Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Khalid Gagap Al Tidoti Punyai Teknik Cegah Jerebu Terbaik!!

Posted: 26 Jun 2013 05:38 AM PDT


Khalid Ibrahim al gagap al tidoti buat lawak lagi.

MB Selangor, Khalid Ibrahim telah mencadangkan kepada peladang warga Indonesia supaya melakukan pembakaran pada musim hujan.

Menyifatkannya sebagai suatu kompromi jangka pendek, Khalid yang dilaporkan berkata, ia dapat menghindarkan daripada udara dicemari secara berlebihan.

"Sudah tentu ia akan menjadi ideal jika pembakaran sifar. Tetapi peladang yang kurang berkemampuan terpaksa melakukan ini (pembakaran) untuk menyuburkan tanah.

"Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli baja, melainkan kita mahu memberikan kepada mereka," katanya kepada para pemberita.

Khalid berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk menghentikan budaya sesuatu masyarakat bagi suatu jangka pendek.

"Hari ini, kita tidak boleh beritahu mereka untuk hentikan pembakaran, tetapi kita boleh beritahu mereka untuk membakar hanya pada tempoh tertentu.

"Seterusnya, mungkin kita boleh teruskan untuk hentikan pembakaran secara menyeluruh," katanya.

Oh.. rupanya Khalid cuba memberitahu media bahawa, teknik membakar dalam hujan adalah teknik yang terbaik? hmm..

Macam mana ya teknik bakar dalam hujan tu?

McTheory:
Berapa banyak ubat dia telan tuu.. mereng dahh.. he he he..

HOT!! Biar Muflis, UMNO Kedah Tak Payah Risau Pasal Blogger!! #HanyaDiKedah

Posted: 25 Jun 2013 11:16 PM PDT


Semalam riuh la dunia bila sahabat blogger berbicara tentang kumpulan blogger dan cybertroopers Team Media Kedah (TMK). Aduhai.. macam-macam cerita keluar, ada yang kutuk, ada yang puji, tak kurang juga ada yang kata Mc ni bengong. heh..

Korang taktau politik Kedah macam mana, korang tak kenal UMNO Kedah kat Bangunan Tunku tu. Depa bukan baca blog-blog ni, mana ada pasukan pemantau, mana ada jentera siber, depa mana peduli hal dalam internet ni. Bagi depa tak penting punn..

Ada blogger yang kutuk Ahmad Bashah dan Penerangan UMNO, buang masa saja kutuk, taip sampai penat jari atau tercabut keaboard pun depa bukan kisah. Nak kisah macam mana, depa tak baca pun! he he.. suruh geng typewriter jadi computer, memang tak boleh la kan.

Kepada sahabat blogger Sangkakalajari9, Double Y, BudakSriKinta, Kulaan Niring, Kedah Times, Harapan Esok, Keris7Lok dan 1Peluru. Terima kasih kerana mengambil berat pasal kami. Biar la ada orang nak kata kami bengong, bodoh atau apa saja, tapi kami di TMK akan terus berjuang selagi kami mampu. (Setiap nama blog boleh klik dan baca)

Bab UMNO Kedah upah orang luar tu, Mc taknak komen apa-apa, sebab itu rezeki masing-masing. Kalau itu rezekinya, Mc akur.. nak komplen buat apa, duit depa, ikut suka depa la nak bagi kat sapa pun, betul?

Bab TMK tak dipedulikan tu, bagi Mc alah bisa tegal biasa kot.. dari dulu pun depa tak pedulikan kat kami. Ahh.. malas la nak cerita, bab dalam kain takkan nak bising kat orang ramai. Biar la perkara itu menjadi sejarah antara TMK dan UMNO Kedah.

Cuma harapan Mc kepada pentadbiran UMNO Kedah yang baru nanti, (itupun setelah Najib susun balik organisasi UMNO Kedah) tolong peka dan prihatin dengan nasib blogger dan cybertroopers di Kedah ni. Jangan nampak orang luar saja, sebab kita kat Kedah ni pun ada bakat yang hebat-hebat! Bak kata blogger otai Kedah Times, susukan anak bagi kenyang dulu, kemudian baru fikir nak bela beruk pulak! he he..


Tak payah la UMNO Kedah fikir pasal TMK ni, kami bukan ada apa-apa pun. Biarlah kami berjuang di alam maya, tak bantu pun takpa, biar Mc dan rakan-rakan terus berjuang sampai kami muflis, demi pertahankan BN di Kedah. Bila dah muflis dan tak dapat berjuang lagi, sampai situ sajalah perjuangan kami. Itu saja yang mampu kami buat.

Kalau ada orang kata berjuang kena ikhlas, yups.. memang kami ikhlas, tapi perlu ingat, perjuangan sebenar dan utama dalam Islam adalah 'menjaga' keluarga, anak bini. Kalau sampai anak bini pun tak makan, nak berjuang apa? Itu dah berdosa balik.

Jadi kami dah buat sehabis baik untuk membela Agama, bangsa dan tanah air. Takkan nak tunggu kami minta sedekah kot?

Oklah sampai sini saja coretan dari McTheory, kalau tengok blog ni dan sahabat TMK lain dah tak update tu, faham-faham saja la ya.


McTheory:
Kena kat kita, berjuang, ikhlas, kalau kat depa, sapu habis apa yang ada.. puii!

PANASS!! Sial Guan Eng Perlekeh YDP Agong!! #PRcelaka

Posted: 25 Jun 2013 06:18 PM PDT


Celaka punya Guan Eng, lu punya mulut sama busuk dengan lu punya apak punya mulut tau. Bila bersuara saja, rasa macam nak tapak lu punya muka. Kalau lu tak reti nak respek YDP Agong, wa rasa lu tak payah duduk Malaysia kot, pi duduk Singapore sana la.

Panas betul Mc bila baca kenyataan dari Guan Eng yang memperlekehkan Titah YDP Agong. Kalau pemimpin tak respek, rasanya yang bawah-bawah ni lagi teruk kot.

Baca apa si Guan Eng kata,

Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai 'skrip' yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dakwa Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.

"Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak 'mengheret' Seri Paduka dalam perkara ini?.

"BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.

"Kamu (media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

Pada 6 Mei lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular. Sambung baca Utusan

Untuk pengetahuan Guan Eng, PM hanya boleh menasihati YDP Agong berkenaan titah. Tapi yang membuat titah tersebut, di uruskan sendiri pihak istana dan dipersetujui oleh YDP Agong, sebelum Tuanku membaca titah tersebut sebagai titah rasmi.

Kalau Guan Eng kata, BN yang sediakan titah tersebut, nampak sangat Guan Eng tak tahu apa-apa dan hanya mengikut permainan bodoh Anwar Ibrahim, menghentam BN dan memperlekehkan Titah YDP Agong.

Puak Pakatan tak akui Titah YDP Agong kerana dalam titah tersebut, menyuruh rakyat Malaysia menerima keputusan PRU, jangan buat kacau dan jangan berdemo hingga memusnahkan negara.

Disebabkan itu, puak Pakatan ni meroyan. Bila Titah YDP Agong tak menyokong apa yang mereka buat!

Bila dah meroyan, biasa la, YDP Agong pun depa kutuk! Memang celaka puak ni!


McTheory:
Tengok muka Guan Eng pun macam nak kaki saja..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...