CELAH GELEGAR |
- [Hina Perlembagaan] TERESA KOK TAK SETUJU AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA!!
- Penyokong mengamuk! Hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli sebelum diisytiharkan habis dijual
- Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru
- [VIDEO][JAHAT] Peserta Demo Black505 HALANG Laluan KOMUTER
[Hina Perlembagaan] TERESA KOK TAK SETUJU AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA!! Posted: 26 Jun 2013 01:06 AM PDT Teresa dalam perbicaraan kes samannya terhadap Utusan Malaysia hari ini menyatakan pendirian tersebut apabila ditanya peguam yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini. Saman terhadap Utusan difailkan oleh Teresa pada Februari 2009 ekoran dakwanya akhbar tersebut mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah. Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan Tindakan Teresa Kok ini memberi gambaran sebenar siapa diri beliau dan DAP sebenarnya yang selama ini PAS tidak mampu mengesannya. Inilah yang UMNO telah kesan berpuluh tahun dahulu lagi. UMNO telah kena siapa mereka ini sedangkan PAS masih terkial-kial cuba mengenali teman tidur sebantal. Namun, PAS terlambat, PAS telah dinodai oleh DAP. | ||
Penyokong mengamuk! Hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli sebelum diisytiharkan habis dijual Posted: 26 Jun 2013 12:23 AM PDT Kota Bharu: Apa sudah jadi dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)? Ketika penyokong setia berduyun-duyun hadir, dengan ada antaranya tercegat di kaunter jualan tiket perlawanan akhir Piala FA seawal jam 6 pagi, mereka bagaikan dikhianati apabila hanya 16 tiket dijual, semalam. Keadaan itu menyebabkan penjualan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) kecoh, selepas tiket habis dijual dalam tempoh kurang 15 minit, apabila penyokong Kelantan yang berang menyerbu masuk ke stadium untuk mengejar penjual tiket. Penjualan tiket bermula jam 9 pagi itu pada mulanya tenang, namun suasana bertukar kecoh dan tidak terkawal selepas pengumuman tiket habis dijual dibuat pada jam 10.30 pagi. Kira-kira 3,000 penyokong The Red Warriors (TRW) hadir untuk membeli tiket, namun mereka mendakwa hanya 16 tiket dijual kepada empat pembeli sebelum diisytiharkan habis dijual. Penyokong bertambah berang apabila KAFA menggantikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dengan tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang yang berlangsung malam tadi. | ||
Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru Posted: 26 Jun 2013 12:13 AM PDT PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu. Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu. Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 peratus Cina dan 0.1 peratus India. Dr A. Rahman dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian, Besut dan merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti of Philippines di Manila dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri sejak 2008. Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah. Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13. | ||
[VIDEO][JAHAT] Peserta Demo Black505 HALANG Laluan KOMUTER Posted: 25 Jun 2013 04:54 AM PDT |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment