gelaran Datuk.

Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini pernah membintangi filem-filem hebat seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, The Lady dan juga James Bond : Tomorrow Never Dies.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...