UMNO Online - “Get Your Rickety Political Bicycle And Ride Into Sunset, Tunku Aziz Tells Anwar” plus 9 more |
- Get Your Rickety Political Bicycle And Ride Into Sunset, Tunku Aziz Tells Anwar
- Kabinet Baru Perlu Tegas Dan Lebih ‘Jantan’
- Ketepi Fahaman Politik Majukan Kedah – Mukhriz
- MCA Members Told To respect Party’s Decision To Stay Out Cabinet Posts
- Kerajaan Jamin Akan Turunkan Harga Kereta Berperingkat-Peringkat – Mustapa
- BN Perlu Utamakan Negeri Yang Dimenangi
- Kalau Dah Gila Jawatan Jangan Heret Rakyat Juga Sama Jadi “Gila” – Othman
- PRU-13 : Pas Patut Ajar Rakan Pakatan Erti Ketentuan Allah swt
- SUKAGUAM : Hormati Pilihan Rakyat, Sistem Demokrasi Berperlembagaan
- Persatuan Alumni UiTM Buat Laporan Polis Nafi Kenyataan Berbaur Hasutan
Get Your Rickety Political Bicycle And Ride Into Sunset, Tunku Aziz Tells Anwar Posted: 17 May 2013 05:39 AM PDT PETALING JAYA, May 17 – Former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim has this advice for Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Get on your rickety political bicycle and ride into the sunset!” He said this when urging the government to apply the full force of the law to prevent nationwide illegal rallies which protest against the Barisan Nasional(BN) victory at the 13th General Election (GE13). In making this call to the authorities, Tunku Abdul Aziz said the illegal rallies posed a serious threat to national security and public order. “The opposition has long intended to initiate the ‘Malaysia Spring’ to overthrow the Barisan Nasional-led government,” he claimed. Speaking to reporters here today, he said the opposition had planned to create chaos since last year’s ‘Bersih’ rally, which was now building up to the nationwide protests. The protests, he said, had been planned by Anwar before the (date of the) GE13 was announced by the authorities. “All their activities point to a conspiracy to overthrow the government by illegal means, and what Anwar is doing, is clearly intented to achieve that aim. “Anwar should grow up and take his party’s electoral reverses with dignity, instead of casting aspersions on the integrity of the Election Commission and making wild and unsubstantiated allegations of impropriety. “The time to get on your rickety political bike and ride into the sunset is now, and leave us alone to get on with our lives,” Tunku Abdul Aziz told Anwar. He was accompanied by former Selangor DAP publicity secretary Tan Tuan Tat. |
Kabinet Baru Perlu Tegas Dan Lebih ‘Jantan’ Posted: 17 May 2013 05:29 AM PDT Salam Pengarang… Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan 'mood' luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar. Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan. Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan. Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik. Dikenali sebagai ‘Arab Spring’, negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu. Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu. Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama. Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu. Kepada Anwar Ibrahim… BERSARALAH… Mat Akil Lebai Hasan |
Ketepi Fahaman Politik Majukan Kedah – Mukhriz Posted: 17 May 2013 05:12 AM PDT JERLUN, 17 Mei – Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian. “Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa. “Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik. “Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini, Jumaat. Mukhriz berkata untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan. Beliau berkata Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat. “Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan. “Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah,” katanya. Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak sekiranya terdapat kekasaran yang dilakukan tanpa disedarinya terutama sepanjang tempoh berkempen. Lebih 5,000 rakyat di sekitar kawasan Parlimen Jerlun khususnya Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam menghadiri majlis tersebut yang diadakan khas untuk rakyat di DUN berkenaan. Yang turut hadir isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif. |
MCA Members Told To respect Party’s Decision To Stay Out Cabinet Posts Posted: 17 May 2013 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR, May 17 - Selangor MCA Publicity Bureau chief, Datuk Yap Pian Hon has urged MCA members to respect the party’s decision to stay out of all Cabinet posts. “Party members had unanimously passed a resolution at the 2011 and 2012 annual general assemblies to decline all government posts should MCA’s performance in GE13 (13th General Election) fare worse than GE12. “Party members must accept this decision and not take it likely. We must recognise that Chinese voters had abandoned MCA,” he said in a statement today. MCA had announced that the party would not accept any posts in the government due to its dismal performance in GE13 held on May 5, winning only seven of the 37 parliamentary seats it contested, and 11 out of 90 state seats. Yap said MCA must learn from past setbacks and move forward beyond any historical baggage. He said this might be a watershed in MCA’s political scenario but it was time to rise up again, with a new mindset, which would see the beginning of another political march. |
