Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Perlukah Menjadi Cina-Secinanya? - Dr Ridhuan Tee
- TUDIAA!! Mukhriz Mahathir Mulakan Transformasi Ekonomi Kedah!! #HanyaDiKedah
- TUDIAA!! Siapa Sebenarnya Blogger PM @NajibRazak?
- PANASS!! Pembangkang BOIKOT SPR Bawah Jawatankuasa Parlimen!
- PANASS!! Red Bean Army Ugut ROGOL Amoi Pro BN!! #antiRBA
- HOT INFO! MB Kedah Mula Cari Duit Untuk Cover Hutang RM2 Billion Pas Kedah!! #HanyaDiKedah
HOT INFO! Perlukah Menjadi Cina-Secinanya? - Dr Ridhuan Tee Posted: 03 Jun 2013 08:17 AM PDT
Pantang saya menulis dalam akhbar Mingguan Malaysia minggu lalu, menyentuh sedikit isu mengenai orang Cina, dunia bagai nak kiamat. Diperbesar-besarkan oleh laman web ultra kiasu untuk dijadikan bahan makian dan cacian. Seperti biasa, bukan hujah yang dibahas, peribadi menjadi mangsa dan diserang. Terima kasih atas pemikiran kuno ini. Saya redha. Apa yang penting, saya ingin rakyat marhaen sedar. Sebelum mengulas lanjut, tahniah kepada kerajaan Malaysia, kerana mengembalikan semula nama Kementerian Pendidikan daripada Kementerian Pelajaran. Ada orang berkata, ada apa dengan nama. Pada saya, memang ada pada nama. Beza antara nama orang Malaysia Cina dengan orang Cina Malaysia. Di Indonesia, rata-rata menggunakan orang Indonesia Tionghua berbanding orang Tionghua Indonesia. Nama Indonesia (bangsa asal/negara) mesti berada di hadapan. Berbeza dengan kita, bangsa mesti berada di hadapan. Siapa yang rasis? Lu fikirlah sendiri. Sebab itu, saya tidak percaya bila ultra kiasu selalu berkata, I am Malaysian 1st. Jika Malaysia didahulukan, bermakna agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan. Adakah semua ini dihormati dan disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada. Lihatlah sahaja majlis angkat sumpah perlantikan exco di hadapan Sultan Selangor dan TYT Pulau Pinang. Itulah ragam ultra kiasu. Paling sedih, sehinggakan ke peringkat, mereka mahukan mensyaratkan menteri (timbalan) pendidikan mesti boleh berbahasa Cina untuk berurusan dengan Cina dan menjaga sekolah Cina. Mereka mempertikaikan perlantikan Dato Mary Yap sebagai timbalan menteri pendidikan, kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Banyak cantik muka. Nasihat saya, berhijrahlah ke tempat yang ada menteri sedemikian. Ketika memberi respon, Yap dengan bangga berkata, beliau tidak perlu malu kerana tidak boleh berbahasa mandarin, yang penting kena buat kerja. Ini kenyataan seorang negarawan, bukannya seperti pertubuhan ultra kiasu tersebut. Menurut Yap, walaupun tidak pandai membaca dan bertutur dalam bahasa mandarin, itu bukan isu. Beliau menguasai bahasa Melayu (BM) dan Inggeris (BI) dengan baik. "Saya juga ada pegawai untuk bantu saya yang akan beri nasihat dan bacakan surat khabar Cina dan beritahu apa yang dilaporkan. "Ada ramai pemimpin di dunia yang tak fasih berbahasa Inggeris tapi disebabkan ada pasukan yang kuat, mereka boleh bimbing negara dengan begitu berkesan,". MP Tawau ini berpendapat, beliau tidak mewakili kaum Cina tetapi wakil kepada rakyat Malaysia. Beliau telah berkhidmat di bawah kementerian pendidikan hampir 36 tahun dan telah berjumpa dengan pelbagai kaum dan guru. "Saya tak lihat diri sebagai mewakili orang Cina tetapi sebagai orang Malaysia. Inilah 1Malaysia. Tapi bila cakap mengenai pendidikan Cina, ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk menyelesaikannya,". Terus terang, untuk setakat ini, saya kagum dengan pandangan sebegini, bertepatan dengan amalan 1Malaysia. Inilah yang membezakan antara bukan Melayu (Cina) di Semenanjung dengan Cina Sabah dan Sarawak. Cina Sabah Sarawak lebih terbuka dan tidak ultra kiasu, semangat 1Malaysia amat tinggi, berbanding sebahagian mereka di sini. Kita perlu banyakkan menteri (timbalan) bukan Melayu seperti ini. Kenapa Yap agak berbeza dengan ultra kiasu yang lain? Hujahnya mudah, mereka lebih terdedah kepada pribumi dan bumiputera di sana. Berbanding di sini, setiap hari sosialisasi politik mereka dalam apa jua bidang amat bersifat ultra kiasu (perkauman) Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina. Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara. Semua gaji mereka dan prasana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas. Apakah kita akan teruskan permainan ini? Bandingkan, sekolah agama (kebangsaan) tidak pula mensyaratkan guru-guru bukan Melayu yang mengajar BI mesti boleh menguasai bahasa Arab. Jika itulah yang dilakukan, bayangkan berapa banyak bantahan akan dikemukakan kepada kerajaan kerana tidak berlaku adil. Melalui sistem ini, bahasa Arab masih boleh dikuasai, walaupun tidak sepenuhnya. Melayu tidak perlu menjadi orang Arab untuk menguasai bahasa Arab. Sebab itu, sukar untuk saya diterima idea untuk mencinakan sekolah Cina secina-cinanya, barulah bahasa Cina boleh dikuasai dengan baik dan menjadi Cina tulen. Itupun kerajaan membenarkan operasinya. Inilah toleransi orang Melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Malangya tidak dihargai. Ingatan saya kepada kepada UMNO BN yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan perlaksanaan BM sebagai pengantar. Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan BM di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996. Terbaharu, berlaku 'percanggahan' pendapat antara Ahli Lembaga Sekolah Chong Hwa dengan Dong Zong mengenai kedudukan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan. Ahli lembaga SPC Chung Hwa hanya mahukan satu sahaja di di Kuantan. Jika Dong Zong mahukan SPC lain, cari tempat lain, tetapi bukan di Kuantan, takut berlaku persaingan. Dong Zong tetap berkeras mahukan sebuah lagi SPC di Kuantan. Persoalan saya, tidak cukupkah lagi apa yang ada? Perlukan SPC menjadi secina-cinanya? Chong Hwa mahukan pelajarnya mengambil SPM dan UEC sebagai menyahut seruan kerajaan. Manakala Dong Zong tidak bersetuju dengan idea kerajaan (juga Chong Hwa) untuk menggunakan silibus kebangsaan dan medium bahasa Melayu. Chong Hwa dilarang menduduki UEC yang dikendalikan Dong Zong jika mahu mengikut syarat kerajaan. Dong Zong hanya mahukan UEC yang tulen. Dong Zong tidak mahu pelajarnya cair kecinaan, jika berada di Chong Hwa yang mahu bertolak ansur dengan kerajaan dalam menjunjung agenda kebangsaan. Saya harap Kementerian Pendidikan yang baharu dapat melihat perkara ini dengan serius. Apakah kita ingin terus lahirkan manusia yang menterbalikkan jalur gemilang seperti yang dilakukan oleh bekas pelajar UEC di Taiwan. Perkara ini tidak mustahil berlaku lagi kerana jiwa ultra kiasu mereka sudah lama bersarang dalam sanubari melalui pendidikan yang telah diperolehi. Lebih ultra lagi, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sebelum ini bersungut mengenai komposisi dalam senarai anggota kabinet yang didakwa tidak banyak membariskan wakil daripada kaum Cina dalam untuk menyelesaikan masalah mereka. Persoalan saya, di manakah kita berada? Perlukah sangat menteri Cina untuk jaga orang Cina? Adakah selama ini menteri Melayu tidak menjaga orang Cina? Siapa yang perlu menjaga siapa? Siapa yang harus mengenang budi dan membalas jasa siapa? Di China dan India, siapakah yang mewakili Cina (India) Muslim di sana untuk mendengar masalah mereka? Sedarkah kita betapa beruntungnya bukan Melayu di negara bertuah ini? Apa yang ada Melayu dan bumiputera, tidak terdapat pada diri mereka hari ini? Dengan sebab itu, saya amat risau idea menjadikan BN satu parti. Kita mungkin bersangka baik. Orang lain bagaimana? Bahayanya, apabila undian dijalankan, sudah tentu undi UMNO (Melayu) hanya ada satu, berbanding 12 wakil parti komponen yang lain. Hanya UMNO sahaja yang akan bercakap soal kepentingan Melayu (Islam). Itupun jika semua faham. Ada segelintir dalam UMNO yang telah mati hati Melayunya kerana dikaburi oleh wang yang digula-gulakan oleh ultra kiasu. Selain itu, apa yang tergambar dalam fikiran ultra kiasu ini? Bila idea ini dibangkitkan, ultra kiasu tanpa melihat kedudukan mereka, mengeluarkan kenyataan, Timbalan Perdana Menteri (TPM), paling kurang mesti ada tiga iaitu TPM mewakili Sabah Sarawak, Cina dan India. Yang peliknya, orang Sabah dan Sarawak tidak pula kedengaran membincangkannya dengan serius! Kenapa ultra kiasu di Semenanjung begitu obsess dengan jawatan TPM? Kenapa tidak sebut sahaja perlu ada jawatan 3 jenis PM? Dalam kepala otak mereka, tidak ada perkara lain, soal bangsa, bangsa, bangsa. Bagaimana dengan orang asli dan etnik minoriti yang lain? Berapa banyak jawatan TPM hendak diwujudkan untuk memuaskan hati semua pihak. Pada saya, yang paling layak untuk jadi TPM adalah, orang Melayu, orang Asli dan wakil Sabah Sarawak. Titik. Kedudukan mereka begitu jelas. Mereka layak menjadi TPM untuk Malaysia, kerana mereka tahu dan faham sejarah Malaysia. Mereka menyahut agenda kebangsaan dan BM mereka tip-top. Yang lain belum tentu. Cuba intai-intai perbahasan ultra kiasu dalam dalam parlimen selepas ini. Kalau boleh, kita tidak mahu dengar lagi kata-kata; "tuan speaker, dengan izin". Hanya kerana mereka tidak terjumpa atau terlintas perkataan BM. Sebagai menghormati negara ini berasaskan kepada ketuanan Melayu dan Islam, tidak salah jika jawatan PM dan TPM hanya dikhususkan untuk orang Melayu (Islam). Jawatan lain, kongsilah dengan bangsa lain. Perkara ini adalah biasa dan lumrah. Apakah bukan Melayu tidak belajar daripada Singapura. Pernahkah jawatan menteri kanan (perkhidmatan awam) diserahkan kepada orang Melayu walaupun Singapura itu negara berasaskan ketuanan Melayu (Islam). Janganlah hipokrit. Jika benar BN nak dijadikan satu parti. Perlu ada formula. Apa yang penting PM dan TPM mempunyai sifat negarawan. Setakat ini saya hanya dapat lihat sifat ini ada pada orang Melayu (Islam), orang Asli dan bumiputera. Bukan setiap etnik diwakili melalui perlantikan sebagai TPM. Saya yakin selepas bosan jadi TPM, mereka menuntut untuk menjadi PM pula. Sekarang ini memanglah mereka berkata kononnya tidak berminat. Kesimpulannya, pada saya, tidak perlulah mengeluarkan kenyataan atau mendabik dada apabila dilantik menjadi menteri, seraya berkata; "saya adalah menteri kepada Malaysia, bukan hanya kepada UMNO BN". Sudah difahami. Semestinya apabila dilantik menjadi menteri, kita akan kepunyaan Malaysia atau negarawan. Itupun bukan bermakna, kita perlu cairkan diri kita untuk meraikan orang lain. Agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan. Jati diri mesti diperkasakan. Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular. Hati Melayu tidak boleh mati. Ini kerana bangsa lain, tidak pernah cairkan identiti mereka atas semangat 1Malaysia. Misalnya, aktiviti belia dan sukan. Identiti atau jati diri apakah yang akan mengakari? Di manakah kedudukan kebudayaan kebangsaan, cara berpakaian dan sebagainya. Tidak cukup sekadar menyanyi lagi IM4U. Tidak ke mana, jika kita tidak bertegas dalam soal jati diri. Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah | ||
TUDIAA!! Mukhriz Mahathir Mulakan Transformasi Ekonomi Kedah!! #HanyaDiKedah Posted: 03 Jun 2013 05:37 AM PDT Walaupun kita tahu Menteri Besar kita pasti runsing bila membuka buku hutang Kedah yang telah mencapai RM2 billion sejak ditangan Pas. Namun, harapan orang Kedah dibahu beliau bukan kecik-kecik anak. Beliau kena membuktikan bahawa beliau pemimpin yang tepat untuk membawa Kedah ke era negeri maju. Ketepikan kata-kata dari pembangkang yang langsung tak berguna tu. Fokus kepada kemajuan negeri dan perkasakan ekonomi. Kedah menyasar meningkatkan ekonominya dengan melaksanakan pelan transformasi negeri yang membolehkan lebih ramai pelabur domestik dan asing meneroka sektor-sektor baharu di negeri ini. Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri merancang untuk memiliki hab kuasa ekonominya sendiri yang akan menjana aktiviti inovasi tempatan yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global. "Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pendapatan negara kasar (PNK) Kedah dan kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pekan Artisan Sdn Bhd. Beliau berkata Kedah mempunyai banyak daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, terutamanya pulau tersohor, Langkawi, yang boleh menarik pelabur dalam dan luar negara. Mukhriz berkata Langkawi, penyumbang potensi kepada PNK Kedah, boleh menarik lebih tiga juta pelancong setiap tahun, dengan PNK berkaitan pelancongan diunjur mencecah RM3.8 bilion menjelang 2015. "Buat permulaan, kami berusaha untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira RM5 bilion, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 4,200 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kedatangan pelancong," katanya. Beliau berkata tahun lepas, dengan kira-kira tiga juta kedatangan pelancong direkodkan di Langkawi, perolehan pendapatan ialah sekitar RM2.6 bilion. Menurut Mukhriz, Langkawi mendapat faedah daripada pelaburan domestik dan asing sejak pelaksanaan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi (2011-2015). Pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan pelan tindakan tersebut untuk menjadikan Langkawi sebagai satu daripada 10 destinasi pulau utama dunia. Selamatlah BN berjaya merampas Kedah dari tangan Pas. Kalau tidak, makin hancurkan Kedah jika Pas terus memerintah! McTheory: Transformasi Bermula.. | ||
TUDIAA!! Siapa Sebenarnya Blogger PM @NajibRazak? Posted: 03 Jun 2013 02:17 AM PDT Ada sesiapa boleh beritahu Mc, siapa sebenarnya bloggers dan cybertroopers Najib Razak selepas PRU ke 13 ni? Posting ini bukan untuk sesiapa, cuma pertanyaan dari blogger yang memerhatikan keadaan. Mc taknak komen dan tulis panjang, sebab blogger APA ada cerita dan artikel yang menarik untuk dibaca. Lepas tu anda semua akan buat keputusan sendiri siapa sebenarnya blogger Najib Razak atau blogger RM bukan Rosmah Mansur, tapi blogger WANG!! Nak baca boleh klik kat SINI McTheory: Setia pada parti, bukan pada pemimpin.. | ||
PANASS!! Pembangkang BOIKOT SPR Bawah Jawatankuasa Parlimen! Posted: 02 Jun 2013 11:17 PM PDT Parti pembangkang diminta tidak memboikot keputusan kerajaan meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli Parlimen. Naib Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia, Datuk Rahman Dahlan berkata, PR perlu menyertai jawatankuasa itu untuk melakukan penambahbaikan SPR kerana ia adalah kepentingan negara, bukannya kepentingan politik. Ahli Parlimen Kota Belud itu mengingatkan pembangkang supaya jangan hanya bermain politik. Katanya, selama ini mereka sering mendesak supaya SPR diletakkan di bawah Parlimen. "Mereka perlu mengambil kesempatan ini bersama-sama kerajaan untuk memastikan SPR diyakini dan jangan memberi bermacam alasan," katanya. Rahman, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, idea itu menunjukkan kerajaan mahu menjadikan SPR telus dan terbuka. "Saya menyokong usaha ini. Ia adalah langkah terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat. "Pembangkang jangan memperlekeh usaha ini kerana mereka yang mahukan SPR di bawah Parlimen," katanya. Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, langkah penubuhan jawatankuasa khas Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, tidak dipolitikkan atau diputar-belit oleh mana-mana pihak. Menurutnya, kesediaan kerajaan menubuhkan jawatankuasa ini membuktikan bahawa SPR adalah sebuah suruhanjaya yang telus dan adil. "Langkah ini perlu dipandang positif dan rasional, bukan dari sudut emosi serta persepsi sendiri. "Penubuhan jawatankuasa yang dianggotai kedua-dua pihak membolehkan kedua-dua pihak mengawal selia SPR," katanya. Rosnah, yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, dengan tertubuhnya jawatankuasa ini proses pilihan raya dan bidang tugas SPR dapat dibaiki. "Ia sebagai langkah telus dan demokratik. Perkara yang lebih penting adalah tidak akan ada lagi pertikaian bahawa SPR menyebelahi mana-mana pihak. "Lebih tepat lagi (ia didakwa) menyebelahi parti pemerintah, walaupun sebenarnya perkara ini tidak terjadi dalam pilihan raya baru-baru ini," katanya. | ||
PANASS!! Red Bean Army Ugut ROGOL Amoi Pro BN!! #antiRBA Posted: 02 Jun 2013 08:21 PM PDT Apabila terbongkarnya kumpulan jahat rasis Red Bean Army, kita telah mulai memantau alam maya yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Ternyata bahawa warga maya yang menggunakan 2 bahasa tersebut lebih terdedah kepada propaganda yang bukan sahaja lebih teruk tetapi melibatkan ugutan dan character assasination yang melampau. Sebelum ini kita didedahkan dengan isu berhubung ancaman bunuh dan rogol yang dibuat oleh penyangak cyber pro-DAP terhadap seorang gadis yang merupakan penyokong Barisan Nasional (BN) Laporan portal itu sudah tentu mendapat komen yang banyak dan berbau menyerang Utusan Malaysia seolah-olah media perdana itu menyebarkan fitnah. Klik Sini Padahal. isu ini pernah dibongkar sebelum ini tetapi kurang diketengahkan oleh warga troopers di sebelah bahasa Melayu. Tetapi isu ini diketengahkan juga oleh beberapa bloggers, di antaranya KLIK SINI KLIK SINI Dek video di atas, gadis tersebut telah diserang dengan teruk tanpa belas kesihan dengan pelbagai penghinaan, mencarut dan juga ugutan rogol seperti yang didedahkan oleh Utusan Malaysia. Sebagai buktinya, anda baca sendiri 6 printscreen di bawah dan anda saksikan sendiri betapa teruknya propaganda pro-pembangkang dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina! Sambung baca Dr MiM. Ini taktik komunis RBA yang cuba menakut-nakutkan kaum cina yang lain jika tidak menyokong mereka. Mc pernah bersembang dengan sahabat cina dari MCA. Dap memulakan kempen memulaukan orang yang mengaku diri dari parti MCA dengan gelaran UMNO cina. Disebabkan itu, sekarang ni ahli MCA nak malu nak mengaku diri mereka MCA pun takut di pulau dan dihina! Itulah cara mereka menekan kaum cina yang menyokong BN. Lama kelamaan, Mc percaya lepas ni langsung cina akan solid sokong Dap, dengan perang saraf yang puak RBA ni buat, kaum cina terpaksa sokong untuk keselamatan diri. Rasanya sudah sampai masa pihak SKMM, Cybersecurity dan pelbagai pihak berwajib pantau keadaan ini. McTheory: Pantau dan ambil tindakan.. bukan dengan amarannn.. | ||
HOT INFO! MB Kedah Mula Cari Duit Untuk Cover Hutang RM2 Billion Pas Kedah!! #HanyaDiKedah Posted: 02 Jun 2013 05:40 PM PDT Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lepas, perolehan daripada kira-kira tiga juta pelancong ke Langkawi yang direkodkan berjumlah sekitar RM2.6 bilion. "Kita perlu menggandakan usaha untuk merealisasikan matlamat kita. Bukanlah mudah untuk mencapai sasaran bagi Langkawi disebabkan saingan sengit dalam lingkungan wilayah ini daripada Bali dan Phuket. "Untuk berada selangkah dua di hadapan mereka, kita mesti bertindak lain daripada yang biasa," katanya di sini Ahad selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Pekan Artisan Sdn Bhd yang akan menyaksikan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di Langkawi. Memorandum itu ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Pegawai Operasi Pekan Artisan Saifful Azhar Sabaruddin. Pekan Artisan adalah pemaju resort pelancongan dan daya penarik berimpak tinggi. "Kita kini perlu memberi tumpuan kepada pelancong berkualiti, bukan 'backpackers' yang tidak berbelanja sangat. Hal ini pun berlaku di tempat lain juga, mereka tidak begitu menyumbang," katanya. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri secara rasmi telahpun mengeluarkan arahan pemberhentian sementara dua projek melibatkan aktiviti pemugaran tanah yang dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, masing-masing di Pedu dan Gunung Inas, Baling. Beliau berkata perintah itu dikeluarkan terhadap projek agro-pelancongan dekat empangan Pedu selain inisiatif ladang getah Ladang Rakyat di Gunung Inas. Bulan lepas, Mukhriz mengumumkan kerajaan Kedah akan menggantung semua aktiviti pembalakan di negeri ini, sementara menunggu kajian kesannya terhadap alam sekitar dan mata pencarian rakyat. Katanya tindakan itu susulan aduan daripada penduduk kampung bahawa aktiviti pembalakan di kawasan mereka itu menjejaskan bekalan dan kualiti air. -BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment