CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Jangan KURANG AJAR dengan Pas

Posted: 03 Jun 2013 01:17 AM PDT


MUTAKHIR ini, PKR semakin kurang ajar dengan Pas. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkak berkata kerusi MB hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi Dun dimenangi.

PKR juga marah kepada Pas kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih kerana Pas turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperoleh sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan Umno. PKR menyalahkan Pas kerana 'mengacau' kerusi mereka.PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi Dun tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengetepikan Pas.Kadang kala, saya kasihan melihat Pas. Pas terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban.

Pas kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat tidak sukakan Umno bersama Pas, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.Itupun Pas masih dipersalah oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangka dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya 'pencen', kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti.Muhasabah untuk Pas, semua  berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian Pas. Pas tidak mahu bersubahat dengan sosialis sekularis.

Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda Pas tegakkan negara Islam.  Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulama, berbanding Pas. Jika adapun ulama PKR, mereka berada dalam dilema untuk jatuhkan hukum.Saya memuji Pemuda Pas Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin Pas di khalayak ekoran 'kehilangan' dua kerusi tersebut.Menurut Pas, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok-belok Islam.

Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis.Sosialis sekularis sukar memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka bekas ahli Umno yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap Umno. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada Pas. Pas mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dalam usaha tahaluf siyasi.Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian  dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi 'musuh atau lawannya'.

Misalnya, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan Umno. Sudah tentu ada ahli Pas berbelah bahagi dalam isu ini. Umno juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.Sebahagian ulama seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam.

Mereka hukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.Justeru, pelaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam Pas. Lagipun, Pas adalah parti jauh lebih senior daripada lain.

Rata-rata kerusi dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik Pas dahulunya. Pas serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi.PKR tidak ada apa-apa jika Pas tidak membantu dan menyokong mereka. Pas berdiri selama ini pun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. Pas yang mematangkan PKR.

 Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan Pas.Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (Umno).Kesimpulannya, Pas perjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih Pas jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis.

-Ridhuan Tee Abdullah

PERLANTIKAN SAIFUDDIN: PKR Selangor pula Tuntut Penjelasan MB Selangor

Posted: 02 Jun 2013 06:47 PM PDT


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar yang didakwa tidak pernah dibincangkan secara lanjut dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, MPN Selangor juga ingin mengetahui skop kerja jawatan itu supaya lebih jelas peranannya."MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor."Manakala saranan MPN Selangor di Kongres ke-9 PKR di disanggah tidak mahu pentadbiran kerajaan negeri melibatkan orang politik," katanya.

Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.

"PKR Selangor bertegas saranan pemantapan organisasi melibatkan ahli Pakatan Rakyat (PR) berkelayakan perlu dilakukan dan menyokong apa juga usaha pemantapan secara menyeluruh perlu segera dilaksanakan bermula di pejabat MB, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pihak berkuasa tempat (PBT) dan seterusnya GLC lain," katanya.

Beliau berkata, peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu segera ditangani kerajaan negeri kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor.Malah katanya, PKR Selangor menekankan  penglibatan anggota PR yang berkelayakan supaya dasar bersama PR boleh segera dimulakan bagi memenuhi mandat besar diperoleh dalam PRU13

Red Bean Army menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

Posted: 02 Jun 2013 08:04 AM PDT


Satu laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

"Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam."Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

"Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia," kata pengarang.

(JAHAT) Polis terima 6 laporan tindakan hina Agong

Posted: 02 Jun 2013 05:03 AM PDT


KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.   

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).  

"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.   Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.  

Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...