Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Siapa Nak Kelas IPAD Di Bayar RM1000 Sebulan? #HanyaDiKedah
- HOT INFO! Dato Najib dan Anwar Sekali Lagi ke Indonesia Kerana Perjanjian?
- TUDIAA!! Gambar Puluhan Ribu Flash Mob 505 Di KL!! #Blackout505
- PANASS!! Tangguh Bina Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba, Bukti Kerajaan BN Kedah Kejam!!
TUDIAA!! Siapa Nak Kelas IPAD Di Bayar RM1000 Sebulan? #HanyaDiKedah Posted: 16 Jun 2013 05:37 AM PDT
Rasanya baru semalam Mc bisik pada Medan Tempur Kedah, tentang elaun belajar Ipad pada semua exco negeri Kedah. Memang teruk betul cara depa nak sapu duit kerajaan negeri, sampai belajar Ipad pun ada elaun RM1000. Belum sempat nak kata apa, dia dah tulis masuk blog dia, dejei punya MTK! he he.. Zaman teknologi canggih sekarang ini, semua orang pasti berminat untuk memiliki gajet.. Baik Samsung Tab mahu pun Ipad.. Tapi pernahkah anda terfikir hanya untuk belajar ipad yang tak sesusah mana itu anda diberi elaun sebanyak RM 1000??.. Mudahkan, Ipad diberi percuma dan elaun sebanyak RM 1000 diwujudkan khas untuk belajar ipad.. Itulah yang terjadi masa Pas menjadi kerajaan di kedah.. Depan rakyat kata pemimpin Pas berjimat cermat belanja wang kerajaan negeri.. Mula mula buat cerita kononnya Pas belanja berhemah, kedua reka cerita Pas berjimat cermat, ketiga tunjuk simpati depan rakyat kononnya mereka ni sederhana tak guna duit rakyat dan keempat alihkan pandangan rakyat terhadap kemewahan musuh.. Bila Pas dah kalah di Kedah, baru kita tau macamana pemimpin Pas menghabiskan duit rakyat..Macam macam elaun depa sebat.. Benda yang tak sepatutnya dapat pun depa adakan.. Janji boleh dapat duit.. Walaupun dari segi kertas atau teknikal nampak sah, hakikatnya mereka telah menzalimi kepercayaan rakyat..
Dicanangnya kepada rakyat mereka tak makan duit rakyat sesuka hati, tapi dibelakang pemimpin Pas bagaikan penyamun memenuhkan kocek sendiri.. Sebenarnya banyak tahi tahi yang ditinggalkan Pas masih berbau di Wisma Darulaman.. Saki baki yang tertinggal cukup membuktikan cara penyelewengan mereka.. Isu elaun belajar ipad sebanyak RM 1000 ini hanya secebis dari isu isu yang lebih besar akan didedahkan.. TMK hanya menunggu masa saja untuk mendedahkan 1 per 1 cara hidup mewah mereka semasa mentadbir kerajaan sebelum ni.. Kepada pemimpin pemimpin Pas yang pernah duduk di kerusi empuk di Wisma Darulaman, jangan ingat kami lupa apa yang anda lakukan selama sepenggal... Hehehe McTheory: Dulu Exco PBT sapa? Ohhh!!Takpa banyak cerita pasal dia nak keluar nih.. | ||||
HOT INFO! Dato Najib dan Anwar Sekali Lagi ke Indonesia Kerana Perjanjian? Posted: 16 Jun 2013 02:17 AM PDT Sebelum ini, portal pro-pembangkang telah melaporkan dakwaan DS Najib Razak dan musuh politiknya DS Anwar Ibrahim berkemungkinan mengadakan pertemuan di Jakarta. The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilhan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun. Walaubagaimana pun nampaknya, sumber portal pro-pembangkang ternyata tidak boleh dipakai apabila Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri Malaysia di Indonesia. "Tidak benar!" jawapan Anwar yang dipetik melalui Twitter beliau.. Siapa yang berbohong sekarang, The Malaysian Insider atau Anwar Ibrahim? Jika tidak benar, apa gunanya portal pro-pembangkang itu menyiarkan laporan tersebut? Apakah ianya bertujuan untuk sengaja menimbulkan spekulasi kononnya 'Najib Razak berdepan dengan undi tidak percaya di parlimen'? Atau, apakah ianya kena mengena dengan isu perjanjian Najib dan Anwar manakalanya moderatornya ialah bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla? Ternyata persoalan yang di timbulkan oleh blog Dr MiM, ada kebenaranya. Sebab kalau nak di ikutkan, memang benar, Najib dan Anwar pernah ada perjanjian di Indonesia, mungkin mereka pergi ke sana untuk menyelesaikan perkara tersebut. Sebab selepas BN menag PRU dan Anwar tidak mengikhtiraf keputusan tersebut, Najib menuduh Anwar sebagai mungkir janji dan melanggar perjanjian. Apakah ada rahsia lain yang tersembunyi disebalik semua ini? McTheory: Sama-samalah kita saksikan, drama pasca PRU 13. | ||||
TUDIAA!! Gambar Puluhan Ribu Flash Mob 505 Di KL!! #Blackout505 Posted: 15 Jun 2013 09:41 PM PDT Semalam geng 505 ni buat flash mob di depan Sogo dengan harapan untuk promosi himpunan blackout 505 di Padang Merbuk minggu depan. Tapi kesian, apabila jumlah kehadiran semalam tak berapa nak ramai pula. Mungkin orang dah bosan dengan politik bodoh puak-puak ni. Bila tengok-tengok gambar, tak ramai nama-nama besar pemimpin PR yang ada. Hanya kelihatan Nora Reformis dan Safwan Anang di situ. Dalam kejadian berkenaan 15 orang (14 lelaki dan seorang wanita) ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, termesuk seorang budak berumur 10 tahun yang ditahan bersama ibunya. Sila rujuk blog rakan blogger, Aku Peduli Apa, untuk gambar-gambar yang lain. | ||||
PANASS!! Tangguh Bina Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba, Bukti Kerajaan BN Kedah Kejam!! Posted: 15 Jun 2013 06:17 PM PDT Puak Pas dok sebar kata Kerajaan BN Kedah nak tangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba. Siap ada kenyataan media dari Ketua Pemuda Pas Kedah. Kerajaan negeri baru kata nak tangguh, tak kata pun nak batalkan, tapi puak Pas punya lompat, serupa kata nak batalkan dah. Kalau betul Pusat Tahfiz tu penting sangat, awat Pas tak pulun buat dalam masa 5 tahun depa dok perintah Kedah? Nak tau cerita sebenar? Ceritanya macam ni, Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba Langkawi tertangguh disebabkan segala peruntukan untuk projek tersebut telah habis digunakan oleh Kerajaan Pas Kedah semasa mereka memerintah dulu. Maknanya duit untuk buat projek tu, Pas pakai untuk projek lain, ataupun mereka dan kroni dah kebas duit projek tu!! Sebab tu selama 5 tahun mereka memerintah dulu, mereka masih gagal untuk sambung balik projek Pusat Tahfiz tu. Nak sambung apa duit dah takdak! Lanie depa pulak tuduh Kerajaan BN Kedah saja nak tangguh projek tu. Apa punya syaiton puak Pas ni. Lahanat sungguh! Depa buat taik, kita pula nak kena cuci. Dah tu siap tuduh dan fitnah kita bukan-bukan. Apakah ini parti Islam? Atau parti syaiton? McTheory: Fitnah tu macam sarapan pagi la bagi puak Pas ni, hari-hari kena buat! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment