UMNO Online - “UMNO Guna Sistem Pengimbas Kad Tentukan Anggota Layak Hadir Mesyuarat, Memilih” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO Guna Sistem Pengimbas Kad Tentukan Anggota Layak Hadir Mesyuarat, Memilih” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO Guna Sistem Pengimbas Kad Tentukan Anggota Layak Hadir Mesyuarat, Memilih

Posted: 16 Jun 2013 04:30 AM PDT

KUALA KANGSAR, 16 Jun – Umno akan menggunakan sistem pengimbas kad di peringkat bahagian dan cawangan bagi memastikan hanya anggota yang layak mengikut perlembagaan parti menghadiri mesyuarat serta memilih jawatankuasa akar umbi dan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata sistem itu merupakan kaedah terbaharu di peringkat akar umbi kerana parti memberi kuasa serta ruang seluas-luasnya kepada anggota yang layak untuk memilih pemimpin, terutama di peringkat MT.

“Pemilihan kali ini adalah yang pertama selepas pindaan perlembagaan dibuat. Pengimbas kad ini telah digunakan untuk menentukan mereka yang layak sahaja memasuki perhimpunan agung di Pusat Dagangan Dunia Putra tapi untuk peringkat akar umbi, ini adalah kali pertama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata aspek kaedah dan proses pemilihan serta pengiraan undi akan diperhalusi selepas pihaknya menamatkan siri jelajah penerangan dengan mengambil semua maklum balas sebelum membuat satu rumusan yang terbaik.

Katanya, siri jelajah penerangan berkaitan kaedah baharu proses pemilihan parti akan bergerak ke Negeri Sembilan, Melaka serta Johor pada Selasa dan Rabu ini.

Terdahulu, Abdul Rauf dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menyampaikan taklimat tertutup berkaitan kaedah baharu proses pemilihan parti kepada lebih 5,000 anggota Umno dari seluruh negeri ini di Dewan Jubli Perak di sini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kehadiran anggota dari 1,700 cawangan Umno di negeri ini memberi petanda baik terhadap tahap persiapan perjalanan mesyuarat agung dan proses pemilihan di peringkat cawangan serta bahagian.

Katanya, beliau yakin akan berlaku persaingan sengit pada pemilihan di semua peringkat kerana anggota Umno di Perak melihat kepada kelangsungan parti lebih-lebih lagi selepas peristiwa pada 2008.

Beliau juga yakin dengan kebijaksanaan anggota memilih pemimpin berdasarkan sistem yang lebih terbuka.

Justeru, semua anggota perlu mengelak daripada terjerumus dalam pertelingkahan yang boleh membahayakan parti dengan mengambil kira kelangsungan Umno serta faktor persekitaran pada masa ini, katanya.

Sebelum ini, MT Umno memutuskan mesyuarat peringkat cawangan perlu diadakan dalam tempoh mulai 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh bagi mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung akan ditentukan selepas mendapat maklum balas pasukan siri jelajah penerangan.

Don’t Reject Government By Believing Opposition Lies, Najib Tells Students

Posted: 16 Jun 2013 03:14 AM PDT

JAKARTA, June 16 – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak has reminded Malaysian students in foreign countries not to fall for opposition lies to the extent of not supporting the government.

The prime minister said the slander and lies spread by the opposition on the recent 13th general election (GE13) process, for instance, had created a wrong perception of the government to the extent that some students also believed the slander and lies.

“Until today, there is no proof of the opposition’s claim that we (Barisan Nasional) had brought in 40,000 Bangladeshis (to vote for BN). This was slander and a very big lie in the general election this time.

“That’s why I ask, are people not able to think (that it’s illogical)? It has turned out that some people cannot think wisely, even lawyers can’t,” said Najib, who questioned the people’s level of intelligence and rationality over such issues.

He was speaking at a luncheon with Malaysian students in Indonesia at the multipurpose hall, Malaysian embassy in Kuningan, here, Sunday. Also present were the prime minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, Malaysian ambassador to Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan and his wife Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Najib is here on a personal visit to meet up with a number of Indonesian leaders who are close to him, and for a rest after the GE13.

He urged the Malaysian students to think rationally whether it was possible for BN to bring in 40,000 Bangladeshis to vote for the ruling coalition as claimed, because it would require 100 jumbo planes to fly them to Malaysia and 1,000 buses to bring them to the polling stations.

He said the opposition’s claim was absurd as it would also be difficult for BN to hide Bangladesh nationals in Malaysia as their appearance was different from most Malaysians’.

