House PK |
TERBAIK! TUN M SOKONG DUA JAWATAN TERTINGGI PARTI UMNO TIDAK DIPERTANDINGKAN! Posted: 17 Jun 2013 05:00 PM PDT PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini. Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu. "Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi. "Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden. "Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Dr Mahathir sebelum itu melancarkan buku 'The Prisoners Diaries' yang disunting oleh Puan Sri Norma Hashim daripada Viva Palestina Malaysia. Buku setebal 125 muka surat itu dihasilkan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Centre for Political & Development Studies di Gaza, menceritakan pengalaman banduan Palestin di penjara Israel. Buku itu dijual dengan harga RM20 dan semua keuntungan daripada jualan akan diguna untuk membiayai projek kewartawanan dalam kalangan rakyat di Gaza. Sementara itu, Dr Mahathir melahirkan kekecewaan apabila kuasa-kuasa besar yang lantang menyuarakan keadilan dan pemerintahan mengikut kedaulatan undang-undang "menghalalkan" tindakan Israel memenjara rakyat Palestin untuk ditukar sebagai tebusan jika askar Yahudi ditahan di Palestin. "Israel merupakan satu-satu negara di dunia yang menahan rakyat musuh untuk pertukaran tebusan "Lima ratus banduan Palestin yang ditahan akan digunakan sebagai pertukaran untuk seorang askar yang ditahan di Palestin," katanya. Dr Mahathir juga mengecam tindakan Israel yang sewenang-wenang melakukan apa sahaja termasuk melancarkan serangan di perairan antarabangsa dengan hanya alasan "bertindak atas kepentingan keselamatan". "Semuanya pasal keselamatan Israel, seolah-olah keselamatan orang lain tak penting... Inilah ketidakadilan yang berlaku tetapi ia dihalalkan negara-negara yang lantang menyuarakan keadilan," katanya. - BERNAMA House PK: Ayahanda has spoken. Aku sokong! |
KITOL CELUPAN! BERTUAH LA TUNE TALK SEBAB ADA MENTERI YANG SANGAT MENYOKONG MEREKA! Posted: 17 Jun 2013 03:36 AM PDT Berapa lama dah si Khairy atau nama glamour dia Si Kitol jadi Menteri? Hari ini kali ke 3 akhbar siarkan gambar dia dengan CEO Tune Talk Jason Lo dalam acara kebangsaan. Takpe la apa salahnya kan si Kitol nak lantik syarikat yang dikatakan dia pun ada share melalui proxy dia. Tapi yang tak enaknya masa penubuhan Tune Talk ni dulu, si Kitol dan Jason Lo nak cuba lantik Nik Nazmi dan Tony Pua sebagai ikon golongan muda mereka. Wow! Politik baru eh? Tak tau la selain dari Jason Lo ni banyak sangat insiden yang dikatakan Tony Pua dan dia bersama. Oh ya! Kisah pasal Regina Lee, the reporter who loves DAP so much yang bakal dilantik sebagai press sec si Kitol ni juga aku dengar akan diberi seorang BodyGuard! Hebat la si Khairy ni kan? Dah le lantik pencinta Tony Pua pastu siap kasi bodyguard lagi.. Korang jangan marah aku ya, sebab aku dari asal lagi memang tak suka sang pengkhianat bangsa bernama Khairy ni. Aku tak pernah berminat dengan dia, cuma aku tak usik selama ini sebab nak menghadap PRU. Sekarang sudah habis dan kelihatan si Kitol telah kembali kepada habitat asalnya. Maka aku akan terus membongkar segala keharamjadahan si Kitol! Got it? |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment