House PK

House PK


BANGUNLAH WAHAI YANG BERKUASA! MELAYU SEMAKIN DIBANGSATKAN DI BUMI SENDIRI!

Posted: 03 Jun 2013 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Seorang Ketua Jabatan Drama dan Teater di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (UM) dilucutkan jawatan hanya kerana menegur gaya penulisan skrip teater karya dua pelajar Cina tahun akhir universiti itu yang disifatkan mempunyai unsur-unsur perkauman.

Menurut sumber, ketua jabatan berkenaan yang sepatutnya melepaskan jawatannya pada Jun 2014, telah menerima surat daripada pihak pengurusan universiti pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan surat tersebut, pelucutan jawatan sebagai ketua jabatan itu berkuat kuasa 1 Jun ini.

"Setiap pelajar yang mengambil kursus ini akan mempunyai seorang penyelia bagi menasihati karya yang mahu dihasilkan. Isu timbul apabila skrip teater pelajar di bawah seorang penyelia didapati mengandungi unsur-unsur perkauman.

"Apabila skrip dihasilkan dibawa ke panel penilai yang terdiri daripada lima orang (ketua jabatan tersebut dan empat orang pensyarah), pelajar dinasihati untuk mengolah semula skrip mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, salah seorang penilai berketurunan India yang juga merupakan penyelia kepada pelajar terbabit berkeras mempertahankan karya yang dihasilkan.

"Alasan yang diberikan penyelia itu ialah seni tidak seharusnya dibatasi oleh sesuatu isu," katanya.

Namun, empat ahli panel penilai tetap mencadangkan supaya sebelum teater berkenaan dipertontonkan kepada khalayak, skrip tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak polis kerana dikhuatiri menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, penilai yang juga penyelia berketurunan India itu telah bertindak bertemu dengan kedua ibu bapa pelajar berkenaan.

"Ibu bapa pelajar tersebut telah datang berjumpa Dekan Pusat Kebudayaan dan disebabkan bimbang perkara itu dihebahkan, dekan berkenaan telah mengeluarkan surat penamatan jawatan kepada ketua jabatan itu.

"Tindakan diambil tanpa ada sebarang usul periksa dan perbincangan terlebih dahulu dengan ketua jabatan (seorang Melayu) berkenaan," jelasnya.

Difahamkan teater tersebut menyentuh soal institusi raja-raja selain menyindir dengan mengumpamakan orang Melayu 'bodoh.'

Dalam masa sama, teater dimaksudkan tetap dipertontonkan kepada khalayak tanpa melakukan sebarang pengolahan pada 18 dan 19 Mei lalu.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

PANAS BERAPI! ESOK HARGA ROKOK AKAN NAIK! KHABARNYA ANGKARA PENGUSAHA YANG NAK ROSAKKAN NAMA KERAJAAN!

Posted: 02 Jun 2013 06:07 AM PDT

Salam Parpukari,

Esok akan diumumkan kenaikan harga rokok sebanyak RM0.30 sebungkus oleh sebuah syarikat pengeluar rokok terkemuka di negara ini walaupun tidak ada kenaikan ke atas duti eksais oleh kerajaan. Banyak tanda tanya dapat kita ajukan disini walaupun rokok bukan lah perkara asas yang kita perlu bahaskan.

1. Syarikat rokok selalunya melobi kerajaan supaya tidak menaikan duti kerana ini akan menjadikan mereka tidak dapat bersaingan dengan rokok seludup dan dalam masa yang sama akan mengalakkan penyeludupan.

2. Kenaikan ini akan memberi kesan kepada perkokok yang rata-rata terdiri daripada kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terhimpit dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

3. Kenapa pilih masa sekarang? Hanya beberapa minggu selepas PRU13? Adakah syarikat ini menjalankan agenda pembangkang?

Perokok tidak akan tahu yang kenaikan ini di lakukan oleh syarikat dan mereka terus akan menyalahkan kerajaan dalam soal ini. Kerajaan perlu dengan cepat untuk memberikan penerangan dalam hal ini. Penbangkang sudah tentu akan mengapi-apikan situasi ini dengan membangkit perasaan anti kerajaan. Perkara pertama yang mereka katakan adalah - ini adalah untuk mendapatkan kembali dana BR1M !

Disyaki pengurusan tertinggi syarikat ini bersekongkol dengan pembangkang dengan
mengambil tindakan ini untuk merealisasikan agenda pembangkang.

Wassalam - Tolong rahsiakan nama & email saya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

JANGAN LUPA! KEMPEN BOIKOT BBC DAN BCL MESTI DITERUSKAN!

Posted: 02 Jun 2013 02:00 AM PDT

Walau aku tengah marah dengan PUNAISIHAT DAN CON'SULTAN bertaraf Kassim Patalon (25%) ni, kita jangan lupa misi besar BOIKOT kita iaitu kempen BBC dan BCL! Aku nak share dengan korang saranan PPIM dibawah!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan terus melipatgandakan usahanya untuk menjayakan kempen memboikot lapan produk keluaran syarikat tempatan yang jelas menyokong demonstrasi jalanan yang dipelopori pihak pembangkang.

Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata sejak dilancarkan dua minggu yang lalu, kempen itu tidak tertumpu kepada semua produk keluaran syarikat Cina sebaliknya hanya produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi jalanan di negara ini.

"Timbul perspektif yang salah di kalangan rakyat kononnya PPIM minta pengguna boikot semua produk keluaran syarikat Cina tetapi yang sebenarnya kempen ini dilancarkan sebagai peringatan kepada syarikat yang menyokong demonstrasi jalanan yang terbukti menjejaskan kemakmuran dan keselamatan rakyat negara ini.

"Kita terima banyak aduan dan rungutan daripada rakyat berkaitan perhimpunan jalanan yang dianjurkan pembangkang sejak keputusan PRU-13 diketahui pada 5 Mei.

"Rakyat menderita dan meluahkan rasa bimbang dengan demonstrasi jalanan yang masih berterusan kerana merasakan mereka tidak seharusnya melalui masalah itu selepas pilihan raya berakhir," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Baca seterusnya di Perak Today...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...