“I, as the BN chairman, strongly refute that there was cheating by BN (in the GE13) as alleged. The general election was conducted in a fair manner and in accordance with the law and regulations.”

Najib said BN had carried out a lot transformation in terms of delivery over the last four years and had validly won the GE13, but it lost in the war of perception because of the slander and lies churned out by the opposition through the alternative media, which many people believed in more than the truth provided by the mainstream media.

“For the next general election, BN must equip itsef well to fight in the war of perception. In reality, we have delivered, as Malaysia is increasingly prosperous and a good example for many countries, but perceived otherwise by some quarters.

“The war of perception is thus the biggest challenge for BN,” he said.

The prime minister said he had stressed to the Indonesian leaders close to him that Malaysia-Indonesia relations was very important and should be strengthened through official and personal visits.

Najib said during his visit here this time, he was interviewed by private television station MetroTV and Tempo magazine where, among others, he conveyed the message that Malaysia wished to see deeper economic integration with Indonesia although trade between the two countries was good at about US$18 billion worth.

He added that the target by 2015 was US$30 billion.

“I conveyed the message with the hope that the compatible G to G (government-to-government) and people-to-people relations could be translated into enhanced economic, trade and investment ties which could further strengthen Malaysia-Indonesia relations,” he said.

Razali Pledges To Give Priority To His Voters

Posted: 16 Jun 2013 03:08 AM PDT

MUAR, June 16 – Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Razali Ibrahim has pledged to give priority to voters in the Muar Parliamentary constituency despite his busy schedule helping Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and eight ministers in the Prime Minister’s Department.

Razali said his main task was to guide the National Civics Bureau and help to look after Felda as there were 56 Parlimentary constituencies throughout the country with Felda settlements.

“My priority is the Muar Parliamentary constituency, which I represent so that the area will not be marginalised from development. We also want to ensure that Barisan Nasional (BN) continues to receive support from the people in the next general election,” he said here.

He disclosed that in his speech last night at the thanksgiving ceremony for the BN victory in the Muar Parliamentary and Sungai Balang State constituencies at the 13th general election.

Meanwhile, Razali who was also the BN election director for Muar Parliamentary constituency said they decided not to file any election petition although the BN lost in 10 ballot box areas in the Maharani state constituency and five in Sungai Balang.

Siri Jelajah Taklimat Pemilihan UMNO Untuk Kedah, Perlis, P.Pinang Dan Kedah Lancar

Posted: 16 Jun 2013 03:03 AM PDT

ALOR STAR, 15 Jun – Siri jelajah Taklimat Pemilihan UMNO yang bermula Sabtu, di Kedah berhubung kaedah pelaksanaan dan tatacara pemilihan UMNO berjalan lancar dan sehingga hari ini empat negeri telah melalui siri jelajah tersebut iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Sesi taklimat untuk Perlis dan Kedah diadakan di Bangunan UMNO Negeri, manakala UMNO Pulau Pinang pula di Bayan Lepas dan di Perak sesi berkenaan diadakan di Dewan Jubli Intan, Kuala Kangsar.

Taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali turut memberi ruang kepada seluruh kepimpinan parti mengemukakan pelbagai persoalan berbangkit.

Pelbagai kemusykilan dilontarkan dan terdapat juga beberapa cadangan oleh pimpinan di peringkat negeri masing-masing yang menunjukkan ahli-ahli UMNO cukup matang seiring dengan tranformasi parti yang dibawa oleh Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Ab Rauf, kaedah pemilihan baru pemilihan memerlukan pemerhatian dan penelitian yang cukup teliti dan ianya bukan satu perkara mudah serta ianya berhubung kait dengan perjalanan mesyuarat.

"Kaedah pemilihan sahaja yang kita perincikan. Kaedah pemilihan ini mengikut tatacara yang akan diuruskan oleh jawatankuasa pemilihan UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tajol Rosli Ghazali," katanya.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir percaya ahli parti khususnya di negeri berkenaan telah bersedia untuk menghadapi pemilihan pada kali ini dengan penuh matang dan bijaksana.

Malah beliau turut menjangkakan tidak akan timbul masalah dan mengharapkan proses kesinambungan dan penerusan serta transformasi politik yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib dilaksanakan dan diteruskan bersama-sama sebagai satu organisasi serta sebagai satu pasukan.

"Saya yakin ia berdasarkan kepada kebijaksanaan akar umbi untuk memilih pemimpin mereka dan oleh kerana berdasarkan kepada sistem yang terbuka dan demokrasi, ahli UMNO sentiasa gunakan kebijaksaan mereka untuk pilih yang terbaik untuk pimpin mereka.

"Dan elakkan terjerusmus ke dalam pertelingkahan yang boleh bahayakan parti dan mereka juga boleh sama-sama fikirkan proses kesinambungan parti dengan mengambil kira faktor-faktor persekitaran yang ada hari ini iaitu yang memerlukan satu proses anjakan dikalangan ahli UMNO.

"Meskipun kita boleh katakana UMNO berada dalam tahap terbaik tetapi kita tidak boleh menjadi sebuah parti yang ambil mudah dengan apa yang berlaku," katanya selepas sesi taklimat di Kuala Kangsar, di sini, hari ini. – MediaUMNO

MB Johor Saran Belia Jadi Rakan Strategik Kerajaan

Posted: 16 Jun 2013 02:53 AM PDT

BATU PAHAT, 16 Jun – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan belia di negeri ini supaya menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyalurkan input mengenai hala tuju pembangunan negara.

Mohamed Khaled berkata golongan belia semestinya mempunyai pandangan dan kehendak tersendiri untuk bersama kerajaan dalam memacu pertumbuhan negara.

“Sudah tentu dalam membawa pembangunan, kita akan berdepan pelbagai cabaran dan di peringkat belia, mereka mungkin ada pendekatan bagaimana mencari penyelesaian mengatasi cabaran yang dihadapi,” katanya semasa berucap pada Himpunan Belia Johor 2013 di Dataran Penggaram, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan dan Presiden Majlis Belia Johor, Anuar Manap.

Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata beliau percaya seluruh belia di Johor mampu menyahut saranan yang diberikan itu demi pembangunan negara yang lebih sejahtera.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan golongan belia supaya terus menguasai ilmu, kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih menyeluruh.

Tegasnya, sifat ‘melabur diri’ itu akan menjadikan belia lebih berdaya saing dan berfikiran positif sekali gus menjadikan mereka aset penting dalam masyarakat.

“Jika boleh, mereka perlu naikkan lagi pengiktirafan yang sudah diberikan pelbagai pihak terhadap kemampuan mereka,” katanya.

Mohamed Khaled juga berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM250,000 bagi menganjurkan perhimpunan sama tahun depan, berikutan sambutan menggalakkan tahun ini dengan kehadiran lebih 150,000 pengunjung, sejak tiga hari lepas.

Kerajaan BN Tunai Janji Turunkan Harga Kereta Berperingkat

Posted: 16 Jun 2013 02:51 AM PDT

ALOR SETAR, 16 Jun – Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.

“Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta.

“Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.

“Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta,” katanya.

Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

Pada 13 Jun yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Ahmad Puji Sikap Profesional Pembangkang Pada Majlis Angkat Sumpah Adun Terengganu

Posted: 16 Jun 2013 02:48 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said memuji sikap wakil rakyat pembangkang yang profesional dan menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) pada majlis angkat sumpah Yang Dipertua Dewan dan persidangan pertama bagi penggal ke-13 hari ini.

Ahmad berkata berdasarkan sikap pembangkang itu, beliau yakin dan percaya segala urusan persidangan dewan akan berjalan lancar.

“Pembangkang pada hari pertama ini telah menunjukkan kerjasama yang baik dan saya harap ia berkekalan hingga ke akhir sidang nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah itu.

Seramai 15 wakil pembangkang iaitu 14 dari PAS diketuai Adun Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut dan seorang lagi dari PKR, Azan Ismail (DUN Bandar) mengikut tertib serta peraturan dewan.

Ahmad berkata pada 2008, wakil Adun PAS pernah mencetus kontroversi apabila membuat tambahan kepada skrip angkat sumpah ketika majlis berlangsung.

“Alhamdulillah, hari ini perkara seumpama itu tidak berlaku, sekali gus membolehkan majlis angkat sumpah pada hari pertama dewan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.

Esok, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat merasmikan persidangan pertama Dewan ke-13.

Kerajaan Kedah Tanggung Belanja Insaniah Holdings Sdn Bhd

Posted: 16 Jun 2013 02:46 AM PDT

SINTOK, 16 Jun – Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri.

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat.

“Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf.

“Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staf tidak terikat dengan pengambilan kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan.

“Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni.

“Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskan Insaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus,” katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakan Kuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapat bergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini.