Kerajaan Jamin Akan Turunkan Harga Kereta Berperingkat-Peringkat – Mustapa Posted: 17 May 2013 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mei – Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini. Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya. “Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini Jumaat. “Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan,” katanya. Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. |
BN Perlu Utamakan Negeri Yang Dimenangi Posted: 17 May 2013 03:01 AM PDT PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya, sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri. Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR. Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri. Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri. Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini. Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan. Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya. Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua? Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa. Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua? Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima. isuhot.com |
Kalau Dah Gila Jawatan Jangan Heret Rakyat Juga Sama Jadi “Gila” – Othman Posted: 17 May 2013 02:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mei – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melengkapkan teraju jentera pentadbirannya dengan pelantikan anggota kabinet dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Yang DiPertuan Agung bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran negara ini sedangkan dalam masa yang sama ketua pembangkang masih bersikap tidak karuan. Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih enggan mengiktiraf kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah umpama 'orang gila'. "Apa lagi yang boleh kita katakan kepada beliau kerana sikapnya menunjukkan beliau dah gila nak jadi Perdana Menteri pada hal semua pihak sudah mengiktiraf kemenangan PRU13 berpihak kepada BN malah Presiden Amerika Syarikat sendiri pun dah nyatakan tahniah kepada Perdana Menteri kita. “Kalau dah gila jawatan jangan pula cuba heret rakyat jadi gila seperti dia," katanya kepada UMNO-Online. Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Pendang berjaya menafikan 'kubu kuat Pas' dengan mengalahkan Timbalan Presiden parti terbabit iaitu Mohamad Sabu dengan majoriti 2,638 undi. "Apa tujuan Anwar Ibrahim enggan mengiktiraf kemenangan BN. Dah kalah, kalahlah… apa lagi? Adakah dengan mengadakan demonstrasi dan perhimpunan jalanan akan dapat menafikan kemenangan BN dalam PRU13?" "PRU13 dilaksanakan dengan telus sebagaimana demokrasi berparlimen dijalankan. Ini keputusan demokrasi dan sesiapa saja mesti terima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat," tegasnya. Katanya, jika benar berlaku penipuan dan penyelewengan dalam PRU13 sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang maka mereka sepatutnya mengumpul sebanyak mungkin bukti dan melantik peguam terbaik dengan menggunakan saluran undang-undang untuk mengemukakan bantahan menerusi petisyen di mahkamah. "Jika mereka berniat baik, sayangkan negara serta mahu mencabar keputusan PRU13 maka lakukan ikut saluran yang ada, kita lawan di mahkamah berdasarkan kepada bukti-bukti dan bukannya dengan mengheret rakyat dalam himpunan haram." Tegas beliau lagi, cara demokrasi yang sebenar adalah dengan mengikut saluran yang disediakan dan bukannya menghasut orang ramai terutama golongan muda turun ke jalanan dan berhimpun secara haram sebagaimana dimulakan di stadium di Kelana Jaya yang kemudiannya menular ke seleuruh negara, kononnya membantah keputusan PRU13. "Rakyat dah jemu dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang kerana masyarakat hari ini cintakan keamanan dan kesejahteraan." – MediaUMNO |
PRU-13 : Pas Patut Ajar Rakan Pakatan Erti Ketentuan Allah swt Posted: 17 May 2013 02:28 AM PDT KUALA LUMPUR 17 Mei – Pas disaran menasihatkan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menerima ketentuan Allah berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata apa yang diperkatakan oleh pimpinan Pas cukup jelas dalam soal berkenaan dan itulah yang sepatutnya diambil pendekatan oleh semua pihak. Justeru katanya amat wajar dan amat munasabah parti berkenaan sedikit garang dengan menasihatkan sekutu mereka itu supaya takdir Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya dan keputusan telah dibuat oleh rakyat. "Sebagai rakan pakatan takkanlah pendirian tidak sama……berilah nasihat sepatutnya dan Pas perlu ada sedikit keberanian dalam soal berkenaan. Takkan mereka sanggup melihat penyokong mereka diasak dengan pelbagai tohmahan berhubung keputusan pilihan raya baru-baru ini. "Jangan jadi rakan yang pasif..sekali sekala bersuaralah lantang sikit demi kepentingan negara dan seluruh rakyat. Setelah berhempas pulas sewaktu berkempen baru-baru ini, pada dan saat ini adalah tempoh bertenang. "Sampai bila rakyat khususnya penyokong mereka diheret dengan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal. Yerlah…sesetengah kawasan yang mereka menang boleh terima dan tidak pula di kawasan yang Barisan Nasional (BN) menang. Memang tak masuk akal," ujarnya. Mengulas lebih lanjut beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO seterusnya menambah sudah tiba masanya Pas bersikap 'gentleman' dengan sekutunya itu. "Berilah pandangan ikhlas…..dan berilah nasihat yang sebaiknya kerana pilihan raya telah berlalu dan ini adalah waktu untuk bekerja. Sesiapa yang diamanahkan oleh rakyat kena laksanakan tanggungajwab dan bukannya berpolitik sepanjang masa," katanya. -MediaUMNO |
SUKAGUAM : Hormati Pilihan Rakyat, Sistem Demokrasi Berperlembagaan Posted: 17 May 2013 02:18 AM PDT KUALA LUMPUR 17 Mei – Selepas kegagalan pembangkang untuk menawan Putrajaya melalui pilihan raya, kini demonstrasi dan himpunan haram digunakan bagi merealisasikan cita-cita mereka yang tidak tercapai itu. Pengerusi SUKAGUAM, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata tindakan pembangkang itu sebagai tidak menghormati sistem perundangan dan perlembagaan negara, mereka seharusnya menerima keputusan rakyat yang telah memilih kerajaan untuk memerintah melalui proses pilihan raya yang telah diguna pakai sejak merdeka dahulu. "Sistem pemerintahan negara ini adalah demokrasi berparlimen, oleh itu mereka harus terima apa yang telah diputuskan, jika tidak berpuas hati, mereka boleh membawa perkara itu mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah ditetapkan dan bukannya membuat keputusan sendiri sehingga menyusahkan rakyat. "Tindakan mengadakan demonstrasi atau perhimpunan haram sebagai tanda tidak berpuas hati adalah tindakan tidak betul, bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menimbulkan suatu suasana yang tidak sihat di kalangan rakyat," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang mengadakan demonstrasi dan perhimpunan haram sebagai tanda bantahan terhadap keputusan pilihan raya umum yang lalu yang menyifatkan sebagai tidak bersih. Khairul menyifatkan, apa yang dilakukan oleh pembangkang itu lebih menjurus untuk mengembalikan populariti mereka yang tercemar berikutan kegagalan mereka menawan Putrajaya kerana sebelum pilihan raya diadakan, mereka berkeyakinan tinggi menawan Putrajaya dan beberapa buah negeri selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. "Jika mereka mengatakan pilihan raya ini sebagai tidak bersih, bagaimana pula mereka mampu mempertahankan beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, sudah pasti pembangkang kehilangan ketiga-tiga negeri itu jika pilihan raya ini tidak dijalankan dengan betul seperti yang didakwa oleh mereka," katanya. Menurutnya, walaupun pembangkang menyatakan bahawa demonstrasi dan perhimpunan haram itu dilakukan oleh badan bukan kerajaan, tetapi sebenarnya semua tindakan itu didalangi oleh pembangkang yang bertopeng kumpulan berkenaan. Katanya, perbuatan yang dilakukan oleh pembangkang itu adalah suatu usaha yang sia-sia, mereka seharusnya memberi tumpuan untuk membantu kerajaan mengembalikan keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat yang sebelum ini telah terlalu lama dimomok-momokkan dengan suasana berpolitik sejak pilihan raya ke 12 lalu. -MediaUMNO |
Persatuan Alumni UiTM Buat Laporan Polis Nafi Kenyataan Berbaur Hasutan Posted: 17 May 2013 12:53 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Mei – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan pemimpin pakatan rakyat bahawa seorang daripada panel forum anjuran persatuan itu Ahad lepas membuat kenyataan berbaur hasutan. Setiausaha Agung persatuan itu Shukri Ishak berkata laporan itu dibuat bagi menafikan dakwaan Pengerusi DAP Karpal Singh kononnya bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan perkauman dalam “Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” yang diadakan di sebuah hotel di sini. “Kami nafikan Mohd Noor ada keluarkan kenyataan rasis seperti itu kerana kami tidak mendengarnya dalam pita rakaman (yang dibuat pada majlis itu),” katanya selepas membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi di sini. Forum sehari anjuran bersama persatuan itu dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu turut dihadiri oleh pelbagai wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara. Shukri berkata: “Perkara yang dibincangkan dalam wacana itu lebih focus kepada isu perpaduan ummah sebab kita risau tentang trend pengundi sekarang. “Apabila berlaku, kita perlu menyedarkan masyarakat bahawa Malaysia ini adalah (negara) majmuk dan (rakyat di negara ini) perlu mempercayai antara sesama kaum yang lain. Jadi, kita perlukan sesuatu untuk membetulkan keadaan,” katanya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment