House PK

House PK


PANAS BERAPI! KENAPA DIBIAR SAJA MARINA PULAU MENTAGOR MENJADI SATU PEMBAZIRAN?

Posted: 19 Jun 2013 09:00 PM PDT

Projek marina Pulau Mentagor dekat Pulau Pangkor yang terbiar hampir 10 tahun lalu dapat diserahkan untuk diuruskan sendiri oleh pihak kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata amat membazir dan merugikan jika projek itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang operasi sedangkan kawasan itu merupakan tumpuan pelancongan.

"Kita sudah berkali-kali mengarahkan pihak kerajaan Persekutuan menyerahkan marina untuk kita uruskan kerana tidak mahu ia terbiar begitu saja.

"Saya juga telah membangkitkan isu ini dalam dewan dan jika Kerajaan Persekutuan tidak mampu mengendalikan projek itu, kerajaan negeri sedia mengambil alih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, jika kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan perhentian kapal-kapal yang bergerak mengelilingi dunia, marina Pulau Mentagor adalah yang paling sesuai.

"Pulau Mentagor di Pangkor sesuai dijadikan tempat hentian bagi kapal-kapal yang berhasrat mengelilingi dunia," katanya lagi.

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan seharusnya bertanggungjawab mencari jalan untuk memastikan projek ini beroperasi secepat mungkin.

House PK: Ini berita aku petik dari Perak Today. Aku tak faham kenapa harus dibiarkan saja projek ni? Dah 10 tahun dah ni, bagi la kerajaan negeri ambilalih. Daripada terbiar je, kan ke rugi tu? Kepada pihak yang berkenaan, lakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Jangan membazir!

MESEJ KHAS UNTUK PENGURUSAN PLUS 'HIGHWAY' DARI MB PERAK! MESTI DIBACA

Posted: 19 Jun 2013 07:00 PM PDT

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap PLUS Expressway dapat mempercepatkan pembinaan susur keluar dan persimpangan bertingkat yang diubah dari kawasan Taiping ke Gua Tempurung dan Kampar.

"Ianya telah dibangkitkan kepada PLUS dan proses pembinaan di kawasan plaza tol Gua Tempurung telah dipersetujui.

"Pembinaan ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna jalan raya, malah dapat mempromosikan Lata Kinjang, Tapah yang diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, " jelasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga mengemukakan cadangan kepada PLUS untuk menimbang semula satu laluan keluar untuk pengguna yang sukar memasuki Ipoh disebabkan keadaan trafik yang sesak menjelang musim cuti sekolah.

"PLUS harus fikir dan ambil serius perkara ini supaya pengguna-pengguna jalan raya tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

"Ada juga pengguna yang memasuki tol PLUS terpaksa berpatah balik melalaui alternatif lain seperti Kuala Kangsar untuk masuk dan keluar ke bandar Ipoh disebabkan keadaan trafik yang terpaksa dihadapi," tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry turut mencadangkan supaya susur keluar dan pembangunan bersepadu Ipoh Sentral dinaiktaraf bagi memudahkan penguna melalui jalan tersebut.

Sumber: Perak Today

HOUSE PK: Come on Plus! U can do it!

TERBAIK! ANAK-ANAK PERMATA SENI GEGARKAN KAZAKHSTAN!

Posted: 19 Jun 2013 05:00 PM PDT

Aku kalau bab-bab anak-anak kecil yang aktif dalam bidang seni ni memang aku suka, so aku nak share dengan korang tentang persembahan budak-budak Permata di Kazakhstan:


Tarian Pura dan Menjunjung Kasih yang dipersembahkan penari cilik, Hasya Amir Hamzah dan rakannya Dania Jifren, antara 26 anak PERMATA Seni Negara sempena Forum Menyerlahkan Potensi Usahawan Wanita yang berlangsung di Hotel Radisson Astana, dekat Kazakshtan ternyata memukau pandangan ramai.

Selaku duta kecil kepada negara Malaysia, program yang diilham dan dilancarkan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu membabitkan tiga program bimbingan di bawah PERMATA Seni iaitu PERMATA Seni Tari, PERMATA Seni Muzik dan PERMATA Seni Koir.

Hasya, 13, dan Dania, 11, merupakan anak-anak yang terpilih berdasarkan kriteria yang menekankan bakat, keyakinan dan ketrampilan diri.

Anak-anak PERMATA Tari dan Koir berusia seawal enam hingga 12 belas tahun manakala PERMATA Seni Muzik berumur tujuh hingga 15 tahun.

Setakat ini, bilangan ahli PERMATA Seni seramai 150 orang dan mereka dilatih oleh tenaga pengajar professional dalam dan luar negara mengikut bidang masing-masing iaitu muzik, koir dan tari.

Latihan berterusan sepanjang tahun serta kem atau bengkel yang diadakan di dalam dan luar negara memberikan pengalaman pembelajaran yang cukup bermanfaat yang menampakkan peningkatan mutu persembahan, keyakinan diri, disiplin serta menerapkan nilai positif di kalangan anak PERMATA Seni.

Baca seterusnya di Perak Today...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...