Jangan Tak Sokong Kerajaan Kerana Pembohongan Pembangkang, Kata Najib

Posted: 16 Jun 2013 02:37 AM PDT

JAKARTA, 16 jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri berkata fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu misalnya telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar juga turut mempercayainya.

“Sampai hari ini belum ada buktipun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.

“Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguampun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Kuningan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU13.

Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana Barisan Nasional (BN) kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.

Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

“Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan,” katanya.

Najib berkata BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU13, namun ia kalah dalam perang persepsi kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif yang lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

“Kita perlu untuk PRU akan datang, BN melengkapkan dari segi kemampuan untuk memerangi perang persepsi, realitinya kita sudah sampaikan, Malaysia semakin hari semakin makmur dan menjadi contoh kepada negara lain tetapi persepsinya dikatakan sebaliknya.

“Inilah yang kita hadapi sebagai cabaran yang paling besar kepada BN untuk memerangi perang persepsi,” katanya.

Perdana Menteri berkata sunggupun lawatannya ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

“Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi,” katanya.

Najib berkata dalam lawatannya kali ini beliau turut ditemu bual stesen TV swasta MetroTV dan ditemu ramah majalah Tempo di sini di mana beliau antara lain menyampaikan mesej bahawa Malaysia ingin melihat integrasi ekonomi antara Malaysia dan Indonesia menjadi lebih mendalam walaupun kedua-dua negara mempunyai jumlah dagangan yang sentiasa baik iaitu kira-kira AS$18 bilion.

Sasaran yang dituju dari segi jumlah dagangan untuk kedua-dua negara itu ialah AS$30 bilion menjelang tahun 2015.

“Saya sampaikan mesej ini dengan harapan berdasarkan hubungan kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat yang sangat serasi, maka ia perlu diterjemahkan dalam bentuk hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, yang boleh menjadikan hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh,” katanya.

Sultan K’tan Mahu K’jaan Negeri Dan Pusat Bekerjasama Bangunkan Infrastruktur Rakyat

Posted: 16 Jun 2013 02:32 AM PDT

KOTA BAHARU, 16 Jun – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyarankan kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri itu bagi kemudahan rakyatnya.

Baginda bertitah antara kerjasama itu adalah pembinaan jalan Central Spine Road (CSR), laluan menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai serta kemudahan bekalan air bersih di negeri itu.

“Di samping itu pelaksanaan projek-projek infrastruktur lain perlu diteruskan sebagaimana dirancang,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13, di Kota Darul Naim, di sini.

Baginda juga meminta agar beberapa projek yang membabitkan pengambilan tanah seluas 8,800 hektar oleh kerajaan Persekutuan dalam beberapa rancangan Malaysia terdahulu, perlu diberikan tumpuan dan perhatian.

Titah baginda, saranan itu bagi memastikan setiap projek yang telah dirancang agensi terlibat dapat dilaksanakan dengan segera.

Sultan Muhammad V juga mahukan kerajaan negeri mempergiatkan usaha menarik pelabur ke negeri itu selepas kejayaan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bilion pada tahun lalu iaitu peningkatan lebih 170 peratus berbanding tahun, sebelumnya.

“Sektor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri terutama di jajahan Pasir Puteh,” titah baginda.

Selain itu, baginda juga menyarankan kerajaan Kelantan meneroka produk pelancongan baharu umpamanya aktiviti selam skuba di lokasi terumbu karang yang terdapat di perairan Bachok dan Pantai Sabak.

Baginda juga menyaran agar diwujudkan lebih banyak projek pembangunan berkelompok dan tersusun untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan produktiviti rakyat.

Menyentuh mengenai industri pertanian, baginda menyeru agar usaha dapat dipertingkat bagi peningkatan hasil selain melahirkan lebih ramai usahawan pertanian yang berdaya saing.

Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS atas kejayaan mengekalkan kemenangan di Kelantan pada pilihan raya umum lepas dan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah mentadbir Kelantan selama 23 tahun.

Sebelum bermulanya istiadat pembukaan itu, anggota DUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Abdullah Che Mat Nawi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker, Abdullah Ya’kub.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Abdullah yang juga Adun Wakaf Baharu serta Adun Salor, Datuk Husam Musa tidak hadir pada majlis angkat sumpah, yang diadakan Khamis lepas.

Husam yang merupakan bekas Exco kerajaan Kelantan bagaimanapun tidak hadir pada sepanjang persidangan DUN ini kerana dilaporkan sedang menunaikan umrah.

Persidangan dewan bersambung esok.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...