Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Kerajaan Berjanji Akan Turunkan Harga Kereta!

Posted: 17 May 2013 09:23 AM PDT


Berita baik pada mereka yang merancang untuk beli kereta! Mc pun rasa nak beli satu lagi lepas ni. he he..

Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini Jumaat.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. -BERNAMA

PANASS!! Individu Ini Bakal Merubah Keadaan Pasukan Bola Sepak Kedah! #HanyaDiKedah

Posted: 17 May 2013 05:36 AM PDT


Mula-mula kita ucapkan tahniah buat YB Aminuddin Omar, ADUN Jitra yang cukup terkenal di kalangan pemuda BN Kedah dengan gelaran Pak Tam, beliau telah dilantik oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir sebagai EXCO yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Kini pada belia dan peminat bola sepak, Pak Tam adalah harapan baru kita. Harap-harap Pak Tam dapat melakukan sesuatu yang ajaib untuk memulihkan kembali pasukan bola sepak Kedah ketahap yang lebih tinggi.

Mc dan rakan TMK sempat menemubual Pak Tam, berkenaan masa hadapan Bola Sepak Kedah yang kini berada di Liga Perdana dan pembinaan Litar Kedah kepada golongan belia yang berminat kepada sukan pemotoran.

Jom kita tengok, apa komen Pak Tam!



McTheory:
Semoga berjaya Pak Tam, kekalkan imej hemoih yang menjadi popular tu..

HOT INFO! Sebab Melayu Liberal Sekor, Air Asia Bakal Lingkup!

Posted: 17 May 2013 02:36 AM PDT




Mc tertarik dengan satu artikel yang dikirimkan kepada Blog MyMassa oleh seorang mantan pegawai tertinggi yang pernah berkhidmat zaman pentadbiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad..Menurut pengirim email berkenaan, beliau menganggap bahawa Azran Osman Rani sebagai buta sejarah dan tidak tahu siapa yang membawa AirAsia ke peringkat lebih tinggi sejak AirAsia ditubuhkan..

Ada banyak perkara tersurat dan tersirat dimana mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia tidak tahu situasi sebenar bagaimana Airasia naik hingga sekarang ini ditabalkan sebagai pemenang bagi syarikat tambang murah selama beberapa tahun berturut turut..

Mc tak nak ulas panjang lebar siapa dia Azran Osman Rani ni, tapi aku harap pembaca semua baca apa yang ditulis oleh pengirim email dibawah.




AIR ASIA satu jenama penerbangan "made in Malaysia" yang boleh dibanggakan, bukan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X yang buta sejarah, buta hati dan "goblok sejarah" kata orang Indonesia itu.

Jika bukan kerana seorang Melayu yang berjiwa besar bernama Datuk Pahamin Rejab yang memberi cadangan dan berusaha meyakinkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu Perdana Menteri Malaysia, akan keperluan sebuah syarikat penerbangan kedua negara, Air Asia tidak tidak akan muncul gah seperti hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X yang tolol itu, adakah dia tahu sejarah asal usul Air Asia itu? Jika tidak tahu, silalah berjumpa dengan Datuk Pahamin Rejab, fahami betapa seorang Melayu yang berjiwa besar seperti Tun Dr. Mahathir MOhamad memberi kepercayaan kepada seorang Melayu lain seperti Datuk Pahamin Rejab, dengan pelbagai bantuan awal kerajaan dan promosi percuma termasuk promosi oleh akhbar Utusan Malaysia ketika itu.

NOW EVERY FLIGHT AIR ASIA CONFIRM WILL DELAY

HUTANG AIR ASIA BERBILLION RINGGIT

Apakah yang kamu hendak banggakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X jika hutang Air Asia kepada Malaysia Airport Berhad dan institusi kewangan dalam dan luar negara berbillion-billion ringgit yang kamu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X tidak mampu langsaikan! Laporan-laporan yang dibentangkan di Parlimen dan ramai lagi YB di Parlimen menunjukkan Air Asia berhutang Berbillion-billion Ringgit, malah Air Asia Financial Statement pun membuktikan hutang Air Asia semakin berlambak-lambak! Sila baca Hansard Parlimen, kamu carilah sendiri supaya kamu rajin sedikit. Rakyat juga boleh membacanya di Laporan Bursa Saham Malaysia. Saya tidak mahu Link kan laporan itu di sini kerana saya jijik dengan manusia Melayu bernama Azran Osman Rani!

Siapakah yang akan menanggung beban hutang Air Asia itu? Jawapannya mudah, rakyat Malaysia dan sebahagian besarnya penumpang Melayu yang dikenakan pelbagai bayaran tambahan akan menanggung semua hutang-hutang itu! Bukan Ketua Pegawai Eksekutifnya! Dia hanya tahu memutuskan dalam mesyuarat eksekutifnya supaya mengenakan bayaran itu ini, menambah bayaran itu ini dan charge apa sahaja yang boleh dicharge!

Kamu menghisap darah-darah keringat wang orang-orang Melayu yang menaiki Air Asia dengan mengenakan bayaran-bayaran ulangan seperti menukar tiket penerbangan, atau menelan wang pengguna jika mereka membatalkan penerbangan kerana orang tua atau anak mereka tiba-tiba sakit kuat, atau kamu mengenakan bayaran tambahan yang sepatutnya diberi percuma sahaja! Wang dan otak kamu adalah mesin tanpa perasaan yang paling kejam dan bodoh di dunia!

Apakah yang kamu hendak banggakan dengan Air Asia yang kamu sebagai Ketua Eksekutif Air Asia X jika tempat duduk Air Asia yang sempit dan menyakitkan, di mana lutut terpaksa dibengkokkan selama berjam-jam dengan layanan sesetengah pramugari kamu yang kelam-kabut bagaikan lipas kudung yang dipotong kakinya!

Kamu sedarlah, tanpa Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang Melayu yang sangat sayang kepada Utusan Melayu, kamu tidak akan ke mana! Janganlah kamu bersombong dan berlagak hebat tatkala Air Asia sudah berada di kedudukan hebatnya, kemudian kamu masuk membawa nilai bobrok dan bodoh piang kamu itu!


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AIR ASIA TUTUP MULUT PASAL INI, KENAPA TAK KOMEN DALAM TWEETER KAMU?

Jika Utusan kamu kata Rasis, bagaimana dengan akhbar lain? Apakah kerana kamu tak pandai berbahasa Cina? Jika kamu tidak mengerti bahasa Mandarin kenapa tidak kamu gunakan "google translate" atau bertanya kepada guru-guru bahasa Mandarin? Kamu memang manusia Air Asia yang pemalas dan bergantung kepada cerita minda rasis kamu saja!

Lim Kit Siang dan orang-orangnya pernah mengatakan "Melayu Sial", "Engkau Melayu Bodoh- Balik Kampung" malah mereka pernah menunjukkan Kemaluan mereka kepada polis-polis Melayu dan isteri-isteri Polis Melayu pada tahun 1969. Hingga ke hari ini, pernahkah dia meminta maaf kepada orang Melayu dan Islam? Baca lagi Kertas Putih 13 Mei 1969 supaya kamu tahu penghinaan-penghinaan yang mereka lakukan, dan kamu hanya berdiam diri. Jika kamu malas ke Arkib Negara beli sahaja buku Tunku Abd Rahman "Looking Back". Apa komen kamu wahai Ketua Eksekutif AirAsiaX yang bodoh nan sombong? Saya percaya kamu gagal subjek Sejarah negara sendiri! Patut pun pemikiran macam orang kebodohan!

Mari kita beri tempoh 24 Jam kepada Air Asia untuk meminta maaf atau kita mendesak Kerajaan menarik balik lesen penerbangan Air Asia! Tanpa Air Asia kita sudah ada MALINDO, malah kita boleh tutup lesen Air Asia dan meluluskan lesen penerbangan lain yang berjiwa Melayu, berjiwa Malaysia bukannya berjiwa Azran Osman Rani si Tanggang Moden!

(emel kiriman oleh Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad)

McTheory:
Kasi ajar sama celaka tuu..

PANASS!! Kerja Haram, Nik Nazmi Bakal Di Penjara? #TolakPR

Posted: 16 May 2013 11:36 PM PDT


Akhirnya Mat Skema ni didakwa juga, Tapi jangan tangkap yang kecik-kecik saja, yang besar-besar tu dakwa sekali. Kami dah muak tengok semua lakonan haprak puak ni.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (ADUN) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum di Kelana Jaya, Selangor sebelum ini.

Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikatjamin.

Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan melebihi RM2,000.

Dalam perhimpunan 8 Mei lalu - tiga hari selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) - lautan manusia membanjiri Stadium Kelana Jaya dengan berpakaian hitam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan pilihan raya yang menyaksikan Pakatan gagal menawan Putrajaya.

Perhimpunan yang rata-ratanya dihadiri anak muda itu juga menyebabkan kesesakan lalulintas luar biasa di Kuala Lumpur sehingga lewat pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon ikatjamin dikenakan kerana menurutnya ia perlu untuk memastikan kehadiran Nik Nazmi di mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Eric Paulsan yang mewakili Nik Nazmi membalas bahawa Nik Nazmi bukan sahaja seorang ADUN, tetapi baru sahaja memenangi pilihan raya umum dengan majoriti yang lebih besar, dan oleh itu merupakan seorang anggota masyarakat yang berwibawa.

Rohana kemudian bertanya sama ada Nik Nazmi telah tiba di mahkamah pada masanya apabila disaman malam tadi, dan dijawab benar.

"Tidak akan ada perintah ikat jamin buat sekarang, tetapi mahkamah akan mempertimbangkan jaminan jika beliau tidak hadir untuk pendengaran," katanya.


McTheory:
Pantas kerja Menteri KDN kita yang baru ni! he he.. baguss.. baguss..

INFO! Siapa Bakal Isteri Saiful Bukhari?!

Posted: 16 May 2013 08:36 PM PDT


Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.

"Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.

Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu.

TUDIAA!! Siapa Exco Kedah Yang Cute-Cute Ni? #HanyaDiKedah

Posted: 16 May 2013 05:38 PM PDT


Siapa Exco kita yang cute ni??

Nama beliau YB Nor Sabrina Mohd Nor, ADUN Bandar Baharu, Kulim. Beliau juga dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Tindakan YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir melantik Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka sebagai EXCO yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi sememangnya bersesuaian dengan pengalaman yang ada pada YB Nor Sabrina.

Di harapkan YB Nor Sabrina dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna seperti yang di janjikan.

Di bawah ini merupakan video komen YB Nor Sabrina setelah di lantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.


McTheory:
Selamat bekerja YB.. jangan hampakan amanah rakyat!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...