CELAH GELEGAR |
- Himpunan Black 505: PDRM Akan Minta Bantuan Tentera Jika Perlu
- Adun kena pukul
- [KEBENARAN SEBENAR] Dasar pendidikan terlalu 'mengistimewakan' Cina dan India - bekas hakim
- [PELAKON MENINGGAL?] Berita kematian Pelakon Sofi Jikan di Twitter dan Facebook hanya khabar angin dan salah faham
- [MASTERCHEF] Syanie pertikai keputusan juri
Himpunan Black 505: PDRM Akan Minta Bantuan Tentera Jika Perlu Posted: 20 Jun 2013 01:02 AM PDT
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu. "Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di sini, Khamis. Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu. Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa. Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet. Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbbait kegiatan itu. Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet. Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan | ||
Posted: 19 Jun 2013 08:35 PM PDT SUNGAI PETANI - Gara-gara menasihati penduduk supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di padang permainan, wakil rakyat dipukul menggunakan sebatang buluh hingga cedera. Adun Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mendakwa, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Intan jam 7 malam, beliau ternampak wanita berusia 50-an membakar sampah dekat padang permainan berhampiran rumahnya. Melihatkan kepulan asap yang memenuhi kawasan perumahan itu, dia segera meminta individu itu menghentikan pembakaran memandangkan ia mengundang pencemaran udara, menimbulkan bau busuk serta membahayakan kanak-kanak serta orang ramai. "Saya cakap baik-baik, bukan tengking dan marah kerana perbuatannya salah serta boleh dikena tindakan undang-undang, tetapi dia tidak puas hati," katanya. Kok Fooi mendakwa, wanita itu kemudian mencabar dirinya dengan mengatakan dia berhak berbuat demikian dan sekiranya tidak berpuas hati, dia juga boleh membakar sampah di hadapan rumah wakil rakyat terbabit. "Bagi membuktikan tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang, saya merakamkan perbuatannya melalui kamera telefon bimbit, namun secara tiba-tiba telefon saya terlepas. "Akibat marah perbuatan dia dirakamkan, wanita itu segera mengambil sebatang buluh lalu memukul di bahagian lengan kanan saya," katanya. Beliau berkata, bahunya sekali lagi dipukul sebaik sahaja dia menundukkan kepala untuk mencapai telefon bimbitnya. Katanya, wanita terbabit sekali lagi mencederakannya di tangan sebelah kiri sehingga merosakkan permukaan jam tangan miliknya. Menurutnya, akibat itu, beliau mengalami lebam-lebam di lengan kanan, kiri, bahu serta sengal badan. Kekecohan dikatakan itu turut disaksikan penduduk di kawasan berkenaan yang berkumpul di kawasan sekitarnya. Difahamkan, wanita itu sering melakukan pembakaran terbuka dan tindakannya itu mengundang pencemaran udara selain mengganggu ketenteraman jiran lain. "Pembakaran sampah termasuk polistirena dan beg plastik memberi kesan kurang baik terutama apabila sisa toksik dan bau busuk merebak. "Tujuan saya membuat laporan ialah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat perkara itu. Katanya, kes akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali. | ||
[KEBENARAN SEBENAR] Dasar pendidikan terlalu 'mengistimewakan' Cina dan India - bekas hakim Posted: 19 Jun 2013 05:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Sokongan serta bantuan kerajaan terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menyebabkan golongan minoriti yang lain terabai. Pandangan itu dilontarkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang turut menyifatkan perkara itu sebagai 'melanggar perlembagaan'. Menurutnya Dasar Pendidikan yang ada sekarang, melanggar Perkara 8 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang kesamarataan dan tidak berlaku diskriminasi terhadap pendidikan masing-masing. Mohd Noor berkata kerajaan telah menjadikan masyarakat Cina dan Tamil "istimewa" dengan hanya memberi sokongan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), tetapi tidak bahasa etnik lain. "Bagaimana pula dengan bumiputera di Sabah dan Sarawak? Kerajaan tidak menubuhkan atau membantu menubuhkan SJK Telegu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Siam dan sebagainya," kata Mohd Noor, yang mengatakan bahawa Orang Asli sepatutnya lebih istimewa daripada semua masyarakat lain. "Guru-guru sekolah Cina dan Tamil, guru besar dan kakitangan yang dilantik dan dibayar gaji dengan dana kerajaan, tetapi tidak untuk masyarakat lain." "Kerajaan memperoleh tanah dan memperuntukkan wang awam untuk kedua-dua masyarakat tetapi tidak kepada kaum lain." Beliau menjelaskan bahawa Perkara 12 melarang diskriminasi terhadap rakyat atas alasan bangsa dalam pentadbiran institusi pendidikan awam, dan menurutnya sistem pendidikan sekarang 'menghina Perlembagaan'. Menyifatkan dasar pendidikan sebagai 'zalim' dan tidak 'adil', Mohd Noor, yang secara berseloroh menggelar dirinya 'Hakim Perpaduan', berkata status sekolah-sekolah vernakular perlu dikaji semula demi perpaduan negara. Mohd Noor hari ini telah mencadangkan kepada kerajaan supaya sekolah-sekolah vernakular dijenamakan semula menjadi sekolah kebangsaan, yang menjadikan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia wajib tetapi memberikan pilihan untuk belajar bahasa lain. "Kami tidak membunuh bahasa ... kami meminta supaya semua orang diberi peluang untuk belajar bahasa. Kami tidak menghapuskan sekolah-sekolah. "Penjenamaan boleh memecah-belahkan. Guru-guru dan sekolah-sekolah masih boleh kekal di sana tetapi nama vernakular boleh digugurkan," katanya. Kata beliau lagi, cadangan lain ialah menjadikan sekolah-sekolah vernakular ditukar menjadi 'sekolah untuk pengajian rantau timur.' Bulan lepas, Mohd Noor mencetuskan kontroversi apabila beliau mengisytiharkan bahawa usaha-usaha perlu dibuat untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu kepada 67%. Kerajaan jangan jadi bodoh selama-lamanya Komen: Apa yang pelik tiada pula puak-puak PR dan mahasewel memperjuangkan nasib orang Asli dan kaum lain. Adakah perjuangan mereka merupakan perjuangan terpilih dan mementingkan hanya Cina dan India sahaja. Pejuangan untuk Melayu telah mereka letak tepi kerana takut dikatakan assobiayah. Sejak dahulu lagi Kerajaan sentiasa mengalah, selepas satu, satu lagi tuntutan Cina, Kerajaan tunaikan. Terbaru, Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan 'Chinese Education Memorandum' yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa. Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang. Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini. Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan 'Chinese Supremacy' di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain. Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia. Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum. Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan. Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini. Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan 'apartheid' di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi. Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya. Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka. Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka. Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia. Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya. Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu. Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya. Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar 'pendidikan Cina'. Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan. Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina. Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka. Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa. Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka. Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina. Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini. Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara. Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima. | ||
Posted: 19 Jun 2013 03:59 PM PDT BERITA kematian Sofi Jikan yang tersebar di laman sosial Twitter dan Facebook pagi semalam, ternyata hanya satu khabar angin dan salah faham. Menurut rakan terdekat pelakon itu, Sofi masih ditahan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi dan individu yang meninggal dunia itu adalah adik Sofi. Sebelum ini, Sofi telah memenangi anugerah Watak Penyangak Terhebat menerusi lakonan beliau dalam filem Jalan Kembali Bohsia 2 di malam anugerah BlockBuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Sabtu lalu. | ||
[MASTERCHEF] Syanie pertikai keputusan juri Posted: 19 Jun 2013 05:31 AM PDT SETELAH pengarah, Michael Ang disingkir pada minggu lalu, kini giliran pelakon Syanie pula meninggalkan empat rakannya di dapur Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2). Keputusan ini mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan seperjuangannya kerana Syanie merupakan peserta digeruni dan kemahiran memasaknya juga tidak perlu disangkal lagi. Namun, hanya seorang sahaja yang layak untuk dinobatkan sebagai juara dan Syanie, 39, akur dengan keputusan juri yang juga chef. Syanie dan dua rakannya, Kenchana Devi serta Syura terpaksa melalui cabaran pusingan penyingkiran dan mereka dikehendaki menggunakan isi ketam untuk dibuat hidangan. Walaupun hidangan Syanie, Ketam Bakar tidak menghampakan dan memenuhi piawaian rasa, namun atas kesilapan teknikal, ia menyebabkan Syanie disingkir. Menurut Syanie, dia tidak terfikir tindakannya yang menggunakan dua daripada tiga ketam yang diberi akan menyebabkan dirinya tersingkir. "Sebenarnya, saya menggunakan semua ketam itu. Rancangan asal, saya nak hidangkan dua hidangan, ketam bakar dan sambal. Dua daripada ketam itu digunakan untuk ketam dan satu lagi untuk sambal. "Namun, untuk hidangan sambal itu, saya tidak mengeluarkan isi ketam dan saya tidak tahu yang isi ketam itu perlu dikeluarkan semua. Jadi, saya tidak hidangkan sambal itu. "Selepas saya disingkir, saya berjumpa dengan Chef Adu kerana kecewa dengan keputusan itu. Saya bukan nak tunjuk yang saya hebat, cuma saya tak boleh terima kerana ia hanyalah kesilapan teknikal. Kalau masakan saya tak sedap, saya terima. Namun, keputusan juri sememangnya muktamad," katanya yang berjaya menyumbangkan RM8,500 kepada Autism Society of Malaysia. Celina juara? Penyingkiran Syanie sekali gus menyaksikan empat peserta layak ke saringan seterusnya iaitu Che Ta, Celina, Syura dan Kenchana Devi. Mereka bakal berentap untuk Cabaran Sajian Luar secara berkumpulan, setelah Celina memilih Che Ta sebagai rakan kumpulannya. Manakala Syura pula berpasangan dengan Kenchana. Ketika ditanya mengenai siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara, Syanie memilih Celina atas beberapa faktor. "Masakan Celina sangat sedap dan dia mahir dalam masakan barat dan Cina. Ketika saya berada di dapur MSM 2, peserta paling saya geruni ialah Celina dan Michael Ang. "Namun, Che Ta dan Syura juga tidak boleh diketepikan. Mereka memang hebat dalam masakan Melayu," katanya. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment