PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
Posted: 16 May 2013 12:35 AM PDT "Saya nak beritahu kepada Amerika bahawa kita akan mengemukakan bukti penipuan itu dan menunggu apa reaksi beliau berhubung kemenangan BN dalam PRU13 lalu," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Himpunan 'Black 505' di sini malam kelmarin bagi mengulas laporan bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui Malaysia. Dalam ucapan beliau itu, Anwar terus mengulangi pendiriannya membidas SPR yang didakwanya 'menipu' dengan menerima undi bukan warganegara Malaysia. Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi. Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen 'reformasinya'. Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, "Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya." Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia. Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap. Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia. Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya. ANWAR TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT SEBALIKNYA MENUDUH PIHAK LAIN..ANWAR U LUPA ALLAH?? |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment